webnovel

Membasahi Bulan Gelap dengan Darah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pertahanan Cola dan Tetakan Berhantu terlalu kuat. Tambahan pula, empat penyembuh di belakang mereka sama kuat dengan mereka. Serangan daripada ahli sihir Kesatuan Pertahanan tidak memberi sebarang kesan kepada kedua-dua MT tersebut. Bagi serangan terhadap ahli-ahli pasukan yang lain pula, dengan dua MT menahan serangan di hadapan, Kesatuan Pertahanan tidak mempunyai sebarang cara untuk menyerang mereka langsung.

"Jangan panik. Teruskan membunuh. Bilangan kita melebihi mereka dengan enam berbalas satu. Kita akan bunuh mereka, walaupun jika kita terpaksa menggunakan badan sahaja untuk melawan mereka. Penyerang Hendap, pergi mengelilingi mereka dan bunuh penyembuh." Singa Pedang Besi turut berasa pening ketika berurusan dengan kedua-dua MT tersebut. Namun, dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pertempuran membuatkan dia sudah tahu apa nak buat.

Ketika itu, pemberitahuan pasukan Ouroboros berdering.

Sistem: Pasukan Kesatuan Pertahanan telah melakukan serangan terhadap pasukan kamu. Dalam masa dua jam, semua ahli pasukan boleh membalas serangan tersebut tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Tanpa kerisauan menjadi Pemain Merah, semua orang menjadi lebih bersemangat.

"Kau berani memulakan peperangan terhadap Ouroboros? Tiada seorang daripada kamu tahu seluas mana langit dan bumi! Kamu semua, pergi mati!"

Penyihir Api, Zhao Yueru, akhirnya memperlihatkan kekuatannya yang menggerunkan. Selepas tangannya selesai menggayakan jampian terakhir di udara, salah satu kemahiran terkuatnya, Letupan Api Beku, diaktifkan. Kuasa Magis mula menyambar MT Kesatuan Pertahanan, menyebabkan satu siri kemusnahan lebih -200 mata dan sekelip mata mengurangkan HP mereka ke tahap yang kritikal.

Namun, sejurus selepas itu, penyembuh daripada Kesatuan Pertahanan cepat-cepat menambah semula HP MT mereka itu.

"Ngauman Naga Api!" Zhao Yueru tersengih sewaktu habis membaca baris terakhir jampiannya. Dia menuding jarinya pada MT, menyebabkan mana api dari sekelilingnya untuk berkumpul di hujung jarinya.

Dalam sekelip mata, satu bebola gergasi naga api muncul dan melayang ke arah MT, menelan seluruh badannya. Walaupun dengan HP yang berbaki lagi separuh, MT Kesatuan Pertahanan itu terus mati.

"Ss...!" Pemain jarak dekat Kesatuan Pertahanan menghirup udara sejuk.

MT yang tumpas tadi itu merupakan MT utama Kesatuan Pertahanan. Dia dilengkapi dengan satu set lengkap Peralatan Gangsa dan dia turut menggunakan Perisai Gangsa Tahap 5. Ahli sihir yang terkuat dalam Persatuan mereka hanya mampu menghasilkan kemusnahan -80 hingga -90 mata sahaja kepadanya. Kini, walaupun mendapat sokongan penyembuh, dia masih dapat dibunuh dengan hanya dua gerakan sahaja. Betapa kuatkah kemusnahan Elementalis wanita itu?

Ketika detik-detik tergamam Kesatuan Pertahanan itu, Si Hitam sudah pun siap membaca mantera Api Neraka.

Tiba-tiba, tiang api berwarna hijau muncul dengan banyak di dalam kawasan yang dipenuhi dengan pemain. Tiang-tiang api yang memancut ke langit itu menyebabkan kemusnahan sebanyak -300 mata setiap saat kepada semua pemain dan dalam sekelip mata, lebih sepuluh pemain sudah kehilangan nyawa.

