webnovel

Apa yang Sedang Berlaku?

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kamu....Merepek!"

Melihat khalayak ramai sedang mula kecoh, peluh mulai turun dari muka pengurus Wu. Dia mengetapi giginya dan naik berang.

Dia tidak boleh mengaku perkara tersebut! Saat dia mengaku, reputasi Pavillion Hongtian akan selamanya musnah dan masa hadapannya akan dibelenggu kegelapan.

Jika dia hanya tahu guru ini seorang pakar dalam hal makan minum, dia tidak akan setuju degan permintaan Shang Bin walaupun dibelasah sehingga mati!

"Kamu cakap saya ini sedang merepek?" Zhang Xuan memandangnya.

"Memang kamu cakap hidangan ini semua tiruan, namun kamu tidak ada bukti untuk mengesahkan dakwaan kamu. Tanpa bukti, kau tidak boleh buat apa-apa. Kamu ingat saya tidak berani menangkap kamu atas fitnahan ini?" Pengurus Wu bercakap dengan marah.

"Bukti? Kamu ingin bukti? Baiklah!"

Melihat bagaimana orang ini bertekad untuk mencabarnya, Zhang Xuan menggeleng kepalanya.

Asalnya, dia tidak ingin bercerita panjang. Lebih-lebih lagi, kerana Shen Bi Ru yang belanja dia makan, dia sebenarnya tidak kisah pun harga hidangan tersebut. Namun, siapalah boleh jangkakan orang ini akan bertekad mendakwa makanannya tulen walaupun tidak. Oleh itu, Zhang Xuan juga bertekad tidak memberinya muka dan mendedahkan perbuatan dia.

"Saya sudah memberikan bukti secukupnya untuk beberapa hidangan tafi. Semua orang boleh meneliti dengan sendiri berasaskan ciri-ciri unik yang saya sudah huraikan! Tetapi, saya faham ia sukar untuk kamu menerimanya kerana walaupun kamu sekarang tahu kesemua ini, ramai pakar dalam hal makan minum sendiri tidak tahu membezakannya, apatah lagi kamu semua! Namun..."

Zhang Xuan meneliti sekelilingnya sebelum mengambil botol arak termahal di meja tersebut dan berkata, "Semua orang boleh datang ke mari meneliti ketulenan botol arak ini!"

"Meneliti ketulenannya? ' Kemabukan Abadi' ini keistimewaan Pavillion Hongtian! Ini sesuatu yang nyata kepada semua orang. Ramai orang datang ke sini dari jauh sekadar untuk menikmati arak ini. Adakah kamu mendakwa arak ini tiruan juga?"

Seorang pelanggan tidak dapat menahan curiganya.

"Memang, 'Kemabukan Abadi' ini memang hak cipta Pavillion Hongtian, oleh itu tentunya ia bukan tiruan kan? Jika ia didapati ini juga tiruan, saya rasa tidak ada satu benda pun di sini bukan tiruan!"

Seorang lagi pelanggan berkata.

Arak yang dihidangkan kepada Zhang Xuan sebelum ini dipanggil Kemabukan Abadi dan ia hanya boleh didapati daripada Pavillion Hongtian. Arak ini kaya dengan nutrien, sedap dan mempunyai bau wangi! Arak ini memainkan peranan penting dalam pembangunan reputasi Pavillion Hongtian!

Jika arak ini pun tiruan…..ini sangat melampau!

"Saya sudah cakap senang untuk lihat ketulenannya!"

Dia sudah boleh agak orang ramai tidak percaya padanya, Zhang Xuan hanya membalas dengan senyuman dan mengangkat botol tersebut. "Perkataan 'Kemabukan Abadi" tertulis di depan botol ini. Kalau ia betul-betul Kemabukan Abadi dari Kilang Arak Seratus Perigi, Ia sememangnya akan berharga 1200 syilling emas!"

"Namun, ia sebenarnya dipenuhi dengan 'Bancuhan Tongkat Hijau' daripada 'Kilang Arak Bambu Ungu'. Kedua-dua arak ini amat seiras dari segi bau dan rasanya. Namun, Kemabukan Abadi dibancuh dengan mengunakan Daun Akar Bumi dan Daun Hati Cicada Hijau yang mahal dan sukar untuk didapati dan apabila dihadam akan menyuburkan badan orang itu. Tetapi, kalau seseorang minum terlalu banyak Bancuhan Tongkat Hijau, racun daripada Daun Flora Layu akan menyerang Hati dan paru-parunya. Dalam jangka masa panjang, Kebolehgunaan organ dalamannya akan semakin teruk mengakibatkan pertapaannya terjejas dan akhirnya mengambil nyawa mereka!"

"Menggunakan Bancuhan Tongkat Hijau untuk meniru Kemabukan Abadi?"

"Saya pernah dengar tentang Bancuhan Tongkat Hijau ini! Kalau tidak silap saya, rasanya sama dengan Kemabukan Abadi!"

"Sebelum ini, saya tidak pernah meragui kualiti barang di Pavillion Hongtian. Tidak pernah terfikir mereka akan menipu pelanggan mereka sebegini!"

"Ini satu penipuan! Saya akan melaporkan ini kepada akademi supaya membuat penyiasatan!"

.....

Para pelanggan yang melihat dan mendengar penjelasan Zhang Xuan mulai sedar mereka sedang ditipu dan mula membuat kecoh.

"Hanya kerana kamu cakap ia Bancuhan Tongkat Hijau, tidak bermaksud ia Bancuhan Tongkat Hijau. Di mana bukti kamu?" Pengurus Wu bercakap sambil mengetap giginya.

