webnovel

Diari cinta Felisya

Autor: Ann_Zack
Allgemein
Laufend · 70.1K Ansichten
  • 15 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • NO.200+
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Hana Felisya.. Seorang perempuan yg tidak mudah jatuh cinta. Jodohnya telah di tetapkan sejak dari kecil dan dia langsung tidak mengenali siapa tunangnya.Sesuatu kejadian buruk telah berlakuda. takdir telah menemukan mereka berdua. Namun ramai pula yg menjadi penentang hubungan mereka.

Chapter 1Bab 1_First time

Sudah hampir 3 bulan aku menghambakan diri di rumah, akhirnya aku mendapat tawaran sambung belajar. Kolej itu tidak jauh dari rumah tok ayah dan mak tokku. Namun aku memilih utk tinggal di asrama utk tahun pertama. Aku ingin rasa hidup berdikari dan kalau aku rasa lebih selesa tinggal di sana nanti, aku akan sambung tinggal di asrama hingga tahun akhir. Tepat jam 8 pagi, aku turun membawa banyak barang-barang keperluan utk tinggal di asrama dan menyerahkan semua barang-barangku pada Pak Zubir, pemandu tok ayahku dan Mak Jah, orang gajian mak tokku. Selepas selesai memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami menuju ke meja makan utk sarapan sebelum aku akan meninggalkan rumah agam keluargaku. Pak Zubir dan Mak Jah sempat mengusik-usikku ketika sarapan bersama itu.

Mak Jah: Cik Lisa! Dah ready ke nak masuk

asrama? (sambil menuang

minuman ke dalam cawan dan

menghulurnya ke arah pak Zubir)

Aku: Dah la, mak Jah. Janganlah risau.

Lisa ok lah (aku mengambil kuih

dan makan)

Mak Jah: Mak ni bukannya apa. Cik Lisa ni

belum pernah keluar dari rumah tok

ayah ni. Jadi Mak ni adalah perasaan risau sedikit kat kamu, cik Lisa.

Aku: Jangan la macam tu mak.. berat hati

saya nak pergi ni. Nanti tak ada

siapa lah nak siapkan makan,pakai

saya. Saya kene buat semua tu

sendiri. Lagilah bertambah berat hati

saya nak pergi.

Pak Zubir: Sudahlah, Jah. Cik Lisa ni

bukannya budak-budak lagi. Dah

besor panjang dah. Tahulah dia nak

uruskan diri dia nanti. Lagi pun

Mak tok dia takkan biarkan cucu

kesayangan dia hidup susah.

Aku: Betul! Mak tok tu mesti dah sediakan

semuanya. Mak jangan risaulah.

Mak Jah: ye lah, cik. Ingat pesan mak ni. Jaga

diri, jangan lupa makan. Tidur awal.

Lagi satu yg paling penting, jangan

tinggal solat! Kita tidak mahu

terputus hubungan dengan Allah.

Ingat ye, cik Lisa.

Aku: ye mak!. Lisa akan ingat semua pesan

Mak. Mak jangan risau ye. Kalau ada

apa-apa hal nanti, Lisa akan call Mak

dengan Apak.

Aku tidak kisah langsung jika mereke mahu menegur atau menasihatiku. Kerana bagiku, bila mak tok dan tok ayah tiada di rumah, merekalah keluargaku. Mereka jugalah tempat aku mengadu nasib dan tempat bermanja. Sama juga dengan tok ayah. Suka manjakan aku dengan duit dan harta benda. Aku tahu dia tidak dapat luangkan banyak masa dengan aku sejak ibu bapa aku meninggal, dia terpaksa menguruskan segala urusan syarikatnya sendiri. Walaupun kadang-kadang tok ayah sakit, namun dia tidak akan meninggalkan kerjanya pada staff. Dia mahu usahakannya sendiri. Itula tok ayah. Berbeza dengan mat tok. Dia amat tegas dalam semua hal tentang aku termasukkan tentang pelajaran dan kehidupan peribadi ku. Dia amat pantang kalau aku berkawan dengan kawan yg tidak sama taraf dengannya. Bagi mak tok, mereka mahu mendekatkan diri dengan aku hanya sebab duit. Kadang-kadang aku terpaksa berkawan secara senyap tanpa pengetahuan mak tok. Tapi tok ayah amat memahamiku. Dia yg banyak bagi sokongan terhadapku termasuklah sambung belajar. Dialah yg banyak menolong aku dari segi kewangan pembelajaran dan pembelanjaan. Mak tok hanya tahu mengarah sahaja. Walaupun dia amat tegas padaku, namun aku amat menyayangi dirinya. Mereka telah menjaga aku sejak kecil hingga sekarang selepas ketiadaan kedua ibubapaku. Ibubapaku telah meninggal dunia akibat kecelakaan kemalangan jalanraya. Mereka ada urusan yg perlu di selesaikan ketika itu. Namun akibat terlalu penat dan laju, kereta mereka terbabas di tengah jalan dan melanggar penghadang jalanraya. Kereta mereka terbalik dan mereka terus menghempuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Setiap malam aku rindukan pelukan dan ciuman manja ibubapaku. Setelah mereka tiada, mak tok dan tok ayahlah penggantinya. Aku bersyukur kerana tok ayah dan mak tok amat menyayangiku walaupun kadang-kadang mereka sedang sibuk dengan urusan kerja.

