"Hmph, cukuplah berbual-bual. Awak boleh pergi dan laksanakan rancangan awak. Lagipun, awak adalah tuan, saya pula orang bawahan. Oleh itu, saya tidak akan halang awak daripada menjalankan rancangan awak. Saya telah fikir masak-masak tentang hal ini seratus tahun lamanya." Akhirnya, Naga Belang Dua bercakap juga.
"Saya tahu yang awak akan jawab seperti ini,"'Pelaksana Kehendak Langit Naga Belang' berkata dengan angkuhnya. "Tapi saya masih mahu bertanya soalan ini kepada awak untuk mengurangkan serba salah di dalam hati saya jika awak hilang apabila rancangan saya berjaya nanti."
"..." Naga Belang Dua.
"..." Song Shuhang.
Maklumat yang didapati daripada pertukaran antara 'Pelaksana Kehendak Langit Naga Belang' dan Naga Belang Dua sangat besar!
'Pelaksana Kehendak Langit Naga Belang' berkata sesuatu tentang 'membebaskan' dirinya sebanyak dua kali... tapi dia cuba bebaskan dirinya daripada apa?
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com