webnovel

Ketakutan Tersebar (3)

Traductor: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kedua-dua orang pengikut yang dibawa balik ke Puncak Awan Tersembunyi itu kelihatan pucat dan pasrah. Sewaktu mereka berdiri di hadapan pintu pagar untuk masuk ke Puncak Awan Tersembunyi, mereka mula menggigil dengan tidak terkawal. Kasihan sungguh.

Berita "Ke Cang Ju" membuat lawatan untuk merampas pengikut dari Puncak Awan Abu itu pantas tersebar ke seluruh Puncak Berawan. Berita itu sampai ke telinga para Tuan Tua tetapi mereka tidak mengendahkannya..

Puncak Awan Abu itu sudah kehilangan Tuan Tau mereka, Jiang Chen Qing. Jadi sudah tentulah mereka akan dilayan secara tak adil.

Sewaktu Jiang Chen Qing masih ada, Puncak Awan Abu telah mengambil kesempatan ke atas hubungan rapat Tuan Tua mereka dengan Qin Yue dan bersikap sombong. Mereka sudah banyak menyinggung perasaan ramai pengikut puak lain.

Kini apabila kaedah suka mendominasi Ke Jang Ju itu dikenakan ke atas pengikut-pengikut tak guna tu, semua Tuan Tua merasakan memang patut Puncak Awan Abu mendapat nasib sebegitu. Mereka hanya merasakan Ke Cang Ju begitu berani untuk menjadikan pengikut Puncak Awan Abu sebagai sasaran tak lama selepas kematian Tuan Tua mereka.

Tetapi Qin Yue memang selalu melebihkan Ke Cang Ju, jadi Tuan Tua lain tidak terlalu memikirkannya 

Puncak-puncak lain terselamat dan bersikap tak ambil peduli. Tetapi pengikut Puncak Awan Abu masih gugup apabila mengenangkan apa yang berlaku.

Pada hari kedua setelah kedua-dua pengikut itu dibawa masuk ke Puncak Awan Tersembunyi, Gao Xiong secara rahsia cuba mengumpulkan maklumat tentang mereka. Ke Cang Ju mungkin mendakwa yang mereka cuma dipilih untuk membantunya, tetapi Gao Xiong tetap risau kerana Tuan Tua Ke ini mempunyai reputasi yang menakutkan. Mungkin beberapa hari lagi dia akan kembali dan Gao Xiong tidak akan berdaya untuk menghentikannya.

Jadi dia hanya boleh mencari berita tentang dua orang pengikutnya itu secara senyap dan berdoa agar mereka berdua tidak ditimpa nasib yang terlalu malang. Ini akan membantunya untuk menenangkan sedikit pengikut-pengikut yang lain.

Selepas hari itu, Puncak Awan Abu menjadi sungguh muram. Kematian Jiang Chen Qing sudah pun menjadikan pengikut puncak itu huru-hara. Ke Cang Jun pula terus datang melawat dan membuli puncak gunung yang tidak berdaya itu!

Tanpa adanya kuasa seorang Tuan Tua untuk melawan Ke Cang Ju, Puncak Awan Abu terpaksa menjadi patuh.

Pada hari ketiga selepas lawatan Ke Cang Ju ke Puncak Awan Abu, Gao Xiong sudah tidak menerima khabar tentang dua orang pengikut itu. Dia tahu apa maksud di sebalik keadaan in!

Hanya ada satu maksud di sebalik kehilangan para pengikut itu dari Puncak Awan Tersembunyi. Pastinya mereka sudah dibunuh dan mayat mereka telah dijadikan baja untuk pokok-pokok di situ.

Gao Xiong tidak cuba menyembunyikan hakikat ini dan tak lama kemudian, pengikut Puncak Awan Abu yang lain mendapat tahu tentangnya. Inilah yang akhirnya membuatkan mereka hilang sabar dan pengikut Puncak Awan Abu terkesan dengan keadaan mereka yang tidak berdaya.

Selepas kehilangan Jiang Chen Qing, Tuan Tua lain tidak mempedulikan keadaan pengikut-pengikut ini yang lemah. Malah Pemerintah juga membenarkan Ke Cang Ju membunuh mereka. Pengikut-pengikut Puncak Awan Abu kini bimbangkan keselamatan mereka sendiri dan mula membenci puncak-puncak lain.

Mereka takut akan menjadi sasaran seterusnya dan mula menyalahkan Tuan Tua lain dan Pemerintah kerana tidak mengambil berat tentang kesusahan mereka.

Mereka juga pengikut Kumpulan Qing Yun, sama seperti pengikut-pengikut lain. Kenapa mereka diabaikan dan Ke Cang Ju dibenarkan menekan mereka secara terang-terangan?

Kemarahan dan kebencian ini mula memakan dalam dan tak lama kemudian mereka memutuskan semua hubungan dengan puncak-puncak lain. Puncak Awan Abu mengunci diri mereka dan para pengikut mereka tak pernah lagi dilihat berada di luar.

Mereka sudah diabaikan oleh Kumpulan Qing Yun dan langsung tidak menerima belas kasihan atau timbang rasa di atas kesusahan yang mereka alami. Mereka enggan menjadi kambing korban dan dipandang remeh oleh puncak-puncak lain.

Hanya beberapa hari selepas berlakunya ketidakadilan yang menimpa Puncak Awan Abu, Tuan Tua lain yang bersikap acuh tak acuh itu tiba-tiba berhenti tersenyum.

"Ke Cang Ju" mula muncul di pintu pagar mereka bersama-sama dua orang pengikutnya. Mereka membuat permintaan yang sama seperti dengan Puncak Awan Abu sebelum ini.

Sasaran pertama ialah Puncak Panji Awan!