Terdapat ramai pekerjaan di dunia ini dan pakar dalam bidang pemakanan merupakan salah satu daripada mereka. Gourmet biasanya dilahirkan dengan deria rasa lebih peka dan kebolehan untuk meneliti cita rasa jauh berbeza kemampuannya dengan kebolehan manusia biasa.

Tahap pertapaan mereka mungkin tidak setinggi, namun ramai hotel dan kedai makanan akan mengupah mereka dengan gaji tinggi untuk memastikan hidangan mereka berkualiti dan sedap.

Namun, kerja ini dipandang rendah dan hanya dianggap sebagai satu daripada Sembilan Jalan Terbawah.

Terdapat beribu-ribu jenis pekerjaan di dunia ini. Untuk lebih memahami mereka, mereka dipecahkan kepada Sembilan Jalan Teratas, Sembilan Jalan Tengah dan Sembilan Jalan Terbawah.

Alkimia, tukang besi, ahli strategi dan kerja lebih kurang sama yang mencungkil kebolehan dan kehebatan sesebuah teknik tinju serta tahap pertapaan seseorang boleh dianggap sebagai kerja yang tergolong dalam Sembilan Jalan Teratas. Sebaliknya, pakar dalam merasa makanan hanya boleh bukan pilihan orang dan oleh itu tergolong dalam Sembilan Jalan Terbawah.

Pada pendapat Shen Bi Ru, memandang Zhang Xuan mampu meneliti dan membezakan hidangan mereka, tentunya dia seorang gourmet.

"Lebih kurang!" Zhang Xuan tidak menjelaskan dirinya.

Perpustakaan Jalan Syurga merumuskan lebih daripada hanya pertapaan seseorang. Selagi dia mencuba hidangan tersebut, kebolehan dan kelemahannya juga akan dirumuskan dalam perpustakaan tersebut. Dengan itu, ia hanya kerja senang untuknya menguruskan pengurus Wu tadi.

"Terima kasih kerana menghulurkan bantuan tadi…."

Melihat Zhang Xuan mengaku, Shen Bi Ru mengucapkan terima kasih kepadanya.

Jika bukan kerana kebolehan orang ini untuk mengenal pasti dan membezakan makanan, tentunya dia akan malu besar hari ini.

"Hal kecil sahaja!" Zhang Xuan melambaikan tangannya.

"Kamu baru sahaja menyelesaikan masalah saya, ini tidak boleh dikira sebagai belanja. Saya akan belanja kamu sekali lagi lain kali!" Shen Bi Ru berkata.

"Belanja saya sekali lagi?" Zhang Xuan memikirinya dan kemudian menggeleng kepalanya. "Lebih baik jangan, saya masih sayangi hidup saya!" Makan dengan si jelita ini mungkin sesuatu yang menyeronokkan, namun dia tahu diri sendirinya. Dengan reputasinya ini, orang ini mungkin sekadar bersopan kepadanya tetapi sebenarnya sendiri tidak setuju dengan idea tersebut!

Bukan itu sahaja, dia juga perlu menangani cemburu orang lain terhadapnya. Jika begitu, dia akan terpaksa berfikir cara untuk menangani semua peminatnya. Namun, dia masih mempunyai banyak perkara penting untuk dilakukan dan ini tidak ada masa untuk perkara sebegini.

"Kamu...."

Baru sahaja dia ingat Zhang Xuan akhirnya akan bercakap seperti tiada apa-apa, dia berasa kemarahannya yang terpendam mula timbul sekali lagi.

Ramai orang mengajaknya keluar untuk makan tetapi dia telah menolak mereka semua. Namun, apabila dia mengambil inisiatif untuk mengajak dia, dia berasa seakan dia sedang merayu dengan terdesak terhadap seorang lelaki yang degil.

Menyampah!

"Baiklah, memandang kami sudahpun kenyang, kalau tidak ada apa-apa lagi, saya akan bergegas dahulu. Saya masih ada banyak yang perlu dibuat!" Tanpa menyedari kemarahan Shen Bi Ru, dia melambaikan tangannya dan beredar.

"Tunggu, saya tidak habis dengan kamu lagi!" Menahan kemarahannya, Shen Bi Ru menenangkan dirinya lalu memandangnya dengan matanya yang secantik kegelapan malam dinodai bintang. "Kamu mungkin telah menyelesaikan masalah kita hari ini dengan kerja kamu sebagai seorang gourmet, Namun….akhirnya, ia tetap sesuatu kerja yang tidak terkenal. Kamu ini selaku seorang peninju perlu menumpukan perhatian pada latihan…."

Peninju, apabila mencapai tahap pertapaan cukup tinggi, dia boleh hidup tanpa makan, oleh itu, hidangan paling sedap pun tidak akan mempunyai nilai kepadanya. Walaupun dia berkemampuan untuk memperoleh faedah daripadanya sekarang, ia bukan jalan betul untuk seseorang peninju.

