webnovel

Lara Laura

" U Laura kan! my wife!" Exander menjerit untuk mendapatkan perhatian.Laura ketawa sebelum membuka mulut,"Kisah u dengan i dah lama terkubur Izz Exander!. Tolong la berpijak dibumi yang nyata." melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Masih ada atau pun tidak peluang kedua untuk lelaki ini. Semua itu terpulang pada Laura. Perjalanan kehidupan Laura seperti kitaran hidup seekor Rama - rama yang bermula dari beluncas yang di takuti kemudian bertukar kepada kepompong yang lemah tanpa perlindungan, setelah melalui perjalanan tranformasi yang panjang akhirnya terbang lah seekor Rama - rama yang cantik dan di kagumi. Dapatkah Laura mengubah haluan takdir kehidupan seperti Rama - rama?. p/s : Saya masih lagi perlu banyak belajar untuk memperbaiki penulisan. Maaf jika ada kekurang dan kesilapan. Jika sudi boleh nyatakan kekurangan dan kesilapan. saya amat menghargainya. ❤️❤️

EVA_95 · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
12 Chs

Chapter 9

Exander segak berkemeja menuruni anak tangga untuk bersarapan dan bersedia ke pejabat. Dia melihat Mak Yah yang sibuk ulang alik dari dapur ke meja makan bagi menyiapkan sarapan untuknya dan juga Haime.

" Selamat pagi Mak Yah." senyum Exander pada wanita yang umurnya sudah hampir separuh abad itu. Mak Yah membalas senyumannya, lalu menghulur piring yang di letaknya roti bakar disapu jem buah.

Haime berlari dari atas bila melihat abangnya yang sedang menikmat sarapan. Haime duduk mengadap Exander. "Xander.. boleh lah.. Haime nak berlajar karate." mohonnya lagi. Exander tidak perdulikan Haime yang bercakap dengannya. Haime bangun berjalan ke arah Exander lalu menggoncangkan badan abangnya. "Boleh lah xander.. boleh la.. please." rayu Haime dengan sepenuh hati. Exander menepis tangan Haime dan berdiri. "Abang cakap tak boleh , jadi tak boleh la. Apa susah sangat nak faham ni." Tegas suara Exander yang hampir hilang ke sabaran. Muka Haime bertukar masam mencuka dan berjalan keluar dari banglo milik keluarganya.

Dia yang berjalan dengan kaki yang hanya memakai stokin itu menjinjing kasut sekolah meluru masuk kedalam perut kereta lalu menghempas pintu. Pakcik Rahmat yang mendengar dentuman pintu kereta itu mengurut dada. ' kus semangat, nasib baik aku tak ade lemah jantung kalau tidak arwah aku. Haish.. budak bertuah ni.' sambil mengelengkan kepalanya. Haime melihat Exander menghampiri kereta yang dinaikinya, segera menurunkan tingkap tempat duduknya. "Xander naik kereta lain!." teriaknya.

Exander mengelengkan kepala 'Haish.. kecil besar aje aku tengok budak ni.' omelnya sambil mengelengkan kepalanya. Dia berpatah balik ke arah kereta yang dipakir dalam garage dan memandu menuju ke syarikat. Dalam perjalanan Haime mendapat idea bagaimana dia boleh menundukkan Exander. " Pakcik , boleh tolong hantar Haime ke pejabat Xander tak? Haime lupa nak suruh Xander sign buku ni" bohong Haime pada orang tua itu. "Tapi nanti kamu lewat ke sekolah" Balas orang tua itu.

" Tak apa nanti Haime explain lah dekat teacher Haime." Pakcik Rahmat mengangguk tanda faham.

Haime segera berlari masuk ke dalam bangunan syarikat milik ayahnya . Berdiri menunggu lift dari tingkat atas turun sebelum menaiki untuk ke bilik Exander. Ting.. bunyi pintu lift terbuka , pantas Haime berlari menuju bilik Exander tapi hanya ada Danniel yang mencari dokumen untuk di hantar ke bilik mesyuarat. " Eh, Tuan Haime buat apa dekat sini?." Tanya Danniel kehairanan. "Xander mana?" tanya Haime dengan mata meliar mencari kelibat Exander.