Pemain-pemain dari Kesatuan Pertahanan sangat hairan melihat situasi ini. Satu jampi mampu membunuh lebih sepuluh pemain. Bagaimana mereka mampu berhadapan dengan situasi ini?

"Jangan takut! Berselerak sedikit! Mereka akan tewas sebaik sahaja kita dapat menghampiri mereka!" Singa Pedang Besi berteriak dengan yakin.

Ahli-ahli Kesatuan Pertahanan dapat merasakan apa yang dikatakan oleh Singa Pedang Besi itu masuk akal. Mereka kemudiannya terus mara ke arah kumpulan daripada Ouroboros, memulakan pertarungan jarak dekat.

Pemain-pemain Kesatuan Pertahanan sangat ramai dan sangat pantas, mereka telah mengepung setiap pemain Ouroboros.

Salji Lembut menghunuskan pedangnya, dengan segera menggunakan Rempuh lalu membuatkan tiga pemain melayang ke udara. Dengan satu ayunan daripada Pedang Runik, Salji Lembut menggunakan Hentakan, menghasilkan kemusnahan lebih -450 kepada enam pemain Tahap 3 yang menuju ke arahnya. Akibatnya, kesemua enam pemain itu terus tumbang.

Pemain daripada Kesatuan Pertahanan tidak tahu betapa menggerunkan seorang Berserker dengan Mata Kekuatan sebanyak 50. Dengan hanya 20 Mata Kekuatan, seorang Berserker sudah boleh patahkan Senjata Biasa menjadi dua dengan tangan kosong sahaja. Sekiranya Berserker mempunyai 50 Kekuatan, sesiapa sahaja dapat membayangkan betapa menakutkan mereka itu...

Selepas membunuh gelombang pertama pemain-pemain, Salji Lembut berlari berseorangan ke dalam kawasan ramai pemain. Seperti naga membanjiri lautan, Salji Lembut mendatangkan malapetaka kepada Kesatuan Pertahanan. Satu angin kencang yang kuat dilepaskan sewaktu Salji Lembut menggunakan Tetakan Badai. Pemain-pemain dalam radius 5-ela di sekelilingnya dihantar melayang ke atas dan mengakibatkan kemusnahan lebih -500 mata muncul di atas kepala mereka, membuatkan mereka lebih mati daripada kematian itu sendiri. Penyembuh yang berdiri di belakang garisan paling belakang tidak sempat untuk menyembuhkan mereka sebelum mereka disembelih.

Pemain daripada Kesatuan Pertahanan yang mengepung Salji Lembut berasa sangat takut sehingga terketar-ketar. Aura yang dihasilkan Salji Lembut sangat menakutkan, merampas keberanian mereka.

Bagi pemain-pemain lain Kesatuan Pertahanan, setiap seorang daripada mereka masih lagi menyerang dengan berani, menggunakan kemahiran mereka kepada ahli-ahli Persatuan Ouroboros. Namun, setiap serangan mereka hanya menghasilkan kemusnahan -40 hingga -50 mata sahaja. Pada masa yang sama, satu pukulan daripada pemain Ouroboros meragut hampir separuh HP mereka; dengan dua pukulan sahaja sudah boleh membunuh mereka dan penyembuh pun tidak akan sempat menyelamatkan mereka.

Pemain-pemain daripada Kesatuan Pertahanan dengan cepat menyedari yang walaupun mereka menang dengan bilangan pemain, majoriti mereka merupakan pemain baru dalam Kawasan Tuhan. Dalam erti kata lain, mereka semua noob. Bukan sahaja perbezaan tahap mereka terlalu besar, namun peralatan mereka turut tidak masuk akal. Hanya Elit daripada Kesatuan Pertahanan yang boleh bersemuka dengan ahli-ahli Ouroboros.

