Selama 10bulan 3minggu, aku bersekolah disitu dan hari ini merupakan hari last aku bersekolah dan hari ini jugak akan berlangsungnya jamuan akhir tahun kelas aku, bukan kelas aku je tapi semua kelas yang ada dalam sekolah itu.
7.40𝑎𝑚
Pagi itu masuk sahaja dalam kelas , sudah ramai kawan-kawanku yang datang, eh excited nampak! Yerla sape je tak excited kan? Aku pun excited werh bukan sebab last aku sekolah kat situ tapi excited sebab jamuan tu je AHAHHA😂
Aku terus menapak ke meja ku dan meletakkan beg sekolahku yang kosong AHAHAH, aku mengambil makanan ringan yang berada dalam beg sekolahku lalu meletakkan di dalam laci meja.
Memandangkan jamuan itu kitorang adakan sebelum rehat, kitorang sekelas hanya menghias ape yang patut terlebih dahulu macam hias meja untuk letak makanan dan minuman, hias papan putih dan banyak lagi. Kitorang juga membersihkan kelas supaya kelihatan kemas semasa jamuan itu dimulakan. Semua ini adalah arahan daripada Cikgu Razali.
Belum sempat kitorang menyiapkan hiasan, seorang Cg yang amat asing masuk dalam kelas kitorang. Cg tu tak pernah masuk dalam kelas kitorang, dan itu membuatkan kitorang sekelas hairan dengan kedatangan cg itu. Terus kitorang bergerak ke tempat masing-masing.
" Assalamualaikum semua, nama Cg Aisyah, kamu semua boleh panggil Cg Aisy atau ikut keselesaan kamu semua. " Kitorang sekelas menjawab salam itu dengan sopan.
" Cg ni cg baru ke? "Soal salah satu rakan sekelas kiotrang. Cg itu mengangguk.
" Yee cg ni cg baru. Tapi cg just relief kelas kamu semua je. Cg relief subjet geografi. Cg Amirah tak sihat hari ni tu yang cg kena relief tu. " Kami sekelas mengangguk.
Setelah itu, kitorang semua menyambung perbuatan yang tergendala tadi. Cg yang berada di depan hanya memerhati sahaja segala gerak geri kitorang.
" Kamu semua buat jamuan ke? Cantik kelas ni kamu semua hias. " Tanya Cg Aisy.
" Ye cg, kitorang buat sebelum rehat.. " balas Hazeem.
" Oh. Sape guru kelas ni? "Soal Cg.
" Cg Razali " jawab Hazeem lagi. Cg Aisy hanya meng'oh'kan sahaja
Beberapa jam kemudian, Cg Aisy bangun dari duduknya..
" Okey semua bangun dan baca surah An-Naas " Kitorang hanya menurut.
Selesai sahaja membaca surah itu, cg dengan segera keluar dari kelas kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9.40am
Kedatangan cg razali membuatkan kelas kitorang terus jadi bising. Bising sebab apa? Sebab jamuan la, dia punya excited tu memang takleh blah ah😂.
Masuk sahaja dalam kelas cg razali terus memberi salam dan mengarahkan kitorang untuk mengeluarkan makanan yang kitorang bawa untuk diletakkan di meja yang disediakan.
Cg Razali juga mengarahkan Hazeem untuk mengambil Air yang cg Razali sponser itu yang berada di kantin. Hazeem tanpa banyak membantah terus ke kantin yang bertemankan Adlin dan Aiman. Memang la gi kantin tu nak ambik air je tapi air tu kan berat so kena la ada orang tolong bawakan jugak kan?
Kitorang yang berada dalam kelas memang dah tak sabar untuk memulakan jamuan itu hanya tunggu masa rehat sahaja. Sape je yang tak terliur kan? tengok makanan yang ada atas meja tu dahla sedap-sedap pulak tu.
Setibanya Hazeem, Aiman dan Adlin dalam kelas dan tak lupa juga dengan air yang dibawa itu terus diorang letak di meja yang disediakan.
" Fuh! Berat doe air ni. Habis sakit jari tengah aku" keluh Aiman sambil mengurut jari tangannya.
" Haah werh! Habis berpeluh dah aku " kata Adlin pula sambil mengelap peluh di dahinya dengan tisu yang dia ambil entah dari mana. Hazeem yang berada disitu hanya menggelengkan kepala melihat wajah kedua kawannya itu.
" Eh korang ni. Asyik-asyik mengeluh je " bebel Hazeem. Adlin dan Aiman hanya mengendahkan sahaja bebelan itu.
