webnovel

Chapter 17

"Aira, banyak lagi aku nak tanya kau, tapi aku rasa aku tak mampu nak tanya semuanya, aku pengecut kan, elok lah kalau kau pergi dengan hyung, aku mungkin tak mampu nak jaga kau" bisiknya perlahan, pemandangan indah di hadapannya di tenung tanpa perasaan

Setelah cuaca mula kembali cerah,Keonhee pun menghantar Min pulang ke daisy Palace, mereka bercerita pengalaman yang dilalui dalam hidup mereka, seperti biasa berkongsi cerita, sedikit sebanyak mengubat rasa kegusaran di dalam hati masing-masing,

"Ahh jadi korang memang boleh teleportkan 2 orang sekali gus"

"Bukan teleport, ni jurus chi lah" dahi Min dijentik perlahan,

"Ye lah, tapi , tak pe ke kau datang sini, aku.." belum habis lagi Min bercakap keonhee dan menyampuk dulu,

"Shh, jangan risaukan aku, risaukan diri kau sendiri, kau patut utamakan diri kau dari orang lain, ingat..tu.." rambut Min diusap perlahan sebelum berlalu pergi dan menghilang umpama angin yang berlalu pergi membawa memori mereka bersama,

"Tapi.." Min pun duduk di birai katilnya dan terpandang kotak berbalut tersebut,

"Aaa..haish, aku asyik lupa je nak bagi dia ni, ye lah sebagai tanda terima kasih sebab bagi cincin tu, tapi kenapa dia suruh Youngjo yang bagi? tak boleh ke dia bagi sendiri??

"ahh lupa cincin tu patutnya dah diberi suatu ketika dahulu, cuma Youngjo je tak nak bagi"

Min menghempaskan dirinya di katil, disebabkan hujan seketika tadi , Min terpaksa spend time agak lama di kawasan bilik bacaan tersembunyi itu, namun masanya tak tersia-siakan kerana setiap saat bersama Keonhee adalah berharga baginya,

"Tapi, kenapa setiap kali aku sedih mesti Keonhee ada di situ, takkan kebetulan kot.." Min tersenyum sendiri, gelang yang dibuatnya semasa dikurung dalam daisy palace itu di tenung perlahan,

Min membuat satu set gelang couple untuk diberi kepada Keonhee, Min tak pasti kenapa, namun persahabatan mereka agak akrab, bukan sebab puteri tersebut, namun disebabkan diri Min sendiri, unexpected meeting membuat hubungan mereka lebih kerap daripada yang lain.

Dari memori yang tersisa, puteri tersebut berjumpa kembali dengan Keonhee di kedai buku, setelah kejadian Keonhee menyelamatkan Haemin di kawasan bukit tersebut, dan mereka secara rasmi mula menjadi teman tak lama lepas tu,

namun di hari sepatutnya Keonhee berjumpa dengan puteri tu, namun dia tak menjumpai gadis itu dimana-mana, Keonhee ketika itu tidak mengetahui bahawa gadis itu adalah puteri haemin,

Cincin yang Youngjo beri, adalah sebenarnya dari Keonhee, Youngjo tahu, dah lama sebenarnya Keonhee nak beri kepada puteri itu, Youngjo tahu, bagi cincin tu dekat Min mungkin lagi berbaloi, sebab..

"Aku, suka kan Haemin sebab tu aku tak berani bagi hadiah Keonhee kat dia.."

"namun melihat hubungan Min dengan Keonhee, sepertinya eloklah aku bagi cincin tu kembali kepada tuan dia, sebab Haemin dan Min tetap orang yang sama..."

Youngjo memerhatikan Keonhee dan Min yang berduaan di kawasan bilik bacaan tersebut sebelum mereka balik ke Daisy palace. Tanpa sedar senyuman manis mula terukir di bibirnya,

'Aku tak pasti, tapi kalau kau bahagia aku pun akan bahagia, min..walaupun kau dengan Haemin adalah 2 insan yang berbeza,'

Di sebabkan rancangan bernas Xion, mereka berjaya masuk ke dalam kawasan istana kembali, sebab tu mengapa mereka boleh muncul di dalam bilik Min, namun kawasan kediaman mereka terletak di kawasan berdekatan dengan tasik istana which jauh dari bangunan istana yang lain,

"Kau pergi mana?" tanya Youngjo setelah Keonhee balik tengah malam

"Tak pergi mana-mana pun"

"Jangan nak tipu hyung, kau gi jumpa dia kan? kau tahu kan Hwanwoong dah bagi arahan untuk jauhkan diri dari Min?"

