webnovel

Chapter 10

3 hari yang lalu....

"Gongju-nim...huhuhu jangan tinggalkan kami! " Ketua Dayang Kim menangis teresak-esak di hadapan katil memandang tubuh kaku Min yang tidak sedarkan diri itu,

Entah bagaimana tiba-tiba, keadaan Min bertambah buruk sehinggakan nadinya tidak dapat dikesan oleh ketua perawatan yang diupah oleh Kim Clan untuk merawat Min,

"Eh? Kejap kenapa tak dapat rasakan nadi dia? " doktor tersebut kelihatan sedikit panik,

"Hah ye ke!? " ada sedikit keterujaan dari suara Bendahara Kim membuat Hyekyo dan Rena menjelingnya,

'Aku yakin ni memang ketidakberadaan Min ada kaitan dengan mereka dua ni, dah tua tu pergi mampus je lah' Rena memandang Bendahara Kim seperti ingin membelah badannya menjadi dua,

"Ye, sya tak boleh rasa nadi dia berdetak, kemungkinan Puteri telah meninggalkan kita" ujar perawat tersebut dengan perlahan, Ketua Dayang Kim semakin menangis teresak-esak di bahu Hyekyo, Hyekyo kelihatan amat jijik melihat kelakuan Bendahara Kim dan ketua Dayang yang dianggapnya mengada dan over reaction,

"Hah! " Rena menolak perawat itu ketepi dan memeriksa nadi Min sendiri, nadi dia memang tidak terkesan tapi Min masih hidup dan dalam keadaan vagetable state, dengan istilah lainnya dimatikan,

'Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Min, aku harap elixir tu berkesan dan Min akan sedar dalam masa 3 hari, kalau tak.. Dia tak akan sedarkan diri selamanya, bukan mati tapi, dia akan berada dalam keadaan tidur yang panjang,'

Disebabkan kenyataan doktor perawat tersebut, sepertinya para bendahara mula mempersiapkan majlis pengebumian tapi terpaksa menunggu 1 minggu, dan majlis musim luruh diuruskan oleh bendahara Kim dan dijadualkan sebaik sahaja majlis pengembumian itu selesai,

Sepertinya bendahara Kim sangat gembira, dia mula berjumpa dengan calon-calon raja yang menjadi pilihannya, tapi sepertinya mereka terpaksa melakukan perkahwinan hantu,hanya kerana untuk menjadikan pasangan suami puteri itu raja yang sah, kalau tak, raja tanpa perkahwinan sah antara puteri dan ahli bangsawan sekali pun, pemerintahan raja tersebut tidak akan dianggap sah,

Namun disebabkan Min mula sedarkan dirinya selepas 3 hari mula mengundang ketidak tenteraman para Kim Clan, para dukun dan bomoh mula dijemput ke istana, dari dukun timur ke dukun barat, selatan ke utara, semuanya ditakutkan dengan trik silap mata yang Min sendiri rancangkan,

Min menguap perlahan memandang kegagalan para bomoh yang ingin menghapuskannya, Min turut berlakon seperti terbakar kononnya sakit terkena air suci yang dijampi untuk menghalaunya, namun Min mula ketawa perlahan-lahan dan memberikan pandangan maut membuatkan mereka semua lari ketakutan,

Ketidakberadaan Min selama 3 hari itu dirahsiakn oleh Kim Clan dari penduduk desa kerana takut kemunculan Min yang diduga menjadi roh jahat itu akan menakut-nakutkan penduduk setempat,

"Tsk, nak halau aku kononnya, belum apa-apa dah melarikan diri, kacau daun je aku nak bersiap untuk ke Moon palace" Min mengukirkan senyumannya tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, dia mula memasang perangkap untuk bendahara Kim dan Ketua dayang di kediaman mereka di dalam istana tersebut.

