webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasie
Zu wenig Bewertungen
16 Chs

Bab 11 : Latihan Mutiara Sakti Ratu Justice World.

Selepas beberapa hari Arlin berehat dan dijaga rapi oleh Tony,dia sembuh sepenuhnya.Setiap hari Bruno,Hans dan Tony datang ke rumah Max.

Semua orang melepak di belakang rumah Max.Ketawa dan berbual bersama.

"Apa kata Max ajar korang berempat cara bagaimana untuk mengeluarkan Mutiara Sakti yang tertanam di jantung korang itu?"Hans membuka topik mengenai Mutiara Sakti.Semua orang memandang Max.

"Aku okay saja.Tapi ia ada risiko juga."ujar Max sambil menyentuh lehernya.

"Risiko yang macam mana?"tanya Tony dituruti anggukan kepala yang lain.Max mengeluh panjang.

"Em,apabila Mutiara Sakti dikeluarkan daripada jasad,tubuh empunya badan akan menjadi lemah dan ia memerlukan tenaga yang banyak."terang Max.

"Apakata kita cuba dahulu?"ujar Sharon memandang rakan-rakannya.Zuna,Claire dan Arlin mengangguk setuju.

"Baiklah,kita bermula esok selepas pulang dari sekolah,okay?"kata Max memandang semua orang yang ada di situ.Mereka mengangguk faham.

~Selepas pulang dari sekolah...

"Ah,huhh..."Claire meregangkan badannya.Mereka melakukan regangan bersama.Max,Hans,Bruno dan Tony melihat mereka sedang meregangkan badan dari jarak jauh.Arlin terlihat rakan lelaki dan abangnya memandang mereka berempat lalu memanggil abangnya.Max dan yang lain sedikit tersentak.Mereka menjadi malu.

"Korang rasa mereka perasan tak kita intai diorang ni?"bisik Tony kepada tiga lagi rakannya itu.Mereka sedikit menunduk.

"Kita buat tak ada apa-apa sudah."balas Hans yang sedang menunduk lalu memandang Tony.Bruno dan Max mengangguk setuju.

•••

"Apa pasal diorang tak datang sini?Takkan tak nampak aku yang melambai-lambai di sini?"gumam Arlin sendirian namum masih didengari tiga rakannya itu.

"Alah,jangan risau.Nanti diorang datanglah tu."sampuk Claire yang sedang meregangkan tubuhnya.

Beberapa minit kemudian,sekawan budak lelaki sebaya mereka memunculkan diri mereka.

"Macam mana?Boleh kita mulakan?"tanya Max.Zuna mengangguk dituruti tiga gadis yang lain.

"Hans,Bruno jaga mereka.Kau pun Tony."arah Max serius.Mereka mangangguk laju.

•••

Mereka mula berlatih.

"Pastikan magis korang stabil dahulu."terang Max.Sharon,Zuna,Claire dan Arlin bersedia.Mereka berdiri berjujukan.Dengan serentak mereka berpusing sebanyak satu kali.Sekali gus,pakaian mereka berubah menjadi gaun rasmi mereka.Hans,Bruno,Tony dan Max sungguh kagum akan kecantikan abadi mereka.Badan gadis-gadis itu bercahaya seperti mutiara yang terlekat pada pakaian mereka.Sesiapa yang memandang pasti tertawan.

"Lekas keluarkan Mutiara Sakti korang!"arah Max yang tersedar daripada tawanan kecantikan Ratu Justice World.

Sharon,Zuna,Claire dan Arlin menggerakkan tangan dan jari-jemari halus mereka membentuk suatu bentuk yang rumit seolah-olah mereka sedang menari.Kemudian,tangan kanan mereka diletakkan di bahagian jantung dengan lembut.

"Erg.."mereaka mengerang kesakitan yang halus.Muka mereka menjadi pucat.Dada mereka mula bercahaya terang.Tiba-tiba keluar sebutir mutiara yang bersinar terang.Mutiara Sakti itu berada di atas tapak tangan mereka.Mereka tersenyum puas dengan wajah pucat yang kepenatan.

"Ki,kita berjaya,bukan?"ujar Claire sambil tersenyum.Wajahnya menjadi semakin pucat.

"Erg.."Claire tumbang di pangkuan Max.Mujur Max sempat memahut pinggang Claire.

"Ergg.."Zuna mula terhuyung-hayang.Matanya kabur.Kemudian,Zuna tumbang di pelukan Hans.Sharon dan Arlin turut rebah.

"Zzupp!"Mutiara Sakti yang telah dikeluarkan masuk semula ke jantung mereka.

Dengan serta-merta tubuh mereka longlai.Masing -masing terlentok di bahu pasangan.

"Bawa mereka ke istana masing-masing..."arah Max.Yang lain mengangguk faham.Mereka berpusing dan terus lesap menjadi abu yang bersinar dan berkilauan.

~Istana Bunga~

"Ergh..."Zuna mengerang kesakitan.Dia memegang kepalanya yang pening.Tangannya kirinya terasa hangat.Dia melihat tangannya.Hans memegang tanganya.Hans telah terlena semasa menemani Zuna tidur.

"Hans?"tanya Zuna memegang kepala Hans yang terlentok di sisinya.Hans mengangkat kepalanya.Matanya masih berpinar.

"Oh,Zuna?Awak dah sedar?"tanya Hans sambil menggesel matanya.

"Erm.."balas Zuna sambil tersenyum simpul.

"Apa awak buat kat sini dan kenapa saya ada kat Istana Bunga ni?"tanya Zuna sambil memandang sekelilingnya.Banyak bunga-bungaan yang berbau harum disekelilingnya.

"Awak pengsan kelmarin akibat keluarkan Mutiara Sakti dari jantung."terang Hans sambil membetulkan cadar katil.

