Sebelum Zhang Yang keluar daripada permainan semalam, walaupun dia bukan yang pertama dalam kalangan pemain dari negeri China yang lain tetapi dia telah berada di kedudukan ke-10 teratas! Selepas semalaman bermain, pemain yang tidak henti-henti grind untuk meningkatkan tahap masing-masing mempunyai kelebihan untuk mara ke tahap seterusnya dengan mudah kerana bilangan pemain yang sedikit pada waktu tengah malam.
Zhang Yang meninggalkan pintu gerbang rentas jarak dan tiba di perkampungan pahlawan. Sepanjang perjalanannya, dia mendapati kelihatan lebih daripada sepuluh orang pemain Tahap 10.
Semasa memasuki Ibu Kota, salah satu ciri utama telah ditambah pada layar permainan : Kedudukan.
Terdapat pelbagai peringkat kedudukan seperti Kedudukan Tahap Pemain, Kedudukan Dewan Kemasyhuran, Kedudukan Serangan Dungeon Mod Tegar Terawal, Kedudukan Melepasi Semua Tahap Serangan Dungeon Mod Tegar Terpantas dan sebagainya.
Kedudukan tersebut ditentukan mengikut kawasan masing-masing.
Para pemain 'Keajaiban Tuhan' telah dibahagikan kepada 8 kawasan: China, Jepun & Korea Selatan, India, Eropah, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara dan benua Australia. Beberapa negara Asia seperti Indonesia, Singapura dan lain-lain termasuk dalam kawasan Australia.
Setiap kawasan mempunyai server tersendiri dan setiap server hanya memiliki satu kedudukan sahaja. Server dari setiap 8 kawasan ini berkongsi data maka pertempuran silang rantau boleh dilakukan, membolehkan integrasi persekitaran dalam permainan.
Ketika ini, kebanyakan senarai kedudukan masih kosong. Kedudukan yang paling mendapat perhatian adalah Kedudukan Tahap Pemain dan Kedudukan Dewan Kemasyhuran.
[Kedudukan Dewan Kemasyhuran] (Kawasan China)
1. Pemain (Nama disembunyikan) pemain pertama yang menewaskan Bos Keluli - Hitam Tahap 15, Raja Harimau Kumbang, di padang (Kalendar Kontinen 9287, 23 Ogos).
2. Pemain (Nama disembunyikan) pemain pertama yang melengkapkan Cabaran Tersembunyi dengan skor 'Sempurna' (Kalendar Kontinen 9287, 23 Ogos).
Zhang Yang kemudian pergi ke Kedudukan Tahap pemain dan melihat kedudukan terkini pakar grinder.
[Kedudukan Tahap Pemain] (Kawasan China)
1. Paderi Berkuasa, Troll, Cryomancer, Tahap 11
2. Lelaki Budiman, Manusia, Cryomancer, Tahap 11
3. Memburu Dunia, Troll, Penembak Hendap, Tahap 11
4. Pinggang Langsing, Elf, Pyromancer, Tahap 10
5. Tempahan Ayam Terlebih, Orc, Berserker, Tahap 10
6. Bebola Api Terapung, Manusia, Pyromancer, Tahap 10
7. Malam Beku, Elf, Pembunuh Upahan, Tahap 10
8. Dukun Langit, Dwarf, Pelindung, Tahap 10
9. Jangan Pukul Muka Aku, Dwarf, Pembela, Tahap 10
10. Raja Pembunuh Upahan, Orc, Penyamun, Tahap 10
Seperti yang dijangka daripada para Pengamal Sihir, mereka ialah pakar grind dalam permainan tradisional. 4 daripada mereka berada di tangga 10 teratas dalam Kedudukan Tahap Pemain! Sudah tentu, profesion terawal tidak berapa penting. Kunci untuk mara ke tahap seterusnya dengan pantas ialah tempoh masa yang dihabiskan untuk bermain atau sokongan yang kuat di belakang anda. Contohnya, suatu persatuan boleh mempunyai semua ahli yang mampu bertahan menentang raksasa sehingga ke titisan terakhir HP dan menyimpan serangan akhir bagi pemain yang telah ditentukan!
Menurut tetapan 'Keajaiban Tuhan', pemain di bawah mod tidak berpihak yang melakukan serangan terakhir terhadap raksasa akan memperolehi 50% EXP. Oleh itu, jika ada persatuan yang rela mengorbankan kepentingan sebahagian pemain mereka, tahap seorang pemain atau lebih boleh ditingkatkan dengan mudah. Para pemain yang kaya boleh mengupah pemain lain untuk meningkatkan tahap mereka dengan lebih cepat.
