webnovel

Bab 5_Minta maaf

Aku renung jauh ke luar jendela. Fikiran aku kosong. Semuanya kelam dan hitam. Tiada apa lagi dapat aku fikirkan ketika itu. Hanya linangan air mata menjadi peneman duka larut malam itu. Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Tiba-tiba hanfone aku berbunyi. Nombor yg tidak dikenali tertera di skrin. Pada mulanya aku tidak mahu mengangkatnya. Apabila di fikirkan utk kali kedua, aku khuatiri itu adalah panggilan kecemasan. Dengan segera aku mengangkat. Suara Hazama di hujung talian. Aku hampir mematikan talian itu, tetapi...

Hazama: Please, jangan letak! Aku minta

maaf.. Aku betul-betul nak minta

maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak

patut buat macam tu kat kau. Aku

minta maaf. Please maafkan aku.

Walaupun dia berkali-kali minta maaf, namun aku tidak boleh memaafkannya. Pahit aku telan maafnya itu. Memang susah!

Aku: Kau ingat kau buat kesalahan kecil ke?

Nak minta maaf macam ni. Kau sedar

tak apa yg kita dah buat? Kita bukan buat

kesalahan kecil tau.Ini adalah dosa

besar! Kalau orang lain tak tahu, tak

apalah lagi. Tapi Allah tu maha

mengetahui, Dia akan laknat orang

membuat suka membuat maksiat

macam ni. Kau faham tak! Aku pun tak

tahu kenapa aku masih nak bercakap

dengan kau ni. Sudahlah! Aku malas nak

layan orang yg macam kau ni. Aku benci

kau. Kaukan dah anggap aku ni sampah

kat mata kau, jadi tolonglah jangan

ganggu hidup aku lagi! Aku merayu kat

kau! Jangan cari aku lagi.

Hazama: Baiklah, Aku janji lepas ni aku tak

kacau kau lagi. Tapi please jumpa

aku sekejap esok. Kita jumpa kat

parking lot. Kau boleh ambil barang-

barang kau dalam kereta aku terus.

Esok pagi, aku tunggu kau kat sana.

Aku mengharap kau datang jumpa

aku esok..

Aku terus mematikan taliannya. Aku tak sanggup mendengar suaranya. Apatah lagi mahu berjumpa dengannya. Hati aku bertambah sakit bila mengenangkan penghinaan yg telah dia lemparkan atasku tadi. Hatiku betul- betul sakit. Kau dah sedap, lepas tu kau nak buang aku. Betul-betul kau buat aku ni macam sampah! Kau ingat aku ni macam betina-betina yg kau angkut dulu ke? Aku tak pernah nak pun dan tak akan nak. Kalau aku nak sangat, aku akan tunggu sampai bernikah. Selepas solat subuh, aku termenung di atas sejadah. Fikiran aku masih memikirkan tentang perjumpaan kami nanti. Berat hati aku utk pergi sebab takut akan berulang lagi perkara semalam. Tapi beg dan buku-buku aku ada bersama dia. Agak penting semua barang-barang itu. Mahu tak mahu, aku harus kuatkan diri utk mengambil semula barang-barangku. Jika ada apa-apa nanti, aku hanya perlu menjerit meminta tolong. Aku pasti ramai pakcik sekuriti buat rondaan ketika itu.

Jam 830 pagi, selepas bersiap, aku terus melangkah ke parking lot. Nasib baik kelas pagi itu di batalkan, jadi sepanjang hari itu aku tidak ada kelas.Selepas ambil semua buku, aku ingat mahu ke perpustakaan. Bolehlah aku menghabiskan masa utk menyiapkan beberapa assignment yg tertangguh. Pukul 9 aku tiba di parking lot dari jauh sebuah kereta menuju ke arah aku. Kereta bmw 6 series berwarna biru berhenti di sebelahku. Dia membuka tingkap kereta dan wajahnya berkaca mata hitam terpacut di muka tingkap.

Hazama: Hai! (dia mengangkat tangannya)

Aku: Walaikumsalam! Mana barang-barang

aku?

Hazama: Ada ni. boleh naik jap?

Aku: Apasal aku kena naik plak? Just pass it

then you may go.

Hazama: Amboi, menghalau nampak! Naiklah

dulu. Tak sudi ke, sayang?

Aku: Sayang?? Uwek! Geli tau tak! Jangan la

main-main. Aku nak cepat ni.

Hazama: Kalau kau nak cepat, naik cepat. Aku

tahu kau tak ada kelas hari ni. Aku

dah check jadual kau. Kau tak boleh

tipu aku.