"Menurut Max korang harus berada di istana masing-masing bagi memulihkan magis dan kestabilan badan kerana istana korang tempat korang sudah terbiasa."sambung Hans sambil tersenyum manis bak madu.

Jari jemari Hans lincah bergerak mengatur santapan Zuna menggunakan magis Akar Menjalar.

"Shhiiiiii!"sebuah meja berukir bunga sakura berada di hadapan Zuna.Meja itu dipenuhi makanan yang berasaskan bunga dan seteko teh bunga kekwa yang harum.

"Wow,Hans?"Zuna terkejut.Dia menekup mulutnya kerana terkejut dan terharu.

"Terima kasih?"Zuna membuat mata anak anjing.Wajahnya terlihat sungguh comel.Tangan Zuna lekas mencapai semua makanan yang ada di hadapannya lalu disuakan ke mulut mungilnya itu.

~Istana Ular~

Bruno memandang Sharon yang sedang tidur nyenyak di atas katil yang berukir empat ekor ular tedung dan cadar putih bersih itu.Kemudian,Bruno mengusap lembut kepala Sharon.Tiba-tiba Sharon merengek manja.Dia mengigau.Bruno tersenyum melihat telatah Sharon semasa tidur.Bruno cuba membetulkan kedudukan Sharon.Tiba-tiba Sharon memeluk Bruno yang sedang membetulkan badan rampingnya itu.

"Jangan tinggalkan saya...Em.."ujar Sharon sambil matanya tertutup.Semakin erat pelukan Sharon.Bruno cuba meleraikan pelukan Sharon itu namun gagal.Bruno memandang wajah Sharon yang imut sewaktu tidur.Dengan tiba-tiba Sharon memagut bibir Bruno.Bruno terpaku.Sharon pun melepaskan ciumannya dan tidur dengan nyenyak seperti seorang bayi.

~Istana Langit~

"Tidurlah baik-baik ,bayi comel saya,ya?"Tony meletakkan Arlin ke atas katil dengan lembut.

"Dayang!"panggil Tony memanggil seorang dayang.Dayang yang bernama Tamara itu masuk lalu menundukkan kepalanya sedikit.

"Ambilkan air suam dan kain untuk beta."arah Tony dengan tegas.

"Baiklah,Raja Tanah."balas Tamara seraya berundur pergi dengan tertib sekali.

Selang beberapa minit kemudian,Tamara datang dengan dulang yang berisi air suam dan sehelai baldu yang berukir burung helang yang merupakan simbolik Empayar Burung.

"Letak di sana dan pergi siapkan santapan Ratu Burung."arah Tony sambil mencapai kain baldu yang berukir burung helang itu.Tamara mengangguk faham.Dia berundur dengan tertib.

Tony membasahi kain baldu itu lalu membasahkan tubuh Arlin yang kaku itu.Selepas itu,Arlin sedar.

"Uhuks,uhuks!"Arlin menekup mulutnya kerana batuk.

"Dah bangun?"tanya Tony lalu mengusap kepala Arlin.

"Mari kita bersantap."Ajak Tony.Tony mencapai lembut tangan Arlin lalu mendukungnya.

"Huh?"Arlin terkejut.Dia tidak bisa berkata-kata.Arlin membiarkan Tony mengangkatnya ke meja makan.

"Tap,tap,tap..."bunyi detap tapak kasut Tony jelas kedengaran menuruni satu persatu anak tangga Istana Langit.Tamara dan beberapa dayang-dayang yang lain berdiri membentuk satu barisan.Masing-masing menundukkan kepala.

Arlin memandang Tony sejak dari tadi tanpa berkedip matanya.

Tamara membuka ruang kerusi utama Ratu Langit dan Tony pun meletakkan Arlin di kerusi itu. Tony menyuapi Arlin.Dayang-dayang dan Tamara melihat adegan romantis itu.

"Sepertinya Ratu Langit sudah jatuh kepada Raja Tanah..."bisik Aerena yang merupakan salah seorang dayang yang turut berada di situ kepada Tamara.

"Memanglah.Itukan jodoh hayat lalu.Tak kira bagaimana mereka berpisah pastinya akan tetap bersama."Tamara berkata sambil tersenyum ke arah tuannya.

~Istana Laut Biru~

Mutira yang diberikan Claire untuk bernafas di dalam air berfungsi untuk selamanya.Di pinggir pantai dia berdiri sambil mendukung Claire yang pengsan akibat mengeluarkan Mutiara Sakti.

Max berpusing satu kali sambil mendukung Claire dan mereka pun berada di dasar lautan.Kepala Claire tersandar pada dada bidang Max itu.Rupa Claire tidak berubah.Dia masih mempunyai sepasang kaki.Max berenang dengan susah payah untuk sampai ke Istana Laut Biru.Max sekali sekala memandang Claire.Akhirnya Max sampai ke destinasi yang diinginkan.

Para pengawal Istana Laut Biru bergegas menuju ke arah Max dan Claire.

"Biar beta bawanya ke kamar utama!"Max memarahi pengawal itu yang cuba mengambil Claire darinya dengan wajah yang bengis sekali.

"Ba,baiklah.."para pengawal itu tunduk ketakutan.

Max melangkah dengan gagahnya.Para pengawal itu kagum akan kekuatan Max.

Setibanya di kamar Ratu Lautan,Max meletakkan Claire ke atas katil yang bercorak mutiara biru lembut itu. Max pun menyelimutkan tubuh Claire lalu mengucup dahi Claire.

Selapas itu,Max duduk di samping Claire dan mengelamun sendiri sambil menopang dagunya.Dia mengingat kisah silamnya yang berwarna-warni itu.