Ketika ini… Singa Pedang Besi telah lama menunggu. Dia tidak berupaya untuk menahan keterujaan di dalam hatinya.
Sebelum ini, selepas tewas dalam pertempuran Dungeon, dia memilih untuk berputus asa. Akan tetapi, dia berkhemah di luar Kubur Bulan Gelap. Walau bagaimanapun, dia sangat terkejut apabila Shi Feng dan yang lain selamat keluar dari Dungeon, diikuti kemunculan Sistem Pengumuman.
Walaupun Kesatuan Pertahanan telah memasuki Kubur Bulan Gelap, mereka tidak dapat apa-apa dari itu. Dalam pada itu, bukan sahaja pasukan Shi Feng berjaya melepasi Dungeon, tetapi ia juga Mod Neraka Kubur Bulan Gelap.
Walaupun Singa Pedang Besi ini orang yang ganas, dia masih mengetahui yang keuntungan dari membersihkan Kubur Bulan Gelap masih menguntungkan. Tidak perlu dikatakan, tuaian dari Mod Neraka sememangnya lebih menguntungkan.
Apabila Kesatuan Pertahanan pertama kali menjejakkan kaki di Kawasan Tuhan, mereka tidak mempunyai sebarang harta atau sumber yang berharga. Lebih-lebih lagi, mereka tidak biasa dengan permainan seperti Kawasan Tuhan. Membangunkan Kesatuan sangat mencabar. Mereka perlu berkembang dengan cara bersaing dalam membunuh raksasa Elit, membunuh pemain yang lengkap dengan semua kelengkapan dan wang, dan menyerang Kumpulan Dungeon.
Lagi besar kesatuan mereka, lebih kaya dan banyak sumber-sumber yang mereka perlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidak mampu untuk mencari sebarang sumber pendapatan, hanya bergantung kepada rompakan untuk mengukuhkan operasi Kesatuan.
Kini Shi Feng dan pasukannya telah membersihkan Dungeon, ia tidak dapat dinafkan, ia merupakan berita yang sangat baik kepada Singa Pedang Besi. bukan sahaja dia mampu membalas dendamnya, tetapi dia juga mampu untuk mendapatkan keuntungan yang besar, ibarat sambil menyelam minum air.
"Bos Pedang Besi, lihat perisai Kesatria Penjaga. Bukan sahaja ada tulisan usang diukir di atasnya, tetapi perisai itu juga mengeluarkan warna ungu cair yang hanya Kelengkapan Rahsia-Perak sahaja yang ada ciri-ciri ini. Ini sudah pasti kelengkapan yang mereka dapat dari Kubur Bulan Gelap."
"Bos, tengok perisai budak itu. Ia juga mengeluarkan warna ungu cair. Ini juga merupakan Kelengkapan Rahsia-Perak."
Orang-orang bawahan di belakang Singa Pedang Besi terkeluar air liur mereka ketika mereka menunjuk-nunjuk ke arah kelengkapan di badan ahli-ahli kumpulan Shi Feng. Kelengkapan yang terburuk pada ketika ini yang dipakai oleh ahli-ahli kumpulan Shi Feng adalah Peringkat Gangsa, manakala terdapat beberapa juga yang mempunyai Kelengkapan Besi-Misteri. Walau bagaimanapun, mereka jelas tidak mempunyai kelengkapan ini sebelum memasuki Dungeon. Oleh itu, mereka mesti dapat daripada Kubur Bulan Gelap, di mana ia juga bermaksud jatuhan ini semua adalah Kelengkapan Besi-Misteri Tahap 5 dan Kelengkapan Perak-Rahsia. Setiap kepingan kelengkapan ini tidak ternilai.
"Boss, jika kami mencuri semua kelengkapan dan menjualnya, ia akan menyelesaikan masalah pembangunan Kesatuan kita," Hanyutan Darah melihat ke arah kelengkapan Shi Feng, menggigil ketika dia bercakap.
Singa Pedang Besi mengangguk, memikirkan kata-kata Hanyutan Darah ada benarnya.
Sebab utama persatuan mereka membangun dengan perlahan sekarang disebabkan kekurangan dana. Jika mereka mencuri semua kelengkapan yang dipakai oleh kumpulan Shi Feng, maka masalah kekurangan dana mereka akan selesai.
Walaupun kekuatan Shi Feng tidak kurang hebatnya, walaupun meningkat ke tahap 7, apabila berdepan dengan ribuan pemain, apa yang boleh dilakukannya?
