webnovel

Orang Kebanyakan Berlawan dengan Kuasa Dewa (Bahagian I)

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah melihat apa yang baru terjadi, salah seorang tahanan yang masih tinggal tadi bingkas bangun dan cuba untuk melarikan diri. Ini benar-benar menghampakan Zero.

Zero bertukar menjadi satu pancaran cahaya suram dan memasuki tahanan itu dari belakang. Tahanan itu berhenti berlari dan matanya terjegil sehingga menampakkan mata putih sahaja. Ini bukan kali pertama Mayne melihat kebolehan aneh ini, tetapi setiap kali dia menyaksikannya, darahnya rasa seram sejuk di dalam tubuhnya.

Cahaya putih mula terpancar keluar dari mulut, mata, hidung, telinga dan semua rongga tubuh tahanan itu. Tubuhnya menggeliang-geliut dan terpusing-pusing. Akhirnya dia seolah-olah bertukar menjadi Zero.

Mayne tahu itu bukan rasukan kerana itu masih tubuh Zero. Ia juga bukan pembunuhan kerana jika ya, mana mayat tahanan itu tadi? Mungkin hanya paus dan orang-orang yang pernah melaluinya sahaja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya tadi.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com