webnovel

[Taring]

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Selepas suara professor makin senyap, satu kelibat mula muncul di dalam kabus itu.

Kelibat ini serupa seperti sebelum ini.

Tetapi Marvin dapat rasakan aura membunuh yang kuat dari kelibat ini!

Ia tidak menggunakan Stealth dan Hide sebaliknya ingin menyerang secara berdepan!

Pada ketika itu Marvin dapat rasakan seperti bertembung dengan Black Jack semula!

"Nampaknya ia dikawal oleh naga tembaga merah itu!"

"Clang!" Kedua-dua belah pihak bertembung dan Marvin dapat rasakan musuh kali ini sangat luar biasa.

Klon dunia cermin tingkat dua ini bukan saja mempunyai 120% abiliti marvin tetapi juga penguasaan pisau belati tahap [Expert]!

Apa yang lebih menakutkan ia dikawal oleh naga tembaga merah itu.

Walaupun Marvin dapat meneka naga tembaga merah tidak akan tebal muka menggunakan semua kekuatannya, sebaliknya menggunakan satu per sepuluh dari kesedaran yang ada untuk mengawal klon dunia cermin itu. Tetapi ini sudah cukup untuk membuatkan Marvin makan abu!

Klon dunia cermin 2 sangat cerdik dan ganas.

Dia tahu perbezaan kekuatan dengan Marvin dan tidak perlu menggunakan Stealth sebaliknya terus bertempur secara berdepan!

Ini membuatkan Marvin rasa tidak selesa!

Dia terpaksa terus-menerus mengelak serangan musuh yang bertalu-talu itu.

Ia seperti keadaan ketika menentang Black Jack di ruang bawah tanah.

Tetapi kali ini, rintangan yang dihadapi oleh Marvin tidak sekuat itu. Dia dapat membalas tetapi tidak selalu.

Kepantasan serangan pisau belati pihak lagi satu lebih pantas darinya.

Ini membuatkan Marvin rasa resah.

Berhadapan dengan pakar yang mempunyai ketangkasan melebihi had merupakan sesuatu yang dia paling takut. Jika dia berhadapan dengan seseorang yang mempunyai pertahanan sukar tembus seperti Pembawa Perisai, dia masih boleh menggunakan ketangkasan yang dia ada untuk melepaskan diri. Tetapi apabila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai ketangkasan lebih tinggi…

Apabila Marvin membunuh, dia bergantung kepada kepantasan untuk menang. Sebab itu jika berhadapan dengan seseorang yang lebuh pantas, dia terus menjadi buntu.

Ini kerana kelebihan paling besar Marvin sebelum ini telah menjadi kelebihan musuhnya pula!

"Clang! Clang!"

Kedua-dua kerambit mereka bertembung sentiasa. Tambahan lagi setiap kali Marvin cuba menggunakan kemahiran untuk membuang senjata klon dunia cermin itu dari tangannya pasti akan dielakkan dengan tipis!

Ini disebabkan tahap rintangan.

Ditambah pula dengan satu per sepuluh kesedaran naga kuno itu. Walaupun tidak kedua-dua mereka agak setanding tetapi disebabkan level tubuh badan yang rendah, pihak satu lagi menguasai pertempuran ini!

"Ini sangat menyedihkan!"

Marvin berguling cuba untuk melebarkan jarak di antara mereka.

Dia dapat memahami sedikit klon dunia cermin 2 ini selepas pertembungan sebelum ini.

Lelaki ini memang melecehkan.

Sebab utama ialah kesedaran naga tersebut mengawal ia. Jika tidak, walaupun atribut Marvin lebih rendah, dia masih ada banyak cara untuk mengalahkan ia.

Di dalam dunia permainan, ketika pemain melatih diri di dunia cermin, sepenuhnya ia dikawal oleh magic intelligence. Paling kuat pun hanya level magic intelligence peringkat tinggi yang digunakan. Bila pula masa naga kuno ini mengawal ia?

Raksasa kulit tak tahu malu ini!

Marvin pada mulanya telah bersedia untuk sampai ke peringkat master bagi penguasaan pisau belatinya dalam dunia cermin ini.

Rancangan asal, untuk lepas sehingga level tiga!

Tetapi nampaknya sekarang tidak boleh.

Kemahiran dia paling ulung pada mulanya disimpan ketika berhadapan klon dunia cermin 3, tetapi kini dia terpaksa gunakan sekarang.

Jika tidak, dia akan gagal untuk kalahkan klon dunia cermin 2.

Selepas menggunakan kemahiran ini, naga tembaga merah ini pasti tersedar. Selepas itu pasti klon dunia cermin 3 juga mempunyai kemahiran Marvin itu…

Selepas itu Marvin tidak akan dapat membuat apa-apa.

Ia seperti cari maut sendiri.

"Cuma dua tingkat, dua tingkat. Akhirnya masih ada pemboleh ubah yang tidak dijangka."

Marvin bukan seorang yang suka ragu-ragu. Dia terus membuat keputusan.

Klon dunia cermin 2 tidak melepaskan dia dan terus meluru ke arahnya.

Marvin menarik nafas dengan dalam selepas menggunakan stamina yang banyak. Dia akan kalah selepas beberapa kali pertembungan.

"Ok, aku lakukan sekarang!"

Kerambit di tangan Marvin berpusing membentuk bulatan. Perbuatan seperti ini tidak menarik perhatian klon dunia cermin 2. Satu serangan bahaya dihalakan terus ke Marvin.

[Shadow Step]!

Menggunakan gerakan ini, Marvin memaksa separuh diri ke kanan!

Klon dunia cermin 2 tersengih dan terus semakin dekat!