"Apa kuasa dia nak cakap macam tu!? Min buka patung, dia manusia,dia ada hak kebebasan untuk diri dia sendiri, aku sendiri akan tolong dia kalau hyung tak nak risiko kan diri Hyung tu!" marah Keonhee dan masuk ke biliknya dengan hempasan pintu membuat Seoho tersedar dari lenanya,

"Macam nak runtuh atap, begegar satu rumah," Seoho mengosok perlahan matanya perlahan yang terjaga dari lenanya,

"Dia pergi jenguk Min lagi hari ni"

"Mwo!? yah! kalau dia asyik jumpa Min, lambat laun kantoi lah kita nanti" Seoho merampas gelas minuman Youngjo dan menghirupnya perlahan,

"Yah!? agak-agak lah guna gelas aku, ambik lah gelas baru"

"Youngjo-ahh, aku nak tanya kau sesuatu"

"Hah apa dia?"

" kau suka Min?" hampir tersedak minuman dibuatnya,

"Tu Min Aira," Youngjo tersenyum kelat,

"gadis yang aku suka dah lama pergi tinggalkan aku, kalau betul apa yang kau cakap tu, walaupun aku tak mampu nak percaya, tapi aku yakin tentang adanya ramalan semua tu, jadi kau cakap dengan aku, dia akan mati? tapi kau tak tahu kenapa? atau bagaimana?"

Seoho mengangguk perlahan dan hanya keluhan yang kedengaran,

"Aku yakin dia akan dibunuh semasa majlis perkahwinan dia, cuma aku tak pasti akan ada perubahan ke tak, dia akan di panah oleh salah seorang assassin milik Kim Clan, tapi ada sesuatu yang pelik,tapi aku tak pasti pula.. " Seoho mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu,

"Kalau macam tu kita akan sedaya upaya halang benda tu daripada berlaku,"

"Tapi, aku takut ada pengakhiran yang berbeza, kalau memang dia ditakdirkan mati pada hari tersebut, dia akan mati juga, sebab dah takdir dia, lagipun, dia ada had masa dia kan.."

Youngjo memandang Seoho di sebelahnya,

"Apa maksud kau?" Youngjo berhenti meminum airnya,

"Walau macam mana pun kita ubah, aku takut kita tetap tak berjaya"

"Belum cuba belum tahu" bisik Youngjo perlahan dan menepuk bahu Seoho,

'aku akan ubah takdir kita semua, walau aku terpaksa jadi pemerintah seterusnya,'

Bunyi seruling kedengaran sunguh sendu , menceritakan kenangan silam yang menyedihkan dan syahdu,

alunan yang dihasilkan mampu membuat sesiapa yang mendengarnya tergelam dalam mimpi yang tiada penghujungnya, seakan-akan khayal dan kyusuk,

"Orabeoni??"

"Orabeoni, ganggu ke?" Leedo tersenyum memandang Min yang terjaga dari lenanya,

"Aniya..." Min mengosok matanya, dengan keadaan mamai dia cuba untuk duduk bersila memandang Leedo yang bersandar di birai jendelanya, cahaya bulan yang menembus masuk ke dalam biliknya membuatkan Min seketika terpesona dengan visual Leedo yang kacak itu,

'Orabeoni ni kacak juga...tapi aku masih tak percaya dia suka kan kawan aku sendiri,'

'rena pula, pabo...ye lah punya lah hard try Leedo nak curi perhatian dia, malah dia jual mahal..aigoo aigoo'

"kalau mengantuk tidur lah...biar orabeoni mainkan lagu untuk tenangkan fikiran kamu.." Min mula menundukkan wajahnya,

"Waeyo?"

"Orabeoni.. i having a bad day and i'm so afraid.."

"ne.."

"Eottokae...." air matanya mula bergelinang,

"It's okay..." Leedo mula duduk di sebelah Min menenangkan gadis itu,

"Orabeoni...."

