Mikail menunggang sehabis laju motorsikalnya. Dia menekan berkali - kali loceng rumah sewa lama Laura.
" Apa ni aku tak pekak lagi lah" marah penyewa baru itu.
" Laura mana ? aku nak jumpa dia!" kasar Mikail menyoal
" Eh kurang ajar betul kau ni kan ! Aku penyewa baru ! orang yang kau cari dah pindah ! " lalu menghempas pintu.
Mikail mengatur langkah turun ke motorsikalnya sambil menelefon Laura. ' Aku call kau beratus kali , sekali pun kau tak angkat. Mana kau nak lari.' Mikail ligat memikirkan kemana harus dia mencari Laura.
" Restoran ! Mikail menghidupkan enjin lalu memecut laju.
Memandangkan malam ini, malam minggu ramai pengunjung yang datang ke restoran. Laura yang tidak berhenti lagi dari mengambil pesanan pelanggan itu, sempat bermain mata dengan Ajim yang menghantar makanan yang di pesan kepada pelanggan. Mikail dari luar melihat kemesraan mereka berdua itu terbakar hatinya. Dia mengorak langkah menuju ke arah Ajim seperti puting beliung.
" Jantan tak guna! " Buk satu tumbukan tepat hinggap di wajah Ajim menyebabkan dia terjatuh ke lantai. " Mikail ! kenapa dengan u ni ?" soal Laura yang cemas . Laura terperanjat dengan tindakan Mikail itu. Ajim yang terpinga pinga itu mengusap perlahan bibirnya yang berdarah lalu bangun . " Kau siapa! apa hak kau nak tumbuk aku !" Ajim membalas tumbukan Mikail. Daus dan Ziqri menghalang mereka dari berterusan bergaduh. Laura menarik tangan Mikail keluar dari restoran.
" Oh. patut lah i call tak pernah nak menjawab ini sebabnya..sebab dah ada jantan lain! Kau pindah rumah , tak bagitahu aku pun. Jantan tu siap datang lagi kat rumah baru kau kan ! memang dasar perempuan tak tahu malu. Pang.. Mikail menampar pipi Laura sekuat hati. Berpinar matanya dek kerana tamparan yang hinggap di pipi.
"Memang patut pun kau di benci! " Mikail menengking dirinya seperti dirasuk syaitan.Laura hanya tertunduk diam tidak menyangka Mikail akan perlakukan dirinya sebegitu . Tidak terkeluar satu patah perkataan pun dari mulut Laura melainkan air matanya mengalir deras seperti air terjun . Setiap ayat penghinaan yang diucapkan Mikail melukakan hatinya. Hati Laura hancur berkecai seperti kaca yang dihempas ke batu.
" Eh, perempuan! aku tak heran lah kau tinggalkan aku . Berlambak perempuan kat luar sana tergila gila kan aku . kau nak tahu sebab apa? sebab aku ada masa depan ! bukan macam kau! elok sangat lah kau dengan jantan tu. Sama - sama tak ade masa depan!." sambung Mikail lagi sebelum beredar. Laura kembali ke restoran dengan matanya merah kerana menangis.
" Laura ! masuk I ada nak cakap sikit" tegang suara Cindy memanggilnya. Laura pantas mengatur langkah masuk ke pejabat.
" U haa.. tak habis - habis bawa masalah. boyfriend U sudah dua kali datang sini mengamuk. I dah tak boleh terima U. sorry to say, selagi U ada sini , hal ini akan berulang. I minta maaf. I hope U faham . U boleh keluar" kata Cindy yang memicit - micit kepalanya. Laura keluar menghabiskan kerja terakhirnya.
Tepat pukul 12.30 pagi Laura mengemas barang miliknya yang di simpan dalam staff locker dan keluar dari restoran. Laura tidak melakukan closing seperti biasa. Eddy tercegat tepi pintu belakang menyapa Laura.
" Gee , aku minta maaf la sebab tak dapat nak tolong kau kali ni " sayu suaranya.
" Tak ape la Miss, memang salah saya. Saya tak kerja sini tapi saya boleh datang sebagai customer. jangan risau lah. saya okay " Laura senyum padanya. Sebelum berjalan pulang, Laura menatap lama motosikal Ajim seperti itu kali terakhir melihatnya. Angin malam meniup rambutnya perlahan. Air matanya kembali mengalir. Masih terngiang - ngiang di telinganya penghinaan Mikail. Laura membuka kunci bilik. Berhati - hati dia berjalan agar tidak mengejutkan Hidayah kerana esok adalah hari pertama dia menjadi sebahagian dari IZZ GROUP.
Ting.. Dang.. bunyi seperti sesuatu jatuh ke lantai. Laura bangun keluar dari bilik. Dia melihat Hidayah kelam kabut di dapur menyediakan sarapan.
" Bunyi apa Dayah? " Tanya Laura sebelum menguap.