Aku: Maaflah, encik Hazama. aku tak sudi.

Jadi tolong pulangkan barang-barang

aku, cepat!

Hazama: Kalau kau naik kali ni, aku janji lepas

ni aku takkan kacau kau dah. I'm

promise!

Setelah beberapa kali dia meminta aku naik dan akhirnya aku terpaksa menerima tawarannya. Namun, apabila kaki aku sudah melangkah masuk ke dalam kereta, tidak semudah itu dia mahu menyerahkan barang ku. Sejurus aku masuk ke dalam perut kereta, dia menyuruh aku menutup pintu. Pada mulanya aku teragak-agak, tetapi apabila bertegas, aku pun menutup pintu. Dengan senyuman yg sinisnya, dia terus mengunci pintu kereta. Enjin yg masih hidup itu, dia terus masuk gear dan terus memecut laju keluar dari kampus. Hala tujunya ke arah bandar. Fikirian ku semakin serabut dan buntu. Aku cuba memarahinya tapi dengan muka selamba dia hanya membalasku dengan senyuman. Lama aku membebel, akhirnya ku diam apabila tiada reaksi darinya selain dari senyuman. Bosan melayan kerenah dia dan aku mula membuang pandanganku ke luar tingkap. Lama juga masing-masing mendiamkan diri dan akhirnya dia berkata "aku pun tak tahu kenapa tapi aku nak meminta maaf juga dari kau. Aku harap kau dapat maafkan aku." Tiada jawapan dariku. Fikiranku masih terngiang dengan kejadian semalam. Pertemuan kami dari kali pertama hingga semalam telah memberi kesan trauma dan impak yg besar pada diriku. Aku bimbang jikalau perkara semalam akan berulang kembali. Tanganku tiba-tiba di tarik dan di genggam kuat olehnya. Tidak boleh dilepaskan. Mukaku menunjukan perasaan tidak selesa dan ketakutan. Dengan suara yg perlahan, dia mula memujuk aku supaya aku mempercayakan dia kali ini. Kali ini dia tidak mahu apa-apakan aku. Dia cuma mahu memohon maaf terhadapku itu sahaja. Setelah beberapa kali dia meminta maaf, genggaman tangan kami dileraikan dan ketika itu jugalah kami sudah pun tiba di sebuah kedai makan. Hazama meletak kenderaannya di hadapan kedai itu dan terus keluar. Aku melihat keadaan luar, bimbang jikalau ada kawan-kawannya menunggu dia dan aku tiba di kawasan itu. Namun tiada siapa di situ. Tiba-tiba sahaja pintu itu terbuka dan dia menghulurkan tangannya utk menyambut aku keluar dari kereta. Aku terus menepis tangannya dan terus keluar dari keretanya. Aku mengikutinya masuk ke dalam kedai tapi kali ini dia melayan aku dengan sangat baik walaupun aku masih ada perasaan takut padanya lagi. Oleh kerana aku masih belum tidur, aku juga masih belum ada selera utk menjamah makanan. Aku cuba menghabiskan makanan sedikit demi sedikt. Tetapi akhirnya aku kalah. Makanan itu langsung aku tidak dapat habiskan. Apabila dia melihat aku menolak pinggan itu, dia mula menyoal aku seolah-olah mengambil berat tentang aku. Aku langsung tidak menjawabnya. Hanya dengan perbuatanku itu, aku berharap dia faham dengan keadaan dan situasi aku ketika itu. Selepas dia melihat aku tidak langsung memandang kearahnya, dia mula membayar makanan itu dan keluar dari kedai. Kami masuk ke dalam kereta tanpa sebarang soalan darinya. Jadi aku ingatkan dia mahu manghantar aku pulang ke kampus tetapi aku lebih terkejut apabila dia telah membawa aku ke tepi pantai. Suasana pagi di tepi pantai memang indah dan nyaman.Tidak ramai pengunjung yg datang pada waktu itu. Hanya ada beberapa orang yg makan di kedai dan kafe di tepi pantai itu. Suasana yg selesa dan tenang buat aku terus turun dari keretanya tanpa dibukakan lagi. Bila sampai di sana, aku duduk di atas bangku awam yg sedia ada di sisir pantai. Jauh aku termenung sehingga tiba-tiba aku tersedar, dia membelikan aku makanan segera. Dia sedar ketika kami di kedai makan tadi, dia nampak aku langsung tidak ada selera tapi di tepi pantai ini, aku nampak lebih selesa dan relax dan dia rasa mungkin kali ni aku nak makan, jadi dia tolong belikan utk aku supaya perutku diisi. Sebenarnya aku masih tidak dapat menerima makanan lagi pagi itu tapu nak atau tak nak, aku terpaksa makan makanan yg telah dibeli. Aku tidak mahu dia akan membeli makanan lagi padaku. Aku tidak mampu utk makan lagi.