'Hiii..hiii..hiii habis lah korang dua, ha..ha..ha..ha, tak sabar nak tahu apa reaction dorang, haha, well korang sendiri nak puteri ni mati, bila doktor dah sahkan puteri ni dah mati, korang pula yang ketakutan sehingga terkucil, haish, tsk tsk tsk, tak patut tak patut,'

Min turut meletakkan patung yang seakan sepertinya persis tidur di katil sedangkan dirinya sendiri mengunakan pakaian namja dan mula menggunakan solekan asas sahaja dengan melukis kening dan bibirnya, tak banyak perubahan dengan wajah asalnya,

Senja pun mula menjelma, Min duduk memandang pemandangan yang indah di atas tembok belakang istana dengan kipas di tangannya,

"Asal aku rasa keletihan je sejak sedar dari tidur yang panjang? takkan lah elixir tu akan serap semua tenaga aku?"

"Jadi betul lah kau gunakan elixir tu" hampir terjatuh Min dari tembok tersebut ketika diterjah oleh Seoho yang kebetulan meronda kawasan ketika itu,

Dengan pantas refleks si Seoho mampu menarik Min dan menyambutnya dalam dakapannya dan mendarat dengan selamat di tanah. Seketika mata mereka bertembung Min cepat-cepat bangun dan melepaskan dirinya dari dakapan Seoho

"Ahh...mianhae"

"Kau memang sesuatu, aku agak kagum dengan apa yang kau buat hari ni, kau takutkan semua orang dalam istana"

"Ahh, benda biasa je tu, trik budak-budak pun boleh buat" Min mula berjalan meninggalkan Seoho di situ,

"Yah! tunggu lah!" Seoho mengejar Min dari belakang namun dia terpaksa memerhatikan Min dari jarak jauh agar boleh mengesan bahaya yang mendatang,

Seperti jangkaannya memang ada yang memerhatikan Min, sudah tentulah angkara Kim Clan lagi, tiada siapa yang ingin mencederakan Min selain Kim Clan sendiri,

Sepertinya Min sudah tahu keberadaannya di luar istana sekarang tidak selamat walaupun dirinya sudah dalam penyamaran, sesiapa yang keluar masuk istana akan diperhatikan oleh pasukan assassin milik Kim Clan,

Entah mengapa instinct Min semakin membaik, dia sepertinya dapat mengagak bahaya yang datang kepadanya,

Beberapa assassin mula mengejar Min, Min pun mula berlari dengan pantas melalui jalan-jalan kedai dan mula meluncur dari bawah kedai dengan pantas mengelak di kesan oleh beberapa assassin yang mengejarnya, sehingga lah dia melalui jalan bumbung mengunakan tiang yang menyambung kawasan kedai dengan bumbung,

Min dengan pantas mengelak serangan dari assassin tersebut yang membaling dager dan tiba-tiba Min terjatuh ke dalam satu bangunan yang atapnya sepertinya sudah rapuh dan tidak dibaiki,

Dari pandangan assassin pula seperti Min lesap tanpa jejak, tapi sebenarnya dia terjatuh ke bawah,

"Aduhh..." Min mengadu kesakitan, dahinya terasa pedih dan sepertinya tangannya juga luka-luka terkena papan-papan yang patah semasa dia jatuh,

"Kau!" Min dan gadis dihadapannya sama-sama menunjuk satu sama lain, mana tidaknya, gadis di hadapannya seperti wajahnya sendiri, begitu juga dengan gadis dihadapannya yang terkejut dengan apa yang disaksikan oleh matanya,

'kenapa? kenapa namja ni muka dia macam muka aku, maksud aku, diri aku yang sebenar?'

Mendengarkan bunyi tapak kaki yang naik ke tingkat atas, gadis tadi pun menyuruh Min menyorok di dalam almari pakaiannya,

"Cik Xion, cik tak apa-apa ke"

"Tak jangan masuk, sya masih mengunakan pakaian, sya okay, jangan risau, tunggu sya di bawah" itu sahaja arahan yang Xion berikan,

ya Xion yang merupakan performer di situ, Sepertinya Min terjatuh di bilik personal Xion di tingkat 2 bagunan Moon Palace, menggunakan style makeup seperti diri Min sendiri , sebab itu lah mengapa Xion turut terkejut melihat pernampilan Min yang seperti dirinya yang namja seketika tadi,

'Xion?'