"Tuan Exander ade mesyuarat.Dia tak.." belum sempat menghabiskan ayatnya, Haime berlari ke bilik mesyuarat. Danniel berlari mengekorinya.

Bang.. bunyi pintu kaca yang ditolak Haime. Semua ahli lembaga pengarah yang ada di situ berpaling terkejut. " Haime nak belajar karate ! nak jugak ! " jeritnya sepenuh tenaga lalu baring di lantai lantas bergolek - golek. Semua yang berada di situ terlopong melihat Haime yang menggelupur. Danniel terkejut dengan tindakkan Haime cuba menariknya bangun tapi di tunjalnya Danniel, terjelepok jatuh terduduk pembantu Exander.

Exander bangun melangkah ke arah Haime, menarik tangan budak itu. "Bangun" Arah Exander.Haime tidak dengar apa yang dikatakan abangnya kerana sibuk menjerit. Exander memejam mata lalu mencengkam kolar baju Haime di bahagian belakang lalu mengangkat, terus terbangun adik bongsunya itu.

" yee.. pergi belajar karate."

"Tipu.. tipu ! nanti dah keluar Xander tak bagi." sambung Haime.

" Betul . Semua dalam ni jadi saksi" mengetap gigi kerana geram melihat Haime yang suka buat perangai itu. Haime berhenti menjerit. Tangannya membetulkan baju sekolah yang senget. " Okay, pakcik sini" menguit- nguit jari memanggil Danniel. Haime mengarahkan Danniel merakam video Exander memberi kebenaran padanya.

" Hmm.. Thank you Xander. Maaf mengganggu." katanya sambil menunduk - nunduk kepalanya. Haime turun ke kereta dengan senyuman lebar.

Laura berdiri di depan bilik bersedia untuk keluar berjoging pagi ini, sekaligus membuang sampah bekas makanan malam semalam. " Cepatlah Dayah." Laura melaung pada Hidayah yang terkial - kial memakai kasut.

" Sekejap lah. Kau ni.. hish." rungut Hidayah.

Mereka turun kebawah dengan mengusung plastik sampah. Semasa melepasi halaman rumah mereka menyapa tuan tanah.

" Selamat pagi Aunty" sambil mereka berdua menghadiahkan senyuman manis.

" U mau pergi mana? " soal Aunty Marion sambil menyiram pokok - pokoknya.

"Kami berdua nak pergi joging dekat taman depan sana tu" balas Laura. Tanpa membuang masa mereka mengatur langkah ke taman tersebut.

" Gee.. berhenti lah dulu " Hidayah yang tercungap - cungap itu terduduk keletihan

" Kau kalau berjoging dengan aku memang letih. Cuba kalau dengan Faris, bukan setakat joging lumba lari pun boleh kalah Usin Bolt " seloroh Laura yang diekori ketawa kecil.

" Eleh, cakap dekat orang. Kau pun sama kalau dah menempek dengan si Ajim tu, tadi yang dah nak pengsan tu boleh bangun siap berlari lagi" balas Hidayah.

" werk..werk.. dengki.." Laura membuat mimik muka mengejek Hidayah.

" Tunggu kau! aku bangun " Hidayah berlari mengejar Laura yang sudah jauh ke depan.

Telefon pintar milik Exander berdering, dengan pantas dia menjawab. " Hello Xander, ambik Haime sekejap lagi lepas tu kita cari kakak tu. Jangan cakap apa- apa, Xander dah janji eh " Haime memperingatkan Exander.

" Hmmm" pantas Exander menjawab lalu memutuskan talian. Dia meletak telefon ke atas meja. ' kakak mana lah dia ni. hebat sangat ke yang beria - ria sangat ni'. Exander tahu Haime tidak mudah sukakan sesuatu kalau tidak menepati citarasa adik bongsu nya itu. Exander keluar mengambil Haime.

