Trio itu berpisah – semua orang pergi melihat teras 'realiti ilusi'. Sebelum berpecah, Putih Yang Mulia memberikan Song Shuhang dan Enam Belas Dari Puak Su 'azimat penghantar bunyi seribu batu' untuk mereka mudah berhubung sesama sendiri. Dalam dimensi yang mereka sangka sebagai Bandar Syurgawi, telefon bimbit tidak boleh mendapat isyarat. Selain daripada telefon bimbit yang telah diubah suai secara magis yang hebat milik Putih Yang Mulia, telefon Song Shuhang yang diubah suai secara masgis yang biasa pun tidak dapat isyarat di sini.
Selain itu, Song Shuhang dan Enam Belas juga turut mempunyai pedang terbang bersama mereka dan mereka boleh mengaktifkannya jika mereka berdepan dengan bahaya atau mempertahankan diri mereka dan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa.
Tambahan pula, Putih Yang Mulia tidaklah terlalu jauh daripada mereka. Oleh itu, keselamatan mereka terjamin.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com