Pak Zubir melilau mencari tempat letak kereta yg masih ada. Namun setelah beberapa kali berpusing, masih tiada tempat. Akhirnya, dia meminta aku turun ke pintu utama utk meneruskan urusan pendaftaran dan dia akan cuba mencari lagi tempat letak kereta. Aku bersetuju dan turun dari kerete dengan membawa hanya beg tangan dan dokumen utk pendaftaran. Aku menyusuri susur gajah yg terus ke tempat pendaftaran. Ramai juga yg hadir utk melapor diri. Barisan demi barisan hingga tiba giliran aku di meja hadapan.

Senior perempuan: Course apa ye sis?

Aku: Busniess..

ringkas jawapanku. Senior itu memandang seorang lelaki di hujung meja itu dan bercakap sesuatu. Lelaki itu melambai tangan utk datang ke tempatnya. Aku menuju ke sana dan duduk di atas kerusi yg sedia ada. Dia menghulurkan beberapa keping kertas utk di isi dan dia meminta dokumen yg perlu di berikan padanya. Aku menyelak sehelai demi sehelai borang dan salinan hingga semua urusan itu selesai. Dia juga memberikan aku resit pembayaran, buku peraturan, kunci bilik dan sehelai baju utk di pakai di sepanjang minggu orientasi nanti. Baju itu supaya mudah utk mengenal junior jabatan mereka nanti. Aku hanya tersenyum apabila semuanya telah selesai dan mereka meminta aku dan ahli keluargaku utk menghadiri taklimat ringkas yg akan bermula selepas makan tengahari. Aku memaklumkan tentang taklimat itu pada Pak Zubir dan dia memcadangkan agar aku pergi melihat bilik sambil boleh menghantar semua barang terus ke bilik. Aku setuju dan Pak Zubir meletak kereta berdekatan dengan asrama supaya mudah mengangkat barang. Aku melihat pada no kunci bilikku dan mula mencari tempatnya. Setelah berjalan agak jauh, aku bertanya pada pelajar lain yg ada di situ.

Aku: Maaf ye tumpang tanya, bilik ni kat

mana?" (Sambil aku menghulurkan

nombor kunci pada pelajar perempuan

itu. Dia memandangku sambil terkejut.)

Wafiah: ni bilik mewah ni. Bilik ni duduk

berdua je. Lepas tu ada penghawa

dingin lagi. Tandas dia pun dalam

bilik. memang bilik mahal ni.. (sambil

berjalan menuju ke arah bilik itu)

Aku: oh yeke? Saya tak tahu pula ini bilik

mahal. Sebab semuanya nenek saya yg

uruskan. Saya cume datang daftar dan

bayar je jumlah yg tertera.

Wafiah: Kau ni mesti anak orang kaya kan?

siap bawa driver lagi. (memandang ke

arah Pak Zubir yg mengiringi ku)

Aku: Ni driver atuk dan nenek saya. Mak ayah

saya dah lama meninggal. Saya tinggal.

dengan atuk dan nenek saya sejak kecil

lagi.

Wafiah: untunglah. Dah la kaya, cantik, budi

bahasa, sopan santun. untunglah

siapa dapat kau ni.

Aku tersipu malu dan kami tiba di hadapan pintu bilik itu. Dia menghulurkan kunci pada ku utk membuka pintu itu. Setelah di buka, kami masuk ke dalam dan dia menunjukkan keadaan bilik itu. Selepas kami puas hati melihat dekorasi bilik itu, dia meminta diri.

Wafiah: wei, aku gerak dulu lah.. Seram duduk

dalam bilik kau lama-lama. Kan aku

tak nak balik plak kang. Bilik kau

cantik sangat. ( dia keluar menuju ke

pintu. Aku sempat menarik tangannya

dan dia berpaling ke arahku.)

