webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Tetamu dari Tempat Jauh

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhang Yang memikirkannya sejenak dan bertanya, "Kita perlu berterus terang, kalau kita tewaskan Marzerway bersama-sama, nama persatuan yang mana satu yang akan digunakan untuk pengumuman penyelesaian pertama?"

"Tentulah nama persatuan kami, Pendominasi!" Lelaki Beradab yang Rendah Diri memandang remeh perkara ini dan dengan sambil lewa terus berkata, "Tapi, kau sudah tentu akan diberi ganjaran lumayan, percayalah pada aku!"

Berapa banyak yang mereka boleh tawarkan? Meskipun 10,000 atau 80,000 keping syiling emas, itu tetap tidak mencukupi! Ini disebabkan Pencapaian Penyelesaian Pertama sangat penting dalam meningkatkan reputasi satu-satu persatuan dan seberapa banyak emas pun tidak akan menyamainya!

Zhang Yang tersenyum dan membalas, "Aku minta maaf, kami juga sangat berminat untuk dapatkan Pencapaian Penyelesaian Pertama!"

Reputasi Asap Gurun Terpinggir telah melonjak naik dalam pelayan China selepas mereka menyelesaikan dua serangan dungeon dalam Mod Paling Sukar berturut-turut. Tambahan pula, permintaan orang ramai untuk menyertai persatuan mereka mula membanjiri mereka sejak dua hari lepas. Jika bukan kerana Zhang Yang yang berkeras untuk membangunkan persatuan dengan pemain elit, bilangan maksimum ahli yang dibenarkan menyertai persatuan peringkat pemula telahpun dipenuhi!

Zhang Yang perlu mengharumkan namanya di seluruh pelayan untuk membina persatuan yang kuat, jadi dia sudah pasti tidak akan membenarkan Pendominasi menggunakan nama persatuan mereka dan bukan nama Asap Gurun Terpinggir itu sendiri! Zhang Yang sebaliknya mempunyai lebih kurang 90% jaminan untuk mencapai penyelesaian pertama dalam Mod Paling Sukar di Sayap Utama, jadi mengapa dia perlu berkerjasama dengan Pendominasi?

Lelaki Beradab yang Rendah Diri berasa sangat terperanjat kerana dia tidak menyangka yang Zhang Yang akan bulat-bulat dan tanpa ragu-ragu menolak cadangannya yang padanya boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak!

Lelaki Beradab yang Rendah Diri yang telah bertahun-tahun menjadi ketua persatuan Pendominasi dalam permainan video lain itu mempunyai ahli seramai puluhan ribu! Dia sangat bercita-cita tinggi dalam bermain 'Keajaiban Tuhan' dan mahu membina pihak sekutu "Pendominasi" yang besar. Dia juga mahu menguasai kelapan-lapan kota utama dalam pelayan China dan akhirnya menguasai keseluruhan pelayan China lalu membuatkan semua orang menghormati Pendominasi dan hanya Pendominasi!

Daripada sudut pandangan ketua yang secara ironiknya bernama Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu, dia telah biasa memberi arahan dan hanya ketua persatuan tertinggi dalam pelayan China seperti Tinggi Langit, Amarah Membara, Kegemilangan, dan Biru Laut sahaja yang mampu berdiri sama tinggi dengannnya. Lagipun, ia suatu penghormatan buat Zhang Yang apabila Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu yang mula menghubunginya. Jadi, padanya, Zhang Yang sepatutnya berasa takjub dan sedia untuk berkerjasama dengan penuh rasa hormat kepada orang sepertinya.

Lelaki Beradab yang Rendah Diri tidak mampu mengawal rasa tidak puas hatinya yang semakin membara. Namun, dia mencuba sedaya-upaya dan berkata dengan penuh ramah, "Ketua persatuan Zhan Yu, kau sepatutnya menilai diri kau sendiri. Kalau tidak, kau akan menghadapi masalah!"

Zhang Yang ketawa dan berfikir, 'Lelaki Beradab yang Rendah Diri yang mencadangkan agar mereka bersekutu dan apabila aku menolak, dia pula berani menggertak orang lain?' Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Semua akan mati, sama ada dia berani atau penakut, dan hidup ini pendek, jadi kita semua perlu ada impian dan cita-cita masing-masing!"

