ARISSA seperti pagi-pagi biasa, selesai sahaja memakai pakaian lengkap, terus turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Sesampai sahaja di ruang dapur kering, dia terus duduk di meja makan bersama-sama Encik Zaimee, Puan Irdina dan Aqzi.
"Good morning, Aris. Have a nice day?" sapa Puan Irdina ketika melihat anak tunggalnya itu sedang menapak ke arah mereka.
"Morning, ma. Nice day? I don't think so" balas Arissa setelah mengambil tempat di sebelah Aqzi. Roti bakar dan jem menjadi pilihannya pada pagi itu.
Encik Zaimee hanya memerhati sahaja tingkah Arissa. Dari duduknya sehinggalah makannya.
"Aris! Kenapa suka sangat makan comot? Lagi satu, rambut tu ikat kemas sikitlah" bebel Encik Zaimee setelah puas meneliti Arissa. Dia mengambil tisu yang berada berdekatan dengannya lalu diberi kepada Arissa. Act, rambut Arissa tu dah kemas cuma Encik Zaimee je yang sengaja nak bebel lebih sikit. Acah ambil berat gitu lah...
Encik Zaimee terus mengambil susu segar yang berada di dalam peti sejuk dan diberi kepada Arissa kerana dia tahu pagi Arissa pasti tidak lengkap tanpa susu segar. Nasib stok masih banyak.
Aqzi di sebelah Arissa mula membuat muka menyampah. Menyampah kerana Arissa suka mengada-ngada. Fasal susu segar dia tidak hirau tetapi fasal makan comot tu. Bukannya dia tidak tahu Arissa sengaja. Nak perhatian lebih je kerjanya. Attention seeker betul.
Selesai sahaja kesemuanya, Arissa bangun tanda bersiap-siap hendak ke sekolah. Mama dan daddynya disalam sebelum dicium pipi mereka.
"Wait, Aris. Duit dah dapat belum?" tanya Encik Zaimee setelah merasakan ada sesuatu yang dia terlupa hendak lakukan pada pagi itu.
Arissa memeriksa dompetnya lalu menggeleng menandakan belum lagi mendapat duit untuk rehatnya nanti.
Encik Zaimee tanpa banyak kata lagi terus memberikan Arissa beberapa keping not 10. jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia membebel tetapi, biarlah. Nanti tidak fasal-fasal dengan dia sekali lambat ke tempat kerja walaupun dia bos.
Arissa hanya mengambil sahaja. Malas mahu mengira ke apa kerana dia tidak menyukai kerisauan. Terus dia memakai kasut, masuk kereta dan get ready for school day!
*****
Sedang Arissa berjalan sendirian menuju ke kelas dengan tenang, jalannya tiba-tiba dihalang oleh si kembar berbeza pangkat. Siapa lagi jika bukan Hairi dan Haris tetapi yang paling nampak hendak menghalangnya ialah Hairi. Haris hanya tenang diri belakang abangnya.
Arissa terhenti seketika. Dia memandang muka mereka berdua secara berselang-seli sebelum mengangkat keningnya yang bermaksud 'nak apa?'.
"Aku cuma nak pulangkan balik duit kau. Aku tak bermaksud apa-apa pun hari tu cuma, masa tu aku tengah panas je. Sebab tu aku main marah je. Nah" Hairi memberi kembali RM500 yang diberi oleh Arissa itu kepada Arissa kembali yang sudah dimasukkan ke dalam sampul.
Ada beberapa pelajar yang berada di situ mula berbisik-bisik. Ada juga yang siap menjeling. Yang sedang merancang plan entah apa-apa pun ada juga.
Arissa memandang sampul itu. Kemudian, dipandang pula wajah Hairi di hadapannya kini. Selepas itu, dipandang pula sekeliling tempatnya sebelum tangannya menolak sampul itu.
"It's okay. Ambil jelah. Tapi kan... korang tahan aku dekat tengah jalan pada waktu pelajar mula ramai datang hanya semata-mata nak pulangkan balik duit ni? Seriously? Tak fikir ke?" tanya Arissa dengan muka yang bengang. Kepalanya dipicit tanda geram + rasa menyusahkan.
"Fikir apa?" tanya Hairi kembali.
Haris di belakang Hairi sudah menggelengkan kepalanya. Terus dia berjalan ke arah Hairi dan menyuruh Hairi memandang sekeliling.