Aku: terima kasih sebab sudi tunjukkan saya

bilik ni. Jangan la segan datang lawat

saya kat bilik ni. Awak duduk bilik mana?

Nanti senanglah saya nak lawat awak

pula (Dia memnadangku sambil

tersenyum)

Wafiah: wei, tak payahlah nak terima-terima

kasih. Aku ok je la. Kalau aku free,

nanti aku datang la lawat kau. Bilik

aku tak jauh pun. Bilik aku kat blok

satu lagi. Blok aku tu penuh orang.

Dalam satu bilik aku je pun dah ada 4

orang. Kalau kau dah ramai geng nanti,

mesti kau akan ke sana. Sebab

memang ramai duduk kat blok sana.

(Dia menulis sesuatu ke atas kertas

dan menghulurkannya padaku.)

Ni no fone aku. Call la kalau kau nak

tanya apa-apa.Aku ok je tak ada hal

lah.

Aku: awak ni senior ke? Saya kena panggil

awak, akak ke? (Dia tergelak)

Wafiah: Aku ni pun junior juga tapi aku intake

lepas. Jadi kalau ikut sekarang aku

masih di tahun satu tapi dah semester

2. Walaupun aku tua, kau jangan

panggil aku akak tau. Geli! (pelajar itu

membalas jawapanku. Aku

mengangguk tanda faham.)

Oh aku lupa. By the way, nama aku

Wafiah. Just call me Wafie. aku budak

busniess. (dia menghulur tangannya

padaku tanda mahu berjabat salam

perkenalan denganku. Dengan

tergesa-gesa aku menyambut tangan

salamnya.

Aku: My name is Hana Felisya. U can call me

Lisa. I'm in business too. Nice meeting u,

Wafie.. (Dia hanya tersenyum dan

akhirnya melepaskan salaman tangan

itu.)

Wafiah: If anything, u can just call me. I'm

insist.. (sambil bergerak pergi dari

pandanganku. Aku hanya

mengangguk.)

Aku: Thanks for eveything.. (aku melambainya

dan masuk semula ke dalam bilikku.)

Pak Zubir menepuk-nepuk katil dan bantalku. Kemudian dia duduk di birai katil sambil melompat-lompat katilku. Aku tertaw kecil melihat gelagat anak-anak Pak Zubir itu. Ianya memang bilik yg amat simple dan selesa. Amat sesuai dan menepati selera dan citarasa mak tokku. Bila aku terpandang arah kedua-dua katil dan almari itu, aku pasti ianya masih belum dimiliki oleh sesiapa. Jadi tanpa berlengah,aku segera memilih katil, almari serta meja study yg bersesuaian dengan kehendak dan selera aku. Aku mengambil semua barang-barang keperluanku dan membahagikan semua barang itu dan aku meletakkan sedikit barang pada katil, almari dan meja study. Tujuannya adalah utk menanda tempat itu telah dimiliki.

