webnovel

Pertarungan Demi Labu Kesyaitanan

Redakteur: EndlessFantasy Translation

'Mungkin aku tersalah anggap...? Boleh sesiapa beritahu aku kenapa aku rasa macam kenal saja peti sejuk, televisyen, ketuhar gelombang mikro, dan yang lain-lain ni...? Mungkin aku yang terlebih fikir. Lagipun, benda-benda macam peti sejuk ni dihasilkan secara besar-besaran dan bukannya tak biasa tengok model yang sama di tempat lain,' Song Shuhang berfikir sendirian.

Selepas menbuat kesimpulan ini, Song Shuhang membawa Li Yinzhu dan yang lain bersama-sama dan memasuki pasar jalanan, mengambil peluang untuk bersiar-siar dan berehat.

Ketika sedang berjalan-jalan di pasar itu, Song Shuhang terdengar perbualan antara peniaga.

Kebanyakan mereka membincangkan apa yang berlaku semalam. Mengikut kandungan perbincangan, beberapa pertapa telah bergabung dan cuba menyekat cahaya pedang terbang berhampiran dengan bulan dan mengambil khazanah yang ada padanya.

Selepas itu, beberapa pertapa sememangnya berjaya menyekat cahaya pedang itu.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com