"Shhh..shh gwenchana, gwenchana," Leedo mula membaringkan Min di katilnya dan menyelimuti tubuhnya, menyalakan lilin aroma yang Xion bagi agar Min sentiasa terbuai mimpi yang indah,

"Tidur lah, pekara yang lepas biar lah berlalu, bila saengie bangun esok, hari yang baru, permulaan yang baru, arrachi?" walaupun Leedo cuba menghilangkan kegusarannya, Min tetap berasa sangat takut, semakin dekat Night Raven dengannya, semakin Min takut akan terjadinya sesuatu,

'Aku takut, aku takut bila masa aku tiba, aku takut bila aku kembali ke masa depan, aku takut aku akan melupakan semuanya,'

'yang paling aku takut..ada sesuatu yang terjadi kepada mereka semua,..paling aku takut sekarang adalah kehilangan seseorang,'

"Orabeoni..." melihat Leedo yang ingin pergi, Min segera mengapai lengannya,

"Eotteokkaji?"(What should i do)

"Min-ahh, jangan risau, kita akan selamat, orabeoni sendiri akan bawa saengie keluar dari sini, kita semua lari bersama, kita akan hidup seperti orang biasa, buka kedai macam yang saengie ceritakan, kita akan buat semua tu," Min mula tergelak kecil mendengarkannya,

"Orabeoni masih ingat semua tu?"

"Min tak nak lari dah...letih tau...takdir mungkin nampak tak adil, tapi kadang-kadang membawa kepada kebaikan kepada kita semua," melihat keadaan Min yang menyedihkan Leedo tak mampu nak terima hakikat yang Min akan tinggalkan mereka walau apa pun yang mereka cuba lakukan untuk menyelamatkannya,

Xion yang berdiri di luar pintu bilik Min mendengar segala perbualan mereka berdua mula menangis perlahan...hatinya sebak,

'nui...'

"Saengie ahh, mianhae.." itu lah apa yang Leedo katakan sebelum berlalu pergi, setelah Min terlena dalam tidurnya, sebak rasa didadanya dihadam,

Leedo sempat meletak dahinya ke dahi Min, sama seperti dia lakukan kepada Yoonmin ketika Yoonmin rasa takut dan sedih,

"Hyung.." Leedo terserempak dengan Xion yang menangis di luar pintu bilik Min itu,

"Dongju-ahh, apa kau buat kat sini?"

"Nui...nui akan pergi tinggalkan kita ke?"

"Sepertinya dia tak nak melarikan diri lagi," Leedo tak nak menceritakan apa yang dia tahu kepada Xion, sebab Leedo tahu hal itu akan mengeruhkan lagi keadaan, walaupun sebenarnya Xion dah tahu kebenarannya,

"Jadi macam mana dengan Youngjo?"

"Jom lah balik dulu, kita bincang pekara tu nanti, tempat ni tak selamat.." Leedo mula melangkah pergi, Xion mengejarnya dari belakang,

Dari jauh kelihatan sepasang mata yang memerhatikan tingkah laku mereka, kipas di tangannya dikibas perlahan, angin malam yang menyentuh lembut wajahnya terasa sungguh menyegarkan, daun-daun yang keguguran,

musim luruh yang tiba itu sedikit sebanyak memakan memori dan masa, mungkin kah akan ada memori pahit juga seperti bagaimana memori manis tercipta,

" aku tak pasti macam mana korang masuk ke sini, walaupun dah sedaya upaya aku buat korang keluar dari istana, aku tak faham kenapa korang nak sangat selamatkan pompuan tu,"

Beberapa hari telah berlalu, majlis perkahwinannya semakin tiba, Memikirkannya sahaja membuat Min tak tidur lena, lingkaran hitam di bawah matanya membuktikan bahawa dirinya tak mampu nak melelapkan matanya walaupun sekejap,

"Tuanku, hari ni tuanku ada perjumpaan dengan pembuat pakaian, Tuanku Putera sudah menempahkan pakaian perkahwinan yang baru buat Tuanku,puteri" Min baru nak melelapkan matanya ketika itu, sudah dikejutkan dengan ketukan pintu dari dayang-dayang istana itu,

'Ahh, aku dah lah tak tidur dari semalam, baru nak terlelap sikit, haish kacau daun betul lah..'

