Melihat perkara yang dikatakan oleh Miller, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng merupakan mimpi ngeri dia sejak dia tiba di Bandar River Shore.
Dia tidak menyangka yang dia akan berhadapan musuh seperti ini.
Pada mulanya dia menganggap dia musuh kepada Diapheis dan anaknya terkorban disebabkan mangsa keadaan.
…
Sebab askar upahan seperti ini sangat kejam. Dia telah meminta ahli Lelabah Bayang untuk menguruskan lelaki ini, cuma…
"Askar upahan celaka itu! Aku dah bayar dia dengan banyak, dan dia boleh buat alasan yang dia ada urusan lain yang perlu diuruskan dan akan kembali mencari Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng pada waktu malam!"
Miller bukan sahaja marah, tetapi dia juga terkejut.
Bagaimana dia boleh pecah masuk!?
Bagaimana dengan sentri di sekitar? Apa yang terjadi dengan askar upahan itu?
"Jangan pening berfikir, mereka semua dah mati." Marvin berkata dengan acuh tidak acuh.
Miller menggigil dan kemudian dengan segera menyorok di belakang dua orang gasar itu.
Dia bertanya sambil mengetap gigi, "Siapa yang mengupah kamu?!"
"Adakah kau tidak sedar yang aku sangat kaya? Jika kau tidak membunuh kedua-dua anak aku…Mungkin kita boleh bekerjasama."
Mata dia telah bertukar merah.
Kedua-dua anaknya mati sebegini! Cara pembunuhan askar upahan ini sangat ganas dan kejam!
Tiada lagi jalan kembali!
"Bunuh dia! Bunuh DIa! Aku mahu dia dicencang beribu keping!" Miller menjerit seperti orang gila.
…
Kedua-dua orang gasar tersebut mula mengangkat kapak besar dari belakang mereka, dengan memegang di tangan kanan dengan tangan kiri terletak di pinggang di mana dua beliung1disangkut di situ.
Marvin memerhatikan pergerakan mereka dan ia sangat jelas dari pengalaman dia bertempur yang orang gasar ini membaling beliung jika berada di dalam situasi sukar diuruskan.
"Siapa yang mengupah aku?"
Marvin berundur dengan tenang setengah tapak, terus menyebabkan ketiga-tiga orang itu memerhatikan tubuh badan dia.
"Siapa dia? Cakap!"
Miller memberi isyarat, menyebabkan orang gasar itu berhenti dari terus menyerang.
"Siapa yang mampu?" Marvin berkata dengan jengkel, "Adakah kau tidak dapat mengecam aku di sebalik topeng ini?"
"Pakcik?"
"Mesti kau tidak menduga hari ini akan tiba apabila kau meracun ayah aku?"
"Apabila kau bersekongkol dengan samseng Acheron untuk mengambil nyawa aku, kau pasti tidak menjangka yang Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng akan muncul?"
Suara Marvin bertukar kepada asal.
Miller sangat terkejut.
"Mustahil!" Dia mendengar suara yang dia kenal dan menunjukkan ekspresi muka berjaga-jaga, "Bagaimana kau tahu semua ini? Engkau sampah! Tiada bakat dalam magik dan abiliti melawan…"
Marvin dengan mahir bermain dengan kerambitnya dan berkata dengan dingin, "Ini menunjukkan kau salah tanggapan mengenai aku. Seperti aku salah tanggapan mengenai kau juga. Aku hampir tidak percaya yang kau seorang yang sanggup membunuh abang kandung sendiri."
Miller bernafas dengan deras, dan selepas itu berkata dengan muka yang niat jahat, "Kau tahu, apa boleh buat? Aku pening kepala mencari kau. Siapa sangka yang kau akan muncul di depan pintu aku? Asalkan aku berjaya bunuh kau hari ini, Lembah White River akan menjadi milik aku, dan rahsia di dalam istana…"
Dia berhenti bercakap, matanya seperti berpusing dan berputar.
Ketawanya semakin menyeramkan dan dingin, "Apalah dua anak lelaki. Asalkan aku boleh dapat barang itu… Haha, mungkin kau tidak tahu. Aku telah menerima blessing hebat [twin snakes of doom]! Hari ini takdir engkau untuk mati!"
