Pada sebelah petang, selepas menjamu selera, Ayah Song kembali ke syarikat tempat dia bekerja, di Perbadanan GRID Negeri China. Walaupun pekerjaan itu tidaklah sukar, akan tetapi Ayah Song berasa bosan dengannya.
Oleh itu, dia diam-diam menyimpan duit. Selepas Song Shuhang telah bergraduasi, dia merancang untuk membuka kilang peralatan kecergasan bersama dua orang rakan baiknya.
Sepanjang dua tahun yang lalu, peralatan kecergasan untuk penggunaan domestik semakin bertambah dan ini membuatkan Ayah Song agak teruja. Sekiranya dia tidak takut akan kerugian yang mungkin boleh menjejaskan pelajaran Song Shuhang, dia pastinya telah meletakkan jawatan daripada pekerjaannya sekarang dan membuka kilang bersama rakan-rakannya.
Ayah Song dan kawan-kawannya telah menyimpan rahsia ini dan tidak memberitahu keluarga mereka tentang hal itu, tetapi ketiga-tiga mereka sudah mula merancang pertubuhan kilang itu dan merancang untuk membukanya dalam masa paling kurang tiga tahun.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com