"Budak, jangan berfikir untuk melarikan diri hari ini. Jadi bijak dan serahkan semua kelengkapan, beri pampasan kepada saya dengan harga 10 syiling emas, dan biarkan saya membunuh kamu kembali ke Tahap 0. Kemudian, saya akan anggap perkara ini selesai. Jika tidak, bersedia untuk memadam akaun dan mulakan semula," Singa Pedang Besi memandang tajam ke arah Shi Feng, dengan senyuman jahat.
Shi Feng memandang ke sekelilingnya, menemui Singa Pedang Besi membawa lebih 130 pemain bersamanya. Di antara mereka, majoriti darinya di sekitar Tahap 3, kelengkapan mereka juga sangat teruk. Hanya terdapat lebih kurang 30 pemain-pemain yang melepasi Tahap 5, manakala kelengkapan yang mereka gunakan semuanya adalah Kelengkapan Gangsa. Sementara itu, Singa Pedang Besi yang terkuat di antara mereka semua. Dia memakai pakaian Set Kelengkapan Gangsa Tahap 4.
"Sekejap sahaja lagi, sediakan taktik langgar dan lari dan terus menghala ke arah hutan. Jumlah mereka sangat banyak ketika ini, jadi ia akan menjadi buruk jika kita dikepung," Shi Feng berkata di dalam perbualan pasukan.
"Bagus! Tangan saya sudah gatal untuk PK seseorang sekarang setelah sekian lama," Si Hitam menggosokkan tangannya sambil berkata.
Ahli-ahli pasukan Shi Feng yang lain mula ketawa. Mereka telah lama mahu mencuba kekuatan kelengkapan baharu mereka itu. Mereka berniat untuk membunuh dengan sepenuh hati. Jika mereka setiap seorang boleh membunuh 2 pemain, ia akan menjadi keuntungan 2 untuk 1. Jika mereka mampu untuk membunuh 3 atau lebih, mereka mampu membuat keuntungan yang lebih besar.
Pada waktu ini, Salji Lembut berdiri jauh dari pasukan dan memandang ke arah Singa Pedang Besi, perlahan-lahan berkata, "Ye Feng kawan saya. Saya tertanya-tanya sama ada dia boleh bagi muka kepada Ouroboros dan melupakan hal ini?"
Semua orang dari Ouroboros sudah sedia maklum yang pemain-pemain dari Kesatuan Pertahanan di sini untuk membalas dendam, dan Shi Feng sasaran mereka. Mereka tertanya-tanya apa yang telah dilakukan oleh Shi Feng untuk menaikkan kemarahan mereka. Adakah dia cuba untuk menentang keseluruhan Kesatuan secara berseorangan?
Seperti yang dijangka, semua pakar akan ada personaliti mereka yang unik. Shi Feng juga tidak terkecuali dari fakta ini.
Walau bagaimanapun, Kesatuan Pertahanan hanyalah persatuan yang tidak ada nilai. Disebabkan Ouroboros telah menonjolkan diri mereka, selagi orang atasan Kesatuan Pertahanan ada akal, mereka akan tahu untuk berundur. Lagipun, Ouroboros sangat kuat kalau nak dibandingkan dengan Kesatuan Pertahanan.
"Ke tepi kamu, si bodoh! Saya tidak peduli tentang Ouroboros. Jika kamu berhasrat untuk membantu budak ini, saya akan kerjakan kamu juga!" Singa Pedang Besi menghina dengan perasaan yang tidak baik.
Walaupun Salji Lembut mempunyai kecantikan yang menggegarkan dunia, kelengkapan yang dipakainya lebih menawan. Ia sangat sesuai untuk runik hitam pedang sakti di genggaman tangannya. Hanya dengan sekilas pandang, seseorang akan perasan yang ia Senjata Perak-Rahsia yang berkualiti tinggi. Kebetulan pula yang Singa Pedang Besi sangat memerlukan senjata itu. Tambahan pula, jika dia berjaya mengusir Salji Lembut, dia dapat meluaskan pengaruhnya ke seluruh Kawasan Tuhan. Ia seperti membunuh tiga burung dengan satu batu.
Walau bagaimanapun, apa yang Singa Pedang Besi tidak tahu, disebabkan kelakuan biasanya, seluruh Kubur Bulan Gelap telah menjadi serius. Setiap dari pemain yang ada melihat ke arah Singa Pedang Besi dalam keadaan terkejut, di dalam hati mereka mengagumi keberanian Singa Pedang Besi.
"Oleh itu, adakah ia bermakna kamu berhajat untuk memulakan perang dengan Ouroboros?" ekspresi wajah Salji Lembut sedih, nadanya tiba-tiba bertukar perlahan apabila dia bertanya.
Walaupun Salji Lembut mengatakan perkara itu dengan bersahaja, kata-katanya yang menusuk kalbu dapat dirasai, walaupun bagi mereka yang tidak terlibat.