"Bunuh dia!"
Dia akhirnya memberi arahan. Ular yang kecil dan sudah untuk nampak di dalam matanya itu nampak sangat pelik.
…
Atas arahan dari Miller, dua orang gasar tersebut yang satu di depan dan satu di belakang memulakan serangan mereka.
Walaupun ruang tamu ini sangat luas, tetapi ia agak sempit bagi pertarungan oleh pemilik kelas.
Woosh!
Serangan orang gasar pertama belum lagi sampai dan tiba-tiba beliung yang terbang telah hampir tiba.
Jenis beliung seperti ini sangat tajam. Bagi renjer seperti Marvin, asalkan dia terkena satu pukulan sahaja, walaupun tidak mati, dia pasti akan cacat seumur hidup.
Senyuman Miller sangat berniat jahat!
Bagi dirinya, Marvin seperti sudah mati. "Memakai topeng untuk menakutkan orang, hmph, kau boleh takutkan rakyat biasa yang tidak tahu apa itu sahaja."
Sebenarnya, Marvin lebih fokus kepada pergerakan tangan orang gasar sepanjang masa, semasa kali kedua mereka melontar beliung, dia pun bertindak.
"Haha!"
Dia menjerit kecil, seluruh tubuh badannya bergerak seperti melawan graviti. Dia melangkah di bingkai tepi tingkap dan berjalan di atas siling.
Dalam sekelip mata itu, bukan sahaja Miller, malah kedua-dua orang gasar itu terpinga melihat dia.
Kemahiran istimewa 20 ketangkasan!
[Anti-Gravity Steps]!
Disebabkan dia menghadapai musuh lebih dari satu, gelaran marvin [Pakar Medan Pertempuran Sengit] mula menunjukkan efekya (ketangkasan +1).
Badan Marvin ringan seperti burung layang-layang dan dia bergerak sangat lincah di atas siling dan terus ke arah mereka dari situ seperti vampire.
"ROAR!" Orang gasar itu rasa terhina
Menghadapi renjer pangkat 1, mereka berdua terkejut kerana tidak berjaya menumpaskan dia. Mereka tidak dapat menerima kenyataan ini!
Mereka bersedia pergi ke arah Marvin.
Tetapi, tiba-tiba dua kelibat sepantas kilat datang menyerang orang gasar itu.
Dalam sekelip mata, Marvin dapat melihat kedua-dua orang gasar itu dalam keadaan yang sangat lemah.
"Rancangan berjaya!"
Marvin rasa berpuas hati dan dengan pantas membetulkan badan dia ke bawah.
Kerambit di kedua belah tangan menghunus kepala dua orang gasar itu hingga putus.
Plop plop!
Darah yang banyak memancut dan seluruh badan Marvin habis dibasahi dengan darah merah.
Dia mengelap kerambitnya sambil berlalu, dan melihat dingin ke arah Miller.
Seperti raja syaitan yang lepas keluar dari kolam darah.
…
"Bagaimana ini boleh berlaku?"
Ia seperti Miller telah melihat hantu, melihat dua orang gasar yang kuat mati di depannya. Dia tidak dapat mempercayainya.
Mereka berdua pangkat ke-2 [Berserker] sebenar!
Bagaimana boleh berlaku Marvin membunuh mereka dengan mudah seperti memotong kobis?
Ini pasti khayalan!
Miller mengambil dua langkah untuk berundur, tersadung dan terduduk di kerusi.
Pada masa tiu, dia melihat dua kelibat samar merangkak keluar dari tubuh badan orang gasar itu dengan susah payah.
Ia ialah dua elves.
Mereka dilihat dalam keadaan yang teruk, berdiri tidak stabil.
"Kamu sudah kerja keras. Cari tempat yang selamat dan pergi pulihkan diri kamu sebelum mencari aku."
Marvin berkata dengan acuh tidak acuh.
Amber dan Agate mengangguk, dan kedua mereka hilang di sebalik bayang sambil membantu satu sama lain.
Miller akhirnya tersedar.
