11 Cabaran Cerita Utama

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Puak Penyangak, celaka betul!

Zhang Yang menghamburkan sumpah seranah. Perlawanan ini bukan perlawanan PvE, jelas sekali hanya dua NPC yang sedang berlawan antara satu sama lain.

"Pahlawan muda, tolong saya!" Calina seorang gadis elf merintih meminta tolong setelah perasan kehadiran Zhang Yang.

"Kau jangan percaya kepada syaitan ini, manusia!" Barr Si Pengawal Api memberikan arahan dengan suara rendah. "Berambus! Aku arahkan kau!"

Zhang Yang menghunuskan Pedang Pemula miliknya dan menggunakan <Serangan > ke arah sasarannya - Barr Si Pengawal Api!

Sudah terang lagi bersuluh: Nama Calina bermaksud hijau, tergolong dalam kategori 'Mesra' yang tidak boleh diserang. Sebaliknya, nama Barr Si Pengawal Api bermaksud merah, sah seorang raksasa! Tiada pilihan lain dalam hal ini!

Pegun!

Setelah membuat Barr terpegun kaku, Zhang Yang menghayunkan pedangnya dan memulakan serangan bertubi-tubi untuk menentang raksasa itu.

Barr Si Pengawal Api pulih dari pegun dan bertempik marah, "Manusia bodoh! Kau perlu bayar semua ini!" Barr memusingkan tubuhnya dengan bengis dan membatalkan serangannya kepada Calina, sebaliknya memulakan serangan kepada Zhang Yang.

Dia mesti telah mengaktifkan cabaran di dalam jalan cerita permainan. Jika tidak, Barr tidak akan dengan mudah mengubah sasarannya daripada Calina yang telah mengalami kecederaan yang teruk, ke arahnya yang baru memulakan serangan. Hal ini jelas tidak sepadan dengan mata aggro!

Zhang Yang tahu aturan sistem akan membenarkan serangan kepada Barr sahaja dan oleh itu, tiada jalan lain lagi!

Semasa mengelak dan menyerang balas, dia berfikir sejenak, 'Calina, nama ini seakan nama yang tidak asing bagi aku. Dekat mana aku pernah dengar nama itu?'

WBP bunian ini mesti mempunyai cerita disebaliknya. Mustahil bagi seorang NPC biasa Tahap 10 memiliki 2,000 HP dan mampu menahan hampir 3,000 kecedaraan semasa menentang seorang ketua walhal dia hanya kehilangan kurang daripada 1,500 HP. Serangannya mesti lebih kuat daripada serangan seorang ketua!

Walaupun Zhang Yang masih lagi berfikir, tindakannya tidak menunjukkan sebarang tanda untuk perlahan semasa melawan Barr Si Pengawal Api.

"Manusia, cukup! Melutut sekarang dan aku akan ampunkan perbuatan biadab kau!"

Gabungan serangan daripada Zhang Yang dan Calina berjaya mengurangkan HP Barr kepada hampir 10%.

"Tiada jalan lain lagi, kau ditakdir untuk mati dan aku tidak boleh berbuat apa-apa!" tutur Zhang Yang sambil melancarkan serangannya.

"Celaka kau, manusia! Sial kau! Kau telah bebaskan seekor syaitan. Tangan kau akan dipenuhi darah makhluk yang tidak berdosa!" teriak Barr sebelum bertukar menjadi segumpal asap di tengah-tengah satu cahaya putih. Namun, suaranya masih bergema di udara, "Calina, Tuhan Api akan membuatkan jiwa kau hangus!"

"Hahaha!" Calina melepaskan tawa yang penuh lega, "Sudah 3,000 tahun! 3,000 tahun! Aku, Calina, akhirnya bebas dari kurungan ini!"

Beberapa ketulan asap hitam muncul daripada setiap pelusuk lantas Calina menyerap asap-asap tersebut masuk ke dalam badannya. Seorang gadis muda berwajah lembut mula berubah menjadi bengis yang diselubungi aura jahat.

"Pa! Pa! Pa! Pa!"

Bunyi gemerincing daripada rantai besi kedengaran di sekitarnya, namun Zhang Yang tidak nampak apa-apa kecuali senyuman lebar pada wajah Calina. Sepasang mata yang bersinar indah pada mulanya, perlahan-lahan dipenuhi kegelapan yang pekat dan menyesatkan.

"Hong!"