Pintu dikuak perlahan, beberapa dayang masuk membawa beberapa pakaian dan juga perkhiasan yang diberikan oleh Hwanwoong untuk dipakai olehnya,

"Yah! kalau korang nak sangat baju-baju tu, korang lah yang pakai, sebab aku akan guna baju lain, aku bukan miskin pun tak ada baju!" Min ingin berlalu pergi dari biliknya namun Ketua dayang Kim dan juga Puan Yeojin datang menjenguknya,

Baju yang disediakan berwarna pink muda membuatkan Min ingin larikan diri,

semenjak 2 minggu yang lalu biliknya mula dipenuhi dengan warna pink membuatnya rimas,

"Selamat pagi, Tuanku,"

"dah satu, satu lagi masalah yang muncul" bisik Min perlahan,

Dayang Kim mengarahkan dayang-dayang untuk mempersiapkan Min, Min mula meronta setelah salah seorang dayang menyentuh bahagian tubuhnya,

"Jangan sentuh aku lah!"

"Maafkan kami Tuanku" dayang-dayang istana mula menahan Min daripada meronta, dayang kim sendiri yang menukarkan pakaian Min kepada baju hanbok yang Hwanwoong berikan,

Sudah seperti patung mainan, Min hanya mampu pasrah setelah melihat dirinya di pantulan cermin, hanbok warna pink itu membuat Min rasa meluat memandangnya, entah mengapa dirinya tidak menyukai warna tersebut,

"Dah kenapa aku kena pakai baju ni?"

"Tuanku, putera inginkan baju sedondon, jadi Tuanku puteri kena lah guna baju pilihan putera yeo"

Min yang mendengarnya be like 'wutt?'

'The heck, are you kidding me maam? baju sedondon?'

'oh my god... seriously??'

Min sepertinya sangat terkejut akan apa yang didengarnya, dan matanya terbuka luas setelah melihat Hwanwoong yang datang ke kediaman daisy itu dengan baju warna pink muda itu,

'Ha..Ha..Ha..'

'Seriously? i'm not dreaming right seeing things like this?'

"Pagi, sayangku" mendengarkan sapaan Hwanwoong membuat Min ingin muntah pelangi ketika itu,

"Errr...'sayang'? nugu? aku?" melihat Hwanwoong tersengih-sengih membuat Min ingin sahaja menampar wajah itu, Min tahu Hwanwoong saja ingin menyakitkan hatinya, tambahan pula lakonan yang sentiasa melebih-lebih itu,

Hwanwoong menghulurkan tangannya, dan Min terpaksa menyambut huluran tersebut setelah melihat reaksi dayang-dayang dan sida-sida mula seakan-akan mengharapkan aksi yang lebih,

"kau patut cakap sesuatu" bisik Hwanwoong perlahan

"Why should i?" bisik min kembali,

"buat je lah..." bisik hwanwoong lagi, Min menarik nafasnya dan cuba untuk tersenyum,

"Nae, my love , kita nak pergi mana hari ni?" Min sahaja berkata-kata manis, untuk melihat reaksi orang-orang di situ,

Dayang-dayang mula memberi reaksi seakan-akan berfangirling over them, wajah Ketua dayang mula blushing melihat kemanisan di dalam atmospera kawasan tersebut yang berubah drastik setelah melihat senyuman Min itu,

'kenapa...kenapa hati aku pula yang tetiba berdegup kencang melihat senyuman pompuan ni, andae...tak mungkin aku mula suka dia, tak hwanwoong kau mesti ikut rancangan kau, no love love..'

"Wae...?" suara Min yang mula kedengaran manja itu membuat sida-sida dan pengawal mula menundukkan wajah mereka kerana berasa sangat terkejut dengan perangai puteri mereka itu, dapat dilihat wajah mereka yang merona kemerahan

"Err, dah jom lah" pelawa Hwanwoong, Min pun macam memaut lengan Hwanwoong dan tergelak kecil seakan-akan dia adalah wanita yang paling bahagia ketika itu,

Setelah keluar dari Daisy Palace, Min menolak Hwanwoong ketepi sehinggakan Hwanwoong hampir terjatuh tertonggeng di taman sekitar itu,