"Ha ha ha!" Lelaki Beradab yang Rendah Diri ketawa dalam terpaksa, "Jadi, Ketua persatuan Zhan Yu, aku harap kau dapat apa yang kau impikan!"

Selepas itu, dia menutup perbualan suara tersebut dan menamatkan perbualannya dengan Zhang Yang.

Memandangkan Zhang Yang telah menolak cadangan Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu, mungkin dia akan merancang sesuatu ke atasnya satu hari nanti! Dalam kehidupannya yang lepas, Air Jernih telah bersaing kuat dengan persatuan kelas kedua dan kelas ketiga dan dia tidak pernah berpeluang berhadapan dengan persatuan kuat seperti Pendominasi. Siapa sangka yang ketua persatuan bagi persatuan Pendominasi yang dipandang tinggi itu mempunyai personaliti sebegitu!

Dia tidak takut kepada sesiapa memandangkan dia memang kerap bersendirian sebelum ini dan kini dia mempunyai Asap Gurun Terpinggir sebagai sokongannya. Terdapat lebih kurang lima ribu ahli dalam persatuannya dan mereka pasti dapat mempertahankan diri mereka sendiri sekiranya Pendominasi mencabar mereka! Pelabur utama Pendominasi masih belum memasuki sepenuhnya permainan video ini dan selagi Zhang Yang masih mempunyai masa, dia tidak perlu khuatir dengan kuasa penuh Pendominasi yang pernah dia saksikan dalam kehidupannya yang lepas.

Cara terbaik untuk menghadapi kemarahan Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu ialah dengan mendapatkan Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Paling Sukar di Sayap Utama dan membuktikan kepadanya yang dia telah memandang rendah Asap Gurun Terpinggir!

Namun begitu, Asap Gurun Terpinggir bukan persatuan profesional dan mempunyai ramai ahli pada tahap sederhana selain daripada beberapa orang grinder yang sangat aktif. Itu merupakan satu masalah memandangkan akan ada serangan dungeon dengan 50 orang sepasukan satu hari nanti dan penarafan ahli pasukan mereka akan mengambil masa paling kurang sebulan. Ini bermaksud mereka akan kehilangan peluang untuk mendapatkan Pencapaian Penyelesaian Pertama!

Zhang Yang tetap yakin jika dia berjaya memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Paling Sukar di Sayap Utama, itu akan membuatkan ahli persatuannya bersemangat dalam berlatih lebih kuat lagi. Jadi, dia tidak perlu bimbang sekiranya mereka mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan pemain bertahap tinggi!

Setengah jam kemudian, Pakar Perlombongan menghantar [Kepingan Tembaga Hijau] dan Zhang Yang membuat bayaran selepas menerima penghantaran. Zhang Yang terus menuju ke Kedai Tukang Besi untuk membuat [Batu Asah Tahap 2]. Dia sebenarnya boleh meningkatkan penguasaan Pertukangannya serta [Batu Asah Tahap 2] itu juga ada kegunaannya.

Dia menjual semua [Batu Asah Tahap 1] dari inventorinya kepada seorang NPC pada harga paling rendah. Dia tidak mempunyai pilihan lain kerana itu satu-satunya cara paling menjimatkan kos untuk meningkatkan penguasaan Pertukangannya kepada tahap Amatur. Jika dia menjualnya kepada pemain lain dengan harga paling rendah sekalipun, tidak ramai pemain yang akan membelinya kerana kebanyakan pemain kelas Pertukangan sendiri akan menghasilkan dan menjual [Batu Asah Tahap 1].

"Ketua persatuan, ada pemain daripada Kota Bulan Merah yang tiba di kota kita ini dan mengumumkan yang dia akan menewaskan semua pemain profesional dalam Kota ini. Dia sangat sombong!" Zhang Yang menerima sebuah mesej peribadi.

"Eh?" Zhang Yang tidak dapat menahan rasa ingin tahunya dan tertanya-tanya bagaimana seseorang pemain boleh datang sesuka hati dari Kota Bulan Merah ke Istana Jed Putih. 

Wilayah China ialah seperti peta berbentuk oktagon dengan lapan kota utamanya terbahagi kepada lapan penjuru peta yang mempunyai kawasan masing-masing. Kawasan berdekatan tengah-tengah pula ialah tapak latihan Tahap 50 ke atas manakala kawasan tengah wilayah China pula mempunyai tahap kesukaran lebih tinggi daripada itu. 

