27 Memutuskan Pertunangan (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam dewan utama, pegawai-pegawai yang lain menundukkan kepala mereka, tidak berani untuk membuat sedikit bunyi sekalipun. Mereka berasa sangat takut yang perbalahan antara dua kuasa besar Long Yuan ini akan membawa bencana kepada orang-orang yang tidak bersalah.

Wajah Mu Xingchou seperti telah termakan najis, tersangat hodoh, pandangan tajamnya tidak terlepas dari muka tidak tahu malu Yun Luo itu. Jika bukan kerana dia tidak mampu menang jika bertarung dengan orang tua itu, dia pasti sudah menumbuknya.

"Yun Luo tidakkah kamu tahu malu? Adakah seluruh keluarga kamu tidak tahu malu? Cucu kamu baik-baik sahaja di sana, manakala cucu saya pula sedang tidak sedarkan diri. Dengan itu, Tuanku cukup tahu siapa yang bersalah dalam hal ini."

Yun Luo ketawa memerli sambil dia berdiri, matanya yang gagah bagaikan pedang yang tajam.

"Cucu saya selamat kerana kemampuan pengawal Keluarga Yun untuk melindunginya, jika tidak mungkin saya mungkin sudah kehilangan satu-satunya darah daging saya! Cucu saya berada dalam keadaan trauma walaupun dia dapat melepaskan diri dari kejadian itu. Jika kamu tidak memberikan penjelasan hari ini, saya akan mengarahkan askar-askar saya untuk menghancurkan kediaman kamu!"

Mu Xingchou sangat marah sehingga badannya menggigil. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menahan kemarahannya sejak tadi lagi. Tidak lagi menjeling ke arah orang tua itu, dia mengalihkan pandangannya ke arah Maharaja Gao Tu.

"Tuanku, Patik harap Tuanku dapat menjelaskan siapa benar dan salah."

Anaknya sendiri ialah isteri kesayangan Maharaja. Cucunya pula, Mu Wushuang, dan Putera Mahkota sudah jatuh cinta dengannya. Jika bukan kerana Yun Luofeng, Wu Shuang pasti sudah menjadi isteri Putera Mahkota.

Namun, Wushuang pasti akan menjadi Puteri tidak lama lagi! Bagaimana Yun Luofeng si sampah itu boleh layak digelar 'Ibu kepada Dunia'?

"Ini..." Kening Gao Tu berkerut melihat dua pegawai itu saling menuding jari. Akhirnya, dia mengeluh, "Perdana Menteri, Keluarga Mu sememangnya bersalah dalam hal ini. Keluarga Yun cuma bertindak mempertahankan diri. Hantar Mu Shen untuk meminta maaf kepada Keluarga Yun."

Bukannya Gao Tu tidak ingin membela Perdana Menteri Mu, cuma Yun Luo telah meninggalkan rumahnya selama sepuluh tahun demi Long Yuan. Jika dia terus membela Perdana Menteri Mu pada masa ini, hati rakyatnya pasti semakin dingin terhadapnya.

Apapun, tidak kira hal kematian ibubapa Yun Luofeng atau Yun Qingya cendekiawan Keluarga Yun, semuanya terjadi kerana dia membela Kediaman Mu! Dan Yun Luofeng ini satu-satunya waris Keluarga Yun, jika sesuatu berlaku terhadapnya, dia takut orang tua ini akan menjadi gila saat itu juga.

"Tuanku!"

"Baiklah." Melihat Mu Xingchou ingin membuka mulutnya, Gao Tu melambaikan tangannya, menghentikan kata-kata Mu Xingchou. Dengan segera, dia memandang Yun Luo dengan penuh maruah lalu berkata, "Hal ini berakhir begini, Mu Shen mencabul Yun Luofeng, dan dia telah mendapat balasannya. Jadi lupakan saja tentang pampasan, Yun Luofeng juga tidak tercedara. Di masa akan datang, tiada siapa dibenarkan untuk bercerita tentang kejadian ini!"

Jelas sekali Mu Shen cuba untuk merogol Yun Luofeng, tapi dari mulut Gao Tu dengan mudah ia menjadi seperti kelakuan mencabul.

Perbezaan yang sangat jelas antara keduanya, langsung tidak mempunyai maksud yang sama.

Yun Luo menundukkan pandangannya, menyembunyikan rasa kecewa. Dia cuma berkata, "Memandangkan Tuanku sudah membuat keputusan, Patik cuma menurut! Cuma Patik sudah lanjut usia, jadi Patik tidak lagi mampu membawa askar pergi berperang. Mohor Perintah ini patik pulangkan kepada Tuanku."

Selepas berkata begitu, dia mengeluarkan Mohor Perintah dari lengan bajunya, perlahan-lahan mendekati Maharaja, lalu menghulurkannya kepada sida yang berada di tepi.

Sida itu mengambil Mohor Perintah itu dan kembali ke sisi Maharaja Gao Tu, perlahan-lahan memberikan cap mohor itu kepadanya.

Gao Tu sangat bimbang memikirkan bagaimana dia hendak mengambil semula kuasa ratusan ribu askar itu. Dia tidak pernah menyangka orang tua itu akan mengambil inisiatif untuk memberikannya kembali. Jantung Gao Tu kemudiannya berdegup kencang.

avataravatar
Next chapter