webnovel

❮Buku Besar Tangisan yang Tidak Berkesudahan❯

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Song Shuhang sangat terkilan ketika ini.

Awal tadi, dia agak bertuah kerana sasaran teknik penilaiannya ialah Cik Chu Chu. Oleh itu, harga yang dia perlu bayar hanyalah sedikit darah yang memancut dari tangan kanannya.

Tetapi jika teknik rahsia itu benar-benar hilang kawalan dan secara automatik menilai segala benda yang dia sentuh, Shuhang tidak akan bertahan walaupun dia memiliki bank darah!

Selagi ia adalah sesuatu seperti batu atau tumbuhan, takda hal. Tetapi jika dia cuai dan akhirnya jatuh ke atas lantai, secara tidak sengaja menilai tanah di bawah... bukankah dia akan menilai meteoroid di mana Pavilion Air Sejernih Kristal telah dibina?

Sekiranya sebuah batu biasa berusia berbilion tahun mampu menimbulkan kemudaratan kepada tubuhnya, bukankah dia akan kehilangan semua darahnya dan mati jika dia menilai meteoroid besar yang Tuhan saja tahu berapa usianya?

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com