Sejak berjumpa Christ tempoh hari, kami semakin rapat. Walaupun rapat tapi kami hanya sekadar kawan. Citarasa Christ jauh berbeza. Dia lebih menyukai perempuan beragama Christian dan berasal dari negara mereka juga. Christ seorang yg berterus terang dan senang ajak berbincang atau bercakap. Itulah yg membuatkan aku semakin rapat dengannya. Dia juga jenis open minded dalam memilih kawan. Setiap kali ada perjumpaan atau apa-apa majlis, dia pasti akan menjemputku dan ketika di dalam majlis, dialah orang yg paling bertanggungjawab menjaga makan minum serta pergaulanku. Kalau ada yg tidak menyenangkan, dia lebih memikirkan diri aku. Dia sememangnya kawan yg amat memahami dan mengambil berat. Aku tidak pernah menghalangnya dari mabuk atau berjudi tetapi dia tahu aku tidak akan melakukannya walaupun aku open minded. Dia menjaga batas pergaulan dan adab bercakap dengan aku. Banyak yg dia pelajari dan aku juga pelajari dari budaya negara mereka. Sedikit sebanyak aku juga mempelajari bahasa mereka. Kami juga bekerja di syarikat yg sama cuba bahagian yg berlainan. Setiap weekend, dia akan membuat barbeque di tepi halaman rumahnya yg berada bersebelahan tasik. Suasana malam agak dingin jika musim sejuk tiba. Dan ketika itu juga aku bertemu, Hazama! Dia dijemput hadir ke majlis santai itu adalah utk bertemu dengan aku. Rupanya Hazama sudah sekian lama menyiasat akaun facebook aku dan dia dapat berhubung dengan Christ hampir 2bulan yg lalu demi mencari aku kembali. Dia meyakinkan Christ bahawa aku adalah tunangnya walaupun sebenarnya aku hanyalah bekas tunangnya dan dia juga merupakan ayah dan suami orang lain. Dia tiada kena mengena lagi dalam hidupku. Dia cuba meminta maaf tetapi hati aku masih sakit kerana dia telah sia-siakan peluang yg ada. Dulu masa kali pertama juga, kami juga berjumpa dalam keadaan yg amat sakit. Begini juga sama. Aku tidak tahu samada masih ada lagi ruang utknya di hati ini atau tidak. Banyak yg aku perlu fikirkan dan bersedia. Dia mengajak aku utk berbincang di tepi tasik itu sendirian. Lama juga aku berdiam dan akhirnya dia menarik tanganku dan meminta diri dari Christ dan kawan-kawan yg lain. Mereka amat memahami dan mereka membiarkan kami sendirian.
Kami duduk di atas log pokok kayu lama tumbang. Aku hanya merenung tasik yg terang dengan cahaya bulan. Beberapa kali dia memanggil nama ku tapi aku tidak membalasnya..
Aku: Kau nak apa? Boleh cakap cepat sikit
tak?Jangan buang masa, aku nak balik!
Hazama: Lisa, aku kan nak minta maaf.
Kenapa dengan kau ni? Aku datang
sini jauh-jauh semata-mata nak
minta maaf dari kau. Salah ke?
Aku: Memang salah! Kau suami orang. Aku
tidak mahu dituduh merampas suami
orang. Cukuplah Kak Rania sorang isteri
kau, Ma! Aku tak nak terlibat lagilah
dengan kau.
(Dari duduk aku bingkas berdiri. Bersedia
utk pergi.)
Hazama: Kami dah bercerai!
(aku berhenti dan berdiam.)
Kami dah bercerai. Dah dekat
setahun kami bercerai. Sebenarnya
anak yg dia kandung tu bukan anak
aku. Rania dah pernah tidur dengan
lelaki lain. Kawan sekelas aku juga
masa tu. Aku tertipu dengan kata-
kata manja dia. Sebab dia, aku hilang
kau! dan sebab dia juga aku hilang
kawan-kawan aku. Selama ni kawan-
kawan aku ada bagitahu aku pasal
kau. Tapi hati aku keras ketika itu
hingga aku buang diorang dari hidup
aku. Sekarang aku dah menyesal.
