webnovel

Ayame

25 Mei 1974

Ayame,

Di sekolah aku mengintip pelajar-pelajar tingkatan lima membedah tikus dan katak di makmal sekolah ketika waktu rehat. Aku tak makan pun ketika itu. Jembalang-jembalang itu telah mengebas duit belanja aku. Itu gelaran yang aku beri untuk mereka, 5 jembalang bersaudara. Alvin, Tina, Farish, Sean dan Mas. Meluat aku tengok muka mereka. Tak habis-habis nak buat hal.

Oleh kerana aku sudah tiada duit untuk makan. Aku menghabiskan masa dengan mengintip mereka yang berada di makmal. Aku suka melihat mereka mempelajari semua itu. Subjek biologi barangkali. Macam-macam yang boleh aku pelajari dari subjek itu. Bila aku dah berada di gred 10 nanti, aku akan ambil subjek itu. Aku sukakannya. Aku nak mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi.