Kening Zhang Yang terangkat disebabkan rasa ingin tahunya. Peralatan pencuri itu berkilat dengan satu sinaran cahaya terang. Dia menyedari yang Dedaun Menggerunkan memakai sebuah set peralatan Tembaga Hijau lengkap dan tiga daripadanya merupakan set peralatan khas untuk kelas Pencuri! Zhang Yang merumuskan Sinaran, persatuan Dedaun Menggerunkan, lebih kuat berbanding Tinggi Langit atau Pendominasi. Rumusan tersebut dibuat berdasarkan peralatan yang digunakan Dedaun Menggerunkan. Memandangkan peralatan hanya boleh diperolehi daripada serangan dalam Mod Sukar di Sarang Marzerway, ini bermaksud Dedaun Menggerunkan telah menyertai pasukan yang telah menyerang dungeon beberapa jam atau sehari sebelum kedua-dua persatuan lain itu.
Pendominasi sendiri baru sahaja selesai menyerang dalam Mod Sukar hari ini! Sinaran semestinya telah menyerang Sarang tersebut semalam! Satu lagi bukti kekuatan mereka ialah salah seorang ahli mereka telah mengembara dari Kota Bulan Merah ke Istana Jed Putih dengan berjalan kaki. Perjalanan tersebut sepatutnya mengambil masa sekurang-kurangnya sehari semalam dan itu hanya merupakan andaian terbaik! Sehingga kini, tempoh sebenar perjalanan tersebut masih belum diketahui kerana tiada sesiapa yang pernah mencubanya.
Ini yang menghairankannya. Dedaun Menggerunkan hanya pada Tahap 21. Dia yang mengembara melalui tapak pemburuan Tahap 30 pasti akan menarik aggro raksasa, apatah lagi apabila dia melalui kawasan Tahap 50 yang mempunyai radius aggro yang lebih tinggi… bagaimana pula dia berjaya mengembara dari satu kota ke kota yang lain dalam masa yang sangat singkat?
Ia sangat menghairankan… melainkan sekiranya…
Skrol Rentas Jarak Destinasi!
Ia berbeza dengan [Skrol Rentas Jarak] biasa kerana [Skrol Rentas Jarak Destinasi] boleh membenarkan pemain merentas jarak ke sebuah kota tertentu berbanding kota berdekatan! Namun, item ini sangat sukar ditemui! Terdapat Pintu Rentas Jarak Khusus yang hanya membenarkan pemain Tahap 50 dan seterusnya untuk mengembara ke mana-mana kota utama dalam satu-satu pelayan tertentu sahaja!
Sebaliknya, sekeping [Skrol Rentas Jarak Destinasi] membenarkan pemain merentas jarak ke semua 64 kota utama dalam semua 8 pelayan utama!
Jahanam! Itu pembaziran barangan yang berharga! Barangan itu pernah menjadi kunci utama dalam memenangi Perang Dunia. Sekumpulan pemain Pencuri menggunakan barangan tersebut untuk menyelinap ke dalam kota utama pihak musuh dan membina Pintu Rentas Jarak dalam keadaan stealth agar pasukan tentera mereka boleh menyelinap masuk! Kuda Trojan yang tidak dapat ditewaskan!
Sebaik sahaja Zhang Yang mengeluh kekecewaan apabila memikirkannya, Dedaun Menggerunkan pula telah berjaya membunuh Ular Berkepala 9. Berdasarkan gaya permainan pemain biasa, seorang Pencuri terutamanya Pembunuh Bayangan, memang merupakan seteru utama seorang Pelinding atau Pembela. Pembunuh Bayangan mempunyai sebilah pisau belati berkemahiran khusus serta 9 daripada 10 Pembunuh Bayangan akan menggunakan sepasang pisau belati memandangkan ia mempunyai selang masa yang pendek dan output kerosakan yang tetap dalam jarak kerosakan (Kerosakan Maksimum dan Minimum seperti yang boleh dilihat dalam status serangan senjata). Terdapat juga kemungkinan yang seorang pemain kelas perompak akan gagal untuk menembusi pertahanan perisainya.
Dedaun Menggerunkan pula sangat cekap dalam mengawal pergerakannya semasa pertarungan. Dia berjaya terus-menerus menyerang hebat dari arah belakang Kesatria tersebut sepanjang pertarungan! Dia telah mengabaikan kesan pertahanan perisai dan menyebabkan kerosakan tinggi dengan hanya menggunakan serangan normal dan ini semua membuatkan kemahirannya menggerunkan buat sesiapa yang melihat!
Pertarungan tersebut tamat apabila Ular menyerah kalah dengan rela. Semua orang, termasuk penonton, keluar dari bilik pertarungan dan kembali ke tempat asal mereka.
"Hur hur! Nampaknya ini sahajalah yang Istana Jed Putih boleh lakukan huh! Marilah, hiburkan aku! Aku mahu pemain profesional! Bukan pemain pemula! Aku mahu lawan Zhan Yu! Aku dengar lelaki itu sangat hebat! Dia berjaya memperolehi 3 Pencapaian Penyelesaian Pertama dungeon sekaligus! Di mana kau! Datang dan lawan dengan aku!" Dedaun Menggerunkan mula mengejek semua dalam saluran umum.
Semua orang mula membalas tajam provokasinya itu dengan mengherdik dan menyumpahnya semula.
"Jangan ingat kau itu hebat sangat hanya kerana kau telah kalahkan beberapa pemain antara kami! Masih ramai pemain professional di Istana Jed Putih ini!"
"Zhan Yu tidak perlu datang ke sini! Aku boleh kalahkan kau hanya dengan satu jari!"
"Ini dia lelaki mulut besar dari bilik 213!"
"Persatuan siapa yang kehilangan anjing gila ini! Cepat buat pengumuman untuk tolong mereka cari semula anjing ini!"
"Anjing tak guna! Baliklah ke Kota Bulan Merah dan menyalak sahaja di sana!"
"…"
Saluran tersebut terus dipenuhi lebih banyak kata cemuhan dan herdikan. Log perbualan terus penuh dalam masa sekelip mata!
Zhang Yang sudah tidak mampu mengawal dirinya. Dia menghantar permintaan untuk bertarung dengan Dedaun Menggerunkan, tetapi belum sempat dia menerima jawapan, mesej sistem pula muncul.
'Permintaan gagal. Pemain yang anda minta untuk pertarungan telah menerima permintaan untuk bertarung daripada pemain lain!'
Zhang Yang mengangkat kepalanya untuk membaca papan pengumuman besar di arena pertarungan tersebut. Sebuah mesej pantas muncul dengan tulisan: Bilik 89, Dedaun Menggerunkan lawan Malam Dingin (Pertarungan Maut). Pertarungan akan bermula dalam masa 5 minit.
Tempoh persediaan selama 5 minit itu ialah untuk memberi penonton masa untuk meletakkan taruhan mereka. Taruhan biasa selalunya hanya diuruskan oleh pemain dan di antara pemain sahaja. Namun, apabila terdapat pertarungan pemain kelas tinggi, sistem sendiri akan menjadi hos dan membenarkan pemain meletakkan taruhan mereka.
Apabila bermulanya Liga Profesional satu hari nanti, hampir kesemua taruhan pertarungan diuruskan oleh sistem.
Huh. Malam… Dingin!?
Zhang Yang terkedu! Dia tidak menyangka dia dapat menyaksikan sendiri seorang lagi pemain yang akan terkenal satu hari nanti!
Dari segi kemasyhuran, Malam Dingin lebih terkenal berbanding Dedaun Menggerunkan! Dia merupakan salah seorang 10 Pencuri tertinggi dalam pelayan China! Pemain menggelarkannnya "Ratu Tarian Bayangan" kerana dia sentiasa berada dalam bayang-bayang dan bersembunyi dalam gelap tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Sesiapa pun tidak akan menyedari kehadirannya melainkan apabila dia muncul! Sesiapa pun tidak akan mengetahui bila dia akan menyerang! Semua yang dibunuhnya langsung tidak dapat melihatnya apabila dia menyerang!
Ratu ini memang selalu bersendirian. Dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan atau pertandingan Liga, namun dia berjaya mendominasi seluruh China dan sentiasa berada di kedudukan tertinggi dalam senarai Pencuri.
Pertarungan antara Malam Dingin dan Dedaun Menggerunkan ini sememangnya kejadian yang menakjubkan! Semangat dan keterujaan penonton boleh menyaingi huru-hara sekiranya Marikh bertembung dengan Bumi!
Zhang Yang mengangkat keningnya dan menggosok dagunya seperti seorang lelaki tua yang begitu asyik berfikir. Memandangkan dia tidak menyertai mana-mana persatuan, adakah peluang untuknya mempelawa pemain itu menyertai persatuannya?
Bermula dari kemunculan pencabar baru Dedaun Menggerunkan itu, semua orang ragu-ragu tentang asal-usul dan kekuatan Malam Dingin. Namun, disebabkan dia merupakan "ahli" Istana Jed Putih, semua penonton bersorak untuknya.
Sebagai seorang penonton, Zhang Yang dapat memasuki arena tersebut sebelum kedua-dua penempur itu masuk. Dia cepat-cepat duduk dan menanti pertarungan itu bermula.
5 minit berlalu dan kedua-dua pemain itu muncul di pintu masuk medan pertempuran.
Kang Kang Kang!
Pintu itu dikunci dan sangkar itu ditutup lantas menutup semua jalan keluar buat pemain tersebut!
Ini Pertarungan Maut! Pertempuran ini hanya akan berakhir apabila salah seorang pemain mati!
Malam Dingin, Wanita Elf, Perompak Tahap 21.
Wajahnya diselindungi kain hitam tebal. Zhang Yang tidak nampak wajahnya, tetapi dia nampak tubuhnya yang mengiurkan. Pinggangnya ramping, punggungnya besar, kakinya panjang dan cantik, dan buah dadanya pula boleh menyaingi Si Salji!
Kedua-dua pencabar berada pada tahap yang sama, tetapi peralatan Malam Dingin kurang hebat berbanding Dedaun Menggerunkan. Dia menggunakan kombinasi peralatan Tembaga Hijau Tahap 10 dan Keluli Hitan Tahap 20. Dari segi statusnya, sukar untuknya menandingi Dedaun Menggerunkan dan set peralatan Tembaga Hijau Tahap 20 miliknya itu!
Adakah mungkin pemain yang akan dikenali sebagai Ratu Tarian Bayangan satu hari nanti ini akan memenangi pertarungan tersebut dengan peralatan sebegitu?
Zhang Yang menonton dengan sangat bersemangat.
Pertarungan bermula dalam 19, 18, 17…
5, 4, 3, 2, 1, 0!
Poof!
Mereka berdua serentak memasuki mod stealth dan lenyap daripada medan pertempuran. Keseluruhan arena pertarungan kosong dan sunyi seperti sebuah tanah perkuburan. Hanya tinggal bunyi pasir ditiup angin yang kedengaran.
1 saat, 2 saat, 3 saat…
1 minit, 2 minit, 3 minit…
Masih terus berjalan, namun tiada langsung kesan keberadaan mereka berdua di mana-mana. Jika bukan kerana peraturan Pertarungan Maut yang masih ditunjukkan di papan pengumuman, mereka berdua mungkin boleh meninggalkan arena untuk minum petang dan mereka semua tidak akan mengetahuinya! Sesetengah penonton mula mengadu sesama sendiri. Satu perkara baik tentang ini ialah tiada sesiapa yang boleh menghantar mesej atau berbual di saluran umum lalu menganggu suasana.
Sementara mereka yang lain sibuk mengadu antara satu sama lain, Zhang Yang pula memerhatikan arena dengan tekun. Walaupun dia tidak dapat ternampak apa-apa dalam kawasan tersebut, dia tahu yang pertarungan tersebut sedang berjalan dengan sengit. Semua orang tahu apabila seorang Pencuri keluar daripada mod stealth, dia akan mempunyai peluang untuk menyebabkan cetusan kerosakan. Namun, apabila pertarungan melibatkan dua orang Pencuri, ia menjadi lebih tegang daripada kabel kapal terbang! Sesiapa yang berjaya memperolehi peluang pertama untuk memecahkan stealth pihak lawannya akan berada satu langkah di hadapan manakala pihak lawannya pula akan menderita atau mungkin mati serta-merta.
Poof!
Dua jasad tiba-tiba muncul. Dedaun Menggerunkan terhoyong-hayang dan mempunyai bintang di atas kepalanya! Dia telah dipegun! Malam Dingin memyelinap di belakangnya dan menghunus pisau belatinya sambil menyebabkan mata kerosakan yang tinggi ke atas Dedaun Menggerunkan!
Seperti yang dijangka daripada Ratu itu, kebolehannya dalam stealth dan pengecaman stealth mengatasi keupayaan Dedaun Menggerunkan.
Zhang Yang menunjuk ke arah Dedaun Menggerunkan untuk memilih menu interaksi dan memeriksa kesan statusnya.
[Serangan Hendap]: Memegun sasaran selama 4 saat. Hanya boleh diaktifkan semasa <Stealth >, meningkatkan bilangan kombo sebanyak dua kali ganda.
Sebuah siri serangan kombo menyebabkan HP Dedaun Menggerunkan tinggal dua pertiga dari asal hanya selepas 4 saat dirinya dipegun. Dia serta-merta cuba mendapatkan kawalan ke atas dirinya semula, tetapi belum sempat dia melakukan apa-apa, Malam Dingin dengan pantas menerbalikkan pegangan pisau belatinya dan menghunus penghujung lagi satu ke arah pinggang pihak lawan. Dia dipegun sekali lagi sebelum sempat dia melakukan apa-apa.