' Tak guna punya kawan! aku penat-penat duk membebel, korang boleh buat tak reti je? Kurang asam punya kawan! ' omel Hazeem sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10.40am (waktu rehat)
Yeah! Jamuan dah dimulakan. Kitorang terus menjamu semua makan yang berada di meja itu tapi sebelum itu kitorang sekelas mengambil gambar terlebih dahulu untuk dijadikan kenangan. Kitorang dibenarkan untuk membawa headphone semasa hari jamuan sahaja, dan kalau bukan disebabkan jamuan kitorang memang takleh bawa nanti kena rampas. Sebab itu memang peraturan sekolah!
Kelas kitorang menjadi riuh dengan suara pelajar lelaki yang sibuk duk berebut mihun goreng yang dibawa oleh Adlin tu. Macam tak pernah makan setahun 😒. Ada ke patut berebut pasal mihun goreng je? Bukan main lagi banyak makanan yang ada kat meja tu, mihun goreng jugak yang direbutnya🤦🏻♀️. Apa sedap sangat ke mihun tu sampaikan makanan lain tak jamu? Ye memang aku akui mihun goreng buatan mak Adlin tu sedap tapi takyah la sampai nak berebut bagai. Buat malu je!
Selesai sahaja makan, kitorang semua terus membersihkan kelas yang bersepah dengan pelbagai plastik yang bertaburan di lantai.
Kemudian kitorang menyibukkan diri dengan bermain headphone😂, ada yang sibuk duk main game, ada yang duk selfie-selfie, dan ada yang duk bermesej-mesej dengan gf/bf melalui aplikasi WhatsApp.
Aku, Fika, Bahyah dan Balqis hanya menyibukkan diri dengan berselfie. Sebab ape? Sebab tu memang hobi Kitorang pun HAHAH 🤣, sebabnya setiap kali kitorang bawa headphone kat sekolah kitorang akan berselfie walaupun hanya sekeping gambar sahaja.
Seusai sahaja jamuan habis, kitorang hanya berbual kosong sampailah Cg Razali keluar dari kelas.
( Kitorang hanya membuat jamuan itu sampai habis rehat iaitu pukul 11.40 )
~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas itu, kelas menjadi sunyi sepi sebab ape? Sebab semua pelajar lelaki dah dibuai mimpi selepas sahaja habis jamuan tadi. Kelas kitorang hanya kedengaran suara pelajar perempuan sahaja. Tapi ade je pelajar lelaki yang tak tidur, tapi tu pun geng senyap.
Manakala aku dan kawanku hanya berbual sahaja. Kitorang berbual pasal...
" Korang! " Panggil Fika dengan wajah yang sayu. Aku, Bahyah dan Balqis memandang Fika dengan hairan.
' aik dah kenapa pulak dengan minah ni? Panggil orang pastu buat muka macam tu. Sakit ke? eh takkan la sakit kot tadi bukan main lagi happy dia. Pastu pasal ape ek dia monyok je? 'Soalku bertubi-tubi sendirian.
" Eh kau ni dah asal ek? Buat muka macam tu.." soal Balqis dengan hairan.
" Haah babe. Asal ngan kau? Kau okey tak? " Soal Bahyah pula sedikit risau. Yerla sape je tak risau kalau kawan kita tu monyok je kan?
" Haa ni mesti kau sedih kan? " Tekaku. Fika mengangguk lemah. ' Hm, aku dah agak dah, ni mesti dia sedih sebab hari ni hari last kitorang berjumpa 😔'
" Aik macam mana kau tahu yang Fika ni sedih? " Soal Balqis bingung.
" Haish, kau ni takkan kau tak perasan kot perubahan muka dia tu. Kalau dia monyok tu dia sedih la." Ujar ku. Balqis hanya meng'oh'kan saja.
" Eh haah la. Tapi kan kau sedih sebab ape Fika? " Soal Bahyah
" Hm, aku sedih la sebab hari ni kan hari last kita berjumpa " sayu sahaja Fika berkata. Aku, Bahyah dan Balqis hanya setia mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Fika.
" Aku belum puas lagi nak bermanja dengan korang, nak membawang dengan korang, nak bergurau biawak dengan korang. Aku belum puas dengan semua tu 🥺" sambung Fika lagi. Kitorang yang mendengar itu terus berubah riak muka daripada happy kepada monyok.
" Hm, aku pun sama macam kau Fika. Rasa macam terlalu cepat masa tu berlalu kan? " Kata Bahyah lalu tersenyum nipis
" Kan. Kalau la masa tu boleh diundurkan, aku nak je undur masa kita mula-mula kenal antara satu sama lain. Tapi tulah kita ni sape kan nak undur kan masa tu balik" ujar Balqis pula dengan sebak. Aku dan Fika hanya mampu melepaskan keluhan sebaik sahaja diorang berdua berkata begitu.