"Ugh, sekarang Ketua dayang dah tak ada, so kau tak yah nak berlakon sangat dekat-dekat dengan aku, geli tau! ughh please lah tak ada warna lain ke nak pakai, warna pink juga.." Min mula melangkah laju meninggalkan Hwanwoong yang masih terduduk di tanah,

"Tsk, tu baru Min yang sebenar, ahh aku ingat dia betul-betul buang tabiat buat macam tu tadi" Hwanwoong meraup wajahnya perlahan, dia sendiri masih terkejut dengan perangai Min seketika tadi yang mula menunjukkan sifatnya yang tak pernah ditunjukkan kepada sesiapa,

"Tuanku...tuanku tak apa-apa?" tanya pengawalnya dan memapah Hwanwoong untuk bangun,

"Sediakan pendati, kita akan berangkat ke kedai baju, selepas sya berjaya bawa Tuanku Puteri bersama," Hwanwoong mula mengejar langkah Min yang sudah menjauh,

Min yang perasan seperti ada langkah yang mengejarnya, lalu mula begerak dengan lagi pantas,

"Yah! Moon Haemin!" jerit Hwanwoong setelah mereka berdua terserempak,

"Yah!!! jangan kejar aku lah!!!" Min mula berlari di sekitar koridor crown palace melimpasi lilac palace lalu ke rainfall palace,

Kebetulan bendahara Kim dan bendahara Yeo sedang berjalan di sekitar kawasan rainfall palace itu mula melihat mereka berkejaran,

"Dah kenapa pula tu?"

"Hahaha, biasalah anak muda, aktif semacam, nama pun cinta mula berputik, tak bergitu bendahara Kim"

"Hahaha ya tak ya kan Bendahara Yeo, rindu pula zaman muda kita dulu" mereka berdua hanya tergelak kecil melihat gelagat Hwanwoong dan Min yang bekerjaran itu,

Berbalik ke situasi Min...

Min mula berlari di kawasan istana yang sebenarnya tidak dibenarkan, namun apa boleh buat dia adalah puteri, langgar peraturan sendiri apa kisah, Min mula mengikuti kawasan yang tertutup dan bawah bangunan untuk mengelak dari terserempak dengan Hwanwoong,

Setelah lama berlari, Min tiba di kawasan berdekatan dengan tasik rahsia di istana, lotus flower di kawasan tasik itu kelihatan sungguh cantik,

Kawasan istana yang terbahagi 4 penjuru itu, ada utara,selatan timur dan barat, kawasan tasik itu berada di sebelah utara istana, terletak agak jauh dari kawasan bagunan istana yang lain,

"fuh...laju betul aku lari, dah macam larian pecut 100 meter ahh bukan 100 meter dah aku rasa macam beribu meter dah aku lari, kalau terus macam ni boleh jadi ikan bilis aku..habis satu kawasan istana ditawaf..."

" aku rasa si ketot tu tak mampu nak kejar aku dah, ahh sebab kaki dia pendek..btw aku kat mana pula ni?"

Min melihat sekelilingnya yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang berwarna warni, tasik istana itu, sungguh indah di matanya, membuatnya teringat kenangan bersama Keonhee ketika balik ke istana melalui kawasan tasik di desa itu,

Min tak berpeluang pun nak pergi ke pesta musim luruh di desa kerana menguruskan para assasin yang menyerang mereka di istana ketika majlis musim luruh tersebut

"Eh? aku tak tahu pula ada orang kat sini?" Min mula menghampiri seseorang yang sedang berehat di bawah pokok,

"Jeogi....aa..ahh" Min yang belari ke arah namja tersebut, mula hilang imbangan kerana tersadung diantara akar pohon dan hampir terjatuh ke dalam tasik, namun namja itu pantas memberikan tindakan lalu menarik lengan Min dan sama-sama terbaring ke tanah dalam dakapan namja tersebut,

cahaya yang samar-samar yang terpancar di celah-celah daun-daun itu, membuatkan suasana di situ kelihatan sungguh romantik,

Semasa Min di tarik dalam dakapan lelaki itu, tak sengaja mask lace yang dipakainya tertanggal membuat kan identitinya terdedah, Min yang melihatnya kelihatan sangat terkejut dalam masa yang sama terpesona dengan wajah namja itu,

"Youngjo?"

