SEPANJANG pembelajaran, hanya jasad Haris sahaja yang berada
di dalam kelas namun, rohnya terbang entah ke mana. Apa-apa yang diajari oleh guru Add Math di hadapannya langsung tidak lekat di dalam kepalanya. Kepalanya asyik sibuk memikirkan benda lain sehinggalah Encik Fairuz a.k.a guru Add Math tersebut keluar daripada kelas.
Hairi yang perasan Haris seperti berada di alam khayalan itu terus menepuk bahunya kasar.
"Eh papa Haris nak kahwin" latah Haris dengan kuat.
Semua pelajar 5 Acrian memandang Haris dengan muka yang terkejut. Yang tersengih-sengih pun ada. Yalah. Tadi belajar Add Math dan bukannya Munakahat sehingga tiba-tiba minta kahwin.
"kau nak kahwin dengan siapa, Ris? Perempuan mana? Yang penting jangan pergi sekolah bawa anak sudahlah" usik Fazid dan disambut gelak awa pelajar lain.
"Mestilah Haris nak kahwin dengan I. Betul tak, biy? " jawab Adilyn lalu memaut lengan Haris dan menyandarkan kepalanya di dada bidang Haris.
Pelajar kelas 5 Acrian yang tadinya berada di dalam mood mengusik dan ceria terus berubah menyampah.
Ya. Memang disebabkan Adilyn. Mereka amat membenci Adilyn dan 4 orang kawannya yang lain. Hanya beberapa sahaja yang masih sanggup bergaul dengan mereka. Itu pun jika ada urusan yang penting. Selain The Wannaqenz, kumpulan Topezs juga antara budak diva sekolah acah sekolah ni bapak diaorang punya.
Hairi sudah memandang Adilyn tajam. Walaupun bukan dirinya yang dibuat begitu tetapi itu adiknya! Mana boleh orang lain sesuka hati mak, bapak , atok, nenek, moyang buat begitu kepada adiknya.
"Apa ni, Lyn. Lepaslah! Ergh... kahwin dengan kau? Okey lagi Arissa daripada kau. Kalau kahwin dengan kau, entah berapa banyak dosa aku kena tanggung" tutur Haris seraya menolak Adilyn menjauhinya.
Bukannya dia tidak nampak renungan mata Hairi. Dia nampak dan faham sangat maksudnya. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku, baiklah dia meleraikan dahulu.
Tidak lupa juga, ayat Haris tadi mengejutkan semua pelajar di dalam kelas itu kerana Haris merupakan salah seorang pelajar yang amat sukar didengari nama perempuan keluar dari mulutnya melainkan ada benda yang penting atau yang mempunyai hubungan dengannya. Tetapi, Arissa bukan sesiapa di dalam hidup Haris.
"What? Arissa? Who is she?" tanya Adilyn dengan mukanya yang terpapar kecemburuan dan dendam.
"He's girlfriend. Jujur aku cakap, kalau aku nak ada adik ipar sekali pun, orang macam kau aku tolak awal-awal" balas Hairi pula lalu memegang tangan Haris dan menariknya keluar.
"Ketua kelas, kitaorang nak keluar. Jangan risau, kitaorang akan balik. Tak ponteng"
Khairul merangkapketua kelas 5 Acrian hanya mengangguk memberi keizinan walaupun di dalam hati menghalang tetapi siapa sahaja yang berani menghalang Hairi? Lagi-lagi situasi sekarang ini. Memang cari nahaslah.
*****
Setelah jauh Hairi menarik Haris, akhirnya dia melepaskan tangan Haris ketika mereka berada di rooftop sekolah.
"Hairi... ni kan kawasan larangan time Pdp. Kenapa kita ada dekat sini? Aku tak nak kena amaran" kata Haris takut-takut memandangkan Hairi sedang panas sekarang ini.
"Kenapa biar perempuan tu pegang kau?!" tengking Hairi sambil menjegilkan matanya memandang Haris. Matanya sudah merah.
"A... aku mana t... tahu dia nak buat macam tu" balas Haris dengan kepala yang sudah ditundukkan.
"Habis tu, kenapa time dia dah paut kau bagai tu, kau macam lama sangat baru tolak. Menikmati ke?" sinis Hairi dengan muka yang tegang.