Terdengar bunyi letupan kuat dan dahsyat, keseluruhan altar pengorbanan itu mula runtuh. Kelihatan di sebalik debu, Calina telah bertukar sepenuhnya menjadi makhluk lain. Sepasang sayap kelawar berwarna hitam tumbuh di bahagian belakang badannya. Setiap sayap berukuran 5 orang lelaki dewasa, mula berkibas-kibas menandakan dia bersiap-sedia untuk meluncur bebas di udara!

"Si!"

Jubah putih ahli sihir yang dipakainya sebelum ini perlahan-lahan koyak dengan sendirinya, diganti dengan sepasang perisai dada separa penuh, mendedahkan hampir keseluruhan buah dadanya. Bahagian bawah tubuhnya dibaluti sepasang skirt logam yang sangat pendek. Pada bahagian belakang badannya terdapat satu Busur Panah Panjang Tulang Naga yang kelihatan lebih tinggi daripada tubuhnya sendiri!

Gadis elf yang ceria dan menarik telah bertukar sepenuhnya menjadi satu malaikat ditendang keluar dari syurga yang seksi dan kejam dalam sekelip mata!

Ini mesti kerja pereka permainan ini… obses sungguh!

Sambil menyaksikan penampilan baru Calina, Zhang Yang teringat satu nama. Kemudian dia menyemak nama yang terletak di atas kepala gadis itu dan perasan nama tersebut telah berubah.

[Dewi Syaitan, Calina Penjaga Kemusnahan Angin] (Ketua Kelas Dewa)

Tahap: ???

HP: ???

Ketua Kelas Dewa! Raksasa peringkat tertinggi dalam permainan ini!

Dia rupanya!

Latar belakang tetapan 'Keajaiban Tuhan' berpaksikan pencerobohan syaitan dan hantu di mana semua kaum bersatu antara satu sama lain untuk melindungi tanah air mereka! Peringkat tertinggi syaitan adalah Raja Syaitan. Terdapat 9 jeneral dan Calina berada di kedudukan ke-7!

Mengikut halaman pengenalan rasmi, sebelum ini Calina merupakan seorang hero elf, dikenali dengan nama 'Renjer Angin'. Dalam satu pertempuran, dia telah dikhianati oleh rakan seperjuangannya dan dipenuhi dendam, Renjer Angin telah dihasut oleh Raja Syaitan untuk menyertai kuasa jahat, daripada seorang yang mulia bertukar menjadi Dewi Syaitan.

Setelah berubah menjadi Dewi Syaitan, dia telah menentang saudara-mara dan rakan seperjuangannya sendiri, membunuh mereka tanpa belas kasihan. Oleh itu, dia terpaksa dikunci oleh Dewa Api.

Zhang Yang hanya mampu ketawa. Dalam kebingungan, dia telah membebaskan seorang Ketua Kelas Dewa! Syarikat permainan bodoh ini, mereka telah meletakkan ketua yang paling berkuasa di Kampung Pemula! Apakah mereka tidak takut perkara ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru-hara?

Dengan keupayaan sebagai Ketua kelas Dewa, sekiranya kelas ini menggunakan satu kemahiran istemewa sahaja, seluruh Kampung Pemula akan binasa sepenuhnya!

"Manusia kerdil, kau telah membantu aku melepaskan diri. Patut aku bunuh kau sebagai tanda terima kasih?" Calina mengibaskan sayapnya, meluncur di udara sambil memandang Zhang Yang yang kelihatan seperti seekor semut.

"Atau mungkin aku patut biarkan kau terseksa dalam penyesalan dan kesengsaraan sepanjang hidup kau, mungkin ini ganjaran yang lebih baik! Selamat tinggal, manusia! Nikmati saat-saat terakhir hidup kau untuk aku, Calina, akan musnahkan seluruh dunia ini!" Calina nampaknya sedang berfikir sesuatu sambil mengibaskan sayapnya dengan segera dan terus terbang tinggi ke udara, hilang dalam sekelip mata.

Hu, demi mengikuti jalan cerita, dia sebenarnya telah menghabiskan separuh hari dan berakhir dengan tangan kosong. Zhang Yang mengeluh kecewa.

"Ah, si dungu! Apa kau dah buat?!" tiba-tiba muncul satu dwarf kecil, berjanggut merah menarik leher baju Zhang Yang dan mendengus, menyembur air liurnya di merata tempat.

[Pengembara Aran Pillar] (Normal)

Tahap : 1

HP: 100

NPC bernama hijau, Mesra!