"Kau ni selalu cuai, kan aku selalu pesan, hati-hati lah,"

"dan kau tak nak bangun ke?" dengan posisi yang agak awkward tu membuat Min cepat-cepat bangun dari atas tubuh Youngjo,

"Kau tahu tak, kau tu berat?" Youngjo sengaja menepuk bahunya yang sebenarnya tak sakit tu,

"Ahh, mianhae" Melihat Min yang kelihatan tak selesa itu, membuat Youngjo menutupkan kepala Min dengan lapisan luaran baju Hanboknya,

"Kau malu, sebab aku nampak kau pakai baju warna ni?"

"aniya..!!" Min mula berdiri lalu meninggalkan Youngjo,

"Tunggu lah, nak cepat-cepat nak kemana tu cik muda?"

"Yah! jangan panggil aku cik muda lah, aku tak suka?" Min berpeluh tubuh,

"Jadi? kau nak aku panggil apa? chagi? yeobo? animyeon ne sarang?" Youngjo sengaja ingin mengembirakan Min, namun sepertinya dia mula mengusik Min,

"Heh? yah, tak lawak okay? Youngjo ahh, kau ada sembunyi sesuatu eh dari aku? kau dah macam orang buang tabiat, tahu tak kau dah jadi macam Seoho" Melihat langkah Min yang semakin menjauh, membuat Youngjo terfikir akan sesuatu,

'kalau aku lepaskan tangan kau lagi, aku takut...aku dah tak boleh jumpa kau dah, aku tak kisah kau suka siapa Min, yang penting aku dapat jadi orang yang selalu ada bersama kau..kalau kau bahagia, aku pun akan turut bahagia,'

"Kau nak ikut tak?" jerit Min dari kejauhan,

"kita nak kemana?" Youngjo berlari dan mengejar langkah Min,

"Ke kedai lah, ambik baju, malas aku nak pergi dengan si ketot tu, semak je dia disitu" Youngjo tergelak mendengarkannya, Min yang membebel itu kelihatan sangat comel dimatanya,

"Kyeowo.."

"Hmm? kau cakap sesuatu ke?"

"Ahh, ani..aniya..hahahaha..dah jom aku hantar" Mereka tiba di hadapan kediaman para penari istana dari Moon Palace,

"Jap...kau kenapa ada di istana?"

"Err..." Youngjo mula berpeluh...dia lupa bahawa mereka adalah penari pedang istana, dan mereka semua merahsiakan kehadiran mereka di istana daripada Min,

"Ahhh Hyung mana eh kau letak seluar aku?"

"ehhhhhhh" Min dan Seoho sama-sama menjerit dan saling menunjuk sesama mereka setelah terserempak, kain/tuala yang menutupi tubuh Seoho mula melorot kebawah,

Youngjo terus menutup mata Min dengan pantas, Min yang tak tahu apa-apa mula kebingungan

"Ahh apa ni!? asal kau tutup mata aku!?"

Seoho terus berlari bersama tuala dan baju dari jemuran lalu masuk ke dalam biliknya,

"Yah! asal kau tutup mata aku, kau dah kenapa, bah mana Seoho, tu tadi seoho kan? ingat aku tak kenal dia ke? Seoho! mana kau!" Youngjo terus mendudukkan Min di atas kudanya yang bernama Sunny itu,

"Hey apa ni!? urusan aku dengan Seoho belum habis lagi!, Seoho! mana kau aku tahu kau kat dalam!" Youngjo terus melompat menunggangi kudanya dengan Min duduk di hadapannya tanpa menghiraukan Min yang menjerit nama Seoho itu,

"hold on!, nanti kau jatuh" Kuda yang ditunggang mereka mula laju meninggalkan perkarangan kediaman para penari itu, Seoho dah siap berpakaian lalu keluar dari biliknya,

"Aduh...nasib lah hyung cepat -cepat cover, kalau tak jatuh maruah aku waeee... jap asal Min ada kat sini? bukan ke ni kawasan untuk para low level je?" Seoho melihat kuda milik Youngjo sudah tiada di bangsal hadapan,

"Ohh hyung dah bangun?" Keonhee masih dalam keadaan mamai lalu pergi membasuh mukanya,