Jika suatu persatuan boleh mengusahakan seorang pemain tahap tinggi untuk menempatkan diri dalam senarai kedudukan, ia satu kelebihan kepada imej persatuan, mengiklankan persatuan mereka dengan berkesan.
Zhang Yang mengeluh, tahapnya sedikit ketinggalan di belakang. Walau bagaimanapun, tidak wajib baginya untuk berada di tempat pertama dalam Kedudukan Tahap Pemain, asalkan dia kekal berada di dalam senarai tersebut. Apa yang lebih penting baginya ialah perkembangan Kedudukan Melepasi Semua Tahap Serangan Dungeon Mod Tegar Terpantas!
Untuk menilai kekuatan suatu persatuan dalam 'Keajaiban Tuhan', piawaian yang paling utama ialah kelajuan persatuan dalam ketegaran serangan dungeon. Lagipun, terdapat sedikit sahaja bos di gelanggang, dan boleh mengambil masa beberapa hari hingga sebulan untuk mereka kembali hidup semula! Pertandingan amat sengit disebabkan bilangan boss yang terhad tetapi bilangan pemain yang begitu banyak. Peralatan rampasan tidak akan pernah cukup untuk perlawanan!
Dungeon pula berbeza. Asalkan pemain berkemampuan, mereka mempunyai peluang yang sama untuk mengalahkan bos dan mendapat peralatan yang lebih baik! Peluang untuk memperolehi peralatan yang kuat akan meningkat secara mendadak jika seorang pemain telah menyertai persatuan serangan dungeon yang pantas.
Antara rancangan Zhang Yang: pertama, menggunakan pengetahuannya yang terdahulu tentang arah tuju masa hadapan permainan untuk menyimpan banyak bahan dan menjual mereka untuk mendapat keuntungan! Kedua, berusaha untuk menjadi yang pertama untuk melepasi hampir keseluruhan serangan dungeon mod tegar, meningkatkan reputasi dirinya untuk membentuk satu persatuan hebat. Ketiga, mencari ahli kumpulan yang bagus dan menubuhkan kumpulannnya sendiri untuk menguasai Liga Kelas-S, matlamat hidupnya yang terdahulu!
Namun ketika ini, dia tidak memiliki modal yang cukup dan menyebabkan dia tidak dapat menyimpan lebih banyak bahan untuk memonopoli pasaran. Oleh sebab itu, sekarang dia telah nekad untuk melepasi dungeon, Makan Bangar Mod Tegar.
Makam Bangar merupakan dungeon pertama dalam permainan di mana disarankan pemain dalam lingkungan Tahap 10 - 15, maksima 10 pemain sahaja yang dibenarkan. Keseluruhan dungeon dalam 'Keajaiban Tuhan' mengandungi 3 mod: Normal, Sukar dan Tegar.
Mod Normal sangat mudah. Sedikit grind dalam serangan mampu melepasi tahap permainan. Namun jelas, kualiti penurunan biasa, darjah yang lebih rendah berbanding di Mod Sukar. Namun, ia membolehkan pemain biasa untuk merasai keseronokan menentang bos, menjadikan ia pilihan utama untuk pemain kasual.
Mod Sukar pula bersesuaian dengan namanya. Walaupun satu-satu kumpulan itu terdiri daripada pemain yang saling mengenali antara satu sama lain dan punya semangat kerjasama yang kuat, mereka tidak dapat mengelak dari menghadapi kesukaran semasa grind sebelum mereka dapat melepasi semua halangan! Sekiranya pemain memasuki Mod Sukar apabila kumpulan baru sahaja ditubuhkan bermakna mereka cuba mencari nahas!
Mod Tegar merupakan mod yang paling kejam, di mana kesilapan yang kecil boleh membawa maut kepada seluruh pasukan. Namun begitu, ganjaran yang bakal diperoleh juga sangat hebat. Di sini terdapat pelbagai peralatan yang bergred tinggi, Bos Tersembunyi juga boleh ditemui dalam mod ini, para pemain turut berpeluang untuk mendapat pelbagai Resepi Profesion.