" Aku harap sangat persahabatan kita yang sekarang ni akan menjadi persahabatan sampai ke akhirat. Dan aku harap walaupun kita duk berjauhan macam mana sekalipun aku harap korang tak akan pernah lupakan aku. " ujarku pula dengan sebak. Hampir je air mata nak membasahi pipiku tapi dengan cepat aku seka. Aku taknak diorang tengok yang aku ni lemah.
" Aku pun harap macam tu jugak. Thanks Aliya, Bahyah and Balqis sebab selalu ada dengan aku, time aku jatuh bangun. " Aku, Bahyah dan Balqis yang mendengar itu terus memeluk Fika dengan erat, kalau boleh kitorang taknak lepaskan pelukan tu 😔.
Beberapa jam kemudian,
" Eh korang dah la tu. " kata Balqis lalu melepaskan pelukan itu.
" Ish kau ni! Kacau daun ar! Baru nk feeling-felling sikit dah ada pengacau " kata Fika sebaik sahaja melepaskan pelukan itu. Aku dan Bahyah pula memandang tajam kearah Balqis. Manakala Balqis hanya tersengih kambing
" Hehe. Erm, korang taknak balik ke? " Soal Balqis perlahan. Aku, Fika dan Bahyah menjongketkan kening apabila mendengar pertanyaan Balqis.
" Balik? Sekarang ni kan pukul 12.45pm. Hah pukul 12.45pm !!!! " Jerit Bahyah seraya melihat jam ditangannya. Habis bergema kelas kitorang hanya disebabkan oleh jeritan Bahyah. Kemudian Bahyah terus melihat sekeliling dalam kelas itu.
" Haish patut la masa kita tengah duk syok berpeluk tadi, aku ada perasaan la yang kelas ni tetiba je jadi sunyi rupanya dah takde manusia 😂" bebel Bahyah lagi.
" Eh haah la. HAHAHAH " Gelak aku.
" Pastu sekarang ni korang taknak balik lagi ke? Ke korang nak tidur sini sampai ke tahun depan? " Perli Balqis. Aku, Fika dan Bahyah hanya menjeling.
" Ape? Betul la kan aku cakap tu? " Ujar Balqis lagi. Aku terus menepuk dahi licinku dengan tapak tangan.
" Haish kau ni! Betul memang betul tapi ade ke patut kau tanya macam tu? " balasku. Balqis tersengih kambing.
" Dah tu korang taknak balik lagi ke? Asyik bergaduh je. Dah cepat aku tunggu ni, lambat aku tinggal! " Soal Bahyah pula lalu menggalas beg sekolahnya yang kosong. Manakala Fika juga turut membuat perkara yang sama seperti Bahyah. Kemudian Fika dan Bahyah terus keluar dari kelas tetapi sebelum itu..
" Eh korang tunggu laa!! Aku nak cakap something ni! " Jeritku. Lantas Fika dan Bahyah berpaling kearahku.
" Ha ape? " Soal Bahyah lalu menjongket kening
" Aku just nak korang janji dengan aku. " Kataku.
" Janji? Janji ape babe? " Celah Balqis setelah menggalas begnya.
" Aku nak korang janji dengan aku yang korang takkan pernah lupakan aku. Andai la kan antara kita ni ada yang kena pindah ke, ape ke. Aku nak korang jangan pernah lupakan satu sama lain. Tu je yang aku minta and kalau boleh aku nak korang pegang janji tu. Can you guys? " Fika, Bahyah dan Balqis mendengar itu hanya melepaskan keluhan.
" Yea, i will keep your promise " ujar Fika. Bahyah dan Balqis hanya mengangguk.
" Sure? " Soalku lalu menunjukkan jari kelingkingku, terus Fika, Bahyah dan Balqis menggabungkan jari kelingking antara satu sama lain.
" Yea sure! " Jerit diorang serentak. Aku hanya memberikan senyuman yang paling manis. Kemudian kitorang terus meleraikan jari kelingking lalu melangkah keluar dari kelas itu.
Walaupun jamuan itu sekadar sederhana tapi aku tetap gembira kerana adanya kawan-kawan aku buat kali terakhir. Itu adalah detik yang paling bersejarah dalam hidup aku.𝑇𝑎𝑚𝑎𝑡!
1777 words.
~~~~~~~~~~~~~~~~
To Fika, Bahyah and Balqis :
Thank you for accepting me, make me laugh and being there for me whenever i need someone to talk to and please know that 𝒊'𝒎 𝒈𝒓𝒂𝒕𝒆𝒇𝒖𝒍 𝒇𝒐𝒓 𝒐𝒖𝒓 𝒇𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅𝒔𝒉𝒊𝒑 🙂❤️. I love you 𝑩𝒆𝒔𝒕𝒇𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅 🥰❣️
Your friend :
LiaCutie 😛💘