Walaupun Zhang Yang ingin memusnahkan NPC ini, niatnya itu hilang serta-merta. Dia menolak dwarf itu ke tepi dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan langsung. Keadaan ini jelas menunjukkan sebahagian plot perkembangan tetapi dia tidak berminat untuk bertengkar dengan NPC yang dikawal oleh sistem.

Aran menolak Zhang Yang ke tepi dengan garang dan berkata, "Manusia! Manusia yang sungguh dungu! Kau tahu tak yang kau dah lepaskan seekor syaitan? Makhluk yang akan membawa kemusnahan kepada seluruh dunia!"

"Dia telah dikunci, bagaimana dia mampu melepaskan diri?"

"Manusia jahil! Calina, suatu ketika dulu merupakan hero elf, Renjer Angin! Busur dan anak panah miliknya mampu menembak jatuh bintang di langit malam! Kewujudan yang mampu menyaingi Tuhan! Malahan Dewa Api pun tidak mampu membunuhnya dan boleh mengunci sahaja! Tetapi kuasanya terbukti semakin kuat. Walaupun badannya telah dikunci, dia berupaya mengubah dirinya kepada suatu bentuk batin yang tidak dapat dimusnahkan untuk melibatkan diri dalam pertarungan tidak berpenghujung menentang Unsur Api yang menjaga kunci tersebut, dia berusaha memusnahkan kunci tersebut untuk membebaskan dirinya!" keluh Aran.

Seperti yang dijangka dari seorang Ketua Kelas Dewa, makhluk yang mempunyai kehebatan luar biasa!

"Kau, manusia! Kau kena betulkan semua ini!" kata dwarf itu. Kau harus segera pergi ke Istana Zamrud Putih dan laporkan hal ini kepada Ahli Sihir Agung Anthony Faylon supaya mereka bersiap-sedia untuk menghadapi bencana yang akan berlaku!"

"Ding! Aran Pillar ada saru cabaran untuk anda: Berita Dahsyat. Adakah anda akan menerima cabaran ini? Cabaran anda adalah Cabaran Cerita Utama. Lengkapkan cabaran anda untuk menerima ganjaran yang lumayan!"

Cabaran Cerita Utama!

Jika dibanding dengan Cabaran Tersembunyi, menyelesaikan Cabaran Cerita Utama lebih mudah dilakukan. Bagaimanapun, semakin mudah tugas yang perlu dilakukan, semakin tinggi tahap kesukaran untuk melengkapkan permainan. Pada mulanya, anda perlu melakukan sedikit larian dan membunuh beberapa raksasa tetapi anda perlu menentang ketua raksasa di penghujung pengembaraan. Cabaran ini hampir mustahil dilakukan walaupun sepuluh dalam seribu pemain bersatu!

Zhang Yang semakin teruja. Walaupun dia pernah mencetuskan beberapa Cabaran Tersembunyi dalam hidupnya yang lepas secara tidak sengaja, tetapi disebabkan penyertaannya dalam permainan ini sedikit lambat, dia tidak pernah menemui satu pun Cabaran Cerita Utama! Jadi dalam Cabaran kali ini, sekiranya dia perlu menewaskan Calina, dia perlu mencari sepuluh dalam seribu pemain melebihi Tahap 200 untuk menyertai pasukannya, jika tidak ini bermakna secara tidak langsung mereka akan terus menemui ajal!

Untuk mencapai Tahap 200… ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun! Zhang Yang hanya berjaya sampai ke Tahap 179 setelah 3 tahun dia berusaha menggunakan karakter lamanya!

"Terima!" Zhang Yang menerima cabaran pengembaraan tersebut. Dia tidak tahu berapa lama masa yang dia perlu ambil sebelum sampai ke plot terakhir, jadi dia mungkin ambil mudah tentang permainan ini.

Selepas mengumumkan cabaran, Aran segera kembali ke istana. Zhang Yang berasa hairan bagaimana NPC Tahap 1 boleh berkeliaran di kawasan yang dipenuhi dengan raksasa Tahap 10 dengan begitu bebas. Zhang Yang meneruskan permainan dan terus berusaha keras. Setengah jam telah berlalu, dia disirami dengan pancaran cahaya keemasan dan sampai di Tahap 9. Mengerling kepada jam, dia baru perasan ketika itu sudah pukul 9 malam. Zhang Yang berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk sampai di Tahap 10 sebelum berhenti untuk berehat.