"Ouhh... sebab ni je ke? Relax lah. Ada orang kacau kau, bagitahu je pada aku. Aku tahulah nak settle macam mana. Okay, darling?" tutur Hairi dengan suara yang sengaja dilembutkan. "By the way, rehat ni macam semalam. Jangan lambat, okey? Kalau lambat, kau tunggu nasib kau. Aku buat kau malu satu sekolah. Bye, darling" sambung Hairi lalu pergi sambil mengenyitkan matanya.
Arissa membuat rolling eyes. Jika perempuan lain mungkin akan cair dengan kata-kata dan perlakuan manis Hairi itu tetapi tidak bagi Arissa Mikael binti Dzim Zaimee. Malah hatinya menyumpah-seranah Si Hairi itu. Sebab Hairi tidak sedar diri. Suka cakap lebih.
*****
"Hei. Awallah sampai. Ada apa-apa ke ni?" sapa Arissa setelah melihat kelibat Haieqal yang berada di tempat duduknya sendiri.
Haieqal yang sedang elok mencoret-coret sesuatu di atas kertas terus melipat kertas itu apabila menyedari kelibat Arissa di sebelah. Mukanya terus memandang Arissa dan tersenyum. Kertas tadi disimpan kemas di dalam failnya.
'Aku rasa, engkau yang datang lambat. Bukan aku yang awal. Haishh...' bisik Haieqal di dalam hati tetapi tetap menayangkan senyuman ke arah Arissa.
"Are you okay? Why are you keep smiling at me?" tanya Arissa lalu duduk. Muka of course pandang Haieqal. Kalau tak, macam mana boleh tahu Haieqal senyum ke arahnya?
"I'm happy now. Aku dah sihat sepenuhnya" jawab Haieqal dalam nada terujanya. "Tapi..." muka Haieqal berubah keruh.
"Kenapa. Ada apa-apa masalah ke?" tanya Arissa bernada risau tetapi tak adalah risau sangat sebab takut Haieqal perasan Arissa syok dekat dia pula.
"Ah... tak ada apalah. Tak ada apa-apa pun. Okey je. Cuma masalah keluarga sikit. Tak payah risau sangat" balas Haieqal kembali. Buku di atas meja disusun kemas.
Arissa hanya mengangkat bahunya. Kenapa angkat? Entah. Jangan tanya sebab author mahupun Arissa tengah bodoh sekarang ni.
"Dahlah. Aku nak pergi keluar kejap. Hati-hati tau... Nanti kena culik dengan hantu. 'Gula-gula besar' serang nanti... Huu... huu... huu..." kata Haieqal dengan nada yang berubah-ubah dari tinggi dan kasar ke rendah dan halus.
Arissa membuat rolling eyes. Apa fikir dia budak kecil yang takut hantu? 'Gula-gula besar'? hahaha... no! Selagi tak ada depan mata, memang dia takkan takutlah. Tapi, kalau ada pun, tengok keadaanlah. Hodoh, ketawa. Menyeramkan, tak nak cakap apa.
*****
Waktu rehat yang dinantikan oleh semua pelajar menengah atas akhirnya tiba setelah tiga jam duduk di dalam kelas dan bersengkang mata dengan buku. Major pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin seperti berekor-ekor harimau yang kelaparan dilepaskan ke dalam kandang yang hanya mempunyai beberapa ekor kambing sahaja.
Tetapi Arissa cepat-cepat menuju ke bilik pengawas kerana dia ingin memerli Hairi jika Hairi lebih lambat daripadanya. Sesekali nak malukan seorang pengawas ego seperti Tengku Hairi Mizail bin Tengku Arieff Shahruddin ni bukannya senang. Perlu beberapa kali cubaan baru berjaya. Itu pun kalau berjaya.
Sesampainya dia di sana, dilihat tiada satu kasut pun yang berada di hadapan bilik pengawas itu. Yang kelihatan hanyalah beberapa pasang selipar 2 ringgit di rak. Itu pun selipar wakaf.
Arissa melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum dia mula membuka kasut dan menapak masuk ke dalam. Menunggu di dalam dengan penuh kesabaran dan, kesabaranlah! Lima minit kemudian, barulah Haris dan Hairi sampai dengan tangan masing-masing penuh makanan.