Sementara itu, bagi pihak Ouroboros pula, terdapat seorang gadis cantik Cleric yang sentiasa Menyembuh dan memberikan Perisai Kebenaran di saat-saat kritikal, menyelamatkan ahli pasukan Ouroboros daripada kematian. Akibatnya, ahli-ahli Kesatuan Pertahanan menjadi lebih tertekan. Namun, walaupun mereka ingin membunuh Cleric ini, orang ini, sendiri, dilindungi oleh dua Penyerang Hendap. Selagi ada pemain yang berlari ke arah kumpulan itu, satu rantaian serangan daripada kedua-dua Penyerang Hendap itu akan menamatkan riwayat mereka. Akhirnya, pemain-pemain Kesatuan Pertahanan terperangkap dalam kebuntuan. Mereka tidak mampu mara mahupun berundur.

"Semua Penyerang Hendap gunakan Serang Hendap dan hapuskan Penyembuh mereka! Tanpa Penyembuh, kematian mereka dapat dipastikan!" Singa Pedang Besi berteriak dalam ruangan mesej pasukan.

Jika sedozen Penyerang Hendap daripada Kesatuan Pertahanan menggunakan Serang Hendap, mereka boleh bekerjasama membunuh Cleric dengan mudah.

"Hanyutan Darah, mana budak hingusan itu? Aku mahu bunuh dia dengan tangan aku sendiri," Singa Pedang Besi bertanya dengan marah. Dia melihat sekeliling, tetapi gagal mencari susuk tubuh Shi Feng langsung.

Kekalahan mereka hari ini pasti besar dan semuanya salah Shi Feng. Singa Pedang Besi tidak akan biarkan Shi Feng terlepas.

"Bos Pedang Besi, saya tidak nampak budak hingusan itu juga. Nampaknya dia sudah hilang," Hanyutan Darah membalas dengan cemas.

"Cari dia! Kita mesti dapatkan dia!" kemarahan Singa Pedang Besi membuak-buak. Orang yang ingin dibunuhnya telah hilang. Sekiranya berita ini tersebar, dia pasti akan menjadi bahan jenaka.

Pada waktu ini, Shi Feng telah menyelinap masuk ke dalam barisan belakang Kesatuan Pertahanan menggunakan Bayang Kekosongan.

"Inilah lokasinya."

Shi Feng melihat bentuk muka bumi di sekelilingnya. Dia kemudiannya membatalkan kesan Bayang Kekosongan, tiba-tiba muncul di belakang beberapa orang penyembuh Kesatuan Pertahanan. Sementara itu, penyembuh itu sedang sibuk menyembuhkan pemain-pemain di barisan hadapan, gagal mengesan kehadiran Shi Feng.

Bilah Angin!

Shi Feng bertukar menjadi angin kencang, menyapu penyembuh itu.

Semasa sedang menjampi, seorang Cleric lelaki tiba-tiba menemui satu pedang hitam gelap telah menusuk dadanya. Berikutan itu, dia merasakan satu kesakitan yang amat sangat pada lehernya sebelum penglihatannya bertukar kelabu.

Berhadapan dengan pedang Shi Feng, Cleric yang berbaju perisai Tahap 5 tiada bezanya dengan sehelai kertas. Serangan biasa daripada pedang Shi Feng sudah mampu menghasilkan kemusnahan lebih -330. Dengan dua serangan asas, Shi Feng sudah boleh bunuh seorang Cleric. Jika dia menggunakan kemahirannya, secara praktikal dia mampu membunuh Cleric dengan setiap serangan.

"Ah! Ada Penyerang Hendap!" Cleric wanita yang berdekatan menjerit sewaktu menyaksikan kejadian ini. Dia tidak terfikir yang Cleric lelaki tadi terbunuh dengan cepat dan kejam.

"Ye Feng!"

