"Eh, apa yang berlaku di sini? Kenapa kamu mula bertengkar?"
Ketika itu, kedengaran suara yang menggoda hingga menusuk tulang, membuatkan tulang semua lelaki yang berada di situ terkulai dan kebas, seluruh tubuh mereka men jadi tidak bermaya.
Fang Ya berjalan di bawah renungan berahi semua orang, mengangkat tepi bibirnya dengan sangat menawan, dan penampilannya yang menggoda beralun bersama perasaan berahi yang kuat. Setiap kerutan dan senyumannya memaparkan ribuan ekspresi menggoda yang berbeza.
"Hmph, cuma sampah dari Kediaman Jeneral ini, sebagai seseorang yang mempunyai resam tubuh tak berguna, dia masih berani datang ke Pavilion Perubatan untuk merampas Cecair Berubat Pengumpul-Roh! Kami cuma tidak mahu Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini disia-siakan oleh si sampah ini, sebab itu kami mahu dia berambus. Kamu datang tepat pada masanya, kamu patut menghalau sampah ini pergi!"
Fang Ya mengangkat keningnya, pandangannya tepat pada Yun Luofeng. Mengangkat lembut tepi bibirnya, dia mendekati gadis muda itu.
"Sesiapa saja yang datang ialah tetamu. Pavilion Perubatan tidak pernah menolak pelanggan, apatah lagi gadis jelita seperti ini. Bagi saya, dalam Kerajaan Long Yuan, tiada seorang wanita yang boleh dibandingkan dengan penampilan gadis ini."
Mata Mu Wushuang menjadi gelap, jelas sekali tidak suka dengan kata-kata Fang Ya. Apa yang dia maksudkan dengan Yun Luofeng wanita itu paling cantik di seluruh Kerajaan Long Yuan? Dia sendiri, Mu Wushuang, lebih teruk daripada sampah itu?
"Bau ini sangat wangi!"
Fang Ya bergerak ke hadapan Yun Luofeng, menghidu sedikit, senyuman menggoda terukir pada wajahnya yang menggiurkan itu. Apa yang dia lakukan itu jelas sekali tidak manis, tapi sesuatu yang sangat menyenangkan untuk seseorang melihatnya.
"Memandangkan kamu datang untuk membeli ubat herba, kamu boleh ikut saya dahulu."
Yun Luofeng mengangguk. Dia berjalan ke arah Yun Luo, bibirnya mengukir senyuman jahat. "Harga dos Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu ialah 20 juta tahil. Ia terlalu mahal. Jika Datuk ingin membeli cecair berubat ini, kita akan rugi besar, jadi pulang ke rumah dulu dan tunggu saya, dan saya akan memberikan kejutan pada Datuk."
Setelah memikirkannya, Yun Luofeng membuat keputusan untuk mendedahkan hal Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini. Kalaupun orang tua itu tidak dapat menanggungnya, cara ini tetap lebih baik daripada membiarkan dia membayar begitu banyak wang untuk Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu.
"Hehe," Gao Ling terdengar suara Yun Luofeng lalu ketawa mengejek. "Yun Luofeng, setelah kamu gagal membunuh diri, walaupun kamu tidak terlalu menyakitkan hati seperti sebelum ini, kamu terlalu angkuh! Kamu cakap membeli Cecair Berubat Pengumpul-Roh dengan harga 20 juta itu terlalu mahal? Dan akan rugi besar? Biar Beta beritahu kamu, walaupun harganya 30 juta tahil, masih ada orang yang sanggup membelinya. Cuma orang jahil seperti kamu sahaja yang menganggap Cecair Berubat Pengumpul-Roh terlalu mahal."
Seakan tidak mendengar kata-kata Gao Ling, Yun Luofeng selamba berjalan masuk ke dalam Pavilion Perubatan.
Yun Luofeng pergi dahulu, tidak perasan sebelum Fang Ya beredar, dia menjeling Gao Ling seolah-olah lelaki itu seorang yang bebal.
"Tuanku Putera Mahkota!"
Setelah melihat cucunya pergi, riak wajah Yun Luo menjadi gelap. "Jangan fikir yang Patik tidak tahu kenapa menteri diraja enggan meminjamkan Patik duit! Patik pada asalnya hendak menahan perasaan untuk mengekalkan kedamaian, tapi Patik tidak menyangka Tuanku akan terus melampaui batas! Tuanku memandang rendah cucu Patik sebegini hari ini, tapi akan sangat menyesal satu hari kelak!"
Sangat menyesal?
Putera Mahkota itu tertawa, meninggalkan Yun Luofeng ialah keputusan terbaik yang dia pernah buat, dia tidak akan pernah menyesalinya!
...
"Ini ubat herba yang saya perlukan hari ini."
Setelah masuk ke dalam Pavilion Perubatan, Yun Luofeng mengeluarkan sekeping kertas lalu meletakkannya di hadapan Fang Ya.
Fang Ya tersenyum menyambut kertas yang Yun Luofeng hulurkan. Sementara mengekalkan pandangan mata, dia berkata, "Kamu telah bantu Pavilion Perubatan ini mendapatkan pendapatan yang tinggi, jadi saya tidak akan menerima duit kamu untuk ubat herba ini. Kami akan berikan secara percuma!"
Yun Luofeng terkejut memandang Fang Ya.
"Apa maksud kamu?"
Adakah identitinya telah terbongkar? Mustahil! Ini cuma kali kedua dia bertemu Fang Ya, jadi bagaimana wanita itu mendapat tahu tentang identitinya?