" Gee.. Nanti aku pasang digital door lock ye. senang sikit. Kau pun tak payah nak menyelongkar habis 1 bilik cari kunci kann" usik Hidayah pada Laura yang sibuk berdandan untuk ke tempat kerja.

" Okay" pendek saja jawapan Laura.

"Hmmm. sejak bila kau pergi kerja pakai make up? Ohh.. sejak ada abang Ajim" Hidayah menjawab soalannya sendiri. Laura membaling bantal hiasan yang ada diatas meja solek ke arah Hidayah. "Main kasar nampak" Hidayah melompat turun dari katil mengekori langkah Laura.Dia berdiri di pintu hanya memerhati Laura berjalan ke tangga ."Gee! bang.. bang..tembakkan cinta. fuhh" Hidayah meniup jari yang digaya seperti pistol. Laura menggoyangkan badannya seakan - akan ditembak. Mereka berdua berdekah ketawa.

"Kau tengok kakak karate tu dekat mana?" tanya Exander pada Haime. "Dekat belakang taman tema atas bukit tu" menghulurkan telefon yang menunjukkan lokasi taman tema itu. Mereka sampai di depan restoran Laura bekerja. Exander melangkah masuk ke dalam di ekori adiknya.

" Excuse me, Miss boleh saya jumpa dengan kakak karate?" tanya Exander kepada Rose. "Kakak karate?" Rose mengerutkan keningnya sambil berfikir siapa yang dimaksudkan.

" Kakak tu rambut pendek paras bahu " Haime mencelah.

'Aku bertudung. Laila dengan Dina rambut panjang. Laura ke?' Rose tanya diri sendiri.

" Nama dia Laura, tapi dia belum sampai lagi" jawab Rose sambil tersenyum. Exander dan Haime keluar dari situ. Haime yang mempamerkan wajah hampa itu masuk ke kereta. Semasa kereta yang dipandu Exander meluncur laju menuruni bukit, Haime melihat Laura melalui lorong pejalan kaki.

" Stop! " teriaknya tiba - tiba. Exander terkejut lalu menekan brake secara mengejut.

" Hish, kau ni nak mati ke!" Exander melenting. " Tu kakak karate" menghalakan jari telunjuk ke arah Laura yang sedang berjalan . Exander dan Haime keluar menghampiri Laura.

" Excuse me, Miss" Exander memanggil Laura dari jauh. Laura memandang ke kiri kemudian ke kanan. ' tak ada siapa - siapa, orang tu panggil aku ke?' dia bercakap sendirian. Laura menonong berjalan melepasi Exander dan Haime kerana tidak percaya orang yang mereka maksudkan itu dirinya.

" Eh, aku panggil dia tapi boleh dia straight je berjalan." bebel Exander yang memandang Laura berjalan melepasi dirinya.

" Kakak karate !" jerit Haime sambil berlari ke arahnya.

" kakak karate.. tolong ajar saya karate. tolong la" Haime menggoyangkan tangan Laura.

" Eh, Eh..Kenapa ni? karate ape? " tanya Laura yang terpinga - pinga. Exander berlari - lari anak mendapatkan adiknya. " Haime.. Apa kau ni" segera menarik Haime menjauhi Laura.

" Minta maaf Cik. Adik saya nak belajar karate dengan Cik sebab dia tengok Cik karate orang. Ni kad saya, urgent" jelas Exander yang tidak cam wajah Laura.

' Ehh, Dia ni lagi' bebel Laura dalam hati. Laura mengambil kad yang di hulur.

" tapi i.."

" Money no problem" potong Exander yang mengheret Haime patah balik ke kereta.

" Eihh, belagaknya" Laura mencebik. Dia meneruskan perjalanan ke restoran.

Laura masuk ke restoran dan menyimpan beg di dalam locker. sebaik saja dia menapak kaki dipintu masuk ke kaunter, Rose memaklum kedatangan Exander.

" Gee ade orang cari kau tadi , die panggil kau.."

"kakak karate " sampuk Laura.

"Eh kau jumpe ke orang tu?" soal Rose.

