webnovel

Kau Pernah Rasa Terdesak?

Editor: EndlessFantasy Translation

Muka Jurulatih Jin berlumuran darah. Dia berusaha bangun dan merayu dengan lemah, "Encik Li, maafkan saya. Saya ada keluarga untuk dijaga. Isteri dan anak saya tidak boleh hidup tanpa saya."

Mata Li Sicheng dingin seperti ais. "Kau abaikan keluarga kau hanya kerana satu juta dolar. Kau fikir aku patut percayakan kau?"

Jurulatih Jin terkejut. Dia langsung tidak menyebut tentang satu juta dolar itu, jadi bagaimana Li Sicheng tahu?

"Siapa yang upah kau?"

"Saya tak tahu. Semalam, seseorang tiba-tiba menelefon saya dan meminta saya mengajak beberapa orang kawan untuk merogol Su Qianci beramai-ramai..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Li Sicheng menggenggam penumbuk.

Jurulatih Jin menjerit ketakutan dan berundur ke belakang.

Seorang lelaki menendang jurulatih itu sehingga terjatuh dan berkata, "Teruskan bercakap."

"Dia minta saya lakukannya kepada Su Qianci dan berjanji untuk beri saya lima juta dolar selepas selesai. Dia telah bayar saya satu juta sebagai bayaran pendahuluan. Tapi saya tidak tahu siapa dia. Dia tahu akaun bank dan nama saya serta rekod jenayah saya. Saya tidak dapat menolak." Walaupun jurulatih Jin berbadan sasa dan kelihatan gagah, kini dia mula menangis dan merayu.

"Adakah dia seorang wanita?"

"Dia lelaki. Suaranya kedengaran seperti lelaki muda, mungkin dalam lingkungan umur 20-an."

Ketika itu, Cheng You melangkah masuk dan semua orang memandangnya. Seorang wanita yang bijak dan berkerjaya seperti dia tetap berasa sedikit takut apabila masuk ke tempat sebegitu. Dia mendekati Li Sicheng dan berkata, "Saya baru dapat tahu akaun bank yang memindahkan satu juta dolar kepada Jin Xiong didaftarkan di sebuah pekan kecil di wilayah T. Perjalanan ke sana dari Kingstown akan mengambil masa 20 jam ke atas. Tapi, nombor telefon yang diguna untuk menelefon penjahat ini dimiliki oleh seorang lelaki tua yang buta. Telefonnya dicuri semalam, kemudian dipulangkan kepadanya secara misteri."

Jurulatih Jin ketakutan. Tanpa dijangka, dia telah terlibat dalam pergaduhan antara selebriti dan telah melakukan jenayah. Malang betul!

Li Sicheng ketawa dan ia kedengaran amat dingin. Dia merenung Coach Jin dan bertanya kepada Cheng You dengan nada rendah, "Jadi tidak ada petunjuk langsung?"

Cheng You berasa gementar mendengar nada suara itu. Walaupun dia terbiasa dengan sikap panas baran bosnya itu, ia kali pertama dia melihatnya begitu marah.

"Pasti... ada petunjuknya. Cuma kami belum menemui apa-apa lagi..." suara Cheng You semakin perlahan apabila melihat Li Sicheng berjalan ke arah Jurulatih Jin.

Li Sicheng memandang Coach Jin yang sedang duduk melutut dan bertanya, "Kau pernah rasa terdesak?"

"A... Apa?"

"Bawa dia ke pelabuhan. Aku akan layarkan perahu itu sendiri."

Salah seorang askar yang berdiri di sebelah Li Sicheng menggigil dan teragak-agak. "Encik Li, kamu betul-betul pasti mahu lakukannya?"

"Kau rasa?" Li Sicheng bertanya perlahan, wajahnya bengis seperti mahu membunuh.

"Baik Tuan!"

Setengah jam kemudian, di satu pelabuhan, Jurulatih Jin telah diikat dengan tali pada pinggangnya, dan hujung tali itu diikat pada hujung sebuah kapal layar.

Li Sicheng melempar sekeping daging segar ke dalam laut, dan sirip jerung tiba-tiba muncul di permukaan laut yang tenang itu. Jurulatih Jin menggeletar lebih kuat dan jantungnya terasa tenggelam sedikit demi sedikit. Dia teringat soalan yang baru sahaja ditanya oleh Li Sicheng, "Kau pernah rasa terdesak?"

Malam masih muda.