webnovel

Formula

"Adakah Doktor Adam dan Doktor Fendi terlibat?" Profesor Kardiff bersuara.

"Ya. Ketika itu, kami masih lagi berada di universiti. Seingat saya, mereka mula menyertai gerakan ini semasa mereka berada di tahun pertama di universiti lagi"

"Jadi, Kentofes berpusat di Zuria. Auntie pun turut sama menyertainya?" tanya Marina.

"Ya Marina, Kentofes berpusat di Zuria dan di situ jugalah segala-galanya bermula. Saya pergi beberapa kali dan bertemu dengan mereka. Tak dapat dinafikan, saya tertarik dengan apa yang mereka perjuangkan. Namun, lama-kelamaan saya dan ayah Marina, Doktor Adam mula menjauhkan diri."

"Apa yang berlaku?" tanya Inspektror David.

"Saya mula menyedari betapa karutnya misi gerakan ini setelah saya mengetahui sejarah dan asas Kentofes yang sebenarnya. Doktor Adam juga berfungsi pendapat yang sama dengan saya"

"Bagaimana pula dengan Doktor Fendi?"

"Dia berlainan. Sokongannya tidak berbelah bahagi kepada gerakan ini. Dia menjadi begitu fanatik sekali. Baginya, gerakan inilah yang telah memberikannya harapan."

"Boleh doktor ceritakan sedikit mengenai Doktor Fendi?"

"Doktor Fendi merupakan seorang yang pintar. Dia memang istimewa. Lain dari yang lain. Sepanjang saya mengenalinya, dia mempunyai banyak cadangan-cadangan yang bernas. Idea-ideanya juga sangat ke depan. Sewaktu kami belajar, saya tinggal berdekatan dengan mereka. Oleh itu, saya tahu mengetahui banyak perkara mengenai mereka. Doktor Fendi pernah memberitahu saya mengenai projek yang ingin dijalankan olehnya. Tapi, Doktor Fendi berasa amat-amat kecewa pada ketika itu."

"Apa yang menyebabkan dia kecewa?"

"Sebenarnya, sebelum projek yang dijalankan itu bermula secara rahsia, Doktor Fendi pernah membentangkan ideanya kepada beberapa buah institut dan organisasi di Zuria dan Pasadianka. Namun kebanyakkan mereka tidak bersetuju dengan idea Doktor Fendi"

"Kenapa mereka tidak bersetuju dengan idea Doktor Fendi?"

"Menurut mereka, ianya sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Tambahan pula, projek itu memerlukan kos yang tinggi"

"Kalau begitu kenapa Doktor Fendi teruskan juga? Kenapa dia begitu bersungguh-sungguh ingin melakukannya?"

"Dia mahu buktikan yang ideanya itu bukanlah satu idea yang karut. Malah bukan itu sahaja, dia mahu buktikan yang ianya boleh membawa satu keajaiban kepada kehidupan manusia. Dalam hal ini, hanya Doktor Adam sahaja yang percaya dengan projek Doktor Fendi. Dia memberi sokongan penuh kepada Doktor Fendi. Dia juga begitu yakin dengan idea Doktor Fendi. Dia telah membantu Doktor Fendi dengan kertas kerja yang cukup meyakinkan dan dengan kertas kerja itu, mereka akhirnya berjaya mendapatkan dana bagi menjalankan projek itu."

"Tetapi daripada mana mereka dapat dana bagi menjalankan menjalankan itu?"

"Semuanya kerana kertas kerja yang dibuat oleh Doktor Adam. Doktor Fendi telah menyerahkan kertas kerja itu kepada orang yang selama ini begitu mengambil berat mengenai dirinya."

"Siapa?"

"Dia seorang lelaki yang selama ini membiayai segala perbelanjaan Doktor Fendi. Selain itu, dia juga penyokong kuat gerakan bawah tanah ini. Pada mulanya, dia tidak begitu yakin dengan apa yang dicadangkan oleh Doktor Fendi walaupun dia sememangnya percaya dengan kebolehannya. Tetapi apabila dia membaca kertas kerja itu, dia tertarik dan cuba untuk meyakinkan Kentofes untuk menyumbangkan dana untuk projek ini. Dia juga berjanji untuk melabur dalam projek ini."

"Jadi apa kata Kentofes mengenai projek itu?"

"Kentofes merasakan yang ianya satu projek yang bagus dan mereka memberi sejumlah wang yang besar untuk projek itu."

"Siapa agaknya lelaki itu?"

"Dia adalah Shahril. Projek ini tak mungkin berjalan tanpanya." Kata Doktor Sarah. Dia terdiam seketika.

"Bagaimana pula dengan penglibatan Doktor Adam? Adakah dia hanya terlibat dalam penyediaan kertas kerja sahaja?" tanya Inspektor David.