Sambil memandangnya, Zhang Xuan membalas, "Arak boleh dinyalakan dengan api. Masih banyak arak terdapat dalam botol ini, oleh itu kamu masih boleh menyalakannya. Kemabukan Abadi yang tulen apabila dinyalakan akan mempunyai asap yang wangi seperti bau kasturi kasturi dan teratai! Bancuhan Tongkat Hijau pula apabila dibakar akan mengeluarkan asap berbau arang. Semua orang yang mempunyai hidung boleh meneliti dengan sendiri perbezaan antara mereka berdua.

"Kamu…."

Badan pengurus Wu terkaku.

Perkara yang dikatakan oleh Zhang Xuan terlalu tepat. Namun, cara yang dikatanya untuk membezakan kedua-dua arak tersebut tidak diketahui ramai. Hanya pembuat Bancuhan Tongkat Hijau dan penjualnya tahu tentangnya. Wu Chao sendiri hanya mengetahuinya secara kebetulan. Bagaimana orang ini tahu tentang semua ini?

Sebenarnya, arak yang dihidangkan kepada pelanggan lain ialah yang tulen. Tambahan lagi, ia ciptaan dan keistimewaan kedai makanan ini. Selepas mendengar rancangan Shang Bin, dia sengaja menghidangkan tiruan ini kepada Zhang Xuan kerana dia ingat Zhang Xuan tidak akan boleh membezanya untuk mengaut sedikit keuntungan. Akhirnya, bukan sahaja orang ini tahu, dia tahu cara untuk membezakan antara mereka dengan nyata!

Jika Zhang Xuan dapat membuktikannya, ia akan susah untuk menjelaskan kepada pelanggan lain yang minum Kemabukan Abadi yang tulen!

"Kamu? Jangan kamu berani membuat tu!"

Melihat muka panik pengurus Wu, Zhang Xuan senyum. Dia mengosongkan botol arak tersebut ke lantai kemudian mengambil Kertas Api lalu memetic jarinya.

Xiong xiong!

Apabila arak di lantai tercium api daripada kertas api, ia menyala dengan segera, bau arang dapat dihidu dan membuatkan mereka pening.

:Busuknya! Adakah ini apa kami sedang minum?"

"Pavilliong Hongtian langsung tidak menghormati pelanggan mereka!"

"Untuknya begitu busuk, ini mesti racun…."

"Pulangkan duit kita! Saya telah minum arak kamu di sini untuk tiga tahun! Bukan sahaja saya mahu semuanya dipulangkan, malah saya mahu pampasan juga!"

.....

Suasana dalam kedai menjadi huru-hara.

Semua orang bergegas ke hadapan.

"Apa….apa yang sedang berlaku?"

Coa Xiong dan Shang Bin berasa seakan mereka akan naik gila dengan apa yang telah berlaku.

Mereka berkomplot untuk memalukan Zhang Xuan. Akhirnya, bukan sahaja dia tak rasa segan dengan perkara ini, malah cuba menegakkan keadilan!

Mereka pula yang dimalukan seperti badut!

"Apa yang sedang berlaku…apa yang telah kamu fikirkan!"

Dari sudut kedai, Pengurus Wu hanya mampu mengawal kemarahannya, namun setelah mendengar perkataan mereka, dia hilang kawalan dan menendang mereka.

Peng! Peng!

Dia Peninju 6-Dan alam Pixue tahap pakar. Sebelum mereka berdua sempat pun bertindak, mereka sudah dengan badan mereka terhempas ke lantai. Tapak kaki yang besar jelas kelihatan di muka mereka.

Tidak hairan pengurus Wu naik gila. Jika bukan kedua-dua orang ini, sesuatu seperti ini tidak akan berlaku!

Dia telahpun boleh membayangkan masa depannya hancur, tambahan pula dia perlu berdepan dengan tetua Hong Hao yang marah!

Selepas kejadian ini, reputasi Pavillion Hongtian semestianya hancur begitu sahaja dan bisness mereka tidak akan makmur sekarang.

Semua ini disebabkan dia menerima permintaan dua orang ini untuk memberi pengajaran kepada guru yang mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan Kelayakan Guru.

Bagaimana mungkin orang ini mendapat tempat terakhir? Orang tempat pertama pun tidak sehebat ini!

Jika dia tahu awal-awal guru ini mempunyai kebolehan sehebat ini…. Bukan sahaja dia tidak akan membuat hal untuk Zhang Xuan, malah dia akan berdoa yang dia tidak membuat hal dalam kedai ini!

Celaka sungguh!

"Nampaknya kita perlu membayar mereka semua sekarang!"

Melihat keadaan huru hara sekarang, Zhang Xuan menjemput Shen Bi Ru yang sedang bingung untuk bergegas keluar dari kedai makanan.

Sekarang selepas masalah ini telah diselesaikan, untuk tunggu di situ hanya akan membuat lebih banyak masalah. Oleh itu, lebih baik mereka tinggalkan tempat itu.

"Un!"

Shen Bi Ru bergegas mengejar Zhang Xuan. Melihat orang muda itu di depannya, matanya penuh dengan perasaan rumit.

Sepanjang masa ini, dia ingat yang dia hanya sampah masyarakat, seorang yang menjatuhkan nama baik komuniti pengajar di akademi!

Selepas separuh hari bercakap dengan dia, dia sedar….jika dia sampah, dia sendiri apa?

Bukankah ini bermaksud dia lebih teruk daripada sampah?

Mengetap giginya, dia berjalan. Dengan tidak perasaan tidak percaya pa yang terjadi masih terpancar pada matanya yang hitam legap, dia bertanya, "Kamu ini nampaknya agak pandai berkaitan makanan. Adakah kemungkinan kamu…..kamu pakar dalam hal pemakanan?"