Dari segi geografinya, kota utama yang terdekat dengan Istana Jed Putih adalah Kota Bayu Sentosa dan Kota Bulan Merah, tetapi ia tidak semudah yang disangka! Ini kerana pemain yang ingin melawat kota lain perlu meninggalkan kawasan kota mereka sendiri dan melepasi tapak latihan Tahap 50 yang merbahaya itu! 

Setiap kota utama memang mempunyai portal rentas jarak tersendiri yang membolehkan pemain merentasi jarak ke tujuh kota utama lain, tetapi ia hanya boleh digunakan pemain Tahap 50 dan ke atas! Zhang Yang tidak dapat memahami bagaimana pemain Tahap 50 boleh wujud pada peringkat permainan video terkini! Mengikut ingatannya, ini hanya tercapai setengah tahun dari sekarang, maka ini bermaksud pemain yang tiba di arena ini telah melepasi tapak latihan bertahap tinggi yang merbahaya dalam peta itu untuk tiba ke Istana Jed Putih!

Siapa pula yang mempunyai masa untuk itu?

Masa itu sepatutnya digunakan untuk berlatih dan menyerang dungeon!

"Apa nama pemain itu?" Zhang Yang bertanya.

"… Dedaun Menggerunkan!"

Dedaun Menggerunkan! Mata Zhang Yang terbeliak kerana Dedaun Menggerunkan ialah seorang pemain yang terkenal dalam kehidupannya yang lepas. Dia turut digelar "Pembunuh Hantu" serta merupakan seorang Pembunuh Bayangan dan dikatakan telah mewarisi "Darah Hantu" yang memberinya kemahiran tinggi dalam membunuh! Dia berada di kedudukan ketujuh dalam Kedudukan 10 Pencuri Tertinggi dalam pelayan China. Selain itu, dia juga merupakan Pencuri tertinggi dalam persatuan Sinaran, pemain utama Pasukan Bai Wei, serta pemain Liga Profesional Kelas S yang terkenal! 

Zhang Yang merasakan yang ia sesuatu yang menarik apabila pemain yang akan terkenal satu hari nanti ini datang ke Istana Jed Putih untuk memulakan pertelingkahan. 

"Kuat tak dia?" Zhang Yang bertanya lagi melalui mesej peribadi.

"Ya, dia sangat kuat! Dia telah menang 17 kali berturut-turut dalam arena pertarungan. Beberapa orang lawannya juga pemain utama dari Tinggi Langit dan Pendominasi!"

Pemain tidak dibenarkan bertarung di kota utama, tetapi terdapat arena pertarungan untuk memuaskan hati pemain yang gemar bertarung. Arena pertarungan ini dibina dengan menyerupai Coliseum Roman purba dan terdapat dua mod pertarungan iaitu "Perkelahian" dan "Pertarungan Maut".

Perkelahian: Sistem akan menghentikan pertarungan apabila keputusannya jelas dan kesan negatif yang dialami peserta pertarungan akan dibuang.

Pertarungan Maut: Pertarungan akan berakhir apabila salah seorang pemain terbunuh. Pemain yang terbunuh akan turun satu tahap, manakala pemenang tidak akan dikenakan penalti merah.

Selain daripada peti simpanan peribadi dan rumah lelong, arema pertarungan ialah salah satu kawasan yang terkenal dalam kota utama. Ini disebabkan arena pertarungan tersebut boleh digunakan dalam pertarungan dan juga sebagai platform untuk meletakkan pertaruhan termasuk syiling emas, peralatan, posyen, dan lain-lain. Ini semua dilindungi sistem dan setelah mana-mana pemain meletakkan taruhan sebelum pertarungan, sistem tersebut akan mengunci semua "Taruhan" dan akan mengagihkan ganjaran secara automatik selepas keputusan diumumkan. Maka, tiada penipuan yang boleh terjadi! 

Zhang Yang bermain dalam Liga Profesional Kelas A dalam kehidupannya yang lepas dan dia tidak pernah berpeluang bertarung dengan Dedaun Menggerunkan. Ini peluang keemasan! Tanpa berlengah lagi, dia segera menuju ke arena pertarungan di arah timur laut. Memandangkan Dedaun Menggerunkan telah tiba di kotanya, dia sekurang-kurangnya boleh menyambutnya dan mengambil peluang untuk belajar daripadanya!