" Ha,ah aku terserempak tepi jalan masa nak datang sini tadi" jelas Laura. Tidak lama selepas itu Ajim melangkah masuk ke pejabat Eddy.

" Miss, aku tak nak duduk belakang hari ni, aku nak jadi customer service" kata Ajim pada Eddy. Terlopong mulut Eddy dengar permintaan Ajim.

" Kau ni biar betul, dulu kemain lagi merayu nak duduk belakang sebab Gee cashier. Dah 4 tahun kau duduk belakang, hari ni tiba - tiba aje nak jadi CS. Risau aku tengok kau ni " kata Eddy yang hairan dengan perangai pelik Ajim.

" Okay deal, sebab jantung hati aku ada dekat depan" selamba Ajim membalas sebelum beredar. Rose menyiku lengan Laura sambil menjuih mulutnya ke arah Ajim. Laura menjeling pada Rose.

Mikail menyedut jus oren didepannya sementara menunggu rakan yang lain sampai untuk group discussion. Dia menelefon Laura beberapa kali tapi tidak dijawab. 'Mana lah dia ni. Kalau sebelum ni hari - hari mesej aku dekat WhatsApp walaupun aku tak reply. sekarang tiba - tiba diam ni kenapa? soalnya didalam hati.

" Yoo bro" Sapa Najmi rakan baiknya

" hmm, asal kau lambat?" soal Mikail sambil membelek telefon pintarnya.

" Settle kerja sikit tadi. relax la bro, malam masih muda " katanya sebelum ketawa.

"Hi guys, sorry sebab lambat" Emelda membuat - buat suaranya supaya kedengar manja. Najmi membuat muka menyampah tatkala melihat Emelda.

" Kau tak boleh cakap elok sikit ke? kembang tekak aku dengar " Balas Najmi selamba.

" Mika.. tengok kawan u ni sakitkan hati i.." merengek Emelda pada Mikail. Anis orang terakhir mereka tunggu sudah pun sampai.

" hi geng, sorry ahh bapak aku balik lambat tadi" jelas Anis pada mereka bertiga. Mereka membincangkan tugasan yang diberi. Sebelum beredar mereka berbual dan menghabiskan minuman yang dipesan masing.

" Mikail kau jauh sikit dari sotong betina ni. Lain kali aku tak datang kalau bawak dia ni lagi." jelas sekali Najmi naik menyampah dengan perangai Emelda yang pura- pura manja itu.

"Hish.. U.. benci lah i dengan dia ni" sambil melentokkan kepala ke bahu Mikail.

" Oh, kau dengan Laura dah broke up, patutlah partner masing - masing dah bertukar" Anis berkata sambil menyedut minuman.

"Apa!" jerit Mikail. Anis dan Najmi terperanjat. " Apa kau ni tak payah la menjerit, move on je dah la." jawab Anis pantas sebelum memandang sekeliling.

" Kau cakap apa ni Anis? siapa yang tukar partner?" soal Mikail yang sudah tidak senang duduk itu.

" Kau dengan Laura la dah bertukar partner. sebelum ni kau dengan Laura. Sekarang kau dengan dia ni. Laura dengan boyfriend baru dia. Apa yang kau nak terkejut sangat ni. kau ingat kau seorang je boleh cari lain." Jelas Anis yang sengaja meninggikan sedikit suaranya.

" Mana kau tahu Laura ada boyfriend lain?" soal Mikail lagi.

"Hak, alah dia ni dah broke up tu move jela.. nah buka mata kau luas - luas " kata Anis lagi sambil menunjukkan skrin telefon pintarnya ke muka Mikail.

" Ohh. patut lah aku call kau tak jawab rupanya ada orang lain. Aku dengan Laura tak

pernah broke up" Mikail bangun dan melangkah pergi seperti ribut.

" U la ni.. tak boleh tengok orang senang" bentak Emelda sebelum mengekori Mikail.

" Apahal dengan kawan kau tu Najmi? tak ada angin, tak ada ribut tiba - tiba melenting. dia ada girlfriend baru boleh " soal Anis pada Najmi selaku rakan baik kepada Mikail.