3 mod ini tiada kaitan antara satu sama lain, ini bermakna para pemain tidak perlu melepasi Mod Normal atau Mod Sukar sebelum bermain Mod Tegar. Selagi pemain telah menyelesaikan cabaran serangan dungeon awal, pemain boleh memilih mana-mana mod dungeon dengan bebas.
Pasukan pertama yang melepasi Serangan Dungeon Mod Tegar akan memasuki Kedudukan Serangan Dungeon Mod Tegar Terawal dan berita tersebut akan diumumkan ke seluruh dunia melalui server. Kemenangan tersebut akan menjadi kemenangan yang paling gemilang. Tidak kira bermain secara individu ataupun seluruh persatuan, pengumuman ini ialah deklarasi terhebat bagi keberanian dan kemasyhuran.
Kedudukan Serangan Dungeon Mod Tegar Terpantas akan terbuka. Pemain yang memecahkan rekod tersenarai dalam kedudukan ini dan server akan membuat pengumuman ke seluruh dunia. Namun, ada satu peraturan dalam Kedudukan Kelajuan Serangan, sekiranya tahap seseorang pemain dalam kumpulan tertentu melangkaui had maksimum tahap dungeon, keputusan tidak akan dikira. Jika tidak, usaha segelintir pemain Tahap 100 untuk memecahkan rekod dungeon Tahap 10 akan menjadi sia-sia.
Persaingan untuk menjadi Pemain Terawal dan Terpantas melepasi Serangan Dungeon Mod Tegar merupakan teras pertandingan yang menggalas kepentingan paling utama untuk semua persatuan di masa hadapan!
Mata Zhang Yang tertumpu kepada Bos Tersembunyi Makam Bangar Mod Tegar - Momoermo. Ada peluang untuk ketua itu menurunkan Resepi Perisai Logam Caster. Perisai tersebut ialah keunikan Tembaga-Hijau, penemuan terbaik bagi Pelindung dan Pembela sebelum Tahap 20!
Dia mahu mendapatkan periuk emas pertamanya menggunakan resepi itu untuk mengumpul lebih banyak kekayaan. Kemudian, dia boleh menukarkan kekayaannya kepada nisbah yang lebih besar!
Zhang Yang terjumpa seorang NPC wanita yang bertag nama, 'Ani, Pengajar Pahlawan' di penempatan pahlawan. Rambut perang, mata biru, payudara besar dan pinggul yang menggiurkan. Wanita itu memakai sut perisai emas yang berkilau dalam rekaan yang sangat seksi hanya menutupi sebahagian kecil dada dan punggungnya, mendedahkan kulit putih bak salju yang menawan.
Walaupun semua pemain tahu karakter tersebut sekadar satu NPC, kebanyakan pemain lelaki masih merenungnya dengan penuh berahi, sehingga meleleh air liur.
Zhang Yang juga tidak terkecuali, dia lebih tenang melihat gadis cantik di hadapannya berbanding Farion, lelaki pertengahan umur, berlidah tajam. Dia memulakan perbualan dengan NPC itu dan mempelajari kemahiran Penjaga Tahap 10 <Sumpah Perisai> dan <Hasut >.
[Sumpah Perisai (Pasif)]: Meningkatkan Pertahanan menggunakan sebuah Perisai, mengurangkan kerosakan sebanyak 20%. 1 Rage bertambah setiap saat semasa berada dalam pertarungan. Semua mata sasaran aggro dijana oleh serangan anda akan meningkat sebanyak 20%. Keperluan: Perisai.
[Hasut]: Menghasut sasaran dan memaksa sasaran untuk menyerang anda, bertahan selama 2 saat. Masa bertenang: 10 saat.
Zhang Yang mengimbas kembali cabaran utama dalam log cabarannya, dia memutuskan untuk melengkapkan cabaran terlebih dahulu dan melihat apa akan terjadi seterusnya. Zhang Yang bertanya kepada seorang pengawal NPC lokasi Paderi Agung Anthony Faylon dan menuju ke Menara Ahli Silap Mata di tengah ibu kota.
"Pahlawan, kau bukan orang sini!" 2 orang WBP berjubah ahli sihir telah menghalang laluan Zhang Yang.
Zhang Yang berkata, "Aku membawa perutusan penting untuk Tuan Guru Anthony Faylon!"
"Benarkah?" 2 orang NPC itu teragak-agak sebelum salah seorang daripada mereka berkata, "Baiklah, Tuan Guru Faylon berada di puncak Menara Ahli Silap Mata!"