Setibanya dia di arena pertarungan, dia menyedari kawaan tersebut telah sesak dengan orang ramai. Semua orang sedang rancak berbual pelbagai jenis perbincangan.

"Bedebah, dia di bilik mana? Aku nak belasah dia habis-habisan dan hantar dia balik ke Kota Bulan Merah! Berani dia buat kita marah!"

"Dia memang sangat kuat! Dia sudah kalahkan Abang Khinzir Ketiga!"

"Abang Khinzir Ketiga bukan pemain professional. Abang Anak Babi, Abang Lembu Ganas, dan Abang Naga dari Pendominasi hanya pemain profesional atas nama sahaja. Dia baru kalahkan pemain noob dari tahap rendah, macam mana dia boleh dianggap hebat?"

"Tak guna, berani kau malukan Abang Khinzir Ketiga kami?"

"Berhenti bergaduh, sesiapa yang berani, pergilah kalahkan Dedaun Menggerunkan itu! Jahanam, kau semua hanya malukan Istana Jed Putih sahaja kerana biarkan orang luar membunuh ramai pemain kita!"

"Macam mana keadaan sekarang? Siapa yang sedang bertarung?"

"Ular Berkepala 9 dari Tinggi Langit!"

"…"

Arena pertarungan boleh memuatkan ramai pemain semasa pertarungan. Bila-bila masa pertarungan disenaraikan, sistem akan menambah ruang pertandingan baru yang dipanggil bilik tidak dikenali. Jadi, pemain tidak perlu khuatir yang mereka perlu beratur untuk penyertaan! Pemain juga boleh memilih untuk menonton pertarungan dan ia sangat mudah asalkan mereka tahu nombor "Bilik" yang ingin mereka tontoni dan kemudian mereka boleh menonton keseluruhan pertarungan sebagai penonton yang nampak segalanya. Khidmat ini disediakan di bilik umum manakala bagi bilik yang dilengkapi kata laluan, hanya mereka yang mempunyai kata laluan boleh memasukinya. 

Pemain yang hanya mahu menonton pertarungan juga tidak perlu datang ke arena. Mereka hanya perlu membuka papan pelayar Kawalan dan memilih "Arena Pertarungan" dan memasukkan atau memilih nombor "Bilik" untuk menonton pertarungan melalui siaran langsung. Namun, Zhang Yang mahu bertarung dan belajar dari pengalaman ini, jadi dia telah bergegas ke arena pertarungan.

Zhang Yang membuka pilihan "Arena Pertarungan", memasukkan kata kunci "Dedaun Menggerunkan" dalam palang carian dan hasilnya yang ditunjukkan adalah Bilik nombor 238, Dedaun Menggerunkan lawan Ular Berkepala 9 (Mod Perkelahian). Dia cepat-cepat memasuki bilik tersebut dan duduk di pentas arena pertarungan untuk menonton pertarungan itu. 

Di arena pertarungan tersebut, terdapat seorang pemain lelaki Elf yang sentiasa bergerak seperti sebuah bayang-bayang mengelilingi dan menyerang seorang pemain lelaki Dwarf yang menggunakan sebuah perisai. Pergerakan kaki dan gaya pemain Elf tersebut sepantas angin. Dia menyerang dan berundur sepantas kilat. Dia menggunakan dua pisau belati serta terus-menerus menyerang belakang badan pemain Dwarf itu sambil berundur apabila dia perlu sementara pemain Dwarf itu pula berpusing-pusing dalam kekalutan dan mengalami nilai kerosakan baru sebelum sempat mata kerosakan yang sebelum ini hilang. 

Zhang Yang tidak perlu memeriksa baki HP kedua-dua pemain tersebut. Dia telah dapat menjangka yang pemain Elf itu akan memenangi pertarungan tersebut! Pemain Dwarf itu pula langsung tidak menggunakan perisainya. Tambahan pula, dengan tusukan belakang yang berterusan dari Elf itu, semua pertahanan yang datang dari perisai tersebut tiada gunanya! 

Kedua-dua pemain menunjukkan nama mereka dengan jelas: "Dedaun Menggerunkan, Pencuri Elf, Tahap 21, <Sinaran >, dan "Ular Berkepala 9, Kesatria Dwarf, Tahap 20, <Tinggi Langit>".