'mwoya?'

'kalau seingat aku muka dia mana ada macam tadi?'

'tapi seriouslah muka dia tadi sama seperti muka aku,'

'ye lah diri aku yang yeoja lah, tapi dia ada jumpa aku di istana? ahh aku lupa, aku kan time tu guna heavy makeup,'

'kalau aku guna light makeup macam biasa sama persis macam muka xion yg aku jumpa tadi,'

'tapi? kenapa dia pun terkejut?'

"awk boleh keluar, mereka dah pergi,"

Min keluar dari almari dan menunduk perlahan, dia masih tak percaya bahwa wajahnya sama dengan Xion,

Leedo yang tiba-tiba muncul untuk berjumpa dengan Xion mula terkejut melihat Min,

"Eh, Min!? kau pun ada sini? ahh bagus lah kau dah jumpa Xion" masalahnya, Leedo memangil Xion itu Min dan Min adalah Xion.

"Err orabeonie, aku kat sini.." Min menepuk bahu Leedo yang memandang Xion ketika itu dan memberi Leedo pandangan yang tak puas hati?

"Mwo!" Leedo sepertinya terlalu terkejut sehingga terduduk di kerusi memegang kedua pipinya dengan wajah terlalu shocked,

"Wait, asal muka korang sama!?" kali ni Seoho pula datang tercungap-cungap melarikan diri dari para peminatnya di Moon palace ketika itu,

Semasa mengikuti jejak assassin, Seoho terserempak dengan para orang kuat Kim Clan lalu menerjah masuk ke dalam Moon Palace, di sebabkan tali mask lacenya terputus, nasibnya malang lalu di kejar oleh beberapa pekerja di Moon Palace yang terjerit-jerit histeria memanggilnya 'Tuan Muda'

"Shh nanti kalau ada yang cari aku, cakap aku tak da di sini" Seoho meluru masuk ke dalam almari dan menyorok, sepertinya beberapa gadis manis mula mencari Seoho di tingkat atas,

Melihat Min dan Xion yang duduk bersebelahan di birai katil membuatkan para gadis tadi mula tersipu malu dan menunduk lalu menutup pintu,

"Maaf cik xion, kami tak tengok apa-apa"

"Dah kenapa dorang tu,"

" Seoho-ahh kau boleh keluar dorang dah pergi" Min mengeluh perlahan dan merengangkan badannya yang kesakitan,

"Kau..."

"Ahh, betul tu, aku Puteri Haemin dalam penyamaran, annyeong.."

"Ahh Dongju-ahh, gomawo sorokkan aku, Tapi kan Gunhak, kau pun ada sini?" Seoho menyapa Leedo yang menyorok di bawah katil sebentar tadi,

'banyak-banyak tempat aku nak sorok kenapa bawah katil, sempit dengan kotak baju namja Dongju je, tapi kenapa aku ikut menyorok? kan mereka kejar Seoho?'

"Muka kau, sama dengan muka aku," Xion mula menghilangkan kesan makeup di wajahnya dan menampakkan real wajahnya sebagai namja,

'Aku betul tentang Xion ni namja semasa aku jumpa dia di istana, tapi tak sangka pula aku guna makeup simple basic cam ni boleh serupa dengan wajah dia, impressive'

"Wah, korang dah macam kembar dah kalau tengok macam ni, tapi kan Dongju ahh, tadi kau nampak seperti Haemin yang aku selalu jumpa, dengan alat solek yang tidak melampau" Seoho memerhati wajah mereka berdua berselang seli,

"Macam kembar lah" Seoho excited sendirian dengan apa yang dilihatnya,

Wajah Min semasa menjadi namja sama seperti Xion, dan Xion ketika menyamar jadi yeoja pula sama seperti Min,

