webnovel

Jantung Song Shuhang berdegup kencang, kemudian dia terdengar suara Tubo dari belakangnya. "Song Shuhang, cepat tengok, ada tulisan tangan yang muncul pada pintu besi tu!"

Shuhang memalingkan kepala dan memandang ke arah pintu itu. Dia melihat satu lapisan cahaya yang muncul atas ukiran corak pada pintu besi.

Selepas itu, satu rangkaian tulisan pelik muncul atas cahaya itu.

Tulisan itu bukanlah askara China mahupun Inggeris, Jerman, Rusia atau lain-lain. Ia tidak termasuk dalam bahasa-bahasa utama di dunia. Akan tetapi, yang peliknya, mereka boleh memahami maksud tulisan itu.

"Rindukan rumah dan kehangatannya? Ingin kembali ke tempat yang awak fikirkan siang dan malam dalam sekelip mata? Orang yang merayau ke hujung bumi jauh dari rumah, buat pilihan awak... YA atau TIDAK ?"

Buat pilihan awak, buat pilihan awak! Tiga perkataan itu terngiang-ngiang dalam minda semua orang seperti menghasut mereka.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com