webnovel

Pari-pari Laici Mahu Memainkan Watak Utama Wanita Kedua!

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Putih Yang Mulia memegang dagunya dan bergumam sendirian, "Oh, saya hampir terlupa tentangnya. Sekarang bila Pari-pari Kunang-kunang menyebut tentangnya, Shuhang sepatutnya tinggal di angkasa selama sebulan sebagai hukuman setelah kalah dalam pertandingan traktor kendalian tangan, namun nampaknya perjanjian kita tidak ternunai akhirnya."

Song Shuhang ketakutan. Adakah dia akan 'pew' ke angkasa? Berdasarkan kuasa Senior Putih, ia mungkin terjadi!

😱😱😱~

Walaupun dia benar-benar sukakan angkasa dan mengimpikan untuk menjadi seorang angkasawan ketika kecil, dia tidak mahu kembali ke angkasa kali ini!

Tambahan pula, dengan mengira masa yang telah dilepasinya di Bandar Bawah Pavilion Air Sejernih Kristal, jumlah keseluruhan masa yang ditempuhinya di angkasa telah melebihi sebulan!

Song Shuhang berkata, "Senior Putih, daripada beberapa sudut pandang, saya telah tinggal di angkasa lebih daripada sebulan! Tolonglah, dengar penjelasan saya dahulu..."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com