Leedo mengintai dari langsir bilik, kelihatannya beberapa pengawal istana mula memeriksa kawasan Moon palace, Moon palace adalah tempat kelab malam pria,

dan sudah beberapa kali diarahkan tutup oleh Kim Clan, kerana gara-gara Moon Palace dibuka, iannya menjadi persaing ketat untuk Sunrise Palace milik Kim Clan yang terletak tidak jauh dari Moon Palace

"tsk, pengawal istana dah sampai kawasan ni, elok lah kita pergi sekarang, kau juga Xion, jom pergi dari sini" Leedo menarik lengan Xion dan membawanya keluar dari jendela belakang,

"Sila kan tuanku" Seoho mempelawa Min untuk memaut lengannya

"Aku boleh pergi sendiri"

'Kau memang sesuatu Min, menarik' Min dan Seoho pun turut melompat keluar dari tingkap dan melompat dari bumbung ke bumbung,

"Kau pasti kau boleh balik dengan selamat?" tanya Seoho ketika mereka berada di bulatan pokok tua di tengah-tengah desa,

"Jangan risau, kau pun tahu aku bukan orang biasa" Min just wink her eye sehinggakan Seoho terpaku memandangnya,

'Gunminie shii sedar lah siapa diri kau, nahas lah kau kalau Youngjo tahu kau ada hati dengan yeoja tu,'

Min melambaikan tangannya dan terjun ke bawah dan berlari dengan pantas mengunakan jalan kedai-kedai

"Tsk sepertinya aku memandang rendah dia, tapi aku betul-betul tak perasan wajah dia sama dengan Xion, tak sangka pula yang sebenarnya Xion dah keluar dari Night Raven, tapi tak tahu pula sebab dia apa, Gunhak tak cakap pun"

Seoho pun mula berpatah balik ke arah lain dan menghilang seperti debunga yang berterbangan,

Min meloncat masuk ke dalam istana dan melalui bahagian tumbuh-tumbuhan di sekitar istana untuk menyembunyikan dirinya, kelihatannya Daisy palace mula dijaga ketat oleh pengawal istana,

'haish.. dah kenapa mereka nak jaga kawasan ni dengan ketat, haish, susah lah aku nak curi-curi keluar lepas ni ahh, asal aku tak terfikir tentang tu eh,'

Min curi-curi masuk ke dalam biliknya dan hampir terjerit kerana melihat kelibat Rena dan Hyekyo yang menunggu kepulangannya,

"Yah! awk pegi mana!? tahu tak, bendahara Kim nak letakkan awk dalam pengawasan dia" Rena memeluk Min, dahi Min yang luka dan tangannya yang berdarah disentuh perlahan,

"Apa dah jadi gongju-nim" tanya Hyekyo pula, kedua-dua sahabatnya itu sangat merisaukan dirinya,

Semasa Min keluar dari istana, istana kembali kecoh setelah tahu bahawa badan Min seperti sudah kaku dan ingin dimakamkan pada hari tersebut juga, namun Rena menghalangnya kerana belum sampai 7 hari, badan yang dimaksudkan patung manequin ciptaan Min,

Sepertinya para penghuni di istana seakan dihantui dengan kelibat Min yang berlega-lega seperti hantu di dalam istana, walaupun Min tidak menganggu mereka, disebabkan mereka paranoid dengan kisah seram membuatkan suara Min dan kelibat Min mula menghantui hari-hari mereka,

"Suka hati mereka lah nak anggap aku ni dah mati ke masih hidup ke, aku hairan lah bukan ke mereka nak sangat aku mati, then bila doktor tu dah sahkan aku tak bernyawa, aku bangun-bangun je dari tidur, tetiba dorang histeria bagai"

Rena tak mampu menahan gelak tawanya, nak cakap orang-orang istana tersebut lurus bendul, tak juga, ada juga yang berpelajaran,

"Tapi kan, apa jadi sepanjang awk tak sedarkan diri?" tanya Rena membuatkan Min memberinya pandangan yang penuh dengan tanda tanya,