"Bu... bukanlah! Aku cuma terkejut dan terkaku kejap je. Serius masa tu otak aku lambat proses apa yang jadi. Sumpah!" jawab Haris dalam satu nafas.
Hairi memandang Haris dengan renungannya sebelum memeluk Haris dengan erat.
"Kau adik aku, kau kembar aku. Aku tak nak kau rosak. Aku sayang kau. Kau je yang selalu bersama aku time susah or senang. Jadi aku...aku... taknak kau tinggalkan aku" tutur Hairi sambil mengetatkan lagi pelukannya.
Haris menepuk-nepuk perlahan belakang badab Hairi. Dia tahu perasaan Hairi sekarang ini kerana dia juga pernah mengalami situasi begini. Lagi-lagi time mereka keluar berdua dan diserang fans.
"Haris" panggil Hairi yang masih berada di dalam keadaan yang sama.
"Ya?"
"Aku nak buat part ni sedih sebenarnya tapi air mata tak nak keluar. Kau nangis weyh. Air mata kau kan murah" ujar Hairi.
"Bodo tu simpan dekat anak sikit boleh tak? Atau kalau boleh buang terus bodoh tu? Aku tak ada kembar bodoh" kata Haris lalu mencubit pinggang Hairi dengan kuat.
Hairi terus menolak tubuh Haris seraya membuat muka cemberutnya.
"Dahlah. Jom masuk kelas. Nanti subjek Bio pula. Hah kau! Jangan nak berangan apa-apa lagi. Tadi melatah nak kahwin kuat-kuat.lepas tu, melatah apa pula? Nak anak? Tak malu. Nanti aku bagitahu papa dengan abang. Biar kena bahan" kata Hairi lalu melarikan dirinya dari kena tangkap dengan Haris.
*****
"Huarghh! Serius aku cakap, aku benci gila subjek Bahasa Melayu..." kata Hairi sambil mengeliat. Kemudian, dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil memejamkan matanya.
"Eleh kau. Benci-benci pun, kau orang Melayu juga kan? Bukannya orang keling pun. Kacuk pun atuk and nenek papa. Dah, jom balik. Abang ambil hari ni. Aku tak nak kena bebel. Nanti nak jumpa papa lagi" tutur Haris lalu begnya disandang tanda bersiap sedia untu balik.
Hairi yang mendengar bunyi kerusi ditolak terus mencelikkan matanya dan mengemaskan mejanya dengan pantas. Sebaik sahaja selesai mengemas, dia mengejar langkah Haris yang hendak melangkah keluar daripada kelas. Haris jika tinggal orang memang tinggal betul-betul. Tak adanya nak tunggu-tungggu. Huh!
*****
Sedang Haris berjalan, matanya tertacap pada satu figura yang amat dikenali olehnya. Siapa lagi jika bukan Arissa. Terus Hairi di sebelah ditarik sambil kakinya melangkah laju ke arah Arissa.
Arissa yang tidak menyedari akan kehadiran Hairi dan Haris di situ hanya merenung ke hadapan. Menunggu Aqzi mengambilnya. Hah... suka sangat ambil lambat!
"Hei" sapa Haris lalu mengambil tempat berjauhan sedikit dengan Arissa dan diikuti oleh Hairi semestinya.
Arissa terus menoleh ke arah gerangan yang menegurnya tadi. Mana tahu jika itu merupakan budak-budak nakal yang sengaja ingin mengusiknya. Boleh dia tunjuk belang.
Haris tersenyum sebaik sahaja Arissa memandangnya. Hatinya menjadi tenang apabila melihat muka Arissa yang polos itu.
"Tunggu siapa?" tanya Haris.
"Drive... err... abang. Abang aku" jawab Arissa gagap. Hampir sahaja dia tersasul cakap. Nasib sahaja Haris tidak perasan. Mungkin...
Walaupun Haris tidak perasan tetapi Hairi di sebelah Haris sudah berkerut-kerut memikirkan. Seingatnya, Arissa mengatakan dirinya anak tunggal. Bagaimana boleh tersesat abang pula ni?
"Kau bukan tak ada abang ke, Arissa? Bukan ke kau kata kau anak tunggal?" tanya Hairi. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Arissa. Bukannya apa tetapi dia cuma tidak suka kepada penipu.
