webnovel

Seminggu Ada Tujuh Hari!

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Nama dao berdasarkan kemahiran istimewa seseorang?

Sekarang, masalahnya adalah... apa kelebihan istimewa atau kekuatan Song Shuhang?

Jika seseorang bertanya soalan ini setahun lalu, Song Shuhang boleh menjawab yang kekuatannya ialah membaca buku dan hobinya pula... masih membaca buku. 

Namun, jika yang bertanya tidak menerima yang mencangkung di penjuru kedai buku dan membaca buku sebagai kemahiran istimewa yang sebenar, Song Shuhang akan menjawab tentang kepakarannya dalam permainan bola.

Sebelum memasuki Universiti Jiangnan, Song Shuhang agak aktif di dalam aktiviti sukan, permainan bola juga boleh dikatakan sebagai kepakarannya. 

Sudah tentulah, dia tidak boleh menggunakan 'kemahiran istimewa' sebegitu sebagai nama daonya... Biarawan Dao Bola Keranjang, Mahaguru Abadi Bola Keranjang dan sebagainya akan membuatkan orang lain ketawa terbahak-bahak. 

Oleh itu, 'kemahiran istimewa' perlulah berkaitan dengan pertapaan.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com