webnovel

Kondom Berlubang

Editor: EndlessFantasy Translation

"Itu bukan perkara bagus," Li Sicheng mencubit hidung isterinya. "Jangan terlalu rapat dengan wanita itu. Dia pengaruh yang tak baik."

Su Qianci berundur dan memegang tangan suaminya. "Tak apa. Saya ada kamu sebagai pengaruh baik."

Li Sicheng berasa bangga mendengar pujian itu lalu memeluk pinggang Su Qianci dan berkata, "Mereka ada di Palace One. Mari pergi." Palace One terletak di tengah bandar Kingstown dan merupakan salah satu tempat hiburan yang dimiliki oleh keluarga Ou Ming. Apabila mereka tiba di bilik persendirian nombor 888, Ou Ming sedang berkaraoke bersama seorang wanita di sebelahnya. Lagu itu ialah lagu lama nyanyian Cheung Hok Yau. Ia lagu klasik dan kedua-dua mereka menyanyikannya dengan agak merdu. Walau bagaimanapun, Luo Zhan sedang duduk di kerusi seperti orang bodoh.

Sebaik melihat Li Sicheng, Luo Zhang terus bangun dengan gembira. Tetapi dia terduduk kembali apabila melihat isteri Li Sicheng ada di belakangnya.

Luo Zhan berasa seperti hampir gila dan menjerit, "Kenapa aku datang ke sini? Ahhhh…"

Namun tiada sesiapa yang mendengarnya. Li Sicheng dan Su Qianci terus duduk. Li Sicheng mengambil bantal di situ dan melemparkannya kepada Luo Zhan. Selepas lagu itu tamat, Ou Ming meletakkan mikrofon dan berjalan ke arah Li Sicheng.

"Qianqian, marilah nyanyi!" ajak Yu Lili. "Saya masih ingat lagi yang kamu ratu karaoke sewaktu sekolah menengah. Kamu tahu nyanyi lagu "Penghibur?"

"Dah tentu!" Su Qianci segera bangun dan mengambil mikrofon yang diletakkan Ou Ming. "Ayuh!" Apabila muzik yang biasa didengarinya mula dimainkan dan wajah penyanyi muncul di skrin, dia menjadi semakin teruja.

Yu Lili mengisyaratkan yang dia akan menyanyi dahulu. "Ringkas. Kita cakap guna istilah ringkas…"

Melihat dua wanita itu menyanyi, Ou Ming tersenyum sendiri. Dia melemparkan sebatang rokok kepada Li Sicheng dan bertanya, "Kau dah makan?"

"Belum lagi." Li Sicheng mengambil rokok itu dan membiarkan Ou Ming menyalakannya.

"Okey." Ou Ming menghembus asap rokok perlahan-lahan. "Kita pergi makan bersama-sama nanti."

Li Sicheng memandangnya dan menjeling ke arah Yu Lili. Kemudian dia bertanya, "Kau serius?"

Ou Ming menggigit rokoknya dan tersenyum. "Ya."

"Ayah kau tak akan setuju."

"Aku yang nak kahwin, bukan dia."

"Kau nak ketepikan dia macam itu saja?"

"Tak bolehkah?"

Li Sicheng menjentik abu rokoknya dan berkata, "Selepas kahwin, banyak akan berubah."

"Persetankan. Dia dah jadi perempuan simpanan aku selama tiga tahun dan kami dah tidur bersama selama dua tahun. Bezanya cuma sijil kahwin. Apa yang akan berubah?"

Luo Zhan turut memasang telinga kepada perbualan itu.

"Kau tak ada dalam fikiran dia, jadi lambat-laun dia akan tinggalkan kau."

Ou Ming terdiam sebaik mendengar kata-kata itu. Dia menarik nafas dalam sambil merenung Yu Lili, seolah-olah mahu menarik wanita itu dengan asap rokoknya. Dia sendiri telah memikirkan perkara itu, tetapi dia juga bertaruh dengan "kalau". Bagaimana kalau Yu Lili mahu hidup bersamanya selepas kahwin dan mempunyai anak bersama?

"Kau patut buat dia mengandung dulu. Perkahwinan itu akan nampak lebih natural dengan adanya bayi, bukan?" Luo Zhan menyampuk.

Ou Ming memandangnya dan berkata, "Bila aku tak pakai kondom, dia akan telan pil cegah hamil."

"Jadi bila kau pakai kondom, dia tak akan telan."

"Dah tentulah, ia akan jadi tak perlu."

Luo Zhan menghampiri Ou Ming dan berbisik, "Jadi apa kata kau pakai kondom yang ada lubang."