" Ni haa.. sudu dengan tin biskut jatuh.." jawab Hidayah tanpa memandangnya. Laura mendekati Hidayah dan mengambil sudu ditangan sahabatnya itu. " Tinggal lah, biar aku buat. Kau pergi mandi lepas tu bersiap." arah Laura kepada Hidayah. ' Eh, selalu aku yang arahkan dia macam tu' bisik hati Hidayah yang tercengang. Laura sedang menyapu butter pada roti itu perasan akan Hidayah yang masih lagi berdiri didepannya.
" Lah, yang kau tercegat lagi kat sini kenape? pergi mandi." Laura sengaja meninggikan suaranya.
" Arr.. iy..iyaa. aku nak pergi la ni" Hidayah terperanjat cepat - cepat melangkah ke bilik air. Hidayah bersarapan dengan Laura sebelum berangkat ke tempat kerja.
"Dayah mana baju kotor kau" tanya Laura yang sibuk mengemas meja makan dan juga dapur.
''Yang dalam bakul hujung katil tu'' Hidayah melaung dari muka pintu."Bye Gee. aku pergi keja dulu" sambungnya lagi. Laura membuang sampah sebelum keluar berjoging. Apabila pulang dia, ke dobi pula untuk mencuci pakaian. Laura menyediakan sarapan , makan tengah hari dan juga makan malam. Sebelah petang pula dia akan menolong Aunty Marion menyiram pokok bunga. Begitu lah rutin harian Laura setiap hari sejak 4 hari yang lepas setelah di buang kerja gara - gara Mikail.
Danny menelefon Laura mengingatkan kelas yang dia akan menghadiri sebentar lagi. Laura yang sudah bersiap untuk ke kelas mengeluarkan barang - barang semasa bekerja di restoran. Dia terpandang kad yang di beri Exander pada nya. ' Ahhh.. aku lupa lah. kesian pulak budak tu.' sambil mengibas - ngibas kad itu.
" Danny wassup bro" Laura menyapa coach nya itu sambil menari - nari.
" Happy u hari ni Laura" ujar Danny yang sibuk itu.
" Hei , memang la happy sebab I'm your lucky charm." lalu menepuk bahu Danny.
" Lucky charm?" tanya Danny hairan.
" I bawak U pergi lubuk emas lepas kelas ni " Laura senyum nakal. Selepas kelas habis Laura menunggu didepan bangunan itu sementara Danny mengambil keretanya.
tut..tut.. " hello " suara Exander kedengaran.
" Hello.. ni I, kakak karate. nak I jumpa U dekat mana? " balas Laura. Exander melihat jam sudah hampir pukul 1 petang. Sekejap lagi dia perlu mengambil Haime pulang sekolah
" I hantar U location " pantas Exander jawab
" Okay. " ringkas saja jawab Laura. Laura masuk ke dalam kereta dan menunjukkan lokasi yang dihantar Exander. Mereka berdua terus menuju kesana.
Danny memberhentikan keretanya di depan pintu pagar sebuah banglo besar dan kelihatan mewah milik keluarga Izz Exander.
" U ni jangan main - main Laura." Danny tidak percaya apa yang dia lihat.
" Betul lah, jom" Laura keluar dari kereta. Pengawal keselamatan yang berada dipondok tepi pagar menghampiri mereka berdua.
" Maaf Cik, sini tak dibenarkan letak kereta" tegur pengawal tersebut.
" Tuan rumah ni yang suruh kami berdua datang." jelas Laura.
" Tuan rumah? siapa nama tuan rumah tu? soal pengawal tu lagi. ' Haish, banyak songeh betul la. aku dah la panas ni' bisik hatinya sambil melihat ke arah pengawal keselamatan itu seperti mahu menelannya. Laura menelefon Exander memaklumkan bahawa dia sudah sampai. Pengawal keselamatan itu membuka pagar.
Laura dan Danny melangkah masuk kedalam banglo itu. " waaa.. memang betul - betul lubuk emas ni" bisiknya pada Danny di sisinya.
" hish, U ni" Danny mencubit lengannya.
" Sakit lah" Laura mencebik sambil menggosok lengan. Mak Yah memperlawa mereka berdua duduk diruang tamu.
"Jemput duduk Cik dan Encik." Lembut suara Mak Yah.
" Terima kasih" Laura membalas senyuman pembantu rumah itu.
"Kakak karate !" jerit Haime lalu berlari menuruni tangga. Laura hanya menyengih pada Danny. ' Haish , budak ni' Exander mengeluh setelah melihat Haime di sebelah Laura yang sibuk bercerita sambil tangan membuat gaya. " Haime ! " tegas suara Exander memanggil. Haime yang rancak bercerita itu terus terdiam. " Behave yourself " sambung Exander lagi yang berjalan ke arah Mereka . Laura dan Danny terkebil kebil melihat mereka dua beradik itu.
" So bila mula class?" Soal Exander yang baru saja melabuhkan punggu di sofa .
" haa.. itu lah I nak bagitahu U. bukan I yang ajar tapi ni " Laura menunding jari pada Danny. Danny memandang Laura yang tersengih - sengih di sebelahnya. Mereka berdua berbincang mengenainya. Laura hanya jadi pemerhati sambil mengabiskan semua kuih yang dihidang Mak yah. Danny menerima Haime sebagai pelajarnya. Haime gembira bukan main lagi.