"Aku tak pasti, yang aku tahu aku berada di sebuah kawasan, tapi aku tak ingat sangat apa yang berlaku" Min cuba mengingatkan secerbis cerbisan dari mimpinya, namun sepertinya dia sudah tidak ingat apa-apa,

"Kalau awk tak ingat, tak pe jangan paksa diri sendiri" bisik Hyekyo dan menepuk belakang Min perlahan,

Apa yang terjadi di istana sehinggakan menyebabkan pengawal mula mengawasi kawasan luar Daisy Palace kerana prank yang diletakkan di kediaman Bendahara Kim dan Ketua Dayang Kim membuatkan Bendahara Kim nak pengawal istana mengawasi Daisy palace,

Min meletakkan patung dengan rambut panjang berbaju putih seakan-akan melayang dan menghilang ketika disentuh membuatkan Bendahara Kim lari ketakutan dan mengarahkan pengawal mengawasi Min di kediamannya,

Nasib Ketua dayang lagi parah, sehingga membuat dirinya jatuh pengsan di hadapan kediaman para dayang istana, mana taknya Min membuat patung tersebut seperti melayang dan begerak di koridor luar kediaman dayang sehingga membuatkan patung tersebut terbang dan menghilang,

Min yang mengenang nasib kedua mangsanya yang kedengaran agak menyedihkan itu mula tergelak terbahak-bahak sehingga terguling-guling,

"Padan muka korang, nak sangat kan , tengok lah kena kacau sikit macam tu dah kecut perut, nampaknya aku terpaksa lah bermain-main untuk kenakan musuh aku tu, tsk tsk tsk kasihan amat sih"

Min memandang ke luar tingkap dengan rambut panjangnya yang menguntai ke bawah, baju putih pucat digunakan ketika itu, sehinggakan membuatkan para pengawal yang menjaga Daisy palace mula menjerit dan lari ketakutan setelah Min melambai perlahan tangannya ke arah mereka, Min turut membuat suara ketawa yang menyeramkan membuatkan beberapa pengawal istana jatuh pengsan ketika mendengarnya,

"Seronok eh kau main-main macam ni?" haruman bunga ros mula terhidup diseluruh biliknya,

"apa kau nak!?" dingin sahaja jawapan Min ketika itu,

"sepertinya kau berkemahiran dalam ilusi dan seni pertahanan diri, sepertinya maklumat yang Gunhak bagi tu betul, kau memang terlatih dari kecil, sebab tu mengapa Kim Clan nak hapuskan kau" Youngjo duduk di birai jendela bersebelahan dengan jendela Min,

"Boleh tak kau jangan muncul tiba-tiba?" Min memandang Youngjo yang mula menuangkan minuman ke dalam cawannya dan dihirup perlahan, Min seakan terkesima seketika memandang sisi tepi Youngjo yang seakan bersinar ketika cahaya bulan menerjah masuk melalui tingkap biliknya,

"jadi kau nak aku muncul macam mana? macam ni ke?" tiba-tiba Youngjo muncul dihadapan Min, wajah mereka sangat dekat sehinggakan Min mampu merasakan hembusan nafas Youngjo di lehernya,

"A..apa kau nak!?" Min melarikan pandangannya ke arah lain dan menolak perlahan tubuh Youngjo menjahuinya,

"Aku nak kau.."

"Hah?" Min seakan terkejut mendengarnya, hatinya tiba-tiba berdengup dengan kencang, pipinya mula kemerahan seperti tomato

"Yah! kau fikir apa!? Aku nak kau tanda tangan kontrak tu cepat, kau dah lambat 3 hari tau!?" dahi Min dijentik perlahan, Youngjo tersenyum dan menunduk perlahan sebelum mengambil Kontrak di tangan Min yang sudah di tandatangani olehnya,

'Haish aku ni dah kenapa, syok sendiri, dia belum habis cakap lagi, nasib lah aku tak jawab bukan-bukan, ahh tapi aku blushing giler, dia tak perasan kan muka aku tadi merah, ahhh Min kau ni tak boleh ke kawal diri kau sikit,''

'kau datang sini sebab nak ubah takdir kau, ye untuk diri kau juga, hah tapi aku rasa melampau pula keputusan aku untuk guna elixir milik puteri ni untuk selamatkan Youngjo,'

'tapi..kenapa tangan aku begerak sendiri semasa merawat Youngjo, seolma...mungkinkah Puteri tu pernah berjumpa dengan Youngjo sebelum ni!?'

