webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasy
Not enough ratings
16 Chs

Bab 6 : Kunjungan Kawasan Naungan.

~Pinggir Pantai~

* Max dan Claire *

Claire dan Max sampai di tempat yang dituju oleh oleh mereka berdua.

"Di sini?"Claire bertanya kepada Max sambil memandang kawasan sekeliling.

"Ha'ah.Sini lah."balas Max.

Claire naik ke atas batu-batu yang ada dihadapan mereka.Dia berdiri sambil menadah tangan kanannya.Sebutir mutiara terapung- apung muncul di atas tapak tangan kanannya.Mutiara itu dihulurkan kepada Max.

"Makan ni.Mutiara ni mampu membuat awak bernafas dalam air nanti."ujar Claire sambil tersenyum memandang Max.

"ya?"tanya Max sambil tanganmencapai mutiara yang terapung di atas tapak tangan Claire lalu memakannya.

"Dah bersedia?Kita akan lompat ni."Claire mengangkat tangannya ke atas seperti mahu berenang.Max menganggukkan kepala tanda dia bersedia.Claire melompat dengan penuh yakin disusuri oleh Max dari belakang.

Setelah terjun ke dalam air,Claire berubah menjadi ikan duyung.

Claire memegang tangan Max dengan erat.Dia menarik tangan Max.Tiba-tiba Claire melihat batu karang yang sendiri di situ.Batu karang itu sungguh membosankan.Dengan itu,Claire pun memetik jarinya.Sebutir mutiara muncul di atas tapak tangan Claire.Mutiara itu kemudiannya dijentik ke arah batu karang yang suram itu.Sekuntum bunga tumbuh pada batu karang itu yang membuatkan ia kelihatan cantik dan ceria.Claire tersenyum kepuasan.Max memandang Claire yang dihiasi senyuman menawan.Lalu mereka berenang pergi dari situ.

Setelah lama berenang melusuri lautan luas itu,akhirnya mereka sampai.

"Di sini tempatnya?"tanya Claire sambil melilau kawasan sekelilingnya.

"Rasanya di sini."balas Max sambil mengangguk kepalanya.

Claire lekas berenang.Semua makhluk laut melihat Claire cuba melepasi perintang magis yang dibuat tuan mereka beratus tahun dahulu.

"Bolehkah dia melepasi perintang magis yang kuat itu?"bisik seorang duyung kepada kawannya.

"Kalau betullah dia tuan kita,dia pasti boleh melepasi perintang magis.Sementara itu,semua mutiara laut akan bercahaya!"balas kawan ikan duyung itu.Semua makhluk lain mengangguk setuju.

Claire merentasi perintang magis itu dengan senang sekali.Sekali gus semua mutiara lautan bercahaya membuatkan seluruh lautan bersinar.Mutiara singgahsana Pemerintah Lautan bersinar terang sekali.

"Sembah hormat Ratu Lautan!!!"jerit seorang ikan duyung.Tangannya diletakkan di dada sambil sedikit menunduk.Semua makhluk bersorak gembira dan membuat barisan panjang dilaluan Ratu Lautan.

Claire menuju ke singgahsana yang kosong itu.Sementara itu,seseorang menarik lembut tangan Claire.

"Mari,tuanku."Ikan duyung itu tersenyum ke arah Claire.Claire sampai dihadapan singgahsana itu lalu duduk diatasnya.Setelah dia berpaling pakaiannya berubah menjadi warna kebiruan dan dipenuhi mutiara.

~Taman bunga~

*Hans dan Zuna*

Zuna mendarat dengan perlahan.

"Disinikah?"tanya Zuna.Dia berada dihadapa pintu gerbang yang ditutupi perintang magis yang kuat.

"Masuklah,Zuna."arah Hans.Zuna mengangguk kepala tanda dia faham.

Semua pari-pari kecil memandang Zuna dengan penuh kehairanan.

"Siapa dia?"tanya si pari-kecil kepada pari-pari kecil yang lain.Yang lain mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Bunga akan mengeluarkan mutiara yang bercahaya,kalau dia tuan kita.!"balas seekor si pari-pari kecil dituruti anggukkan kepala pari-pari lain.

Zuna melepasi perintang magis dengan yakin sekali.Sementar itu,semua bunga yang ada di taman itu mekar dan mengeluarkan mutiara bercahaya.Dengan itu,semua yang melihat kejadian yang mempersona itu tunduk menyembah tuan mereka.

Seekor pari-pari kecil bersorak,

"Ketibaan Tuanku Permaisuri Bunga!!"semua tunduk dengan hormat sekali tanpa bantahan.

"Silakan duduk,tuanku."ujar pari-pari kecil itu sambil menundukkan sedikit dirinya.Zuna senyum manis kepadanya.Zuna berpaling.Sekali gus pakaiannya berubah warna menjadi warna merah jambu lembut.Sayap reramanya dipenuhi mutiara.Zuna duduk diatas singgahsana itu dengan yakin.

"Daulat tuanku!!!"sorakan itu diulangi lagi.

~Gua~

*Bruno dan Sharon*

"Masuklah,Sharon."ujar Bruno.Sharon mengangguk.Sharon menyedari ada perintang magis di situ.Tiba-tiba dua ekor ular mendesis lalu bertukar menjadi separa ular. Semua ular disitu keluar.

"Diakah tuan kita?"tanya seekor ular di situ.

"kalau benar..Gua ini akan runtuh dan nenjadi istana yang besar dan muncul singgahsana Empat Ular yang lama terbenam di bawah tanah ini beratus tahun yang lalu.

Sharon masuk ke dalam gua itu.Tiba-tiba gua itu runtuh dan menjadi istana yang besar dan cantik.

Singgahsana Empat Ular muncul.

"Daulat tuanku!!"semua ular menjadi separa ular dan menundukkan kepala masing-masing.

Sharon mendekati singgahsana Empat Ular itu.Setelah dia berpaling, pinggang Sharon dihiasi dengan perhiasan pinggang yang dipenuhi mutiara.Ditangannya memegang cokmar berupa ular tedung putih berhias permata kuning kekilauan.Dia duduk diatas singgahsana itu.

*Tony dan Arlin*

Arlin mendarat dengan perlaham sambil memahut bawah lengan Tony.

"Di sini kawasan pegangan kamu."ujar Tony sambil membetulkan rambutnya.

"Em, baiklah!"balas Arlin sambil tersenyum.Dia terbang melepasi perintang magis yang telah dipasang bertahun dahu lagi .Tujuan memasang perintang magis itu adalah bagi melindungi rakyat yang berada di dalamnya.

"Seseorang cuba memasuki kawasan ini!"jerit seekor burung pipit kecil lalu bertukar menjadi seorang lelaki kecil bersayap serendah lutut Arlin.

Sekawanan burung menuju ke kawasan yang dimaksudkan burung pipit itu. Semua bertukar menjadi manusia bersayap.

"Jika dia tuan punya empayar burung ini , langit biru ini akan dihunani hujan mutiara yang bercahaya!"kata seekor burung kakak tua.Tiba-tiba langit menjadi gelap. Hujan mutiara turun dengan lebat sekali.

Arlin terbang menuju singgahsana Pelepah Burung.Setelah dia menoleh, rupanya berubah. Langit menjadi gelap.Sayapnya menjadi lebih besar dari kebiasaan dan dipenuhi mutiara yang berkilauan.