"By the way, rehat ni macam semalam. Jangan lambat, okey? Kalau lambat, kau tunggu nasib kau. Aku buat kau malu satu sekolah. Bye, darling" ajuk Arissa akan kata-kata Hairi pada pagi tadi dengan suara yang dibuat.
Hairi tersengih. Termakan sendiri dengan kata-kata Arissa yang semestinya merupakan sebuah perlian untuk dirinya.
"Relax ah. Terlambat lima minit je. Okey apa dari aku datang lagi lambat or tak datang terus"
"Dahlah. Apa benda kau nak jumpa aku ni?" tanya Arissa straight to the point. Malas nak berlama-lama kerana dia sudah lapar sekarang ini. Menyesal dia sebab hanya makan roti bakar pada pagi tadi. Sepatutnya dimakan sekali nasi goreng yang ada.
"Nak cakap... budak yang buat 'kerosakan' tu dah kena buang sekolah sebab diaorang dah banyak kali buat kes dalam diam. Kes semalam jelah yang terang-terangan. By the way, itu je tujuan aku nak jumpa kau. Yang lain tu sebab Haris nak get to know dengan kau" ujar Hairi lalu menyandarkan tubuhnya ke kerusi yang diduduki. Tangan dilipat di dada dan kaki diletakkan di atas meja.
Arissa memandang Haris dengan kening diangkat sebelah.
Haris terus meletakkan sebungkus roti krim jagung, susu kotak yeogurt berperisa original, tiramisu serta dua batang sosej di dalam plastik di hadapan Arissa.
Arissa terkedu seketika sebelum dia mengambil pemberian itu. Rezeki jangan ditolak.
"Haris tahu kau pasti akan lapar punya. Cause of that dia belikan. Sorrylah kalau tak menepati selera kau ke apa. Tapi, itu je yang termampu. Okey? Ayat dari Haris cuma aku sampaikan. Dia memang malu sikit lagi-lagi dengan perempuan" tutur Hairi lalu menyedut air kotaknya.
Muka Haris serta-merta naik merah. Sampai Hairi yang melihat terasa ingin terus mengenakannya tetapi dia hanya bersabar. Dia malas mahu menanggung jika dia pula yang kena seperti ini. Tidak sekarang, mungkin di lain hari? Siapa tahu?
Arissa membuka roti jagung itu lalu dimakan. Dalam senyap, dia tersenyum melihat telatah Haris. Terasa comel + manja + lucu baginya. Haris tidak pernah kelihatan tegas di hadapan matanya. Yang kelihatan hanyalah wajah kemanjaan.
"Apa benda senyum-senyum? Fikir cantiklah walaupun memang dah cantik, hah?" tegur Hairi dengan loyar buruknya dan ayat yang semestinya ayat yang bodoh dalam kamus hidupnya.
Arissa hanya menjeling Hairi dengan jelingan maut. Jika bukan sebab Haris ingin berkenalan dengannya atau lebih tepat berkawan, sudah lama dicekiknya Si Hairi itu. Tak pun, lidah Hairi dipotong biar dia sukar hendak bercakap.
Haris terus bangun lalu kerusi yang diduduki oleh Hairi ditarik jauh daripada Arissa. Diletak Hairi di penjuru bilik itu.
"Dah. Jangan jadi iblis. Kacau je tahu? Kau duduk sini diam-diam" tutur Haris keras.
"Ihh...aku bukan iblislah. Author yang jadikan aku bodoh. Janganlah salahkan aku. Salahkan authorlah" balas Hairi dengan muka yang dibuat merajuk.
"Ahhh... tak ada. Author tak termasuk dalam hal ni sebab kau memang lahir-lahir dah bodoh. So, jangan salahkan author" balas Haris kembali atau lebih tepat lagi membela author. Hoho... "Dah. Jangan degil ya, baby. Malam nanti, I bagi layanan 'special' pada baby" sambung Haris dalam nada yang diperlahankan dan sengaja dibuat dalam nada romantik.
Bulu Hairi terasa meremang mendengarkan ayat itu. Kepalanya digelengkan lalu tubuh Haris ditolaknya perlahan supaya menjauhinya. Semakin lama Haris di situ, semakin meremang bulu romanya.
Haris membuat thumbs up sambil tangannya mengusap-usap kepala Hairi. Kemudian, dia terus duduk di hadapan Arissa.