"Oh My God!"

The Next day, Min merancang untuk berjumpa dengan Xion sebagaimana rancangan yang dirancangnya semasa melihat Xion menyerupai dirinya sendiri,

"Hah!? yah awk dah tak betul ke sejak baru sedar dari tidur yang panjang puteri kesayangan ku?" Rena hampir tersedak minuman ketika mendengar penjelasan Min pagi tu,

"Aku okay je cik Rena, but please listen, aku dah jumpa penganti aku yang paling baik, dia betul-betul serupa dengan aku, jadi kita akan rancang sehabis baik plan ni," bisik Min namun hanya keluhan didengarinya,

"Rena please lah, bagi aku pinjam vitamin c tu"

"Vitamin c?"

"ahh maksud aku...yang tu" Min menunjukkan serbuk berwarna oren yang baru Rena buat pagi itu,

"Ahh citrus ni ke? awk nak buat apa?" tanya Rena kembali dengan wajahnya yang blur,

"Citrus ni untuk ubah suara kan?"

"Macam mana awk..."

"Of course lah aku ada baca buku, jadi aku nak kau sediakan beberapa peralatan yang lain, ni list barang dan bahan-bahan dia, hope kau dapat tolong aku" Min mengenggam jari jemari Rena dengan mata nya yang meminta simpati daripada Rena.

"ye lah - ye lah," akhirnya Rena mengalah,

Min pun bersiap-siap mengunakan pakaian namja, kali ni Min hanya mengekalkan wajah aslinya dan hanya mengunakan lipbalm dan sedikit makeup tanpa mengupah sedikit pun details di wajahnya,

Keadaan di istana sepertinya masih dalam keadaan huru hara, dimana-mana dia pergi ada kertas azimat yang berterbangan untuk memburu semangat yang menghantui istana,

'Dorang ni tak habis-habis dengan bomoh dan dukun santet, haish kat zaman lama pun ada dukun-dukun di dunia modern pun masih wujud benda ni,'

Min mengutip beberapa kertas azimat yang berterbangan dan mula melemparkan semuanya ke langit, dan kertas itu mula terbakar dan menjadi abu,

Min mula memandang ke arah selok belok kedai, kelihatannya ada yang memerhatikannya,

"Agaknya kau rasa patut ke aku cakap yang aku belum mati?" Kipas dibuka dan menutupi sebahagian wajahnya muncul di hadapan beberapa namja yang duduk di belakang kedai tersebut,

"Jap, macam mana kau!"

"Korang memang tak serik-serik kan nak perhatikan aku, Agaknya apa bapa korang akan cakap kalau dia tahu anak-anak dia jadi pembunuh upahan untuk bunuh puteri kerajaan mereka sendiri? Kau anak Ketua Chef Choi kan?" pandangan mata yang diberikan cukup membuatkan namja di hadapannya mengundur ke belakang sehinga tersandar di dinding,

"Choi Yeonjun, Choi Soobin , Choi Beomgyu" Sekilas pandang mereka seakan melihat glaring merah dari pandangan mata Min, seolah-olah mata Min mengeluarkan glowing merah umpama makhluk yang menakutkan penghisap darah..

