webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantasía
Sin suficientes valoraciones
1241 Chs

Memutuskan Pertunangan (2

Editor: EndlessFantasy Translation

Namun, di wajah Maharaja tampak ekspresi dilema, "Jeneral Yun, kamu tonggak negara, mungkin tidak elok untuk kamu mengambil tindakan ini, lebih baik kamu ambil balik Mohor Perintah ini, Long Yuan tidak mampu bertahan tanpa kamu."

'Musang tua!' Yun Luo memaki dalam mindanya, jangan fikir dia tidak tahu si musang tua ini sangat gembira sehingga bunga mekar dalam hatinya.

"Tuanku, Patik cuma mahu menemani cucu Patik di rumah dan bersara sekarang, Patik tidak mahu terlalu penat bekerja."

"Baiklah jika begitu."

Gao Tu betul-betul dalam kesusahan, "Mohor Perintah ini, Beta boleh mengambilnya, tapi tiada calon jeneral yang sesuai sekarang, jadi jawatan Jeneral masih dipegang oleh Yun Luo."

Apa yang dia inginkan hanyalah Mohor Perintah itu, jawatan Jeneral pula, bukan penting sangat, jadi tidak salah memberikan Yun Luo jawatan tidak bermakna? Ini untuk mengelakkan rakyat menyangka dia tidak berhati perut.

"Terima kasih Tuanku," Yun Luo mencemuh dalam hati, dengan suara bersemangat dia berkata "Pegawai tua ini masih ada dua permintaan, salah satunya untuk memutuskan pertunangan dengan Tuanku Putera Gao Ling bagi pihak cucu saya, Yun Luofeng."

Minda Gao tu menjadi kosong sejenak dan dia memicit keningnya, "Jeneral Yun, kamu pasti hendak memutuskan pertunangan itu? Kamu patut tahu, Yun Luofeng itu tidak berguna, jika dia memutuskan pertunangan dengan Putera Mahkota, jadi dia tidak akan dapat berkahwin!"

Maknanya jika pertunangan itu diputuskan, sudah tentu tiada siapa yang ingin berkahwin dengan Yun Luofeng, si sampah itu!

"Feng'er ialah cucu Patik, selagi Patik masih hidup, tiada siapa akan berani memandang rendah terhadapnya, lagipun hati Putera Mahkota dimiliki oleh orang lain, jika Feng'er masih bersamanya, dia akan merana."

"Jeneral Yun, Beta harap kamu memikirkan hal ini dahulu," Gao Tu terlepas cakap, "Dengan kebolehan Yun Luofeng, memang tidak mungkin dia menjadi isteri Putera Mahkota, tetapi jika dia berusaha keras, Beta akan memutuskan untuknya, membenarkan dia menjadi Gundik Diraja kepada Putera Mahkota."

Untuk menjadi Puteri Mahkota Diraja, mesti ada kebolehan, kecantikan, kemuliaan dan bakat! Dan dia juga telah berjanji kepada Kediaman Perdana Menteri, untuk menjadikan Mu Wushuang Puteri Mahkota!

Perjanjian perkahwinan dari lebih sedekad yang lalu itu pula...

Pada masa itu, bukankah Yun Luofeng baru sahaja lahir? Dia tidak tahu Yun Luofeng akan menjadi orang tidak berguna, tambahan lagi, keturunan Keluarga Yun sangat luar biasa, jadi dia membuat perjanjian berkahwin(antara anak-anak) dengan Keluarga Yun. Baru sekarang dia sedar Yun Luofeng ialah sampah, jadi tiada sebab lagi untuk menunaikan janji itu.

Walau bagaimanapun...

Kebolehan Jeneral Yun ini sangat luar biasa, dia juga mengharapkan hubungan perkahwinan dengan Kediaman Jeneral, walaupun Yun Luo melepaskan kuasa ketenteraan, dia masih ada kekuatannya sendiri. Itu cuma kedudukan Gundik Diraja, bukan isteri yang sah jadi tiada masalah untuk memberikan kedudukan ini kepada si sampah itu.

"Anak perempuan keluarga Yun tidak akan menjadi gundik sesiapa!"

Ayat itu sangat tegas dan tak terhalang.

Anak perempuan dari keluarga Yun tidak akan menjadi gundik sesiapa, walaupun kepada Keluarga Diraja ataupun bangsawan, dia tidak akan membenarkannya, "Hmph!"

Tiba-tiba Mu Xingchou, yang dari tadi cuba menahan kemarahannya, mencemuh dengan dingin dan memerli "Melihatkan cucu kamu, si sampah itu, mendapat kedudukan Gundik Diraja itu sudah berbaloi untuknya, melainkan dia ingin menjadi isteri yang sah? Kamu memang terlalu berangan, kamu tanya semua pegawai di sini, siapa yang mahu cucu atau anaknya berkahwin dengan cucu kamu?"

Semua pegawai di situ tidak menyangka Mu Xingchou akan mengaitkan mereka dan tidak mampu berbuat apa-apa selain dari menundukkan kepala mereka, sangat takut Yun Luo akan mengamuk dan memaksa cucunya dikahwinkan dengan anak mereka.

Walaupun si sampah itu sangat cantik, tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa selain kecantikan, yang tidak mampu bertapa, cuma layak menjadi gundik! Mereka yang mempunyai pangkat tidak akan mengambilnya sebagai isteri!