"Okay... you already knew about me. So, describe yourself as me describe myself to you. Easy, right? Tapi kalau rasa benda tu terlalu secret, tak payah cerita. Saya faham" kata Haris dengan senyumannya.
Arissa tergamam dan terkedu seketika. Apa benda yang mahu diceritakan? Fasal keluarga? Haris rasanya dah tahu. Fasal dia banyak kali pindah sekolah? Pun dah tahu juga. Dia budak kes? Lagilah tahu.
"Err... nak tahu apa ea? Kau macam dah tahu je. Fasal family kan kau dah tahu sikit-sikit walaupun aku tak bagitahu" beritahu Arissa terus. Jika boleh dia tak nak bercerita apa-apa kerana risau sekiranya dia terlepas kata. Jika terlepas dan makin ditanya, naya hidup.
"Okeylah. Tahu kan saya ni anak pengetua? Yang saya dan Hairi tahu fasal keluarga sikit-sikit tu, sebab borang maklumat murid. Kitaorang curi-curi tengok. Now, I want details. As... hobi, cita-cita, favourite colour... Apa-apalah. Sebut je walaupun saya dah tahu. Don't worry, Insya-Allah tak bosan" balas Haris.
Mendengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Haris, dia meneguk liur seketika sebelum mula bercerita dari A-M. kenapa M? Sebab Arissa cerita separuh je. Separuh lagi rahsianya. Sungguh-sungguh dia menjaga perkataan agar apa-apa yang tidak mahu diketahui oleh Hairi dan Haris terbongkar. Jika tidak, satu hal lagi mahu menjelaskan salah faham.
Sedang mereka rancak berborak, tiba-tiba Hairi bangun dan menuju ke arah pintu tanda ingin keluar.
"Ri, nak pergi mana? Nantilah kejap..." panggil Haris ketika Hairi sudah mula memakai kasutnya.
Hairi tidak berkata apa malah terus menundingkan jarinya ke arah jam yang berada di dinding. Setelah itu, dia terus pergi dari situ.
Haris tidak melihat jam dinding itu tetapi melihat jam tangannya sebelum dia memandang Arissa dengan membuat isyarat tangan times out.
Arissa tersenyum faham lalu dia bangun dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas lalu ditolaknya supaya ianya terbuka. Setelah itu, kasut dipakai dan ditoleh ke bahagian tangga apabila terdengar seperti namanya diseru oleh seseorang.
Arissa bergerak ke situ memandangkan dia akan menaiki tangga juga untuk ke kelasnya yang terletak di aras empat. Namun, yang kelihat di situ hanyalah sekeping surat.
'Do you think I'm stupid, Arissa Mikael? Makin berani kau mencabar aku nampaknya, ya sayang? Kau berkawan dengan dajjal dan malaikat tu, menyusahkan aku, lah. But, it's okay. Lagi best game ni. Nak tahu kenapa aku marah dan tiba-tiba bermusuh dengan kau? Cause... you threw my letter without read it first, bitch!' - DS
'Aishh... mamat psiko mana pula ni bermusuh dengan aku? Sayang? Geli sial! Malaikat dan dajjal? Haris dengan Hairi ke? Threw his letter? Euww... tak gentlenya main surat-surat ni. Sorry but aku pun tak kenal siapa kau, DS' bisik Arissa di dalam hati dengan geram.
Surat itu tadi terus dikoyak-koyakkan dan direnyukkan lalu dicampak masuk ke dalam tempat pembakaran sampah yang kebetulan sedang marak. Huh! Cleaner pun satu. Buat tempat pembakaran tu kalau boleh satu blok, hah! Tak tahu ke blok ni ada makmal kimia?
"Arissa? What are you doing there? Kenapa tak masuk kelas lagi?" tegur seseorang di belakang Arissa.
Arissa yang terkejut itu terus menoleh ke belakang lalu cepat-cepat naik ke kelas. Yalah. Cikgu disiplin sekali kau... Kena tegur pula tu. Confirm minggu depan naik perhimpunan fasal masuk kelas lambat selepas rehat. Haishh... mati... mampus kalau kena sebut nama.
*****
Disebabkan covid-19 ni, tak leh keluar...
Disebabkan tak leh keluar, tak leh beli internet...
Disebabkan tak leh beli internet, tak leh sambung...
Disebabkan tak leh sambung, tak leh tahu sambungan...
Huhuhu...