webnovel

Kembali Untuk Menuntut Hutang

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Tetapi perempuan liar ini mempunyai keyakinan untuk membuat laporan kepada pihak polis, menuduh saya merancang pembunuhannya beberapa tahun yang lalu.

Saya sudah cukup baik untuk membuang mereka di jalanan.

Sudah tentu, Wu Rong tidak melahirkan kata-kata ini secara kuat. Dia melihat sekilas pada Xinhe dengan penuh rasa hina. Dia tidak berasa takut sedikit pun meskipun dia tahu yang Xinghe berada di sana untuk membuat masalah.

Dia sudah mewarisi keseluruhan harta tinggalan keluarga Xia; mengapa perlu dia berasa takut pada Xinghe?

Wu Rong dengan sinisnya berkata, "Puan Chan, adakah awak sudah nyanyuk? Mengapakah awak membenarkan orang asing masuk ke dalam rumah? Rumah kita bukannya pusat muda-mudi; bukan semua orang boleh masuk ke sini."

Puan Chan membalas dengan suara selembut bunyi seekor nyamuk, "Tapi Puan Besar, ini ialah Puan Muda Xia…"

"Puan Chan, awak benar-benar telah nyanyuk! Rumah ini hanya ada seorang puan muda dan ianya ialah Wushuang. Awak fikir sesiapa sahaja boleh menjadi puan muda?"

Puan Chan diam ketakutan.

Xinghe tidak sedikit pun terganggu dengan kekasaran Wu Rong.

Dia memandang dingin pada Wu Rong seolah-olah mendoakan kematiannya.

Wu Rong menuruni tangga perlahan-lahan sambil memberikan pandangan balas yang sama tajamnya kepada Xinghe. "Xia Xinghe, apa yang kamu buat di sini? Bawa keluar tubuh kamu yang kotor itu dari rumah saya atau saya akan panggilkan pengawal keselamatan untuk campak kamu keluar."

Xinghe membalas, "Oh ya? Saya hairan siapa yang beri kamu kuasa untuk membuang saya keluar."

"Ini ialah rumah saya! Tak cukupkah kenyataan itu? Saya ulang lagi, pergi dari sini. Kamu sedang mencemarkan rumah saya dengan kuman-kuman kamu," Wu Rong berkata-kata dengan lantang dan kasar, 180 darjah berbeza dengan dirinya enam tahun dahulu.

Sebelum Xia Chengwen, bapa Xinghe meninggal dunia, Wu Rong seorang ibu tiri yang penyayang dan baik hati.

Malangnya, bagaimana baiknya dia suatu masa dahulu sama boleh disamakan dengan bagaimana jahatnya dia sekarang.

Xinghe menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menyedari perbuatan Wu Rong sebelum ianya sudah terlambat.

"Rumah kamu?" Xinghe berkata sambil melangkah lebih rapat kepada Wu Rong, matanya memandang tajam. "Wu Rong, kamu fikir saya tidak perasan akan kebenaran di sebalik kematian bapa saya, kemalangan kereta saya sendiri dan tipu helah kamu di dalam wasiatnya?"

Wu Rong kelihatan gementar seketika.

Dia menatap Xinghe dan berkata perlahan-lahan, "Jadi ingatan kamu sudah pulih."

"Betul tu, saya kembali untuk menuntut apa yang kamu hutang pada saya."

Wu Rong ketawa mengejek. Dia tidak kisah jika ingatan Xinghe sudah pulih atau tidak, perempuan itu tetaplah bukan siapa-siapa.

"Saya berhutang pada kamu? Saya merupakan isteri ayah kamu, selepas kematiannya, semuanya dengan semulajadinya diserahkan kepada saya. Jadi apa yang saya hutang pada kamu? Siapa kamu untuk meminta harta tinggalannya?"

Menggunakan kelemahan dalam undang-undang, Wu Rong tidak merasakan Xinghe sebagai satu ancaman bagi menuntut aset yang ditinggalkan Chengwen.

"Xia Xinghe, jika kamu berani mencabar saya di mahkamah sekalipun, saya tidak takut! Tapi kamu sepatutnya takut kerana saya akan saman kamu atas tuntutan fitnah!"

Wu Rong sudah pun menghubungi penguamnya untuk menyediakan kertas kerja apabila dia mengetahui Xinghe membuat laporan polis mengenainya.

Dia akan pastikan perempuan liar itu menyesal kerana membuatnya marah!

"Saya persilakan kamu berbuat demikian, kita akan lihat siapa yang menang dan siapa yang kalah," Xinghe berkata dengan nada tidak tergugat. Ini menyebabkan Wu Rong berasa sedikit terganggu, bimbang jika Xinghe sememangnya mempunyai bukti terhadapnya.

Walau bagaimana pun, dia cepat-cepat membuang ketakutan itu daripada mindanya. Lagi pun, dia terlalu pintar bagi perempuan liar itu mempunyai sebarang bukti ke atasnya.

"Ingat kata-kata saya. Saya sendiri akan pastikan kamu akan masuk penjara," Wu Rong menyumpah dengan kasarnya. Dia berpusing dan memberi arahan, "Puan Chan, panggil pengawal keselamatan untuk buang dia keluar!"

Puan Chan begitu terkejut.

Wu Rong memandang pembantu rumah tua itu dengan pandangan tajam dan menambah, "Apa? Kamu pun mahu memberontak dengan saya sekarang?"

"Sudah tentu, tidak, Puan Besar…" Puan Chan tiada pilihan lain melainkan untuk memanggil pengawal keselamatan.