Keesokan harinya. Seperti biasa Lyrine akan ke sekolah dengan bersemangat sekali. Kali ini dia datang awal sebab dihantar oleh ibunya. Memandangkan basikal dia masih ada di sekolah. Hari ini baru akan ada orang yang ibunya upah untuk tukar tayar basikalnya. Dia boleh buat sendiri juga sebenarnya namun ibunya menghalang dan mahu juga mengupah orang lain. Jadi dia biarkan sahaja ibunya buat apa yang dia nak buat. Yang penting basikalnya dah boleh pakai hari ini.
Dia melangkah menuju ke blok tingkatan 5.
Yup..tingkatan 5. Dan sudah pastilah kelas Jaha.
Dia nak periksa kelas Jaha bagaimana. Jaha duduk kat mana. Meja Jaha bagaimana. Kerusi dia bagaimana.....😒
"Apasal aku dah macam stalker psikopath je ni?!" Kutuk Lyrine terhadap dirinya. Sungguh takut dengan apa yang berlegar di otaknya tadi.
Dia ke kelas Jaha untuk bertemu dengan Jaha okey! Niat dia sangat baik iaitu nak luah perasaan dia dengan cara yang betul kat Jaha!. Hari itu dia jerit dengan bengang kat Jaha dan dia yakin pasti Jaha tak percaya. Mana ada orang luah perasaan dia dengan muka marah nak tumbuk orang?🙄.
"Na...na...naa...naaa..." Lyrine menyanyi kecil sambil naik ke tingkat atas blok tingkatan 5. Bila terfikir yang kelas Jaha terletak di tingkat 2 bangunan selang dua bangunan dari tingkatan 4 sebab bangunan tengah tu ialah Pejabat guru dan kakitangan sekolah. Perpustakaan, makmal sains dan komputer pun ada kat sana.
Di bangunan kelas Jaha itu ada dua tingkatan sahaja yang mendiami bangunan 3 tingkat itu iaitu tingkatan 3 dan 5. Bangunan itu khas untuk pelajar yang menghadapi exam penting di tahun mereka iaitu PT3 dan SPM. SMK Seri belum lagi mempunyai pelajar tingkatan 6, dengar kata masih dalam perbincangan oleh pihak PPD. Jaha tak akan campak diakan kalau dia marah kat dia nanti dari tingkat dua blok tingkatan 5 tu? Harap tak!.
Rambutnya yang melepasi bahu dan diikat tinggi itu bergerak ke kiri dan ke kanan ketika dia menaiki tangga.
"Fuh. Penat. Baru dua tingkat. Nampaknya perlu joging lepas ni!" Ujar Lyrine. Dia menyusun nafasnya yang mahu menghilang tadi.
Tangan memegang tali beg sekolahnya sambil melangkah perlahan ke kelas 5F yang berada di hujung sekali. Hurm..lain kali dia ke sini lagi dia akan ikut tangga sebelah pula. Terus sampai ke kelas Jaha, tak perlu lalu kelas lain setakat nak ke kelas Jaha. Namun dia tak risau apa-apa sekarang sebab dia datang awal pagi sangat. Jadi tiada pelajar yang berada di blok tingkatan 5. Mungkin lepak tempat lain.
Namun yang Lyrine tidak tahu ialah bukan pelajar tingkatan 5 tak nak ke kelas mereka. Cuma Jaha selalu datang awal ke sekolah dan tidur di kelas 5F. Jadi tiada yang berani datang awal ke blok tingkatan 5. Takut mengganggu tidur Jaha....
Lyrine berdiri di tepi tingkap kelas 5F dan mengintip ke dalam. Matanya bersinar ketika melihat Jaha ada di dalam sedang tidur.
"Good!" Bisiknya. Dia dengan gembira sekali membuka pintu kelas 5F dan masuk.
Krak...
Kerusi selang semeja dari meja Jaha berbunyi. Membuatkan Jaha yang peka dengan keadaan sekelilingnya terbangun. Dia mengangkat kepalanya mahu melihat siapa kawan sekelasnya yang datang awal hari ini.
"Kau?!!!" Namun terkejut apabila ternampak pelajar perempuan jembelang itu sedang duduk menongkat dagu dengan tangannya di meja dan memandang ke arahnya sambil tersenyum manis. Seram sejuk terus dia melihat senyuman pelajar itu. Macam pembunuh bersiri pula! Seram!.