[Serangan Buah Pinggang]: Memegun sasaran. Tempoh pegunan bergantung kepada bilangan kombo. 1 bilangan kombo: pegunan selama 2 saat. 2 bilangan kombo: pegunan selama 3 saat. 3 bilangan kombo: pegunan selama 4 saat. 4 bilangan kombo: pegunan selama 5 saat. 5 bilangan kombo: pegunan selama 6 saat.
Malam Dingin telah mengumpul sebanyak 5 bilangan kombo, jadi Dedaun Menggerunkan telah dipegun selama 6 saat! Ia merupakan 6 saat yang penuh dengan gerakan pisau!
Namun, ukuran Staminanya menunjukkan ia habis digunakan. Ia perlahan-lahan diisi semula dalam 10 mata sesaat. Terdapat 4 saat dengan 20% serangan melemahkan dipanggil keadaan Berserk yang boleh terjadi apabila seorang pencuri memecahkan mod Stealth seseorang menggunakan satu serangan, tetapi kesan itu telah lama tamat tempoh. Serangannya kembali ke tahap normal, tetapi memandang dia mempunyai 6 saat untuk melakukan apa yang dia suka, dia telah mengurangkan satu pertiga lagi HP pihak lawan.
Malam Dingin mempunyai HP penuh, tetapi kehabisan Stamina miliknya sementara Dedaun Mengeerunkan hanya mempunyai satu pertiga HP, tetapi Stamina miliknya masih belum berkurangan! Namun, sekiranya dilihat dari sudut peralatan mereka yang sangat berbeza, ia tidak tepat untuk seseorang menentukan HP mereka berdasarkan peratus tersebut.
Malam Dingin, HP: 1020/1020
Dedaun Menggerunkan, HP: 680/2030
Terdapat hanya perbezaan sebanyak 400 HP antara mereka.
Setelah Dedaun Menggerunkan pulih daripada dipegun, dia dengan segera bergerak ke jarak selamat dan menggunakan posyen penyembuhan.
"+100!"
Dalam masa yang sama, sebuah senyuman terbentuk di bibirnya kerana dia nampaknya mempunyai benyak kelebihan berbanding pihak lawan.
"Haha! Sekarang giliran aku pula, perempuan jalang! Kau agak kuat sebab kau mampu menyebabkan kerosakan sebegini pada aku, TAPI! KEMENANGAN IALAH…"
Poof!
Malam Dingin menggerakkan tangan kanannya dan dia tiba-tiba diselubungi asap dan lenyap dari pandangan.
Teknik stealth kuat Perompak - <Ghaib >.
Dedaun Menggerun terus mengehentikan ucapannya!
Dia menjadi panik dan dengan segera berpusing sambil menghayun pisau belatinya untuk memecahkan mod stealth lawannya. Namun, usahanya sia-sia! Dedaun Menggerunkan merengus kemarahan. Bagaimana dia boleh mempelajari kemahiran <Ghaib > pada Tahap 21 sedangkan kemahiran itu hanya boleh diperolehi pada Tahap 30!? Adakah dia bermain tipu?!
Selepas beberapa ketika Dedaun Menggerunkan berpusing untuk mencari Malam Dingin, dia akhirnya berhenti untuk menggunakan [Pembalut]nya untuk memulihkan diri. Dia tidak dapat memulihkan dirinya dari tadi kerana proses penyembuhannya terhalang dengan kerosakan!
Dia menunggu selama 15 saat lagi sehingga kesan DoT tamat dan mula memulihkan diri sendiri. Dia tunduk dan mendengar dengan berhati-hati sekiranya ada pergerakan di sekelilingnya.
Poof! Malam Dingin tiba-tiba muncul di belakangnya serentak dengan kemunculan bintang di atas kepalanya! Kesan <Serangan Hendap> yang melemahkan muncul di atas kepalanya lagi!
Shush! Shush! Shush!
Malam Dingin menghayun pisau belatinya tanpa belas kasihan. Staminanya telah kembali sepenuhnya dan dia mengulangi rantaian serangan sama yang dilakukannya semasa awal tadi.
Dengan hanya separuh HP yang tinggal, Dedaun Menggerunkan tidak dapat bertahan selepas menerima kerosakan yang banyak tersebut dan akhirnya jatuh ke tanah dan tewas tanpa sekalipun mengenakan apa-apa serangan.
Maka, pertarungan antara dua jaguhan itu berakhir dengan Malam Dingin yang dinobatkan sebagai juara!