Mereka tidak sedar ada mata yang sedang perhatikan mereka .
Huk ! Huk !
Ika berpaling ke belakang. Berderau darahnya melihat kelibat Chris yang memakai celoreng bomba.
Ika terpana melihat Chris . Handsome ! Bisik hatinya .
" Siapa staf nurse yang jahat tu ? " , celah Chris sambil melihat Kimy dan Ika .
" Tak .. saje je saya pujuk adik awak sebab dia tak nak makan ubat ," jawab Ika yang cuba menyembunyikan peristiwa tadi .
" Awak dah habis study ke ? " , tanya Chris yang sudah pun duduk di katil adiknya . Ika senyum .
"Habis dah . Baru je saya habis study . Syukur LJM sy lulus . Just tunggu panggilan untuk kerja . Sementara menunggu , saya pulang kampung dulu ."
" Kimy nak kakak Ika jaga Kimy , abang bolehkan ? " , rayu Kimy membetulkan tiub pernafasanya.
Chris pasti menunaikan permintaan adiknya kerana Kimy satu-satunya adik yang dia ada . Mana mungkin dia menolak permintaan adik kesayangannya.
" Kalau awak tak berat hati , awak jagalah Kimy . Dia pun macam berkenan je dengan awak . Bakal tunang saya pun nurse , tapi saya hairan kenapa awak juga yang dia pilih . Pasal tempat tinggal awak jangan risau . Saya akan uruskan semua termasuk gaji . Sementara ni awak jadi private nurse lah dulu lagi pula saya kesian juga dengan ibu saya ulang alik pergi hospital , dia dah tua , jadi saya pun mahu tengok dia berehat " , melihat wajah Ika menunggu kepastiaan .
Ika terkejut ! Tak mungkin ! Ika terdiam sejenak . Jika dia menerima , mungkin boleh menambahkan pengalamannya dalam nursing care .
" So ? " , Chris masih menanti jawapan Ika .
" Ok lah " , Ika menjawab . Ika buntu ,mengapa ianya harus menerima ?
Tak mungkin . Tak mungkin hatinya terjerat oleh seorang lelaki yang kini berada di depannya sedangkan dia tahu yang Chris akan bertunang dengan Cindy . Tidak mungkin hatinya terjerat .