Selepas bercakap dengannya hari ini, dia tahu Zhang Xuan bukan seteruk seperti khabar angin tentangnya. Kemungkinan dia telah menumpukan perhatiannya mempelajari makanan dan akibat daripada itu sebab kenapa dia mendapat markah teruk dalam Peperiksaan Kelayakan Guru.

Selepas memikirkan perkara tersebut, walaupun marah sehingga mahu menyepak muka Zhang Xuan, dia memberinya sedikit nasihat.

"Baiklah!" Zhang Xuan hanya mengangguk kepalanya kerana tahu Shen Bi Ru hanya berkata sedemikian kerana risau terhadapnya. Sejurus sahaja dia ingin mula bergegas, dia kedengaran bunyi tapak kaki bergegas kearahnya.

"Zhang Xuan, mari kita lihat ke mana kamu boleh lari hari ini! Hari ini jangan kamu harap dapat melarikan diri!"

Kedengaran sesuatu suara marah bergema di persekitaran. Dua orang muda dan seekor binatang buas menghalang jalannya. Mereka merupakan Shang Bin dan Cao Xiong.

Pada saat ini, kedua-dua mereka mempunyai kesan tapak kaki terbenam di muka mereka. Separuh daripada muka mereka lebam dan darah mengalir dari hujung mulutnya. Mereka nampak dalam keadaan teruk berbanding dengan pada permulaan mereka datang.

Lebih-lebih lagi Shang Bin. Kecederaannya dari pagi tadi belum lagi sembuh, namun dia telah kena sepak sekali lagi daripada pengurus Wu. Pada saat ini, mulutnya senget ke tepi dan bibirnya seakan dua sosej gergasi dan ini membuatkan dia jauh daripada rupa kacaknya pada hari biasa.

Dia merancang dengan sempurna untuk nampak hebat di depan bidadarinya. Siapalah akan tahu bukan sahaja dia gagal, malah dia dibelasah sebegini serta hubungannya dengan Pavillion Hongtian akan rosak begitu sahaja. Jika perkara ini sampai kepada atuknya, dia akan dimarahi atuknya. Dia tidak sanggup untuk menipunya atas peristiwa yang memalukan ini.

Lebih lama dia memikirkan, lebih marah jadinya. Oleh itu dia terus meluru ke arah Zhang Xuan!

"Shang Bin, apa niat kamu ini?" Shen Bi Ru tidak menjangkakan dia akan mengejar mereka mencari masalah.

Dia berjalan ke hadapan di antara mereka untuk menghalang Shang Bin daripada Zhang Xuan.

"Cikgu Shen, jangan menghalang saya! Ini dendam peribadi saya dengan Zhang Xuan!"

Kalau dia tidak dapat keluar dengannya masih boleh diterima, namun apabila dia melihat Shen Bi Ru melindung sampah terkenal di akademi, Shang Bin hanya berasa tercabar dan dia mulai mengamuk.

Rasa cemburu mengaburi mindanya dan bercampur dengan kemarahannya. Dia menjeling Zhang Xuan lalu menjerit, "Zhang Xuan, adakah kamu ini lelaki? Kalau kamu ini jantan, lawanlah dengan saya satu lawan satu dan bukannya sembunyi di belakang perempuan!"

Melihat bagaimana orang ini hilang fikirannya, Zhang Xuan sekadar bercakap, "Jadi apa kalau saya sembunyi di belakang perempuan? Ini sebahagian daripada kemampuan saya. Kalau kamu ini seorang berkemampuan juga, carilah seorang perempuan untuk bersembunyi di belakang juga!"

"Kamu..."

Shang Bin hampir muntah darah.

Selagi ia seorang lelaki, jika dipanggil penakut dan sembunyi belakang perempuan, biasanya dia akan berasa malu dan akan meluru ke hadapan untuk membalas. Namun….?

Bagaimana perkara yang memalukan tetapi dia boleh menukarkan jadi perkara biasa?

Bagaimana dia boleh berkata sesuatu yang terlalu memalukan kepada orang lain dengan begitu megah seperti ia sesuatu yang amat biasa sekali? Haram jadah, bagaimana dia boleh begitu tebal muka?

"Cikgu Shen, saya akan membiarkan kedua-dua orang ini di bawah jagaan kamu. Saya ada sesuatu yang perlu ditangani dan saya perlu beredar dahulu!"

Sebagai seorang yang dilahirkan balik, apakah yang tidak dia pernah lihat? Tebal muka?

Lawak sungguh. Dalam hidupnya lepas, dalam era informasi….Pernahkah kamu melihat seorang yang tidak tahu malu?

Dia tidak mahu layan perkara yang ada orang lain mahu menyelesaikan untuknya.

Ini bukan kerana takut. Ia lebih kepada sekarang bukannya masa baik untuk mendedahkan tahap pertapaanya. Lebih-lebih lagi, atuk Shang Bin seorang tetua. Jika dia dibelasah, Zhang Xuan perlu menghabiskan lebih banyak masa untuk menangani masalah yang akan timbul daripada itu. Memandang seorang telah membantuny, dia gembira dapat melepaskan tanggungjawab itu kepadanya.

"...."

