51 Lelaki Tua Yang Menerima Kejutan (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Cik Yun, orang jujur seperti kami tidak bercakap secara kiasan. Beberapa hari lalu, wanita yang membawa Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu ialah kamu."

Fang Ya melenggokkan pinggul kecilnya dan berjalan secara menggoda ke hadapan Yun Luofeng. "Kamu harus tahu, walaupun seseorang mengubah penampilannya, dia tidak akan dapat mengubah bau badannya. Lagipun, saya memang sangat sensitif dengan bau."

Yun Luofeng menyentuh dagunya dan memandang Fang Ya dengan senyuman jahat. "Saya tidak tahu pula Cik Fang Ya lahir pada tahun anjing."

Di hadapan orang yang berpengalaman seperti Fang Ya, walau bagaimana seseorang cuba berselindung, tiada gunanya, jadi lebih baik mengaku sahaja.

"Saya masih ada sesuatu yang hendak ditanyakan kepada kamu." Fang Ya menutup bibirnya lalu tersenyum menggoda, "Adakah kamu yang telah menyelesaikan masalah racun bunga Man Luo?"

Mata hitam Yun Luofeng bersinar dengan kekaguman, dan dia berfikir sejenak sebelum bertanya, "Saya tidak berapa pasti bagaimana kamu boleh tahu?"

"Jadi memang kamu!" hati Fang Ya berasa sangat bahagia. "Cik Yun, sila ikut saya, Tok Ketua Rong ingin berjumpa dengan kamu."

Tok Ketua Rong?

Setelah mendengar nama itu, Yun Luofeng terpegun. "Tok Ketua Rong ingin berjumpa dengan saya? Saya dengar Tok Ketua Rong dari Pavilion Perubatan sangat sombong dan mungkin tidak menerima keluarga diraja dan bangsawan yang datang untuk melawat. Saya tidak faham kenapa dia ingin berjumpa dengan saya sekarang?"

"Cik Yun, kamu akan faham jika kamu ikut saya."

...

Di dewan dalam.

Tok Ketua Rong memegang lembut cawan teh di tangannya, memberitahu lelaki pertengahan umur di sampingnya, "Nampaknya kekecohan disebabkan oleh Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini sangat besar. Sayang sekali cuma ada satu dos sahaja. Oh ya, Mu Rong, ada berita mengenai orang yang saya suruh kamu cari?"

Wajah Mu Rong menunjukkan ketidakupayaan. "Buat masa ini, kita cuma tahu dua ciri istimewa tabib misteri ini. Pertama, menurut Cik Fang Ya, orang misteri ini adalah seorang gadis muda, kedua, gadis muda ini berpakaian serba putih. Namun, dalam lautan manusia ini, sangat sukar untuk mencari seseorang hanya berdasarkan hanya dua ciri-ciri ini."

"Walaupun kamu tidak mampu mencari dia, kamu mesti cari dia! Walaupun perlu menggerakkan seluruh kuasa Pavilion Perubatan!"

Mencari di mana tabib misteri ini berada melibatkan kebolehan Pavilion Perubatan untuk terus bertahan, jadi dia mesti mencarinya!

Tok! Tok! Tok!

Beberapa bunyi ketukan terdengar dari luar pintu. Tanpa menunggu Tok Ketua Rong bertanya dengan kuat, suara Fang Ya yang menggoda sehingga menusuk tulang, terdengar dari luar pintu, "Tok Ketua Rong, saya telah temui tabib yang menyelesaikan masalah racun Man Luo."

Tangan Tok Ketua Rong mengigil, hampir menjatuhkan teh di tangannya ke lantai. Dia berdiri dari kerusi dengan bising, keterujaannya yang berlebihan membuatkan suaranya menggeletar.

"Bawa dia masuk cepat."

Habis sahaja dia bercakap, pintu bilik itu ditolak terbuka. Fang Ya yang menawan dan berpakaian merah masuk ke dalam bilik itu dahulu, dan tidak jauh di belakang Fang Ya ialah satu susuk tubuh yang memakai jubah berwarna putih salju menangkap pandangan Tok Ketua Rong.

Gadis muda itu terlalu cantik. Kulitnya putih seperti jed, kecantikan tiada tandingan yang boleh menghancurkan bandar. Jahat tetapi lesu, keningnya mendedahkan keangkuhan yang mendominasi, tidak membenarkan sesesiapa untuk tidak mengendahkannya.

"Yun Luofeng?"

Sebagai orang tak berguna nombor satu, adalah mustahil jika Mu Rong tidak pernah mendengar nama Yun Luofeng. Ketika ini, melihat orang Fang Ya temui ialah Yun Luofeng, perasaan hairan dalam hatinya sudah dapat dibayangkan.

Cumanya, atas sebab yang tidak diketahui, Yun Luofeng ini seperti berbeza dari yang pernah dia lihat dahulu...

"Adakah kamu tabib yang menyelesaikan masalah racun Man Luo?"

Mata Tok Ketua Rong berkelip-kelip kerana terkejut. Tentut sekali diia terkejut bukan kerana identiti Yun Luofeng! Tetapi kerana walaupun sudah mengetahui bahawa tabib misteri itu sangat muda, dia tidak menyangka tabib itu semuda ini. Melihat dari umurnya, lebih kurang empat belas, lima belas tahun…

avataravatar
Next chapter