Teknik yang sama [Shadow Step]!

Apabila dua orang menggunakan kemahiran shadow step, orang yang pertama gunakan akan mengalami masalah teruk!

"Sayang, dia masih mentah lagi."

Naga tembaga merah di luar dunia cermin bercakap dengan diri sendiri. "Hampir tamat. Masa untuk aku tidur sebentar lagi."

Selepas klon dunia cermin 2 menggunakan shadow step, pisau belati itu hampir terkena belakang kepala Marvin!

Walaupun naga tembaga merah sangat murah hati dan tidak akan cederakan makhluk hidup tetapi berlainan jika di dalam dunia cermin!

Hanya ketika berada di antara hidup dan mati baru seseorang itu tahu maksud kemahiran pertempuran sebenar.

Sebab itu setiap pencabar mempunyai risiko untuk mati.

Setiap orang yang masuk tahu tentang ini.

Marvin juga tahu. Sebab itu dia berani masuk dan mencabar. Ia menunjukkan dia mempunyai keyakinan untuk berhadapan rintangan itu.

Lagipun ini bukan permainan video tetapi dunia realiti!

Jika mati memang akan terus mati. Tiada cara untuk mengubat ia!

Pada ketika itu, ketika kakinya baru cecah ke tanah, buku lali dia terus berpusing 90 darjah!

Kesemua tenaga tertumpu di kaki kanan dan meledak sekali lagi!

Dia meniru shadow step!

Saat itu, posisi masing-masing sudah berubah dan Marvin berada di belakang klon dunia cermin 2.

Cutthroat!

Sasaran dihapuskan!

"Bang! Bang!"

Klon dunia cermin 2 terus bertukar menjadi pasir dan jatuh ke tanah!

Naga tembaga merah di luar dunia cermin menggigil!

"Macam mana boleh berlaku? Itu bukan kemahiran?"

"Wow, shadow step, teknik gerakan ini, lelaki itu boleh gunakan di kedua-dua belah kaki?"

"Sangat menarik! Hehe, aku mesti tambah kelebihan ini di dalam klon dunia cermin 3. Aku mahu lihat berapa banyak teknik ulung kau masih simpan!?"

Tetapi pada ketika ini, Marvin berkata dari dalam dunia cermin, "Encik Naga Tembaga Merah yang dihormati, aku membuat keputusan untuk tamatkan cabaran di sini."

"Memang sukar untuk aku sampai ke tingkat dua, kemenangan kali ini memang nasib."

"Dan aku rasa aku telah tercedera."

Dia menunjukkan ke arah kaki kanannya.

Memang benar penggunaan shadow steps diikuti dengan shadow steps tiruan dalam masa 24 jam membawa tekanan yang kuat pada kaki Marvin.

Buku lalinya terasa berdenyut-denyut.

Ini masalah kerana mempunyai nilai tubuh badan yang rendah. Dia hanya bergantung kepada semangat azam yang tinggi untuk menggunakan kekuatan itu. Ia membahayakan diri sendiri!

Naga tembaga merah di atas gunung batu itu terus bersemangat.

"Kau memang bijak. Aku suka orang bijak."

"Tidak meneruskan cabaran merupakan perkara yang patut kau lakukan kerana kau pasti akan mati di tingkat 3."

Perasaan dia sangat baik dan dia menggunakan Treat Illness ke atas Marvin.

Sihir naga sangat berlainan dengan sihir biasa. Ia mempunyai sistem tersendiri dan tidak menggunakan kolam magik alam semesta untuk melancarkan jampi. Sebab itu selepas kemusnahan kolam magik alam semesta, semua naga tidak mengalami efek langsung.

Treat Illness mempunyai efek yang kuat. Marvin dapat rasakan separuh dari stamina pulih. Kaki kanan yang terseliuh juga nampak pulih, sangat bagus.

"Terima kasih," Marvin kata dengan ikhlas.

Hanya ada beberapa legenda saja yang mudah didekati.

Professor ini salah satu yang jarang untuk dijumpai.

Di dalam dunia permainan video, pemain sangat suka naga tembaga merah yang baik hati ini.

Sayangnya selepas professor dan naga merah berdekatan berlawan, kedua-dua belah pihak menderita dan diserang hendap oleh dewa. Memang kerja putera bayang. Lelaki ini selalu merantau dan akan keluar ketika huru-hara. Dia merupakan antara dewa ketiga paling tidak tahu malu. Dia kerap kali menggunakan identiti dewa untuk menyerang hendap legenda dan membunuh mereka atau menyebabkan mereka cedera parah. Senarai legenda yang dia serang boleh dikira dengan dua belah tangan termasuk ahli sihir legenda Anthony dari pantai timur, ahli sihir legenda Hathaway dari menara three ring dan lain-lain lagi. Selepas itu, naga tembaga merah hilang dari pandangan semua orang.

Sehingga Marvin tiba ke dunia ini, dia tidak dengar lagi berita mengenai Professor di dunia lamanya. Mungkin ia memang akan mati di bawah serangan hendap putera bayang.

Selepas mengalahkan klon dunia cermin 2, Marvin berjaya meningkatkan penguasaan pisau belatinya kepada [Expert].

Walaupun ia belum sampai ke tahap [Master] yang diinginkan, Marvin tetap berpuas hati dengan apa yang dia telah capai.

Tambahan lagi pemberian naga tembaga merah sangat bagus.

Ia sepasang kerambit.

Marvin memang sangat perlukan sepasang kerambit bagus ketika ini.

Kerambit ini dikenali dengan nama [Taring]

[Taring]

Kualiti: Luar Biasa.

…..