Melihat betapa tebal muka Zhang Xuan ini, Shen Bi Ru juga terpegun sahaja.

Sebentar tadi, dia takut Zhang Xuan akan meluru ke hadapan kerana tercabar dengan penghinaan Shang Bin.

Sekarang, nampaknya dia telah berfikir terlalu banyak tentangnya…..

Jika orang ini dapat dicabar melalui penghinaan, anak kambing pun mesti boleh panjat pokok!

"Zhang Xuan, jangan kamu bergerak dari situ! Kalau saya tidak bunuh kamu hari ini, nama saya bukan Shang Bin!"

Melihat kelakuan orang ini, Shang Bin menjadi lebih marah. Saraf di dahinya nampak jelas daripada tekanan darah tinggi dan mukanya bertukar menjadi hijau. Melihat Shen Bi Ru tidak ada niat langsung untuk memberinya laluan, dia menjerit " Singa Penghancur Langit, bunuh dia! Kalau kamu ikut arahan saya, saya akan menghidangkan kamu makan sedap setiap hari! Tambahan pula, saya juga akan memberikan kamu Pil Penenang Akupoin yang diberikan oleh atuk saya!"

Selaku binatang buas tahap 6 belaan manusia, Singa Penghancur Langit mampu memahami perkataan manusia.

Sebagai haiwan peliharaan atuknya, Selagi Shang Bin tidak dalam keadaan merbahaya, dia tidak pedulikan arahannya. Namun, dia telah dijanjikan dengan pelbagai manfaat kapadanya pada saat ini untuk mengikuti arahannya.

"Roarrrr!"

Sememangnya, apabila terdengar semua yang dijanjikan, mata Singa Penghancur Langit mula berkelip.

Binatang buas yang telah mencapai alam Pixue, tidak seperti manusia, tidak mampu mengawal aliran zhenqi mereka untuk membebaskan acupoin mereka. Mereka hanya mampu mengharapkan pembesaran badan mereka cukup kuat membebaskan acupoin mereka. Namun, jika dia makan Pil penenang acupoin tersebut, kekuatan dia semestinya akan meningkat dengan mendadak!

Pil Penenang Acupoin ialah pil khas dibuat untuk Peninju 6-Dan pakar. Ia mempunyai ciri-ciri menenangkan akupoin seseorang dan ini membenarkan dia untuk maju dalam pertapaannya dalam alam Pixue.

Pada saat ini, Shang Bin telah mencapai Peninju 5-Dan alam Dingli tahap puncak, dia hanya sedikit lagi daripada mencapai alam Pixue. Oleh itu, tetua Shang Chen telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan ubat ini untuk memberinya. Asalnya, Shang Bin tidak ingin memberikannya, tetapi, selepas mengingati bagaimana dia dimalukan oleh sampah ini, dia mendapatinya susah untuk menahan kemarahannya!

Jika dia tidak menghabiskan Zhang Xuan hari ini, dia takut reputasinya dalam akademi ini akan hancur seperti reputasi Pavillion Hongtian tadi.

Lebih-lebih lagi reputasinya dengan bidadarinya, dia mungkin tidak akan pun melihatnya lagi!

Bagaimana dia boleh bertolak ansur dengan situasi sebegini!

"Shang Bin, apa niat kamu? Membunuh rakan sekerja di akademi merupakan kesalahan besar…." Dia tidak jangka Shang Bin akan begitu gila sehingga mengarahkan Singa Penghancur Langit untuk membunuh Zhang Xuan. Mata Shen Bi Ru mengecil. Dia mahu meluru ke hadapan untuk mempertahankan Zhang Xuan, tetapi dia dihalang oleh Shang Bin pula.

Sambil panik, dia menjerit padanya.

Di dalam akademi, guru dilarang daripada membunuh satu sama lain. Untuk membuatnya merupakan pelanggaran peraturan akademi dan juga satu jenayah yang serius.

"Zhang Xuan yang hendak bunuh saya. Untuk pertahankan saya, Singa Penghancur Langit telah membalas. Saya cuma mempertahankan diri sendiri, apa mungkin orang lain cakap tentangnya?" Mata Shang Bin merah menyala.

Dia melaung, "Singa Penghancur Langit, apa sedang kamu meragui tu? Cepat habiskannya!"

"Kamu…."

Shen Bi Ru berasa hatinya bertukar menjadi dingin.

Tak tahu malu!

Jika dia betul-betul bercakap demikian, dengan pengaruh tetua Shang Chen, dia mungkin dapat melepaskan diri sendiri daripada sebarang hukuman!

Zhang Xuan mungkin akan mati di sini!

Lebih lebih lagi, ini binatang buas tahap 6. Pakar alam Pixue biasa pun tidak setaraf dengannya. Bagaimana orang yang mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dapat menandinginya?

"Roar!"

Sejurus sahaja dia meragui diri sendiri, Singa Penghancur Langit meluru ke hadapan. Sebelum pun ia mencapainya, dia telah menjann gelombang udara kuat yang membuatkan rumput dan pokok untuk tunduk kepadanya.

avataravatar
Next chapter