"Macam mana kau!? kau Puteri Haemin ke!? tapi kau namja!?" mengeletar sahaja mangkuk mee yang Soobin dan Beomgyu pegang ketika itu, merasakan aura Min yang menakutkan membuat mereka berfikir bahawa Min betul-betul hantu seperti rumor yang dayang istana katakan,

"Do i look like her? kalau korang nak hidup lebih lama, baik korang dengar nasihat aku, tinggalkan tempat ni dan balik ke kerajaan seberang dan ingat jangan pernah muncul lagi, kalau tak, aku tak akan terangak-agak nak kotorkan tangan aku untuk hapuskan korang.." bisik Min kepada mereka membuatkan mereka ingin segera pergi meninggalkan perkampungan tersebut.

"Oh ya, nah ambik balik scroll ni, dan juga ni sedikit emas dan perak untuk menampung perbelanjaan korang," Min membalikkan badannya dan melambaikan tangannya,

"Wah, banyaknya emas, dia mesti kawan puteri tu kan, aku kalau boleh tak nak jadi assassin lagi"

Yeonjun mengangguk perlahan mendengarkan kata-kata Soobin,

"Jom lah kita balik, eloklah kita dengar cakap tuan muda tu" Beomgyu mengambil scroll yang terjatuh dari tangan Soobin,

"Jap ni gambar Puteri tu kan?"

"Aku masih hidup jangan risau korang boleh balik, aku maafkan kecuaian korang tempoh hari, pergi belajar lagi eh" itu lah apa yang Min tuliskan di scroll yang terdapat gambarnya yang dilukis dengan sangat estetik dan juga terdapat tandatangannya,

Min tergelak kecil mengenangkan dia memberikan Scroll gambarnya sebagai hadiah kepada 3 adik beradik tersebut, Min dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Xion, dia ingin mengatakan plannya untuk bertukar identiti dengan Xion,

"Hah! kau dah gila kah!? Tak, aku tak akan ambik risiko untuk menyamar jadi kau, kau ingat aku apa!? pembantu kau!?" Marah Xion ketika dengar rancangan Min,

"Tak bukan macam tu, kan kau perform di majlis tu nanti, aku nak kau makeup macam wajah aku, kau perform guna mask lace kau tu lepas tu, acah-acah lah face mask kau tu tercabut semasa kau habis perform, then disebabkan rumor aku dah mati dekat istana tu, of course mereka nak cari pengganti diri aku yang wajah dia sama macam aku, sebab mereka nak adakan upacara perlantikan raja yang baru, so.. kau menyamar jadi aku, dan aku akan menyamar jadi calon raja tu,"

"Hah! maksudnya kau nak aku kahwin dengan kau!?"

"Aniya, bukan macam tu lah, kita tak akan kahwin, jangan risau, aku just nak kau menyamar jadi aku, dan aku akan cari cara macam mana nak hentikan perlantikan raja baru tu,"

"Betul ni tak da kahwin-kahwin?"

Min mengangguk perlahan dan memandang pernampilan Xion yang kelihatan cantik berbaju hanbok peach dengan bunga halus di kainnya,

"Wae? kau nak kahwin dengan aku?" Min mengangkat keningnya dan tersenyum perlahan, Xion yang memandang wajah Min lalu membaling kusyen ke arah Min,

"Hahaha, yah relexs lah, yah! kau kena panggil aku Noona, aku tua lagi dari kau" bisik Min perlahan,

"Noona? ahh Nui? Tak nak, kita tak jauh beza mana pun umur" Xion keluar dari moon palace dengan payung merah di bahunya,

"Pfft, berlagaknya, entah kenapa aku rasa dia ni tak ada jauh beza nya dengan orabeoni, sama je keras kepala puii!" Min rolled her eyes up dan meletakkan tangannya ke bahu dengan wajah disgusting,

Agaknya apa rancangan Min untuk majlis musim luruh tersebut? apakah plan Kim Clan seterusnya untuk menyingkirkan Min? agaknya apakah rahsia Kim Clan yang membuat mereka ingin sangat menghapuskan puteri itu? Semuanya akan dibongkarkan di Chapter seterusnya,

To Be Continued...

kahwin-kahwin huh? menarik? but gonna spoiled tak da kahwin-kahwin..ye ke? hahaha kena lh tunggu cita ni sampai habis

knj_99creators' thoughts