webnovel

Berjuang untuk Terus Hidup (1)

Traductor: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setiap saat roh mereka membara, kuasa kehidupan Jun Wu Xie dan binatang hitam itu turut berkurangan. Serangan yang menghabiskan kuasa kehidupan mereka tidak dapat dihentikan.

Ini ialah serangan penghabisan terulung Jun Wu Xie dan dia hanya boleh gunakan serangan ini sekali saja seumur hidupnya.

Roh lelaki berjubah putih itu amat kuat. Untuk membolehkan Jun Wu Xie dan binatang hitam itu membataskan pergerakan lelaki itu, mereka menggunakan sejumlah besar kuasa kehidupan mereka. Dalam sekelip mata, badan Jun Wu Xie sudah dibasahi peluh dan wajahnya pucat lesi. Bulu binatang hitam itu nampak pudar dan setiap helaian bulunya menjadi kering serta rapuh.

Hua Yao dan Qiao Chu menyedari yang keadaan Jun Wu Xie kelihatan amat teruk. Mereka mahu mendekatinya tapi satu kuasa yang tak dapat dilihat telah menolak mereka kembali.

Apabila Jun Wu Xie menggunakan rohnya untuk menyerang, satu perisai rohani terbentuk dan melindungi badannya. Perisai ini tak akan membenarkan sesiapa juga mendekatinya.

"Xie Kecil! Kamu boleh mati kalau begini! Hentikan sekarang!" Qiao Chu menjadi panik dan menjerit kepada Jun Xie. Dia tak tahu apa yang Jun Xie sedang lakukan, tetapi dia dapat mengagak daripada muka Jun Xie yang semakin pucat itu. Pasti Jun Xie telah menggunakan satu teknik terlarang yang mengancam nyawanya demi menghentikan serangan lelaki berjubah putih itu.

Mata kedua-dua pemuda yang tidak berdaya itu dipenuhi kebimbangan. Hua Yao mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak boleh mendekati Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie tidak bergerak, atau sebenarnya boleh dikatakan dia tak boleh bergerak.

Dia tak dapat melindungi si dungu dari kehidupannya sebelum ini. Setelah mendapat peluang baru untuk hidup, dia tak boleh membiarkan tragedi yang sama berulang kembali.

Kehidupannya di sini merupakan satu peluang yang tak dijangka dan kelahiran semulanya mungkin tidak terlalu lama. Namun dia menemui ikatan kekeluargaan yang tidak pernah dirasainya, ikatan yang mencairkan hatinya yang sudah lama beku dan membolehkan dia merasai kehangatan. Jun Wu Xie merasakan dia amat bertuah!

Teratai Kecil yang ditahan di dalam badan Jun Wu Xie oleh tuannya sendiri menjadi semakin gelisah. Mungkin Qiao Chu dan Hua Yao tidak memahami situasi ini tetapi Teratai Kecil mengetahui tentangnya lebih daripada orang lain. Hubungannya dengan roh Jun Wu Xie membolehkan dia merasakan roh Jun Wu Xie yang semakin mengecil. Ketakutan yang dirasainya membuatkan Teratai Kecil hampir menangis.

Cik tak boleh membakar rohnya lagi atau dia akan mati!

Apabila rohnya habis dibakar dan lenyap, tak ada siapa yang boleh membuatkan Jun Wu Xie dilahirkan semula!

"Tidak….. Jangan mati….." Teratai Kecil sudah pun menangis di dalam badan Jun Wu Xie. Dia sayangkan tuannya ini dan tak mahu Jun Wu Xie mati seperti ini.

Teratai Kecil memampatkan rohnya sedikit demi sedikit dan tiba-tiba meluru keluar dari badan Jun Wu Xie!

Satu cahaya yang terang memancar dari jari Jun Wu Xie! Impak yang ganas itu mencampakkan Jun Wu Xie jauh dari lelaki berjubah putih itu dan serangan ke atas rohnnya itu tiba-tiba dihentikan!

Darah tersembur keluar dari mulut Jun Wu Xie. Rohnya yang semakin mengecil dan telah dibakar itu serta kesan anjalan daripada gangguan yang tiba-tiba berlaku hampir memecahkan organ-organ dalamannya!

Satu susuk tubuh yang diselubungi api cepat-cepat memegang Jun Wu Xie yang hampir rebah.

Mata Jun Wu Xie hampir tertutup kerana keadaannya amat lemah. Dia memandang Teratai Kecil yang telah meluru keluar dengan cemas. Teratai Kecil yang melepaskan diri daripada badan Jun Wu XIe atas usahanya sendiri.

Wajah kecil dan tembam itu dibasahi air mata. Bebola api berwarna biru menyelubungi tubuh kecilnya. Api biru itu terpancar juga dari mata Teratai Kecil dan membuatkan budak kecil yang selalunya kelihatan takut ini nampak lebih tegas.

"Jangan mati, saya tak mahu Cik mati." Teratai Kecil memandang Jun Wu Xie dengan hiba. Jun Wu Xie tidak mampu bercakap pada ketika itu. Dia mengerutkan muka memandang Teratai Kecil dan menggelengkan kepalanya dengan lemah.

Pembakaran rohnya telah menyebabkan badan Jun Wu Xie mengalami trauma. Kecederaan roh pula tidak boleh disembuhkan dengan apa-apa eliksir atau ubat.

Mata Teratai Kecil bergenang air mata dan dia membuka mulutnya. Dia merenung tangan gempalnya yang sedang memegang Jun Wu Xie dan mengecilkan matanya dengan penuh keazaman. Teratai Kecil menggigit sedikit dagingnya lengannya dan menyuapkannya kepada Jun Wu Xie.

Mata Jun Wu Xie bersinar dengan bantahan dan hatinya merasa pedih. Namun dia terlalu lemah untuk menolak. Teratai Kecil memberi Jun Wu Xie makan daging lengannya kerana keupayaan perubatan Teratai Salji memang tiada tolok bandingnya.

"Berjuang untuk terus hidup!"