Dia dapat merasakan 2 orang NPC ini tidak akan melepaskannya jika dia tidak mempunyai cabaran utama di dalam log cabarannya. Zhang Yang berfikir berkenaan perkara tersebut semasa memasuki Menara Ahli Silap Mata. Dia menaiki susur tangga dan tiba di puncak menara - tingkat kesembilan.
Seorang lelaki tua berjanggut paras dada begitu asyik melihat sebiji bola kristal, badannya membongkok dan menghadap Zhang Yang. Belum sempat Zhang Yang membuka mulut, lelaki itu berkata, "Anak muda, aku sudah tahu tujuan kedatangan kau!"
[Paderi Agung Anthony Faylon] (Ketua Kelas Dewa)
Tahap: ???
HP: ???
Dalam 'Keajaiban Tuhan', setiap ibu kota akan dikawal rapi oleh Ketua Kelas Dewa. Lelaki tua berjanggut putih ini lelaki terkuat dalam Istana Zamrud Putih. Dalam kehidupan lepas, Zhang Yang telah menyaksikan bagaimana lelaki tua tersebut melepaskan satu kemahiran menggerunkan semasa Perang Mengepung Syaitan dan menghapuskan berjuta-juta syaitan, suatu pemandangan yang menakutkan dan menakjubkan!
Malangnya, mengikut jalan cerita, paderi agung yang berkuasa ini akan dibunuh oleh seorang pembunuh upahan yang diupah oleh hantu. Sebagai seorang Ketua Kelas Dewa, beliau tidak akan hidup semula selepas kematiannya.
"Tuan Guru Faylon, apa patut kita buat sekarang?" Zhang Yang membalas ringkas mengikuti plot bagi membuka cabaran seterusnya.
"Aih—" Faylon mengeluh dan berpaling. Wajahnya penuh putus asa dan belas kasihan. "Calina seorang hero yang hebat suatu ketika dahulu, tetapi… dia telah dikhianati oleh mereka yang dia telah bersumpah untuk melindungi dengan nyawanya sendiri. Jiwanya menderita akibat seksaan satu pengkhianatan, aku dapat rasakan!"
Dia diam sebentar sebelum berkata, "Mungkin, masih ada harapan untuk membebaskan jiwanya!"
Mata Zhang Yang bersinar-sinar. Asalkan dia tidak perlu membunuh Ketua Kelas Dewa Calina, cabaran utama seharusnya lebih mudah untuk dilengkapkan!
"Anak muda, aku mahu kau kumpul 3 barang! Selepas kau kumpulkan semua barang tersebut, aku mampu mencipta satu artifak yang boleh menyucikan kuasa gelap Raja Syaitan dan memulihkan kembali jiwa Calian!" Faylon berkata dengan nada rendah, "Cabaran ini sangat sukar. Adakah kau sanggup menggalas tanggungjawab ini?"
Adakah dia ada pilihan lain? Zhang Yang mengangguk kepalanya dan menjawab segera, "Ya tuan guru, aku sanggup!"
"Ding! Anda telah menerima cabaran : Penciptaan Bahan Artifak! Ini Cabaran Cerita Utama. Lengkapkan cabaran untuk menerima ganjaran lumayan!"
[Penciptaan Bahan Artifak] (Kesukaran: S)
Huraian Cabaran : Faylon mahu anda mengumpul 3 bahan untuk mencipta artifak berkuasa untuk menyucikan kuasa jahat yang mempengaruhi Calina! 3 bahan ini adalah Jantung Naga Hitam, Tanduk Unicorn Mistik, dan Buku Terlaknat daripada kaum hantu.
Perkembangan: Kumpul Jantung Naga Hitam 0/1, Tanduk Unicorn Mistik 0/1, dan Buku Terlaknat 0/1.
Celaka, aku mungkin akan bertarung dengan Calina! Maki Zhang Yang apabila melihat bahan-bahan yang dia perlu kumpul.
Untuk memudahkan para pembaca, kami tidak mengubah perkataan-perkataan seperti 'Elf', 'Troll', 'Cryromancer' dan istilah berkaitan yang lain kerana kami tidak menjumpai terjemahan yang tepat dan sesuai dengan setiap istilah yang dikekalkan. Kami berharap ini tidak menggangu pemahaman para membaca untuk memahami jalan cerita novel ini.
Teruskan membaca!!