"Tidak. Bermula daripada kertas kerja yang dibuat oleh Doktor Adam, dia kemudiannya dipilih untuk membantu Doktor Fendi dalam melaksanakan projek itu kerana keyakinan Doktor Fendi terhadap potensi dan kepintaran yang dimiliki oleh Doktor Adam. Bagi Doktor Fendi, hanya Doktor Adam seorang sahaja yang mempercayai dan memahami visinya."

"Jadi apa yang berlaku selepas itu?"

"Selepas bertahun-tahun lamanya, hasil uji kaji mereka membuahkan hasil yang mengagumkan. Mereka berjaya menghasilkan organ-organ ganti kepada organ-organ semulajadi manusia yang sudah rosak."

"Oh ya! Saya tahu mengenainya" kata Profesor Kardiff. "Mereka berjaya menghasilkan Dunnorage, Squido, Snelli Cok, Kuiket, Senso, Auralo dan Visumulus. Tapi bukankah projek ini satu usaha sama antara Doktor Adam dan Doktor Sarah."

"Tidak. Saya hanya menyambung apa yang ditinggalkan oleh Doktor Fendi. Lapan ciptaan mereka itu merupakan ciptaan yang hebat dan sekarang kerajaan Pasadianka bersam-sama dengan kerajaan Zuria sedang meneliti hasil projek mereka itu." jelas Doktor Sarah. "Tidakkah kamu hairan kenapa dua kerajaan yang selama ini saling tidak bersetuju tiba-tiba bekerjasama dalam hal ini?"

"Betul juga tu. Awak tahu apa sebabnya?" soal Profesor Kardiff.

"Ini kerana mereka tahu, projek itu tak akan berjaya tanpa bantuan kewangan dari kerajaan Zuria."

"Doktor kata tadi Kentofes yang menaja projek itu?"

"Bukankah saya ada mengatakan yang Kentofes berpusat di Zuria tadi…" kata Doktor Sarah. Dia cuba bermain teka-teki.

"Maksudnya, Kentofes yang menguasai kerajaan Zuria?" kata Profesor Kardiff. Dia cuba merumus.

"Tepat sekali. Kedudukan mereka sebenarnya sudah lama kukuh. Gelaran 'Gerakan Bawah Tanah' itu hanyalah sebagai satu simbol." Doktor Sarah memberi penjelasan lanjut. Dia kemudian memandang Profesor Kardiff. "Oh ya! Bagaimana awak boleh tahu mengenainya sedangkan projek ini masih menjadi rahsia kerajaan?" tanya Doktor Sarah kehairanan.

"Awak ingat, dunia artis sahajakah yang penuh dengan gosip" kata Profesor Kardiff berseloroh. "Seorang wartawan yang sedang membuat laporan mengenai projek ini pernah memberitahu saya mengenainya. Tetapi entah kenapa, dia berhenti membuat laporan berkenaan projek itu selepas dia hilang untuk beberapa hari" jelas Profesor Kardiff.

"Ini semua kerja mereka…" kata Doktor Sarah.

"Maksud auntie, Kentofes?"

"Ya Marina, tiada orang lain lagi yang berupaya untuk memusnahkan memori wartawan itu selain daripada mereka. Mereka menggunakan apa yang dicipta oleh Doktor Fendi dan Doktor Adam untuk melakukannya." Terang Doktor Sarah. Wajahnya menunjukkan ketakutan yang dirasainya.

"Berbalik kepada projek mereka. Sebenarnya ada beberapa lagi ciptaan mereka yang tidak pernah didedahkan kepada sesiapa pun." Doktor Sarah menyambung penerangannya.

"Ada ciptaan yang lain?" Apa dia?" soal Profesor Kardiff.

"Ya. Mereka ada mencipta dua mikrocip secara berasingan. Doktor Fendi telah menghasilkan sesuatu yang digelar u-chip dan Doktor Adam pula mencipta i-chip. Namun, ciptaan Doktor Adam merupakan satu ciptaan yang tidak disengajakan."

"Maksud Doktor?"

"Doktor Adam sebenarnya sedang mencipta cip untuk sistem pertahanan badan namun ianya gagal berfungsi dan apabila dia membuat uji kaji lanjut, dia menyedari yang dia sebenarnya sudah menemui satu cip yang kemudian dinamakan sebagai i-chip atau nama penuhnya immortal chip"

"Immortal?" kata Profesor Kardiff sambil mengerutkan keningnya.