"Err... aku ada cakap ea aku anak tunggal? Eh! Aku memang ank tunggal. Yang ambil aku abang sepupu aku... err... Abang Aqzi tu... Yang ambil aku semalam" jawab Arissa gugup. Peluh dingin mula membasahi dahinya. Matanya pula melilau ke sana ke sini dari terus bertentang mata dengan Hairi.
"Are you sure? Cause semalam dia kata dia abang kau. Arissa, are you kidding us?" tanya Hairi dengan serius. Jika ada orang sudah menipunya, dia tidak akan percaya lagi kepada orang itu kerana baginya, berkawan dengan penipu bermakna turut berkawan dengan pencuri juga.
Haris sudah mati kutu. Tidak tahu hendak berbuat apa. Sebenarnya, dia dengar sahaja semua perrcakapan yang keluar daripada mulut Arissa tetapi tidak mahu bertegang urat dan menimbulkan rasa bersalah punya fasal, dia diamkan sahaja. Tetapi tidak menyangka pula Hairi turut mendengarnya juga.
Arissa menarik nafas berat dan menghembuskannya kasar. "Actually, Abang Aqzi tu driver and bodyguard aku. Dalam masa yang sama, daddy aku juga dah mula jadikan dia anak angkat. So now, dia abang angkat aku merangkap driver and bodyguard aku. Dah puas?" terang Arissa geram.
Haris hanya meng'o'kan sahaja manakala Hairi sudah pun mula beransur tenang.
Suasana di antara mereka mulai senyap. Yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan yang lalu lalang di hadapan mereka.
"Emm... Arissa. Are you angry to us?" tanya Haris dengan rasa bersalah setinggi gunung. Yalah. Agaknya jika dia tidak tanya pada Arissa apa-apa, pasti tidak jadi seperti ini. Sudahlah dia baru sahaja mahu rapat dengan Arissa.
Arissa hanya senyap. Sudah tiada mood hendak beramah mesra. Dia juga sudah malas hendak melayan sesiapa buat masa ini.
Haris terus menyiku lengan Hairi sebaik sahaja merasakan Arissa tidak memberikan sebarang reaksi terhadap pertanyaannya.
Hairi hanya buat tidak tahu sahaja. Siapa suruh sensitif sangat? Huh!
"Ris, tu abang. Jom" kata Hairi setelah melihat kereta Audi milik Hazif terpakir elok di seberang jalan.
"Hmph! Sah dia nak kita mampus ni. Sengaja dia parking jauh-jauh" gumam Haris sendirian.
Arissa yang melihat dari jauh hanya tersenyum hambar. Melihat keakraban mereka adik-beradik menjadikannya cemburu kerana dia tidak ada adik-beradik. Ah... Aqzi ada. Buat apa nak jealous?
"Haih... Abang Aq ni mesti tidur. Aku dahlah tengah lapar ni. Aku kena gastrik, aku nak salahkan abang Aq selamanya. Biar padan muka kena marah dengan daddy" bisik Arissa sendirian. Langit yang kelihatan agak gelap itu direnung dengan renungan kosong sebelum secara tiba-tiba pipinya ditampar oleh seorang perempuan yang datang daripada...
Arissa menilik seketika pakaian perempuan itu. Kelab malam? Or neraka jahannam?
"Hei you! You ni memang sengaja cari fasal kan?" jerit perempuan itu betul-betul di telinga Arissa.
"Maafkan saya. Tak silap saya, saya hanya duduk di sini sahaja. Tidak adalah pula saya cari fasal dengan sesiapa. Melainkan orang lain yang cari fasal dengan saya dahulu. So, akak... or should I call you a bitch... Why are you slapping me?" sindir Arissa lalu membuat muka serius.
Sepanjang dia hidup, tak ada sesiapa pun yang pernah menamparnya tanpa sebab termasuklah daddy dan mamanya.
"You ni memang perampas! Hairi you nak, Haris pun you nak kebad juga. Wah... betapa murahnya budak baru ni... Entah-entah pindah sini sebab pernah tidur dengan lelaki lain sampai mengandung. Lepas pihak sekolah tahu, terus kena buang" hina perempuan itu dengan selambanya dan disambut rakan-rakannya yang seramai empat orang itu.
