webnovel

Ketakutan Tersebar (4)

Traductor: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tuan Tua Puncak Panji Awan ialah Cai Zhuo, seorang lelaki yang berusia lebih lima puluh tahun. Sebelum Qin Yue mengambil alih sebagai Pemerintah, Cai Zhuo sudah pun menjadi Tuan Tua Kumpulan Qing Yun. Disebabkan pangkat senior yang dipegangnya, Cai Zhuo agak dihormati dalam kalangan Tuan Tua. Malah Qin Yue juga kadangkala tunduk padanya.

Tiada siapa yang menyangka Ke Cang Ju akan begitu berani pergi ke Puncak Awab Panji, berdiri di hadapan Cai Zhuo yang sudah beruban janggutnya itu, lalu merampas dua orang pengikut dari depan matanya. Sikap memerintah mereka ini hampir membuatkan Tuan Tua itu pengsan kerana marah!

Angkuh! Kezaliman melampau!

Tragedi yang menimpa Puncak Awan Abu berlaku pula di Puncak Panji Awan selang beberapa hari kemudian. Apa yang paling tidak boleh diterima ialah, Ke Cang Ju telah merampas pengikut-pengikut ini walaupun Cai Zhuo menolak permintaannya. Ke Cang Ju langsung tidak peduli dengan kuasa seorang Tuan Tua.

Sewaktu pengikut Puncak Awan Abu dirampas, puncak-puncak lain memikirkan hal ini berlaku kerana pengikut-pengikut itu tidak mempunyai perlindungan daripada seorang Tuan Tua. Inilah yang menyebabkan Ke Cang Ju berani untuk mendominasi mereka.

Tetapi di dalam kes Puncak Panji Awan ini, kekejaman Ke Cang Ju jelas dapat dilihat!

Tuan Tua Puncak Panji Awan masih ada, masih hidup dan kuat lagi. Namun Ke Cang Ju telah merampas pengikutnya dari depan matanya sendiri! Ke Cang Ju berlagak seolah-olah dia memiliki Puncak Berawan!

Cai Zhuo amat marah dan para pengikutnya memujuk dia untuk pergi kepada Qin Yue. Tuan Tua berpangkat senior itu menyampaikan tentang kesombongan dan kezaliman Ke Cang Ju dengan begitu teliti kepada Pemerintah. Dia merayu sehingga suaranya serak tetapi masih tidak dapat meyakinkan Qin Yue untuk mengambil tindakan ke atas against Ke Cang Ju.

Qin Yue hanya cuba memujuk Cai Zhuo dan berjanji dalam pemilihan rekrut selepas ini, dia akan membenarkan Cai Zhuo memilih bakat-bakat yang ada dulu. Dia perlu melupakan saja hal ini.

Apabila Cai Zhuo berlalu dari kawasan Qin Yue, mukanya pucat kerana menahan marah. Sebaik dia keluar dari pintu pagar, dia terus jatuh pengsan dan terpaksa diusung pulang ke Puncak Panji Awan oleh para pengikutnya yang cemas!

Dengan adanya Puncak Panji Awan sebagai contoh utama, para Tuan Tua lain mula bimbang. Ke Cang Ju sudah menunjukkan yang dia mampu bertindak melampau dan Pemerintah pula memilih untuk menjauhkan dirinya dari hal ini. Oleh itu Ke Cang Ju dibenarkan untuk bertindak sesuka hatinya tanpa menerima sebarang hukuman.

Puncak Awan Abu dan Puncak Panji Awan telah dijadikan sasaran. Tragedi ini dijangka akan tiba ke pintu-pintu pagar puncak lain tak lama lagi!

Kehilangan seorang dua pengikut tidak banyak memberi kesan ke atas Tuan Tua lain. Mereka lebih terkesan dengan kebiadaban Ke Cang Ju yang dibenarkan untuk terus menjalankan perbuatan jahatnya! Dia muncul di pintu pagar puncak-puncak gunung ini dan merampas pengikut Tuan Tua lain di hadapan mata mereka. Barisan Tuan Tua ini tidak dapat bertahan dengan ancaman terhadap harga diri mereka!

Perbuatan yang Ke Cang Ju lakukan di dalam Puncak Awan Tersembunyi bukanlah menjadi rahsia dalam kalangan para pengikut Kumpulan Qing Yun. Kalau Tuan Tua lain membenarkan Ke Cang Ju menculik pengikut mereka sendiri, mereka akan kehilangan kepercayaan para pengikut mereka. Ini sama saja dengan memberitahu pengikut mereka yang Tuan Guru ini tidak berguna dan tidak mampu menentang kekejaman. Mereka langsung tidak dapat melindungi pengikut sendiri!

Ini ibarat satu tamparan ke muka barisan Tuan Tua tersebut!

Sudah, cukuplah!

Sejak dari saat itu, barisan Tuan Tua itu mula serius mendengar bisikan-bisikan tentang sebarang pergerakan di dalam Puncak Awan Tersembunyi. Para pengikut lain mula bimbangkan keselamatan mereka sendiri.

Namun tragedi masih lagi menimpa mereka.

Dalam masa beberapa minggu, Ke Cang Ju sudah pergi ke enam puncak yang lain. Wajah Tuan Tua yang terlibat semuanya seperti sudah ditampar dengan hebat oleh sikap menindas yang digunakan.

Ke Cang Ju langsung tidak berhati-hati atau berbelas kasihan. Dia muncul dengan sombong dan membawa persetujuan Qin Yue. Kemudian dia merampas para pengikut ini secara paksa, betul-betul di hadapan Tuan Tua masing-masing.

Reputasi Tuan Tua yang terkenal dan dihormati itu hancur berkecai dan tidak lagi wujud, dalam masa beberapa minggu sahaja. Para pengikut ini mula memandang Tuan Tua mereka dengan perasaan syak dan Tuan Tua ini semuanya tak mampu melakukan apa-apa selain menjadi kemerah-merahan kerana malu.

Maruah mereka sebagai Tuan Tua sudah hancur. Sikap hormat yang ada pada para pengikut ini terhadap Guru mereka juga dicarik-carik. Kemarahan dan kebencian meletus di dalam Kumpulan Qing Yun. Tuan Tua lain tak putus-putus menyumpah-nyumpah Ke Cang Ju kerana terlalu marah. Kebencian terhadap Qin Yue juga meningkat kerana dia acuh tak acuh dengan penderitaan Tuan Tua lain dan membiarkan Ke Cang Ju berbuat sesuka hatinya!