Ahli-ahli Ouroboros juga senyap, tidak berani untuk mengeluarkan bunyi sambil memandang Salji Lembut.
Wajah Salji Lembut yang penuh dengan kemarahan… tidak ada seorang pun antara mereka pernah melihat, atau berhasrat untuk melihatnya. Ketika ini, bagaimanapun, masih ada terdapat si bodoh yang berani mencabar Salji Lembut. Ini kali pertama mereka menyaksikan keadaan sebegitu. Mereka tidak sanggup untuk membayangkan apa yang akan berlaku.
"Perempuan murah, yang lain mungkin takut dengan Ouroboros kamu, tetapi bukan saya!" Singa Pedang Besi menjilat bibirnya, matanya penuh dengan perasaan tamak sambil dia melihat ke arah kelengkapan yang menari pada badan Shi Feng, Walau bagaimanapun, dia teringat dia teringin sangat membunuh Shi Feng. Dia kemudian pergi ke arah Shi Feng, dengan kuat berkata, "Budak, jangan fikir yang dengan perempuan murahan ini melindungi kamu, kamu akan berjaya selamat hari ini. Percayalah, saya tidak akan membiarkan kamu terlepas. Mari semua keluargaku, mara! Bunuh mereka dan kita akan berkongsi semua kelengkapan mereka!"
Tiba-tiba, lebih dari seratus pemain bergegas ke Shi Feng dan pasukannya, perasaan membunuh bersinar di mata mereka.
Singa Pedang Besi juga mengetuai sambil dia mendakwa Shi Feng, tidak lagi mampu untuk mempertahankan pedang khazanahnya itu. Hanya dengan mendapatkan darah Shi Feng, baru dia akan berasa puas.
"Langgar dan lari sambil kita bergerak ke arah hutan. Jangan memandai-mandai, " Shi Feng mengeluarkan sepasang pedangnya, sekali lagi memberi arahan melalui perbualan pasukan.
Hanya selepas Si Hitam dan lain-lain mengambil beberapa langkah ke tepi, mereka tiba-tiba mendapati Salji Lembut dan ahli-ahli Ouroboros kekal tidak bergerak, berhasrat untuk bertemu pemain-pemain dari Kesatuan Pertahanan depan-depan. Mereka tidak tahu apa yang Salji Lembut sedang fikirkan.
Walau bagaimanapun, oleh sebab Salji Lembut menegakkan keadilan untuk Shi Feng, secara semula jadi, Shi Feng tidak akan meloloskan diri ke dalam hutan untuk menggunakan teknik perang gerila.
Si Hitam dan yang lain turut memandang ke arah Shi Feng dan mempersoalkan pandangannya. Shi Feng mengeluh, berkata dengan tidak berdaya, "Cola, kamu kekal di hadapan, dan ingat untuk tidak melebih-lebih sangat. Sloth Mengantuk, tumpukan perhatian untuk merawat yang lain. Si Hitam, gunakan Api Neraka di kawasan yang ramai orang. Tikus pemalas, kekal di belakang dan bunuh mereka yang HPnya rendah. Salji Sepi, kamu bersama saya."
Sebelum kedua-dua pihak bertembung sesama sendiri, magis musuh telah menghentam Shi Feng dan lain-lain.
Bola Api dan Anak Panah Beku menghentam pasukan, satu demi satu. Tetakan Hantu berdiri di hadapan sambil dia menghalang serangan. Cola, juga bergegas datang ketika ini. Dia mengangkat Perisai Runik dan mengaktifkan Perisai Keras. Pada ketika magis musuh mendarat di atas kedua-dua Tetakan Hantu dan perisai Cola, penyembuhan juga datang dari arah belakang mereka.
Setiap serangan ajaib menyebabkan -20 ke -30 kerosakan ke atas Tetakan Hantu, di mana Cola hanya menerima kerosakan sebanyak -10 mata. Kerosakan tertinggi yang Cola terima hanyalah lebih -30 mata. Tambahan pula, serangan dari Tahap 5 Elementalis yang lengkap dengan Kelengkapan Gangsa.
Apabila penyembuhan diberikan ke atas kedua-dua MT, HP mereka telah pulih menjadi penuh dengan cepat.
Ahli-ahli Kesatuan Pertahanan dengan segera terpaku selepas melihat perkara ini. Ia sangat benar untuk Elementalis Tahap 5. Kebiasaannya, satu Letupan Api darinya mampu memberikan lebih -100 kerosakan kepada MT. Walau bagaimanapun, apabila digunakan ke atas Cola, kemahirannya hanya menghasilkan sekitar -30 kerosakan. Ketahanan Cola sangat tinggi.