Arissa hanya geram di dalam hati. Dia sedar jika dia melawan akan menimbulkan banyak kesan buruk. Antaranya, gantung sekolah... entahlah. Dah di luar sekolah pun tapi... budak diva, kan?
"Kau dengar sini ea, bitch. Kalau kau berani buat Adilyn merana, Topezs tak akan berdiam diri. Stay away from our boyfriend" amaran perempuan yang lain pula. Kemudian, mereka terus menuju ke arah sebuah kereta yang sedang menunggu mereka.
Sebaik sahaja mereka beredar dari situ, Arissa terus menggenggam seluarnya kuat. Nasib sahaja kesabarannya masih ada. Jika tidak, mati Topezs dikerjakan olehnya. Apa susah? Tolak jelah ke tengah jalan.
"Aduh... kalau sebab Haris dan Hairi dah macam tu, apatah lagi kalau aku rapat dengan semua orang (friendly). Nilah sebab aku tak nak ada kawan. Menyusahkan!" gumam Arissa setelah kemarahannya reda sedikit. Baki kemarahannya akan dilemparkan kepada Aqzi kerana lambat mengambilnya.
Arissa merenung kembali langit yang gelap itu. Hmm... kalau hujan, confirm basah. Budak-budak lain pun memang ramai yang dah blah. Tinggal seorang sajalah di situ.
"Abang Aq... ni memang betul-betul tidur ni. Apahal lah tadi aku tak ikut Zafi dengan Kyra je. Sekurangnya, sekarang ni kemungkinan dah nak sampai. Huh..." keluh Arissa dengan panjang.
Tidak berapa lama kemudian, berhenti lima buah motorbike di hadapan tempat menunggu Arissa.
Arissa menoleh ke arah motorbike itu untuk melihat gerangan si pemilik. Dalammasa yang sama, kakinya sudah bersiap sedia untuk lari jika mereka merupakan orang jahat ke...
Melihat sahaja muka si penunggang motor tersebut, dia menjadi geram, takut, cemas, menggigil dan bermacam lagi emosi yang mengawalnya.
"Hi. Alone? Who take you back?" tanya seorang di antara mereka lalu ingin menapak ke arah Arissa namun terhenti apabila yang lainnya menghalang.
'Huh... Calm down, Aris. You can do this! Kau tenang je dulu. Kalau diaorang nak kacau juga, kau lari. Kalau diaorang halang, kau belasah je lah macam mana pun...' kata hati Arissa. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.
"What do yoy want, Adam?"
"Aku je? Hei, kawan aku sekali okey..." balas Adam sambil berpeluk tubuh.
Arissa memandang kesemua ahli HAZ²S itu lalu memandang Adam kembali dengan pandangan yang tajam.
"Well, kau tahu kan dendam kitaorang masih belum terbalas? So..."
"Kitaorang nak minta maaf" pintas Haizul dan Shazwan serentak. Biasalah, kembarkan sehati dan sejiwa...
Yang lain hanya menggangguk sekali untuk mengeyakan.
Arissa memandang muka mereka semua satu persatu sebelum dia memandang lantai dengan kepala yang sarat dengan pelbagai tanda soal. Antaranya ialah... bila dia tidak kena ganggu?
"Sorry ah fasal hari tu. Bukannya apa cuma, ego kitaorang tercabarlah. Kitaorang tegur and then kau terus tengking kitaorang..."
"Tegur ke ganggu?" sinis Arissa sesinis-sinisnya.
"Okay, fine. Straight to the point,kitaorang minta maaf dan kitaorang betul-betul menyesal. Kitaorang just rasa kau tu comel je. So, untuk akhirkan semua ni, boleh tak kitaorang jadi kawan kau? Lagipun... kitaorang malas nak cari gaduh lagi" terang Shahrizal pula.
Arissa berfikir seketika sebelum dia mula bangun dan hendak pergi dari situ memandangkan dia sudah melihat kereta milik Aqzi semakin mendekat.
"Aku tak boleh bagi jawapan sekarang sebab aku sukar terima orang yang pernah buat aku sakit tapi, aku maafkan korang. Kalau nak jawapan, waktu korang start sekolah balik baru dapat. Harap fahamlah dan aku harap, korang tak ganggu hidup aku lagi kalau aku tak terima" balas Arissa dan terus hilang di sebalik perut kereta.
*****