webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
16 Chs

Bab 7 : Jodoh Hayat Lalu.

~Rumah Arlin~

Claire dan Max tiba dirumah lebih awal berbanding yang lain.Claire yang keletihan duduk di sofa sambil mendongak kepalanya ke atas dengan mata yang terpejam rapat.Max mendekati Claire lalu bersuara,

"Berehatlah dahulu,Claire.Awak kelihatan sungguh keletihan."ujar Max sambil tersenyum.

"Ya,baiklah."Claire membalas dengan senyuman manis di bibirnya.Dia berdiri.Semasa ingin dia berjalan,kasut tumit tingginya patah.Dia hampir jatuh namun sempat dipahut oleh Max.

Mereka bertentangan mata dan jarak mereka amat dekat.Claire yang menyedari Max sedang memandangnya terkejut lalu menjerit kecil.

"Ah,"Claire menjerit kecil.Max sedikit terkejut.Claire jatuh ke atas badan sasanya.

"Adoi,Claire beratnya awak..."Max menampung badan Claire yang berada di atasnya sekarang.

"Heheh,maaf.Saya akan berdiri.."Balas Claire sambil ketawa kecil.

Pintu dibuka Arlin,

"kriukkk..."Max dan Claire tidak menyedari rakan -rakannya masuk.

"Erk,Claire,Max?"Arlin masuk.Dia terpaku begitu juga Sharon dan Zuna.Max dan Claire menoleh dengan terkejut.

"Apa terjadi?"tanya Zuna ingin tahu.Dihujung kata terselit tawa kecil.Claire segera bangun dari atas badan Max.

"Jangan salah faham,ya?Kami tak buat apa-apa...Saya terjatuh ke atas Max kerana kaki saya terseliuh tadi.Eheh.."Terang Claire sambil manggaru lehernya.

"Tony,Bruno dan Hans mana?"sampuk Max menukar topik perbualan empat orang gadis itu.

"Mereka dah balik."Jawab Zuna.Max mengangguk faham.

"Kalau macam tu,korang masuklah bilik dan mandi.Lepas tu,turun untuk makan malam."arah Max lalu berlalu ke bilik tidurnya.

"Baiklah."Balas empat orang gadis itu serentak dituruti tawa kecil dibelakang kata.Kemudian masing-masing masuk ke bilik.Ruang tamu menjadi sepi.

*Bilik Sharon*

"Tuk,tuk,tuk!"bunyi pintu diketuk berulang kali.Sharon mengelamun memikirkan sesuatu.

Zuna bersama Claire dan Arlin masuk ke bilik Sharon lalu menyapa Sharon yang memandang lantai.

"Sharon?Awak,okay?"sapa Zuna sambil memegang bahu Sharon dengan lembut.Sharon sedikit tersentak.Dia mendongak memandang wajah para sahabatnya.

"Bila korang masuk?Tak perasan pun."ujar Sharon.

"Kami dah ketuk banyak kali,tapi tak berjawab.Jadi kami masuklah.."balas Claire lalu duduk disebelah katil Sharon.Zuna dan Arlin duduk bersila di atas karpet bilik Sharon.

"Rindu Bruno ke?"tanya Zuna disusuli tawa kecilnya di hujung ayat.

"Mana adalah..."muka Sharon mula memerah.

"Hah tu apa?Pipi merah tu!"sampuk Arlin.Tangan mulusnya ditunjuk ke arah pipi Sharon yang memerah.Zuna dan Claire memandang pipi Sharon serentak.

"Arlin,saya nak tanya,boleh?"tanya Sharon memandang Arlin.

"Tanyalah apa awak nak tanya."jawab Arlin sambil tersenyum ke arah Sharon.

"Siapa Bruno,Hans,Tony dan abang awak,Max bagi kita berempat?"ujar Sharon memandang Arlin.Zuna dan Claire juga turut memandang Arlin dengan rasa ingin tahu di hati.

"Menurut Max,Bruno, Hans dan Tony merupakan jodoh hayat lalu kita. Itu sahaja yang saya tahu.Max tidak pernah mencerita lebih lanjut tentang kita kepada saya."jawab Arlin sambil menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersenyum simpul.

"Budak -budak,turun makan malam!!!"perbualan mereka terhenti di situ apabila Max memanggil mereka untuk makan malam.Mereka bangun dan menuju ke meja lalu duduk di situ.

~15 minit kemudian~

"Sedap awak masak,Max."Claire duduk disebelah Max yang sedang menonton televisyen dengan kusyuk.Max memandang Claire sambil tersenyum.

"Oh,Claire.Terima kasih."balas Max.

"Mana yang lain?"tanya Max apabila melihat Sharon,Zuna dan Arlin tiada di situ.

"Diorang dalam bilik masing-masing."balas Claire.

"Boleh tolong panggilkan diorang tak?"tanya Max sambil tersenyum simpul.Claire menganggukkan kepala tanda boleh.Claire kemudiannya bangun menuju ke bilik sahabat-sahabatnya.

"Korang Max panggil!!!"jerit Claire dari luar bilik para sahabatnya.

"Ya!!!"jawab ketiga-tiga sahabatnya dengan serentak.Mereka keluar dari bilik masing-masing lalu menuruti Claire ke ruang tamu.

"Kenapa panggil kami,Max?"tanya Sharon dituruti anggukkan kepala tiga sahabatnya yang lain.Max tunduk sambil tersenyum penuh maksud tersurat.

"Aku cuma nak cakap,cuti kita dah tamat dan esok korang akan bersekolah."ujar Max sambil tersenyum.

"Claire macam mana?"tanya Zuna sambil memegang bahu Claire.

"Yang tu korang jangan bimbang.Aku dah uruskan segalanya.Claire akan bersekolah denga korang juga."ujar Max sambil tersenyum simpul.Gadis berempat itu sungguh gembira.

"Dan aku akan bersekolah dengan korang juga.Begitulah juga Bruno,Hans dan Tony."ujar Max sambil tersenyum puas.Tawa empat orang gadis itu terhenti apabila mendengar kata-kata Max.Mereka memandang Max.

"Hah?"Hanya perkataan itu yang dapat diungkap sekarang.Mata mereka terbiliak luas.

"Apa huh,hah,huh,hah? Pergi masuk tidur!"balas Max sambil tersenyum puas lalu berlalu meninggalkan empat sekawan yang termangu-mangu.