webnovel

Puncak Awan Tersembunyi (1)

Traductor: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ke Cang Ju memberi pandangan penuh cemuhan ke arah Mu Chen dan menjeling Jun Wu Xie. Dia tak nampak sebarang kegembiraan di wajah Jun Wu Xie, cuma wajah yang berkerut tanda tidak setuju.

"Budak, kau patut berbangga dapat diterima masuk ke Puncak Awan Tersembunyi. Kalau kau tolak pelawaan aku, kau boleh berambus dari Puncak Berawan sekarang juga."

Daripada merampas pengikut hinggalah kepada membuat ugutan, perlakuan Ke Cang Ju menunjukkan kekuasaannya. Wajah Mu Chen menjadi gelap kerana marah. Tuan Tua lain mungkin tidak setuju dengan cara Ke Cang Ju, tetapi mereka semua hanya mendiamkan diri. Walaupun Qin Yue menunjukkan dia seolah-olah melayang semua Tuan Tua itu sama rata, mereka semua tahu dia berat sebelah terhadap Ke Cang Ju.

Ke Cang Ju mahu merampas seorang pengikut yang disukai oleh Mu Chen. Kalaupun Ke Cang Ju melumpuhkan budak bernama Jun Xie itu sekarang, dia tidak akan dihukum oleh Kumpulan Qing Yun.

Jun Wu Xie mengecilkan matanya dan memandang Ke Cang Ju yang hodoh itu. Matanya bersinar dingin. TIba-tiba dia merasakan lengan bajunya ditarik dan Qiao Chu berbisik di telinganya. "Jun Xie, jangan bertindak terburu-buru. Kamu hanya mahu masuk ke Kumpulan Qing Yun. Masuk melalui Puncak Menjejak Awan atau Puncak Awan Tersembunyi tak ada bezanya, bukan?"

Suara Qiao Chu menunjukkan perasaan gelisahnya. Dia tahu berdasarkan kehandalan Jun Xie dalam bidang perubatan, tak ada apa yang Kumpulan Qing Yun boleh ajarkan kepadanya. Pasti ada sebab lain kenapa dia mahu masuk ke Kumpulan Qing Yun. Daripada menolak Ke Cang Ju dan dihalau keluar, lebih baik Jun Xie mengikut sahaja kehendaknya buat masa sekarang.

Jun Wu Xie menutup matanya dan menahan niat membunuhnya.

"Saya setuju." Dia meluahkan kata-kata itu dengan dingin.

Ke Cang Ju tersenyum hodoh.

"Budak, kau akan tahu tak lama lagi yang kau dah buat pilihan yang betul hari ini." Ke Cang Ju ketawa ngeri, tidak mempedulikan Mu Chen yang sedang marah lalu berpusing untuk pergi dari situ.

Jun Wu Xie merenung susuk tubuh Ke Cang Ju yang berlalu pergi dan matanya dipenuhi kedinginan.

Tak lama lagi tahulah Ke Cang Ju betapa besarnya kesilapan yang dia baru lakukan.

Mu Chen menarik nafas dalam dan memaksa dirinya untuk memendam api kemarahannya. Dia cuba menunjukkan riak wajah yang tenang, tetapi bibirnya yang diketap ketat itu jelas menunjukkan perasaan berangnya.

"Kalau kamu perlukannya di masa hadapan, kamu boleh datang cari saya di Puncak Menjejak Awan. Jemputan saya untuk kamu tetap ada," kata Mu Chen dengan lembut kepada Jun Wu Xie.

Mu Chen tidak peduli kekejaman apa yang telah dilakukan oleh Ke Cang Ju, tetapi pemuda di hadapannya ini benar-benar berbakat tinggi dan dia tidak mahu pemuda ini dirosakkan oleh tangan Ke Cang Ju. Dia tidak akan melepaskan peluang, biar sekecil mana sekalipun, untuk membiarkan budak berbakat tinggi ini terus hidup.

"Terima kasih." Jun Wu Xe memandang Mu Chen, benar-benar berterima kasih kepada lelaki itu. Dia dapat merasakan keikhlasan Mu Chen.

Mu Chen mengangguk dengan tidak berdaya. Gangguan Ke Cang Ju telah membuatkan Mu Chen hilang keinginan untuk menerima pengikut baru. Calon terbaik sudahpun diambil dan yang lain semuanya tidak layak mendapat perhatiannya.

Mu Chen tidak tahu, tawaran yang diberikannya hari ini akan mengubah hidupnya.

Memandangkan dua orang Tuan Tua sudah meninggalkan tempat itu, pemuda-pemuda lain menjadi semakin resah. Demi merebut tempat yang tinggal, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan terbaik.

Bagi Qiao Chu dan Jun Wu Xie yang telah dipilih untuk menyertai Puncak Awan Tersembunyi, mereka berundur dengan senyap dan berdiri di tepi. Amat berbeza dengan keadaan pemuda-pemuda lain yang sedang menggelabah.

"Saya tahu kamu mahu pergi ke Puncak Menjejak Awan, tapi kita tak ada pilihan lain. Jangan bimbang, dengan adanya saya, raksasa hodoh daripada Puncak Awan Tersembunyi itu sekalipun tidak akan dapat menyentuh kamu," kata Qiao Chu, cuba meyakinkan Jun Wu Xie.