Hazama: Kau makan pula makanan segera

ni.. Kau memang memilih makanan

kan?

(sambil melihat aku sedang selera

mengunyah burger daging.)

Aku: bukan memilih tapi aku tak nak kau

belikan makanan lain lagi kat aku. Bagi

aku, cukup la kau buat-buat baik pada

aku.Tak mungkin aku dapat maafkan kau

dengan mudah. Susah utk aku lupakan

perkara yg dah berlaku. Apatah lagi utk

maaf kan kau.

(air mataku sedikit menitis, aku cuba

hapuskan tapi ia tetap mengalir.)

Hazama: Aku tak paksa kau utk lupakan

semua tu dan maafkan aku.

Tapi aku cuma berharap kau dapat

maafkan aku. Itu sahaja. Selama

hari ini, aku tidak pernah rasa

bersalah macam ni. Setiap kali bila

aku bersama diorang, diorang akan

rasa gembira dan seronok dengan

apa yg telah kami buat malam itu.

Setiap hari, semua wanita akan

menghampiri aku utk bersama dan

ada juga yg sanggup merayu padaku

utk bersama diorang. Aku rasa

bangga dapat puaskan diorang dan

buat diorang rasa enjoy.Tapi Kau!

Tiba-tiba je aku rasa kau lain. Kaulah

orang pertama yg berani tampar aku

dan tinggalkan aku. Selama hari ni,

tak pernah seorang gadis pun yg

berani buat macam tu kat aku. Tapi

bila kau buat macam tu kat aku, kau

buat aku sedar sesuatu. Apa yg aku

buat selama ini adalah salah dan

berdosa besar

(dia merenung jauh ke

permandangan laut.)

Ikhlas dari hati aku. Aku memang

nak minta maaf.

Aku: Aku tak tahu nak cakap apa sekarang.

Bagilah aku fikirkan dulu

(dengan perlahan dia mula menarik

tanganku tapi kali ini aku menariknya

semula)

Aku: Tolonglah Hazama.. hormatlah sikit. Kita

kat tempat awam ni kan. Penat semalam

pun tak hilang lagi.

Hazama: Ok! Aku minta maaf. Aku janji tak

akan berlaku lagi perkara macam

semalam. Sekali lagi aku minta

maaf.

Aku berhenti mengunyah. Lama aku perhatikan burger yg telah tergigit itu. Setelah aku berfikir panjang, aku tahu aku mungkin tidak dapat melupakan dan memaafkan dirinya semudah itu. Hatiku benar-benar terluka saat ini. Hanya masa yg dapat mengubati. Jika maaf yg kau pinta, hanya masa penentu segala. Aku menyerahkan burger yg tidak habis makan kepada Hazama dan bangun terus menuju ke arah laut. Pemandangan laut buat jiwa ku tenang seketika. Hazama pada mulanya hanya memerhati dari jauh. Tiba -tiba dia menghampiri ku. Dia menarik bahuku dan merenung wajahku. Aku tahu dia masih mencari kemaafan dariku.

Hazama: Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa

macam tak boleh lepaskan kau

begitu sahaja tanpa kau maafkan

aku. Aku tak pernah rasa begini tau

dari perempuan lain. Kaulah orang

pertama!

Aku: Maaf kan aku. Aku tak tahu macam

mana nak maafkan kau. Aku betul-betul

tak boleh...

(dia mengeluh.)

Hazama: kalau kau masih tak dapat nak maaf

kan aku tak mengapa. Tapi aku

harap selepas ini kita dapat jadi

kawan. Aku nak kenal kau dengan

lebih dekat lagi.Kalau kau tak kisah.

Aku: Kalau aku cakap aku tak nak. Kau tak kan

dengar juga cakap aku ni kan? Sudah lah

Hazama! Aku harap kita tidak akan

berjumpa lagi. Kau teruskan lah dengan

hidup kau dan aku dengan hidup aku.

Masih jauh lagi perjalanan aku. Jangan

cari aku atau call aku lagi!

Dia memandangku dengan perasaan hampa. Aku tidak terus menunggu. Sejurus aku meluahkan apa yg terbuku di hati, kakiku terus melangkah pergi meninggalkan dirinya di tepi pantai. Tanganku sempat melambai dan dapat menahan sebuah teksi yg lalu. Hala tujuku hanya satu, balik ke kampus. Aku berharap dia tidak akan mencari aku lagi di kolej nanti.