Sejurus habis taklimat, Pak Zubir meminta diri utk menguruskan hal lain pula dirumah. Selepas pak Zubir beredar aku terus menuju ke arah bilik dan berehat di atas katil. Oleh kerana kepenatan, hampir dua jam aku tidur hingga pada pukul 5 ptg. Apabila aku bangun, perut aku mula berkeroncong. Mana taknya hanya sarapan sahaja tadi. Makan tengahari pun aku skip. Biasanya ada orang yg sediakan. Tapi kali ini kena cari makanan sendiri. Memandangkan program bermula esok dan aku tidak mempunyai program lain. Sejurus sahaja lepas solat, aku turun mencari makanan di kantin. Banyak lauk sudah pun habis, waktu itu sedang bermula masakan panas pula. Jadi aku hanya terus memesan nasi goreng dan air bandung utk di bungkus dan makan di dalam bilik. Sementara menunggu, aku sempat membuka hanfone utk melihat sesuatu yg terlepas pandang. Memang ada! Ucapan 'Good Luck' dari tok ayah utkku. Mungkin dia menghantarnya pagi itu tapi aku tidak menyedarinya. Apabila aku memandang sekeliling memang ramai juga yg keluar mencari makan malam. Memandangkan ramai pelajar baru masuk, mereka masih terkial-kial mencari dan mengenali tempat termasuklah diriku. Dalam keriuhan kantin, tiba-tiba suasana menjadi sunyi seketika seolah-olah ada sesuatu yg berlaku. Rupanya ada sekumpulan senior lelaki melalui kantin itu. Kesemuanya kelihatan segak dan bergaya. Semua pelajar junior perempuan mula berbisik sesama sendiri apabila mereka memandang seorang lelaki yg berjalan paling hadapan sekali. Jelas sekali bahawa lelaki itu adalah senior. Mereka juga seperti aku, mencari tempat utk makan. Sedang mereka mencari tempat yg sesuai, tiba-tiba dia terpandang matanya ke arah meja yg dipenuhi dengan junior wanita. Pelajar senior lelaki itu mula mendekati mereka dan menegur salah seorang pelajar wanita yg agak anggun dan cantik dalam kumpulan itu. Sapaanya di balas oleh pelajar wanita itu dengan manja dan galaknya.Mereka mula berbual dan ketawa dengan kuatnya sehingga ada beberapa orang senior lain mula menjeling dan mengomel tentang sikap mereka. Lama aku perhatikan tindakan mereka dan akhirnya aku rasa mereka tidak ada kena mengena dengan aku. Jadi mataku melihat kembali hanfoneku. Tanganku mula menekan-nekan skirn hanfone itu hingga tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghampiriku. Aku terkejut dengan tindakan berani lelaki itu mendekatiku. Apabila aku memandangnya ianya ada lelaki senior tadi. Dia datang dan duduk di sebelah kerusiku yg kosong tanpa meminta izin aku terlebih dahulu. Dia mula meratapi wajahku. Aku terkesima tidak tahu apa yg aku perlu aku lakuan. Belum sempat dia berbicara, secara tiba-tiba sahaja badanku bingkas bangun dan terus pergi meninggalkan lelaki itu keseorang di meja. Kebetulan pula ketika itu makananku sudah siap, aku terus mengambil segala makanan yg dipesan tadi dan aku terus melangkah keluar dari kantin itu dan menuju ke bilik. Fikiran aku masih terkejut dengan tindakan lelaki tadi. Namun aku tidak mahu memberi sebarang harapan pada mana-mana lelaki. Bagiku terlalu awal utk mengenali atau menjalinkan hubungan sekarang. Setiap perkara aku harap tiada lelaki dalam hidupku utk saat ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Allgemein
4.4
35 Chs

My life challenges

Royce nama diberi oleh keluargaku. Dia seorang gadis kampung yang dibesarkan di keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang, berdisiplin serta hormat orang tua. Dia membesar dengan 2 orang abangnya, disebabkan itu perwatakan dia kasar dan dia boleh buat kerja lelaki. Tapi jauh disudut hati dia sebenarnya lembut. Walaupun penampilan dia seperti tomboyish dia masih lagi seorang gadis. Mama dan papa Royce terlalu sayangkan anak bongsu daripada 13 org adik beradik. Ramainya adik beradik itulah soalan biasa dia dengar dari mulut kawan-kawannya tapi dia dah biasa dengan soalan tu. Dia dari kecil dah diajar berdikari tapi dia tak boleh berjauhan dengan mamanya. Di waktu usia dia 11 tahun, dia bercuti ke tempat kakcik dia. Tak sampai sehari dia dah menangis nak balik rindu mama katanya. So kakcik aku takde pilihan lain malam tu juga dia bawak aku balik ruma mama. Tapi itu semua cuma sementara, dia latih dirinya supaya boleh bedikari bila jauh dengan mama kesayangannya dan dia berjaya melatih dirinya. Pada usia awal 20an dia keluar bekerja diluar negeri sebatang kara. Kakak-kakak dan abang-abangnya ada di merata negeri tapi negeri yang dia pilih takde sesiapa. Nasib tempat dia kerja sebagai volunteer sediakan segala kemudahan untuk dia. Jadi bermulalah kisah hidup dia sebagai perantau di negeri org. Cukup setahun dia bekerja sebagai volunteer, dia ambil keputusan untuk keluar dan mencuba bidang baru. Dia berhenti kerja dan tinggal dengan keluarga angkatnya merangkap keluarga teman lelaki yang dia. Oliver ialah lelaki yang sangat bermakna dalam hidup Royce. Susah senang mereka lalui bersama tetapi malangnya jodoh tak panjang, mereka berpisah juga akhirnya. Royce tak boleh terima dan tak percaya perpisahan mereka. Tiap malam Royce menangis dan tertanya tanya kenapa perpisahan itu terjadi bila dia sangat menyayangi dan mengasihi Oliver sepenuh hati.

FoodHunter · Allgemein
Zu wenig Bewertungen
9 Chs

Bewertungen

  • Gesamtbewertung
  • Qualität des Schreibens
  • Aktualisierungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund
Rezensionen
Beeindruckend! Sie wären der erste Rezensent, wenn Sie Ihre Rezensionen jetzt hinterlassen!

UNTERSTÜTZEN