"Kenapa bising-bising tadi? aku macam dengar suara Min dalam mimpi aku" kini Leedo pula yang keluar dari biliknya,

"Errr, ha..ha..kau mimpi je tu gunhak...mana ada Min datang sini..ha..aha...aaa..aku...nak keluar jap..." dengan keadaan yang janggal dan pelik di mata Keonhee dan leedo membuat mereka berdua kebingungan sendiri,

Di situasi Min pula,

"Kau dah sedia?" tanya Youngjo yang mula menunggang kuda dengan sejalu mungkin,

"Kita...akan lompat tembok tu ke?"

"ye...kau percaya kan aku?"

"nae..aku percayakan kau.."

"Hold me tight!" tangan Youngjo merangkul perlahan pinggang Min, Min pula memejamkan matanya mengengam erat baju Youngjo,

Kuda yang ditunggang mereka mula melompat melayang melepasi tembok istana yang tinggi itu dan Min perlahan-lahan membuka matanya dan terpesona dengan pemandangan di hadapannya,

Sunny si kuda mendarat dengan baik di tanah,

"Haha, Sunny, seronok eh kau..."

"haha ..ye lah..aku tak akan buat macam tu lagi.." Kuda itu seakan faham dengan apa yang Youngjo katakan, Min yang mendengarkan perbualan Youngjo dengan kudanya tu, mula tersenyum dan tergelak kecil,

"Wae, lucu?"

"Tak lah, cuma nampak lain bila kau macam ni.. ye lah, kau selalu dingin je dengan aku, kita kadang-kadang macam anjing dengan kucing"

"Aku tahu, tapi..tu sebab aku masih tak anggap kau sebagai Haemin,"

"Maksud kau?"

"Well maksud aku..kau, Min Aira, Haemin dah lama pergi, jadi aku masih tak terima hakikat, sebab aku tak ada peluang nak cakap tentang perasaan aku,"

"Kau boleh je luah kan dekat aku..aku akan jadi Haemin.." dahi Min dijentik perlahan membuat Min mengadu kesakitan,

"Yah! sakit lah!"

"Kau tu Min Aira, apa pula nak jadi Haemin"

"Well secara teknikal nya ye, aku tetap Moon Haemin" Min membuat muka tak bersalahnya itu,

"Ada-ada je, oh ya..kau ada jumpa Keonhee kan?"

"Hah? siapa? aku? ahaha..ma..mana ada" mendengar nama Keonhee itu hampir membuat Min tersedak air liurnya sendiri,

"Kenapa dengan muka kau? kau demam eh? kau jangan jangkit aku pula.."

'Aduhai apa kena dengan aku , malah blushing macam tomato,'

'Ahhh malunya aku...haish malah Youngjo pula nampak aku blushing, ahh mesti dia ingat aku suka Keonhee..aaaa..ottokae...jap?'

'Keonhee?'

Memikirkan Keonhee membuat Min makin blushing,sehingga telinganya merona merah membuat, Youngjo mula mengelengkan kepalanya,

'aku betul, kau mesti suka kan keonhee, aku rasa cemburu pula kau betul-betul suka Keonhee,tapi..kau yang ada simpan rahsia dari aku kan, perjanjian kau dengan keonhee di tempat tu...apa yang korang janjikan Min..'

Mereka sampai di hadapan kedai baju yang dikatakan itu,

"Ni ke kedai baju dia? wahhh.." Min terpesona dengan kedai yang besar itu,

"Kau masuk lah dulu, kot-kot nanti Hwanwoong datang sini, aku tak nak tertangkap dengan kau, tak pasal-pasal jadi isu,"

"Hah ye lah" kuda yang ditunggang Youngjo memecut laju meninggalkan kawasan desa itu,

"Ahh Tuanku," tuan kedai menunduk perlahan setelah Min masuk ke kedainya,

"Ahh, mana tunang Tuanku? macam mana tuanku nak cuba baju tanpa pasangan kamu?"

"Err, nanti dia datang lah tu, tapi tak boleh ke sya cuba baju dulu?"

