webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · Adolescente
Sin suficientes valoraciones
21 Chs

Chapter 16

"Assalamualaikum awak." Ucap Lyrine mesra. Terasa mahu ketawa ketika melihat wajah terkejut Jaha itu. Hilang terus wajah dinginnya seketika tadi.

"Kau buat apa kat sini?!" Marah Jaha. Entah kenapa dia berasa seram betul dengan budak perempuan ni. Apalagi dengan muka comelnya itu benar-benar seperti pembunuh psikopath yang dia dan kawannya tengok malam tadi!. Benar-benar membuat dia dan kawannya berasa seram dan teringat hingga sekarang!.

"Tak jawab salam dosa" Kata Lyrine. Tersengih sendiri.

Senget terus mulut Jaha. Budak ni nak kena hampuk dengan kerusikah?. "Waalaikumsalam. Tak ada benda lain kau nak ugut aku?"

Lyrine langsung tidak peduli dengan sindiran bernada sinis Jaha itu. Mamat ni memang dia yakin dah tak akan bersuara lembut dengannya. "Awak dah sarapan tak?" Soalnya ingin membuka bicara.

"Aku nak tidur jangan ganggu aku" Tidak menjawab soalan Lyrine itu, Jaha kembali membaringkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan kedua tangannya.

"Okey. Awak tidur saya tengok" Kata Lyrine. Masih tidak bangun dari tempat duduknya. Malah mata mula memandang sekeliling kelas Jaha. Mulut je nak kata tengok Jaha tidur....😏

"Balik kat kelas kau" Kata Jaha dengan matanya yang terpejam.

"Nanti kalau ada pelajar yang datang baru saya keluar" Degil Lyrine. Buat Jaha mendengus.

"Cakap. Kau nak apa sebenarnya ni?!" Jaha bangun kembali. Mata memandang bengang ke arah Lyrine.

Lyrine berhenti melihat sekeliling kelas Jaha. Dia kembali memberi fokus ke arah Jaha. Ah...tanyapun! Aku ingat dia tak nak tanya tadi. Bisk hatinya. "Saya suka awak. Jadi boyfriend saya boleh?"

Jaha. "....." Terasa ingin memeriksa apa yang ada kat dalam kepala otak pelajar perempuan ini dan juga memeriksa tahap kerosakkan matanya sekali.

"So apa jawapan awak?" Soal Lyrine lagi. Gugup pula menunggu jawapan Jaha.

Namun dia tidak sempat menunggu jawapan Jaha apabila mendengar ada suara pelajar lelaki sedang berbual dan naik tangga ke sini.

Lyrine bangun dari duduknya. Dia cepat-cepat mengeluarkan kontena berisi bekal dibegnya

"Nah untuk sarapan awak!"

Bam!

Dia meletak kasar bekal itu dimeja Jaha sebelum berlari pecut keluar dari kelas 5F itu

Jaha pula memandang bekal di atas meja itu. Entah ikhlaskah apa budak tu, adakah bagi bekal tu dengan menghempasnya sekuat hati kat atas meja dia...😒

"Tak ada racunkah ni?" Itu yang keluar dimulutnya sebelum membiarkan bekal itu di atas meja dan kembali menyambung tidurnya yang terganggu oleh pelajar perempuan itu tadi. Sebab dia tahu suara pelajar lelaki tadi tu ialah pelajar tingkatan 3 yang kelas mereka terletak kat tingkat 3.

***

"Wah Jaha! Kau bawa bekal kat sekolah?!" Suara kuat Bad kedengaran dari muka pintu. Dia melangkah laju menuju ke meja Jaha.

Jaha yang baru bangun dari tidurnya memandang Bad sebelum memandang bekal di atas mejanya.

"Pink colour?!" Kata Bad lagi. Dia memandang dengan serius bekal itu.

"Dah puas tengok? Ke tepi sekarang!" Kata Haziq pula yang laluannya dihalang oleh Bad yang berbadan kingkong itu. Taklah besar sangat sebenarnya, sedang-sedang saja, tapi badannya bergerak bagai cacing kerewet kepanasan, ke kiri dan ke kanan, itu yang menghalang laluan mereka tu.

Bad duduk di kerusinya cepat, yang berhadapan dengan tempat Haziq dan Jaha duduk. Tersengih ke arah Haziq sebelum memandang balik ke arah kontena comel berwarna pink di atas meja Jaha. Begitu menjolok mata sekali.

"Yo. Assalamualaikum" Sapa Haziq pula sambil duduk di kerusi sebelah Jaha. Iaitu tempat duduknya.

"Waalaikumsalam. Lambat korang datang hari ni?" Hairan Jaha.

"Gara-gara movie yang kita tengok malam tadi kat rumah Azrul tu, tak dapat tidur aku terus!" Jawab Haziq. Dia menggosok matanya yang kabur kerana mengantuk. Dia terjaga dari malam hingga jam 3:30 pagi tadi barulah dapat melelapkan matanya. Namun pukul 5 lagi dia dah dibangunkan oleh ayahnya. Mandi dan solat subuh. Lepas tu bersiap ke sekolah.

"Wah! Sandwich hati! Siapa buat ni? Kaukah Jaha?"

Jaha menjeling tajam ke arah Bad yang sesuka hati sahaja memeriksa isi bekal itu.

"Tutup balik. Tu beracun" Katanya.

Bad cepat-cepat menutup bekal itu balik.

"Beracun? Apasal pula? Bukan kaukah yang buat?" Hairan Bad. Masih ingin tahu siapakah pembuat sandwich itu

"Siapa bagi?" Itu pula soalan Haziq. Kening diangkat ketika melihat Jaha mengambil bekal berwarna merah hati itu sebelum diletak ke dalam lacinya.

"Mak cik kantin" Jawab Jaha slambe badak. Wajah langsung tidak berubah.

"Owrh. Ohyeah. Tadi Aidil pengawas yang bertugas jaga pagar sekolah ketika pelajar lewat datang ke sekolah tu ada bagitahu yang pelajar sekolah jiran tu buang sampah lagi kat padang sekolah kita" Beritahu Haziq. Tadi semasa dia nak masuk ke sekolah dia terserempak dengan Aidil. Dan sempatlah mereka berdua bercerita sebelum dia ke kelas dan Aidil pula menjalankan tugasnya.

"Sampah yang diorang buang tu akan kita hantar balik kat halaman rumah diorang lepas ni. Saya tengah nak kenalpasti dulu rumah pelajar-pelajar tak guna tu kat mana" Kata Jaha. Wajahnya serius sekali memikirkan kawasan padang sekolah mereka yang sejak minggu lalu ditabur sampah oleh pelajar samseng sekolah lain.