Altar itu tidak kembali ke bentuk asal selepas dimusnahkan. Sebaliknya, ramai Unsur Api telah muncul di situ. Cabaran Cerita Utama ialah hak tersendiri pemain, oleh itu, keadaan di mana dia membantu Calina melarikan diri dari kurungan tidak akan terjadi kepada pemain lain.

Zhang Yang menghabiskan 4 jam berikutnya bermain dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya mencapai Tahap 10. Kemudian, dia membuka inventori miliknya dan bertukar kepada peralatan Keluli-Hitam 3 yang telah lama tersimpan tidak digunakan. HP dan Serangan Senjata miliknya telah meningkat ke beberapa darjah.

[Pemain: Zhan Yu]

Tahap: 10

HP: 350

Pertahanan: 16

Kekuatan: 60

Kerosakan Jarak Dekat: 76 – 84

Selang Masa Serangan: 2 saat

Bagi tahap ini, jumlah HP masih dibawah jangkaan tetapi jumlah Serangan Senjata kepunyaannya sangat luar biasa, mampu menjana aggro secara besar-besaran.

Kemudian dia melaburkan SP yang telah diperolehinya setelah mencapai Tahap 10 kepada kemahiran <Halang > dan tempoh masa bagi kemahiran meningkat semula telah berkurang sebanyak 8 saat.

Zhang Yang pergi ke portal teleportasi Kampung Pemula dan lampu putih dipancarkan kepada Istana Zamrud Putih. Selepas itu, dia keluar dari permainan.

Setelah mencabut topi keledar permainan, Zhang Yang menyediakan makan makan malam dan mandi selepas menghabiskan makanannya. Kemudian dia baring di atas katil dan terus tidur nyenyak.

Pagi berikutnya, Zhang Yang telah bangun pada pukul 6 pagi dan bersenam selama satu jam. Dia mandi dan keluar untuk membeli youtiao1 di gerai sarapan tempatan. Dia pulang ke rumah dan makan youtiao bersama susu.

Selepas selesai bersarapan, Zhang Yang sedang bersiap-sedia untuk memasuki permainan apabila terdengar telefonnya berdering.

"Hello–"

"Si Kecil Yang! Hebat juga kau ni!" Zhang Yang sempat berkata hello sebelum kata-katanya dipintas oleh si pemanggil. "Aku ikut semua arahan kau dan memilih kumpulan Pemburu! Pertama, aku bunuh serigala, 10 bulu berjaya dikumpulkan dan kemudian menuju ke bangunan bawah tanah untuk membunuh sebahagian raksasa. Bila aku sampai di Tahap 5, aku serahkan jaket. Haha. Aku berjaga sepanjang malam dan berjaya capai Tahap 10!"

"Kau ni siapa?"

"Bodoh, tak akan kau tak kenal suara saudara gemuk kau ni?" Han Guang berpura-pura marah. "Aku sempat ambil Cabaran Tersembunyi tapi aku tak dapat lengkapkan 'Sangat Sukar' dan 'Sukar', jadi aku hanya ambil tahap kesukaran 'Biasa' dan telah dapat skor 'Biasa', aku cuba mendapatkan Buku Kemahiran yang dipanggil <Pukulan Tepat>. Haha, kemahiran ini memang di luar jangkaan! Namun begitu, ada seseorang yang telah berjaya mendapatkan skor 'Sempurna'! Aku cemburu betul lepas melihat pengumuman di layar! Aku tak tahu macam mana dia boleh lakukan!"

Zhang Yang tersenyum kecil semasa mendengar nada suara Han Guang yang sangat teruja, "Baiklah, kau dah capai Ibu Kota sekarang bukan? Jom kita berdua pergi dan serang dungeon nanti!"

"Ugh, aku dah bermain sepanjang malam. Aku dah tak mampu nak main lagi, aku nak tidur untuk beberapa jam! Si Kecil Yang, aku akan sertai kau tengahari nanti. Tunggu aku! Ah betul, IGN aku adalah 'Si Kurus dan Kacak', jangan lupa masukkan aku dalam Senarai Rakan kau."

Han Guang mematikan panggilan sebelum sempat Zhang Yang membalas.

"Si Kurus dan Kacak?" Zhang Yang teringat yang saiz badan Han Guang ibarat tubuh dua lelaki biasa berdiri bersebelahan dan dia tiba-tiba berasa seram sejuk.

avataravatar
Next chapter