Aku terdiam mendengar jawapan darinya. Tetapi itu tidak dapat menghilangkan rasa sakit hati aku pada dirinya. Tiba-tiba sahaja, Christ muncul di hadapan kami. Nasib menyebelahi aku. Kali ini aku bertekad aku perlu meninggalkan Hazama buat sementara waktu. Semua perkara terlalu serabut. Fikiran aku masih bercelaru dan tidak dapat berfikiran dengan waras ketika ini. Dengan segera aku menarik tangan Christ dan memperkenalkan Christ sebagai teman lelaki aku pada Hazama. Reaksi wajahnya jelas kelihatan bahawa dia agak terkejut namun dia hanya berkata yg dia amat gembira apabila melihat aku sudah pun ada pengganti dirinya. Dia hanya bersalaman dengan Christ dan terus berlalu meninggalkan kami. Raut wajahnya jelas kelihatan dia begitu hampa dan kecewa. Namun aku harus menjauhi dirinya jika aku tidak mahu menanggung lagi rasa sakit di hati ini. Sejurus dia meninggalkan kami, Christ terus mengajak aku lepak sambil makan di restoran kegemarannya.Jika itu dapat menghilangkan rasa kesedihan dan kesakitan itu, aku tidak menolak malah aku terus setuju. Persetujuan aku itu juga turut buat Christ sedikit terkejut tapi dia tidak bertanya apa-apa. Dia seolah-olah faham dengan keadaan aku ketika itu. Dia hanya menarik tanganku dan terus pergi. Kepalaku sempat menoleh ke arah Hazama yg berlalu pergi ke arah berlainan. Dia tidak memandang ke arahku tetapi dia jalan terus hingga menaiki sebuah kereta dan terus berlalu pergi. Lama juga aku perhatikannya tapi tanpa aku sedari sebenarnya aku telah diekori oleh seseorang. Setiap gerak langkah aku di perhati dan di ekori. Aku keluar makan bersama Christ dalam keadaan kurang mood. Christ juga perasan dengan tindakan aku itu dan membuatkan dia melepaskan aku pulang awal tanpa banyak soal. Aku hanya mengucapkan terima kasih padanya kerana cuba memahami aku walaupun telah banyak menyusahkan dia. Dia hanya tersenyum dan faham. Sejurus sahaja aku sampai di rumah, dihadapan pintu rumahku di penuhi dengan puluhan jambangan bunga. Peristiwa jambangan bunga itu mengingatkan aku kembali ketika saat aku di kolej dulu. Hazama! Nama itu yg muncul di fikiran aku ketika itu. Hatiku tiba-tiba sahaja berdebar. Takut terjadi kembali peristiwa hitam yg aku tidak mahu ulangi lagi. Aku buka pintu dengan perlahan sambil memerhatikan keadaan dalam rumah. Trauma mula menyelubungi diri. Mata ku liar memerhatikan sekeliling dan sekitar rumah. Apabila aku yakin tiada penghuni lain di situ, aku masuk ke dalam rumah dan terus mengunci pintu. Apabila aku masuk, tanpa melihat atau menoleh keliling, aku terus menuju ke dalam bilik dan terus mengunci pintu bilik juga. Walaupun terasa sedikit selamat, namun masih ada yg belum selamat. Sepanjang aku berada di sini tiada sebarang gangguan yg datang. Ini adalah kali pertama. Mulanya Wafie, selepas itu Hazama. Aku juga berharap tiada gangguan lain yg mungkin akan datang. Aku berdoa supaya aku tidak lagi terjebak dengan cinta monyet dulu. Aku terlalu sakit utk ingat semua itu. Telefon bimbitku berdering. Aku menerima panggilan yg tidak aku kenali pula. Malang asyik bertimpa-timpa aku kali ini. Aku tidak mahu menerima panggilan itu tetapi tiba-tiba loceng pintu ku pula berbunyi. Aku jadi panik dan hilang kawalan. Kepala aku semakin serabut dan akhirnya aku rebah. Pandangan mataku mula gelap hitam dan kepalaku berpusing. Sebelum aku menutup mata aku terdengar suara...