36 Rumah Yang Dia Berkenan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak dapat tidak, orang akan berfikir mengenai laman sesawang jenis apakah yang Tianxin lawati pada masa lapangnya?

Tidak kiralah bagaimana bersungguh-sungguhnya Tianxin cuba menjelaskan perkara itu, pendapat orang mengenainya sudah berubah. Gambaran suci dan tidak bersalah yang sedaya upaya dipertahankannya sudah musnah dalam satu malam.

Ini menyebabkan Tianxin berkurung di dalam rumahnya selama beberapa ketika yang lama, marah pada dunia sekeliling. 

Dia tidak perasan langsung akan manuskripnya yang hilang.

Xinghe tidak mengambil berat mengenai apa yang terjadi kepada Tianxin.

Dia ada matlamat yang lebih besar untuk dipenuhi.

Chengwu telah pulih dengan cepat; keadaannya sudah pun stabil dalam masa dua hari sahaja selepas pembedahannya.

Xinghe dan Xia Zhi yang menjaganya melepaskan helaian nafas lega.

Xinghe tidak mempunyai masa untuk menguruskan penampilannya sepanjang waktu itu di mana dia benar-benar fokus menjaga pak ciknya.

Xia Zhi masih meradang memikirkan bagaimana Tianxin telah memfitnah kakaknya.

Dia menasihatkan Xinghe, "Kak, kesihatan ayah sudah pulih dengan begitu baik. Jadi saya boleh menjaganya seorang diri. Apa kata kalau kakak ke kedai dan beli beberapa pasang baju baru, apa-apa sahaja yang kakak mahu. Masih ada baki 100 000 RMB di dalam kad saya. Jangan takut untuk gunakan kesemuanya, saya yakin saya akan dapat lagi duit dalam masa terdekat."

"Itu boleh tunggu, kita harus selesaikan hal rumah terlebih dahulu," Xinghe menolak cadangannya.

Xia Zhi tersedar akan realiti dan dia bersetuju. "Betul cakap kakak. Kita tak boleh tinggal di pangsapuri itu lagi, kita perlukan tempat tinggal baru. Saya akan carikan kita tempat yang elok, jadi ambil lah masa ini untuk berehat."

"Saya sudah berkenan pada satu tempat ini – tetapi saya perlu uruskan ini sendirian. Kamu duduk di sini dan tolong saya jaga pak cik, saya akan pulang nanti," Xinghe berkata sebelum berpusing meninggalkan tempat itu.

"Kak, kakak nak ke mana?" Xia Zhi yang terkejut cuba memanggilnya tetapi Xinghe sudah pun berjalan jauh di koridor. Dia tidak berpatah balik.

Ke manakah dia hendak pergi?

Tidak lain tidak bukan, dia berniat untuk mencari tempat tinggal buat mereka dan tempat yang dia berkenan ialah… vila lama milik keluarga Xia!

Semenjak beberapa tahun, tempat itu didiami oleh beberapa orang pemilik yang tidak layak memilikinya dan melanggar undang-undang. Sudah tiba masanya untuk mereka keluar.

Xinghe kemudiannya tiba di hadapan pintu pagar vila keluarga Xia.

Dia mendongakkan kepalanya untuk melihat keseluruhan tempat itu dengan senyuman tabah tertampal di wajahnya.

Xinghe menekan loceng dan pintunya dibuka beberapa detik kemudian.

Wanita yang berdiri di balik pintu tersebut ialah pembantu rumah lama keluarga Xia, Puan Chan.

Puan Chan terkejut apabila dia melihat pelawat itu. "Kamu, kamu Puan Muda Xia?"

"Adakah Wu Rong berada di rumah?" Xinghe bertanya tanpa bahasa-bahasi.

Puan Chan tidak tahu mengapa Xinghe berada di situ maka dia menjawab dengan teragak-agak, "Puan Besar ada di rumah…"

Xinghe menyiku dia ke tepi dan berjalan santai ke dalam vila itu. Wu Rong yang sudah siap berpakaian cantik kerana mahu ke majlis tari-menari berprestij, kebetulan pula sedang menuruni tangga.

"Puan Chan, siapa tu?" ujar Wu Rong dalam nada bosan, perlahan. Kemudian, matanya tertancap pada Xinghe yang berdiri di kaki tangga.

Wu Rong sedikit terkejut. Walau bagaimana pun, dia cepat-cepat menenangkan dirinya. Dia memandang Xinghe sekali lalu dengan penghinaan tergambar pada matanya.

"Xia Xinghe?" Wu Rong hampir tercekik dengan rasa pandang rendah dalam suaranya.

Bilakah kali terakhir saya melihat perempuan liar ini?

Ianya dua tahun yang lalu. Saya masih ingat ketika itu Xia Chengwu jatuh sakit dengan demam teruk. Mereka telah menghabiskan semua wang simpanan mereka dan terpaksa hidup dengan hutang. Disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang pilihan, Xinghe muncul dengan idea gila bahawa dia boleh pulang untuk meminta harta warisannya. Sudah tentulah saya menghalau dia keluar, tanpa memberi Xinghe satu sen pun.

Selepas dua tahun yang sunyi dan tenang, Xi Xinghe kembali lagi.

Semua ingatan tersebut datang memenuhi fikiran Wu Rong. Sejujurnya, dia sudah bersedia untuk kepulangan Xinghe.

Dia merasakan bahawa suatu hari nanti Xinghe akan kembali apabila dia menjadi gelandangan.

avataravatar
Next chapter