webnovel

Sempadan Mimpi Ngeri

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Tanpa mereka sedar terdapat kabus yang tebal telah muncul sekitar Butterfly dan Marvin.

Lapisan kabus tebal ini mengelilingi sekitar mereka tetapi ia tidak memberikan sebarang ancaman sebaliknya mereka rasa sangat selesa.

Ketika itu Marvin terkejut beruk!

Itu ialah Naga yang lain.

Tetapi kali ini Naga yang muncul di depan dia ialah Naga Perak yang elegen dan juga penuh martabat.

Naga Metalik sangat berbeza dengan Naga Kromatik yang jahat. Mereka memang baik hati dan Naga Perak merupakan contoh yang terbaik.

Mereka biasanya tinggal di gunung sejuk, suka mengawal awan dan kabus serta tidak akan mencederakan sesiapa secara terburu-buru.

Mata Naga Perak yang cantik itu sedang merenung Marvin, "Aku ada dengar pasal kau, budak kecil."

"Kau ada senjata yang boleh memberikan ancaman besar kepada Bangsa Naga tetapi ia secara jelas tidak cukup apabila berdepan lima Naga Kuno yang licik itu."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com