"Ia mempunyai hubugan rapat dengan sistem pertahanan kepada tubuh badan. Sekiranga sistem daya tahan diri melawan penyakit seseorang itu musnah, i-chip boleh membantu. I di sini bermaksud Immortal. Selagi ianya tertanam di Dunnorage, seseorang itu tidak akan mati. Ini kerana, sebaik sahaja i-chip tertanam, kulit si pemakai akan menjadi kebal, keupayaan sistem pertahanan badan akan meningkat berpuluh kali ganda, deria rasa sakit

terhapus sama sekali dan sistem penuaan juga akan terhalang. Kecuali..."

"Kecuali apa?"

"Kecuali i-chip sudah rosak dan gagal berfungsi. Cuba bayangkan sekiranya teknologi ini dimanfaatkan oleh semua makhluk di muka bumi. Lebih bahaya lagi jika ianya terjatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam pada masa yang sama, Doktor Fendi telah pun mencipta U-Chip. U bermaksud unconscious. Chip ini dimasukkan ke dalam Dunnorage dan apabila ini berlaku, pergerakkan mereka boleh dikawal dan mereka akan hanya melakukan apa yang diprogramkan sahaja."

"Amat menakjubkan! Tetapi pada pandangan saya, ianya amat merbahaya jika disalahgunakan" kata Profesor Kardiff.

"Apa yang berlaku seterusnya?"

"Doktor Adam lantas memberitahu Doktor Fendi berkenaan perkara ini dan dia berjanji untuk merahsiakannya. Tetapi dalam diam, Doktor Fendi telah melakukan sesuatu yang tak pernah diduga oleh Doktor Adam. Dia secara rahsia telah mengklonkan Doktor Adam Raufal dan mengaplikasikan semua yang mereka cipta kepada klon itu. Dia juga secara senyap-senyap telah menanam u-chip dan i-chip ke dalam klon itu. Doktor Adam begitu terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Doktor Fendi. Dia begitu marah dengan apa yang dilakukannya. Doktor Adam akhirnya mencuri klon itu."

"Jadi di mana klon itu sekarang? Bagaimana pula dengan kedua-dua cip itu?"

"Masih tidak dapat diketahui di mana klon itu berada. Hanya Doktor Adam sahaja yang memegang formula i-chip itu. Dia sahaja yang tahu di mana formula itu berada. Formula itu tidak boleh jatuh ke tangan Doktor Fendi, Shahril ataupun Kentofes. Ia amat merbahaya kerana mereka pasti akan menyalagunakannya. Doktor Adam menyedari penyelewengan yang dilakukan oleh Kentofes selama ini. Dia menyedari yang selama ini dia telah mengikut satu gerakan sesat yang mempunyai matlamat jahat." Jelas Doktor Sarah. Dia melihat ke arah jam tangannya sekali lagi.

"Tadi Doktor ada menyebut yang Doktor ingin memberi penerangan ini sebelum terlambat. Apa maksud doktor?"

"Saya akan ke Zuria tidak lama lagi"

"Untuk apa?"

"Saya nak mencari perlindungan. Saya rasa saya dalam bahaya. Mereka mungkin akan menganggu saya lagi. Jadi selagi saya tak keluar dari negara ini saya rasa tak selamat."

"Doktor diganggu?"

"Ya. Sejak akhir-akhir ni. Saya menerima banyak sekali gangguan. Saya takut Marina. Saya takut! Selepas Doktor Adam mungkin saya yang akan menjadi mangsa." Wajahnya kelihatan gusar sekali. "Gina ada memberitahu saya yang awak juga selalu diganggu. Betul ke?" tanya Doktor Sarah. Marina hanya menganggukkan kepala. "Kamu semua lindungilah dia. Mungkin Kentofes, Shahril atau pun Doktor Fendi akan menggunakan dia untuk mencari i-chip. Doktor Adam berkemungkinan besar menjadikan Marina kunci kepada formula i-chip itu."

Kata-kata Doktor Sarah membuatkan mereka bertiga berasa sedikit terkejut.

"Bila Doktor nak bertolak ke sana?"

"Secepat yang mungkin. Tapi saya akan beritahu kamu nanti"

"Doktor. Sebelum itu, boleh kamu tahu lebih lanjut lagi mengenai Doktor Fendi?"

"Sukar untuk saya memberitahu kamu satu rahsia yang telah lama kami simpan mengenai lelaki itu."

"Kenapa doktor? Apa rahsia tu?"

"Ada satu perkara yang perlu kamu tahu. Ada sebab kenapa kami merahsiakan mengenai Doktor Fendi daripada pengetahuan semua orang. Sebenarnya, dalam rekod, Doktor Fendi telah pun meninggal dunia pada tahun 1983. Dia dilaporkan meninggal akibat keracunan makanan dan kami tidak mahu sesiapa pun mengetahui tentang kewujudannya"

"Apa?" Marina tercengang mendengar penjelasan Doktor Sarah itu.

"Tapi sebenarnya tidak. Dia masih hidup Marina dan hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenainya termasuklah awak."