Sebenarnya Marvin menarik perhatian dua orang gasar itu untuk membolehkan dua elves itu menekan orang gasar ke bawah.
Sebenarnya, dengan badan orang gasar yang abnormal itu, jika mereka menggunakan [Ancestral Blessing], mereka akan lebih susah untuk dibunuh sama seperti ahli sihir yang berada di pangkat yang sama.
Tetapi mereka telah memandang rendah kepada Marvin yang merupakan renjer pangkat ke-1.
Mereka terlalu fokus perhatian mereka kepada badan Marvin daripada kelibat yang datang dengan senyap dari sisi.
Ini rancangan Marvin.
Sebagai pemain legenda, dia bukanlah seorang yang terburu-buru, taktik dan strategi yang digunakan ialah bertaraf tinggi.
Pembunuh Hendap Bayang mempunyai kemahiran ulung, [Desperate Strike].
[Desperate Strike]: Mengabaikan pertahanan sasaran, dan memaksa sasaran berada di situasi hampir mati.
Ini kemahiran yang sangat hebat dan menakutkan. Ia sangat sedap digunakan dalam permainan video dan ramai pemain memilih pembunuh hendap kerana kemahiran kelas ini.
Tetapi sebenarnya, kemahiran ini mempunyai efek buruk yang menakutkan.
Mereka terpaksa berada di situasi yang lemah sekurang-kurangnya selama setengah bulan.
Ini bermaksud yang dua elf pembunuh hendap bayang itu tidak dapat membantu Marvin dengan perkara lain selama setengah bulan. Nyawa mereka juga dalam bahaya dan boleh melayang bila-bila masa.
Tambahan lagi, [Desperate Strike] tidak mempunyai kadar ketepatan serangan 100%.
Jika orang gasar itu lebih berhati-hati sedikit dan menggunakan [Ancestral Blessings], mereka mungkin boleh mengelak tipis daripada terkena kemahiran maut tersebut!
Disebabkan ini, rancangan Marvin sangat berisiko tinggi.
Nasibnya baik dan rancangan dia sangat efektif.
Pembunuh hendap bayang tersebut keluar dari medan pertempuran dan dia berjaya memenggal dua kepala orang gasar itu. Ini membolehkan dia dapat 480 Exp pertempuran.
Serangan yang sangat hebat itu terasa sangat bagus.
Mempunyai dua pengikut setia, Marvin terasa melepaskan sifat ketuhanan sebagai pengorbanan bukanlah satu kerugian.
…
"Apa lagi yang kau ingin berkata?"
Marvin merenung Miller.
Kesemua lemak di badannya bergetar.
"Kau tidak boleh bunuh aku! Aku ialah pengikut ular kembar dari kultus doom! Jika kau bunuh aku, Sir Raja Cobra akan mencari kamu dan menukar kamu kepada patung!"
Miller seperti memegang kepada peluang terakhirnya, cuba bergelut.
"Betul, kau tidak berani bunuh aku!"
Tiba-tiba dia mendapat keyakinan dan ketawa , "Pada permulaannya aku menasihati ayah kau untuk menjadi ahli ular kembar dari kultus doom tetapi dia menolak dan mengkritik ia kultus jahat. Sudah pasti aku terpaksa bunuh dia. Dia dengan tenang mengutuk ular kembar dari kultus doom yang hebat, padan dengan muka dia. Engkau juga anak bangsat itu. Tuan Raja Cobra akan membalas dendam untuk aku."
Marvin melihatnya dengan sedikit belas kasihan di matanya, "Dicuci otak untuk menjadi pengikut kultus jahat… Adakah kau fikir aku tidak melakukan persediaan? Kultus ular kembar mempunyai cara untuk menjejak musuh mereka. Tetapi maafkan aku, aku ada cara untuk mengekang ia."
Marvin menumbuk Miller dan terus mengeluarkan pisau belati sebelum dengan kejam menikam ke mata yang terdapat dua ular di dalamnya.
"Ahhh!" Teriakan kesakitan memenuhi ruangan bilik tersebut.
Dan di luar tingkap, api sedang marak membakar.
Huru-hara.