"Boleh-boleh, tapi kamu tak boleh ambik dulu, kamu terpaksa tunggu tunang kamu"

'Alahai, tunggu si ketot tu pula dah, eee semak lah... menyusahkan betul lah,'

'Banyaknya baju kahwin.. kena cuba semua ni ke? biar betik 7 pasang baju semuanya, yah!? majlis perkahwinan 1 kali je, tak kan lah majlis tu 7 hari kot? agak-agak lah...aduhaii'

Dari luar kedengaran tuan kedai seakan bercakap dengan seseorang,

'Dah sampai lah tu,asal aku rasa berdebar pula, ahh mesti sebab teringat kat Keonhee, macam lah dia akan muncul tiba-tiba kan?'

Min tak tahu nak cuba baju yang mana satu, baju ala-ala hanfu itu dicubanya dahulu, lalu mengambil accesoriesnya dan meletakkannya di sanggul rambutnya, sudah seperti maharani china mahupun dewi yang jatuh dari langit.. Min memperbetulkan alat soleknya agar kelihatan sesuai dengan baju dikenakan,

Min keluar dari bilik persalinan dan terkejut melihat Keonhee di hadapannya menggunakan baju hanfu yang satu set dengannya, bukan tu je, Min terpersona dengan visual Keonhee yang kacak itu, sepertinya orang tinggi ni pakai apa-apa pun nampak handsome,

"Keonhee?"

"Tuanku puteri, elok lah tunang kamu dah sampai, kebetulan kamu berdua terus guna baju yang sama mungkin kamu berdua sememangnya ditakdirkan" tuan kedai pula yang melebih-lebih,

"Tunang?"

"Dia ingat aku Hwanwoong tadi" bisik Keonhee dan Min hanya mengangguk perlahan,

"Kamu berdua tak kisah kan? kalau pelukis kami nak melukis gambaran kamu berdua? boleh dijadikan sebagai hadiah perkahwinan dari kedai kami"

Min mengangguk perlahan lalu duduk di sebelah Keonhee, Min asyik terkenangkan yang Keonhee di salah anggap sebagai Hwanwoong, namun benda itu membuat senyumanya perlahan terukir,

Baju-baju tadi diletakkan di dalam kotak dan akan dihantarkan ke istana esok pagi, melihat keadaan langit yang kian bertukar warna itu membuat membuat Min sedar bahawa mereka menghabiskan masa agak lama di kedai baju tersebut, dan hanya satu set pakaian sahaja yang digambarkan oleh pelukis terkenal itu,

Set baju hanfu yang berwarna pastel biru itu membuatkan Min dan Keonhee kelihatan sepadan bersama di dalam gambaran yang dilukis tadi, namun lukisan itu akan di hantar esok pagi ke kediaman daisy, atas permintaan Min,

"Min ahh, kau nampak cantik hari ni"

"Mwoya? kau pun dah buang tabiat macam Youngjo ke? ahh jap macam mana kau tahu aku pergi cuba baju hari ni?"

"Ahh, Youngjo yang cakap"

"Ehh macam mana?" Min agak terkejut sebab, Keonhee sampai tak lama selepas youngjo menghantarnya,

"Bimil" Keonhee mendekatkan wajahnya membuat mereka hampir terkiss itu, mendebarkan hati Min lalu mengundurkan dirinya jauh sikit dari Keonhee,

"Are you blushing right now? haha, sepertinya kau yang buang tabiat" Keonhee tergelak dan mencuit hidung Min perlahan lalu berlalu pergi,

"Yah! mana ada! tunggu lah!" Min mengejar langkah Keonhee, berjalan seiringan dengannya,

Mereka berdua bergelak tawa dan saling berpandangan, untuk seketika Min rasa selesa bersama Keonhee, tanpa berkedip melihat wajah keonhee, Keonhee pun memandangnya dengan senyuman di bibirnya,

"Kau...suka aku ke?"

Langkah Min terhenti, Keonhee pun memandang Min di belakangnya, suasana seketika menjadi sunyi, hanya kedengaran bunyi cenkerik dan daun-daun yang berguguran ditiup angin malam yang segar itu, Mereka saling perpandangan, Keonhee mula menghampirinya,

Adakah ini satu adegen di dalam drama? Kalau ya apa yang akan berlaku seterusnya?

To Be Continue...

What after like, you uuu and i i is more than like...

knj_99creators' thoughts