Singa Pedang Besi dengan segera memalingkan kepalanya ke arah barisan belakang, melihat Shi Feng yang sedang membunuh penyembuhnya, sama seperti kambing jatuh ke dalam mulut harimau. Mata Singa Pedang Besi hampir tercabut keluar dengan kemarahan melihat situasi ini. Dia menempik dengan kuat sambil berlari ke arah Shi Feng.

Malang sekali, kelajuan Shi Feng sangat pantas. Penyembuh itu tidak mempunyai sebarang peluang untuk melarikan diri daripada pedang Shi Feng. Dalam masa yang singkat, Shi Feng sudah pun meragut nyawa lebih sepuluh orang penyembuh. Tanpa penyembuh, barisan hadapan Kesatuan Pertahanan mulai tumbang semasa Salji Lembut dan yang lain menyembelih mereka semua.

"Mati!" Mata Singa Pedang Besi bertukar merah. Dia menggunakan Bilah Angin, pedangnya menusuk belakang Shi Feng.

Sekarang ini penyembuh mereka telah mati, tidak perlu dikatakan lagi yang mereka telah kalah pertempuran ini. Sementara itu, Shi Feng dalang di sebalik kekalahan mereka. Jika dia tidak bunuh Shi Feng, dia bersumpah tidak akan menjadi manusia.

Selepas menewaskan semua penyembuh, Shi Feng kini mengutip barang yang mereka jatuhkan. Sewaktu dia mendapat tahu Singa Pedang Besi sedang bergegas ke arahnya, dia tidak perlu berpaling ke belakang sambil memegang erat Bilah Nerakanya. Kemudian, dia satu pusingan badan, Shi Feng membelah sepasang pedang kepunyaan Singa Pedang Besi menggunakan Bilah Neraka.

_Peng!_ Singa Pedang Besi terpaksa berundur beberapa langkah ke belakang sebelum sempat menstabilkan kembali badannya, wajahnya dipenuhi rasa terkejut sewaktu bertentangan mata dengan Shi Feng.

Ayunan Shi Feng yang bersahaja itu telah membuatkan Singa Pedang Besi ke belakang beberapa langkah. Gerakan itu sangat mustahil tanpa jurang perbezaan dalam Kekuatan yang sangat besar.

Selepas mencapai Tahap 7, Shi Feng meletakkan semua Mata Atribut Percuma kepada Kekuatan. Kekuatan Shi Feng lebih tinggi berbanding Salji Lembut, apatah lagi kalau nak dibandingkan pula dengan Singa Pedang Besi, yang hanya memakai peralatan biasa. Namun, Singa Pedang Besi tidak mengetahui semua ini.

Selepas menghentak Singa Pedang Besi dengan satu tetakan, Shi Feng tidak memberi Singa Pedang Besi sebarang peluang untuk berfikir sebelum menyambung lagi dengan Tetakan Berganda. Sepasang pedang Shi Feng terus bertukar menjadi empat imej pedang, membelah ke arah Singa Pedang Besi.

Dengan lambakan imej pedang yang diayunkan ke arahnya, walaupun Singa Pedang Besi cuba menahan serang itu sekuat hati, dia hanya mampu menahan hanya dua daripada serangan tersebut. Masih terdapat lagi dua imej pedang yang menembusi badannya, setiap satu mengakibatkan kemusnahan sebanyak -180 mata. Singa Pedang Besi dengan pantas berundur ke belakang, keluarkan Ubat Jana Semula Asas dan meneguknya.

Melihat yang dia tidak setanding Shi Feng, Singa Pedang Besi cuba untuk melarikan diri. Namun, dengan sekelip mata, tiga pancaran kilat kelihatan dalam matanya. Sebelum badannya sempat menahan pancaran kilat tersebut, siri kemusnahan -266, -352 dan -463 muncul di atas kepalanya.

Singa Pedang Besi terus mati di tangan Shi Feng. selepas kematiannya, Singa Pedang Besi menjatuhkan sebuah peralatan dan satu lagi barang.

Next chapter